Assalamualaikum,
Rasanya masih ramai lagi yang belum tahu, 2 April setiap tahun adalah merupakan Hari Autism Sedunia. Manakala April pula adalah bulan Kesedaran Autism.
Sepanjang bulan ini seluruh dunia meraikan hari istimewa ini sebagai tanda memupuk kesedaran dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang "APA ITU AUTISM".
![]()
Dengan bertemakan "Light it Up Blue", semua orang disarankan memakai baju berwarna biru atau menyalakan benda-benda lain yang berwarna biru pada waktu malam. Banyak bangunan-bangunan bersejarah di seluruh dunia memancarkan cahaya biru.
Menurut autismspeaks.org, warna biru dipilih karena mewakili anak lelaki yang paling banyak didiagnose mengalami autism. Mengikut kajian, 1 dari 88 anak mengalami autism dan 1 dari 54 diantaranya adalah anak lelaki.
Sebenarnya World Autism Awareness Day telah diselenggarakan setiap tahun sejak 9 September 1989. Penetapan hari ini berdasarkan Resolusi Majlis Umum PBB 62/139. PBB telah mengkategorikan masalah autism sebagai krisis dan akan mendapat priority utama dalam usaha memberi kesedaran tentang peningkatan masalah ini setiap tahun.

![]() |
Biasanya dalam bulan April, banyak aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan tertentu seluruh dunia dalam inisiatif memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autism. |
Semalam, seluruh dunia bertukar warna biru dan memberi impak yang cukup cantik dengan pancaran biru lampu LED. Bangunan, jambatan, museum, hotel, bangunan-bangunan bersejarah seluruh dunia berwarna biru.
![]() |
The Civic Hall, Leeds First Direct Arena, Bridgewater Place and CitiPark (Merrion Centre Car Park) |
![]() |
Famous UK landmark, The Spinnaker Tower, Portsmouth, dan The Mayflower Theatre, Southampton turned their lights blue. |
![]() |
Sydney Harbour Opera House |
![]() |
Big Ben London. |
![]() |
Perth Council House, Australia |
![]() |
China Millennium Monument |
![]() |
The Wheel of Brisbane, Australia |
![]() |
Eiffel Tower, Paris |
![]() |
Yang ni tak sure kat mana. |
![]() |
Chauvet Europe |
Antara bangunan bersejarah lain yang sama-sama menyertai 'Ligh It Up Blue' adalah Tasmanian Parliament House and Town Hall in Australia, Empire State Building in New York City, iconic Miami Tower in Miami Florida, Willis Tower in Chicago, Universal Studios in Hollywood and Orlando, Staples Center in Los Angeles, Rock and Roll Hall of Fame in Cleveland, and Niagara Falls and CN Tower in Canada.
Saya rasa KLCC atau KL Tower pun patut buat macam ni kan. Di Malaysia baru nak bermula kesedaran tu. Insyaallah, soon or sooner diharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama faham tentang autism dan kerajaan Malaysia akan lebih banyak memberi support untuk semua anak-anak autism.
![]() |
Athfaal Tadika Indah Murni (TIM-ANIS) juga tak ketinggalan meraikan hari istimewa ini. yang ni group anak-anak istimewa. |
![]() |
Haaa..... yang ni pulak seluruh warga tadika Athfaal. All teachers and other typical kids pun sama-sama bagi support to their special friends. |
![]() |
For sure, mami dengan Qhalish dah semestinya in blueeeeeeee.........rasa cool je pakai biru. |
Kesedaran ini sgt penting untuk dipupuk di kalangan masyarakat agar kita semua memahami apa itu Autism. Educate diri....tambahkan ilmu bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk menyebarkan tentang pentingnya intervensi awal pada kanak-kanak yg dikesan mempunyai simptom-simptom ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja.
Saya nak share 1 video dengan anda. Video ini adalah luahan rasa hati dari anak-anak yang megalami autism yang menceritakan bagaimana keadaan mereka sebenarya. Yang bercakap dalam video ni adalah juga seorang remaja autism. Jom kita tengok.
10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT AUTISM

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.