Assalamualaikum,
"Kak, macam mana nak makan suplemen masa puasa. Sebab bila bulan puasa kan kita kurang minum air"
Siapa yang kata, bila kita puasa kita kurang minum air? Puasa atau tidak, badan kita masih memerlukan 2L air dalam sehari. Bagi mereka yang mengamallkan suplemen dan juga ibu menyusu, MESTI minum 3L air sehari.
Dan selalunya, bila masuk bulan Ramadhan, ramai yang risau, macam mana nak pastikan kita cukup minum 3L air. Ramai yang tak dapat istiqamah minum air, kesannya, suplemen yang dibeli untuk tambah tenaga di bulan puasa pun, lama-lama jadi pameran aje. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.
Jadi, saya kongsikan tips paling mudah untuk anda amalkan, untuk pastikan badan kita dapat menerima air yang cukup di sepanjang bulan Ramadhan ini. MUDAH SANGAT!!!
- Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
- Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
- Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
- Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
TIPS MUDAH DAN RINGKAS
2L AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR
- SAHUR - 2 GELAS AIR
- BUKA PUASA - 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
- SELEPAS TARAWIKH - 1-2 GELAS AIR
- SEBELUM TIDUR - 2-3 GELAS AIR
Kan dah cukup 2L sehari. Senang kan? Kalau 3L, boleh tambah gelas antara waktu-waktu yang tersenarai di atas. So takde alasan lagi kata kurang minum air. Oh ya! Satu lagi, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan banyak, dan secara tak langsung akan membantu kita menurunkan berat badan.
Bak kata Trainer kami dalam group MFMS IDEAL WEIGHT CHALLENGE, Abang Ketak kata,
"Bulan puasa lah waktu paling mudah nak turunkan berat badan."
Jika anda rasa tips ini mudah dan sangat berguna serta boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE button di bawah dan dipersilakan SHARE. Saya doakan kita semua sentiasa bertenaga dan dapat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan dengan sempurna.
Salam Ramadhan.