Assalamualaikum,
Sempena tahun baru ni, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Cerita tentang azam baru. Sebenarnya, dulu, saya antara orang yang jarang ada azam baru. Malah, pernah tak terfikirkan langsung tentang azam tahun baru. Setiap kali masuk tahun baru, bila kawan-kawan tanya apa azam baru, jawapan saya selalunya "just go with the flow".
Sempena tahun baru ni, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Cerita tentang azam baru. Sebenarnya, dulu, saya antara orang yang jarang ada azam baru. Malah, pernah tak terfikirkan langsung tentang azam tahun baru. Setiap kali masuk tahun baru, bila kawan-kawan tanya apa azam baru, jawapan saya selalunya "just go with the flow".
Hidup seperti lalang, ditiup ke kanan melentuk ke kanan dan jika ke kiri, melentuk ke kiri. Ikut saja kaki melangkah. Namun masih tetap hidup, bertambah juga anak-anak, bertambah juga pengalaman...apa perlu ada azam jika semuanya masih berjalan lancar. Gaji pun, ada je increment setiap tahun, siap promotion lagi.
Tapi, sejak saya mula terlibat di dalam projek-projek berprofil tinggi dan terjebak di dalam bisnes, saya mula sedar tentang pentingnya azam dan matlamat.
Dan sejak saya terpilih sebagai salah seorang peserta di dalam Young Manager Development Program (YMDP) di syarikat saya, banyak perkara yang saya perlu ambil iktibar dari perjalanan hidup saya selama ini.
Dan sejak saya terpilih sebagai salah seorang peserta di dalam Young Manager Development Program (YMDP) di syarikat saya, banyak perkara yang saya perlu ambil iktibar dari perjalanan hidup saya selama ini.
Salah satu task yang diberikan kepada saya adalah menyediakan 1 slide My Career Development Program in the next 5 to 10 years from now. Samada suka atau tidak suka, terpaksa juga memikirkan apakah target dan matlamat saya kerana itu adalah salah satu syarat untuk kenaikan pangkat.
Masa tu lah saya mula tersedar, betapa banyaknya perkara yang saya belum capai dan saya perlu capai dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.
Masa tu lah saya mula tersedar, betapa banyaknya perkara yang saya belum capai dan saya perlu capai dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.
Yang pasti, keluarga sentiasa ada di dalam setiap perancangan hidup saya. Mengikut perancangan asal, saya nak terlibat dalam bisnes pada tahun 2014. Tapi kita hanya merancang, saya telah mulakan 6 bulan lebih awal.
Kita tak boleh biarkan tahun demi tahun berlalu begitu saja tanpa ada sebarang perancangan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih baik ke tahap maksimum mungkin, sebelum Malaikat Maut datang menjemput roh.
PERLUKAH ADA AZAM TAHUN BARU
Ini soalan yang penting untuk difikirkan. Ada orang yang berikan alasan bahawa azam tahun baru 2013 masih belum dilaksanakan, apatah lagi azam tahun baru 2014, 2015...dan seterusnya azam tahun baru 2016...nak buat azam apa jika yang lama masih tak tercapai.
Bagi saya azam atau sasaran atau matlamat perlu ada. Dari matlamat paling besar sebagai insan yang berada sementara di muka bumi ini dan menuju ke kubur dan seterusnya ke Padang Masyhar, perlu pula dipecahkan kepada 5 tahun, kemudian kepada setahun dan begitulah seterusnya selagi hayat dikandung badan.
Jika perjalanan tidak ada destinasi...apa saja jalan boleh dipilih kerana kita tak perlu sampai ke mana-mana. Namun jika kita ada matlamat, ada destinasi, mahu tak mahu kita terpaksa memilih jalan-jalan terbaik yang dapat membawa kita menuju ke destinasi pilihan.
Rasanya kehidupan yang ada matlamat lebih terurus kerana kita akan ada banyak kerja yang perlu dilakukan terutamanya kerja menganalisa jalan yang telah diambil dan membuat perubahan jika ada yang tersasar.

Bila kita sibuk membuat pembaikan demi pembaikan, maka tidaklah masa terbuang begitu saja mengambil jalan demi jalan lalu berpatah balik dan pergi semula. Masa akan habis begitu saja secara sia-sia walaupun seronok. Kerana seronok bukanlah matlamat terbaik untuk berada di dunia.
![]() |
Kenderaan boleh berubah, tetapi destinasi kita tak akan berubah. Sebelum ‘berlepas’, kenalpasti dahulu ke mana arah tujuan kita. |
PANDUAN MEMBUAT AZAM TAHUN BARU
Biasanya selama ini kita akan letakkan azam berdasarkan apa yang hendak dicapai. Tahun ini rasanya elok dibuat sedikit perubahan bagaimana azam yang baik dan mampu dilaksanakan perlu dibuat agar kita menjadi lebih berjaya pada tahun 2016.
Kajian yang dilakukan dibarat menunjukkan azam yang terbaik adalah dengan meletakkan sasaran membina sistem. Jika kita meletakkan hasil sebagai azam, kebiasaannya ia lebih sukar untuk dicapai dan akan gagal begitu saja. Mungkin itulah antara sebab kita gagal mencapai hampir semua azam tahun baru yang telah dibuat sebelum ini.
Saya berikan contoh azam tahun baru yang mudah:
- Azam berbentuk hasil: Mahu kuruskan badan
- Azam berbentuk sistem: Jogging atau berjalan kaki 45 minit setiap hari, Join program-program kesihatan
Jika anda mahu buat azam tahun baru 2016 menyentuh kesihatan, pilihlah azam berbentuk sistem yang saya nyatakan di atas iaitu, berjogging atau berjalan kaki 45 minit setiap hari berbanding mengambil azam berbentuk hasil seperti mahu kuruskan badan.
Dengan berbuat begitu, insyallah anda akan dapati ianya lebih mudah untuk dilakukan dan badan sihat dan berat badan turun akan datang dengan sendirinya, Insyaallah! Tapi kalau tak boleh nak diet sendiri, join aje Program Now Everyone Can Kurus (NECK).
![]() |
Klik imej di atas untuk maklumat lanjut tentang NECK. |
SENARAIKAN 101 IMPIAN KITA
Salah satu tips untuk azam baru, adalah dengan cara senaraikan 101 impian yang kita hendak capai dalam hidup kita. Ini yang mentor saya ajar sejak saya mula terlibat dalam bisnes.
Percaya atau tidak, 14 daripada 101 impian saya berjaya dicapai pada tahun 2015. Saya hanya tersedar impian ini telah dicapai pada bulan October yang lalu. Masa tu saya dalam dilema untuk beli property. Ada beberapa option. Dari harga yang murah hingga yang mahal.
Saya buat solat hajat dan istikharah mintak Allah tunjukkan yang terbaik. Walaupun kadang-kadang saya rasa betul ke keputusan yang saya buat ni, saya pejamkan mata dan saya yakin 200% dengan Allah sebab hanya Dia satu-satunya yang tahu mana satu yang terbaik untuk saya dan keluarga.
Urusan jual beli berlaku dengan sangat pantas dan mudah. Permohonan loan rumah pun diluluskan dalam masa hanya 2 hari. Akhirnya, dengan hanya 1 nama, tanpa perlu combine gaji dengan suami, saya berjaya memiliki sebuah property di tengah bandar Kuala Lumpur.
Perkara yang saya rasa mustahil dari dulu. Mustahil loan yang sebanyak itu boleh lulus dengan sangat mudah. Mustahil pengeluaran KWSP untuk bayar downpayment pun lulus pada hari yang sama. Tapi, bila Allah yang aturkan, tiada apa yang mustahil.
4 bulan selepas keputusan dibuat baru saya teringat tentang 101 impian yang saya pernah tulis. Subhanallah, ciri-ciri spesifik property yang saya pilih exactly the same dengan apa yang saya tulis dan seriously, ia adalah minda bawah sedar.
Setiap apa yang kita tulis itu adalah satu doa. Inilah yang saya alami sendiri. Dan tanpa saya sedar, setiap perlakuan, tindakan dan keputusan yang saya buat menjurus kepada impian-impian yang telah saya tulis sebelum ini.
Hanya mereka yang pernah alami sahaja yang tau betapa indahnya aturan Allah. Satu-persatu impian yang saya tulis, ternyata Allah kabulkan di waktu-waktu yang terbaik, yang saya sendiri tidak pernah jangka.
Kalau seluruh pergerakan alam ini, dari 7 petala langit dan bumi Allah berkuasa untuk aturkan dengan begitu baik, apalah sangat bagi Dia untuk aturkan hidup kita mengikut apa yang kita impikan.
Azam saya untuk tahun 2016 ini, saya nak revise semula 101 impian saya dan cuba untuk capai impian-impian yang saya telah tulis yang masih belum tercapai.

APA YANG KITA TULIS, ITU YANG KITA AKAN DAPAT
TULIS! TULIS! TULIS!
Tulis semua yang kita impikan dan tampal di setiap sudut bilik kita. Macam saya, saya jadikan wallpaper laptop saya. Sebab itu yang saya akan tengok setiap hari. Setiap pagi, setiap waktu saya 'terpaksa' tengok impian saya.
Dan tanpa sedar, minda, akal dan roh saya 'terpaksa' bergerak ke arah impian-impian tersebut. Minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi. Insyaallah, lebih banyak impian-impian yang akan tercapai pada tahun ini.
Amacam? Ada terasa nak mula tulis 101 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini? Tulis, jangan tak tulis. Tulis semua azam dan impian yang anda hendak capai di dalam hidup anda.
Tapi, azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik.
Saya doakan anda berjaya capai kesemuanya 1 demi 1. Dan saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia dan juga di akhirat. Selamat Berimpian!!! Jangan lupa TULIS! :) Tulis impian hidup itu adalah PERCUMA! Tak kena bayar pun.
INGAT!!! APA YANG KITA TULIS, ITULAH YANG KITA AKAN DAPAT. Impian Hidup itu akan memotivasikan kita untuk terus maju tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain, InsyaAllah.
