Saya bukan orang lama. Umur saya baru 35 tahun. Saya tidak pernah mengalami situasi hidup pada zaman kita dijajah. Tapi, saya rasa cukup bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana dilahirkan selepas zaman tersebut.
Dan atas rasa syukur inilah yang buat saya tidak pernah lupa tentang nasib datuk nenek kita yang hidup sebelum merdeka. Saya bukanlah seorang yang minat tentang sejarah sebenarnya. Masa sekolah, sejarah antara subjek yang saya tak berapa suka, sebab kena membaca, dan kalau suruh saya membaca, saya selalu tertidur.
Tapi, seiring dengan peningkatan usia, dan penglibatan saya di dalam bidang yang 'berkaitan', membuatkan saya sedar tentang betapa pentingnya kita mengetahui tentang sejarah. Sejarah hitam sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Nyawa tiada harga, hidup sentiasa di dalam ketakutan, ditindas, dibunuh sesuka hati, tiada kebebasan, anak gadis dan wanita sentiasa diganggu, taraf kehidupan dan kesihatan yang tidak terurus.

![]() |
Antara kekejaman yang dilakukan di zaman penjajahan Jepun |
Untuk pengetahuan pembaca, abah saya adalah seorang bekas komando. Abah seorang yang sangat pendiam. Sebab tu kalau orang tanya kisah abah saya, saya tak berapa nak tahu. Tapi, saya rajin membaca khazanah beliau yang tersimpan rapi di rumah.
Tapi, dalam diam-diam, abah antara orang yang sering mengingatkan kepada saya mengenai sejarah negara, dan ia sebenarnya memberi kesan kepada saya untuk mengubah diri. Walaupun saya bukan seorang tentera, tapi, saya bersyukur kerana saya sebenarnya masih dapat memberi khidmat bakti kepada negara melalui pekerjaan saya.
Jom kita hayati bait-bait lagu Warisan berikut:
Saya mendapat pendidikan yang terbaik, dapat kerja yang baik, hidup dalam keadaan aman bahagia, dapat menjalankan kehidupan yang cukup selesa, dapat berniaga dan tambah pendapatan dengan mudah, boleh ke mana-mana sahaja tanpa gangguan.
Apa lagi yang saya mahu? Saya rasa saya dah dapat semua. Tapi, semangat patriotisme sebenarnya tersangat penting yang patut ditanam di dalam jiwa generasi muda, supaya mereka sedar tentang sejarah negara, dan mereka adalah orang yang bertanggungjawab dalam meneruskan perjuangan mempertahankan hak negara Malaysia.

Generasi muda sekarang hidup dalam zon selesa dan keadaan negara yang begitu aman tanpa lagi mempedulikan keperitan pejuang negara yang bermandi darah membebaskan Tanah Melayu ketika zaman penjajahan.
Jangan sesekali memperlekehkan tugas dan tanggungjawab mereka yang diamanahkan dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan negara. Setiap daripada kita ada peranan masing-masing. Jangan sekali-kali kita benarkan sejarah berulang. Tapi pertahankan apa yang kita ada sekarang, dan perbaiki mana yang kurang.
"Orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya"
- George Santayana
"Hargailah dan pertahankan kemerdekaan negara kerana azab hidup pada zaman penjajahan masih berbekas parutnya hingga ke hari ini."
- Tan Sri Aishah Ghani
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57.
Mudah-mudahan, negara kita Malaysia dan seluruh isinya sentiasa di bawah lindungan Allah.
Siapa yang belum pernah dengar lagu tema kemerdekaan tahun ini, jom kita dengar. Idea tajuk lagu ini juga terhasil daripada lagu Warisan....
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...