Quantcast
Channel: Mommy Shahab
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

Pengalaman Mobile Spa Dengan Youth Shaklee Skincare

$
0
0
Hi semua pembaca setia blog Mommy Shahab. Kalini saya nak share dengan anda semua pengalaman saya mendapat servis mobile spa BOTG. 
 
Sebelum tu, for those yang nak tau tentang cara untuk buat duit hari-hari melalui bisnes mobile soa, boleh refer ke link di bawah ye.

 

Sebenarnyakan, saya seorang yang tak pernah pergi spa. Tak tahu kenapa takde rasa keinginan langsung nak p spa. Dan tak tahu apa perlunya p spa.

Lepas bersalin anak pertama, kali pertama dalam hidup pengalaman berurut dalam pantang. Fuh! Heaven nya rasa diurut, dibelai, hahaha. Agaknya macam tu lah rasa pergi spa kot kan. Patutla orang suka pergi spa.

Sejak tu, bila badan rasa penat sangat, memang cari tukang urut untuk rehatkan badan. Baru faham nikmatnya berspa. Tapi, facial spa untuk muka belum pernah buat lagi.

Dan saya juag seorang yang sangat aktif sejak dari zaman sekolah sehingga universiti. Bayangkan aktifnya saya berkawat, berkayak, berjam-jam berjemur tengah panas matahari, TANPA SEBARANG UV PROTECTION!

Dan muka saya masa zaman remaja dulu memang gelap! Hanya part tertutup je yang masih cerah. So bila buka tudung tu, memang berbelang-belang.

Tengoklah kulit muka zaman anak dara dulu. Berkicap weh! Haha...


Mungkin sebab saya tiada masalah kulit muka, jadi saya kurang ambil berat bab penjagaan muka. Tapi, saya hanya tahu tentang kepentingan menjaga kulit hanya pada umut saya hampir 40 tahun!

Saya hanya tahu bila saya kenal Shaklee. Bila Shaklee launched produk Youth Skincare, baru saya sedar betapa pentingnya menjaga kulit.

Baru saya tahu bahawa pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:

  • Kulit terbakar (Sunburn) boleh menyebabkan kerosakan kulit yang kekal.
  • Penuaan pra-matang – kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok.
  • Kanser kulit – kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama

Nauzbillahiminzalik!

Nak jadi cerita, masa launched projek TWB dahulu (sebelum BOTG rebranding), saya decide untuk join sebab saya nak tahu lebih lanjut lagi ilmu2 penjagaan kulit dengan betul.

Dalam BOTG ada ramai pakar-pakar kecantikan. So saya dapat direct access kepada semua ilmu dan tips penjagaan kulit muka luar dan dalam dari mereka.

Dan dari situlah pertama kali juga dalam hidup saya merasai pengalaman mobile spa. Patutlah ramai wanita suka buat facial.

Pengalaman sendiri dapat sentuhan beautician BOTG. Best giler rasa, tak sedar entah bila masa tertidur.


Seriously lepas facial, muka rasa fresh sangat! Pipi gebu, semua yang kasar-kasar kat muka hilang. Smooth gile-gile rasa kulit muka!

Walaupun kita setiap hari cuci muka, feel nya tak kan sama dgn kita ber Facial.

Baru faham kenapa orang kata at least para wanita ni, sebulan sekali mesti kena reward diri dgn ber facial..

Dan saya beruntung sebab.... bila2 masa saya teringin nak facial, panggil je geng2 #AlumniBOTG.

Tak berani nak try facial kat tempat lain. Sebab tak tahu kualiti produk yang digunakan tu.

Facial dengan beautician BOTG je yang confident sebab kita tahu sejauh mana keselamatan dan keberkesanan produk yang digunakan.

Kalau nama BOTG, of coz lah guna Youth Shaklee Skincare. Boleh refer link kat bawah ni untuk tahu lebih detail kenapa kami sangat confident dengan Youth Shaklee.

 

YOUTH SHAKLEE - 100% Guarantee - Natural, Safe, Effective Anti-Aging Skincare (sila klik)

 

Jom kita layan gambar-gambar customer sebelum dan selepas facial dengan BOTG.




Eh! Tiber. Dah alang-alang saya share lah testimoni sendiri ye. 20 years challenge. Kulit muka dulu dengan sekarang memang jauh beza. Sejak amalkan produk Youth Shaklee, memang terasa effect yang ketara. Alhamdulillah.


Anyway, pengalaman mobile spa dgn budak2 #BOTG confirm puas hati tau!

Sebab Ilmu & Teknik Spa yg diajar dlm BOTG cukup2 perfect! Ada face lifting, face massage, ion massage etc.

Ditambah dgn penggunaan produk #youthshaklee dlm facial, mmg result = superb lah!

Mmg tak rugi belajar skills BOTG ni tau! Anda boleh dpt cash dgn mudah sgt plus dpt ilmu utk diri sendiri.

So apa tunggu lagi? Jom belajar Facial dengan kami di bawah team BOTG, skills facial yang best dapat, duit dapat, circle cantik & positif pun dapat.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
 
Jangan tunggu lagi!

Trainers BOTG berada di SELURUH MALAYSIA!

Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team BOTG sekarang!
 
Bagaimana untuk sertai BOTG?
Klik di sini:

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


Testimoni Buat Duit Kepuk-Kepuk Dengan Mobile Spa

$
0
0

Hai semua pembaca blog Mommy Shahab.

Posting sebelum ni saya dah share banyak tentang BOTG. So kalini saya nak share testimoni pula.

Testimoni team BOTG yang dah berjaya buat duit kepuk-kepuk melalui mobile spa.

Kalau anda nak tau, ada Beautician BOTG yang tak sempat nak buat service SPA pada customer pun.

Tapi masih boleh run dan jana income dengan bisnes SPA BOTG. Macam mana tu?

Sebabnya, BOTG menawarkan sumber INCOME DARI 6 PENJURU!

Income service SPA hanyalah salah satu dari 6 penjuru tu.

Ada 5 lagi penjuru income yang lebih lumayan yang tiada di bisnes SPA lain.

Sebab tu kita kata buat duit kepuk-kepuk.

Inilah ilmu yang sangat mahal yang kami akan share dengan semua Beautician BOTG.

Tapi kali ni, tak mau cite panjan-panjang.

Kita nak tengok hasil income beautician BOTG je. 

Jom layan testimoni buat duit kepuk-kepuk dengan mobile spa...









































































#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
 
Jangan tunggu lagi!

Trainers BOTG berada di SELURUH MALAYSIA!

Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team BOTG sekarang!
 
Bagaimana untuk sertai BOTG?
Klik di sini:

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Capai Impian Melalui Bisnes Mobile Spa

$
0
0

 

Sebijak mana seseorang itu, tanpa cita-cita, ia umpama burung tanpa sayapnya. Ini kerana kejayaan seseorang itu bermula daripada cetusan impian yang bertapak dalam minda dan jiwanya.

Tidak ada cita-cita yang terlalu besar untuk diraih, atau terlalu kecil untuk diperjuangkan. Asalkan berusaha untuk meraihnya, maka tidak ada yang tidak mungkin.

💪 Nak beli kereta idaman
💪 Nak bina rumah idaman
💪 Nak bawa anak-anak bercuti setiap tahun
💪 Nak beri pendidikan terbaik untuk anak-anak
💪 Nak beri hadiah pada suami
💪 Nak ada duit simpanan
💪 Nak beli barang kemas
💪 Nak tunai haji atau umrah untuk diri sendiri atau mak ayah

Namun, untuk capai impian-impian ini, hakikat yang kita kena terima adalah, kita perlukan DUIT!

Ye! DUIT! Walaupun ada orang kata duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan DUIT!

Kerana itu lah kita buka peluang bisnes mobile spa kepada anda di luar sana untuk jana income tidak kira samada main income atau side income sebagai platform untuk anda capai impian.

Percaya tak lepas sertai bisnes mobile spa BOTG, terlalu ramai yang dah berjaya capai impian yang selama ini hanya dalam bayangan.

    Berjaya buat saving min RM10,000
    Berjaya beli tanah untuk buat rumah secara CASH
    Berjaya beli kereta yang lebih selesa untuk kegunaan sendiri & keluarga
    Berjaya beli kereta untuk mak ayah
    Berjaya beli rumah yang lebih selesa untuk seisi keluarga
    Berjaya menabung untuk pergi haji
    Berjaya hantar mak ayah pergi umrah
    Dapat hantar anak-anak ke kelas-kelas tambahan seperti berenang, memanah, piano, tuisyen, dan sebagainya

Semua ini adalah antara impian-impian ahli team Mobile Spa BOTG yang telah berjaya dicapai menerusi Bisnes Mobile Spa kami. Semestinya bukan ini sahaja impian yang telah tercapai.

Jom tengok lagi ahli team bisnes mobile spa BOTG yang dah berjaya capai impian melalui bisnes mobile spa kami.



 

Saya share beberapa lagi success story mereka yang berjaya capai impian dari bisens mobile spa. 


BISNES MOBILE SPA BOTG LUBUK IMPIAN WANITA

Bisness Mobile Spa adalah bisness dalam bidang Kecantikan. Dan bila kita involve dalam bisnes Kecantikan, trust me! You'll go far and far.

Sebab bisness Kecantikan adalah bisness yang tidak akan terkesan dgn ekonomi. Ekonomi naik ke, ekonomi jatuh ke .. ia akan tetap berjalan.

Orang kata. bullet proof.  


Di mana ada wanita, di situ ada peluang & wang.


Maka sebab itu, saya katakan, memang mudah sangat2 untuk kita buat duit dengan service mobile spa ini.

Kita boleh kata, bisnes mobile spa ni boleh berjaya tak kisah lah bila dan di mana. Di mana-mana pun ada wanita kan?

Lagi pula dengan mobile spa, kita tak ada kedai spesifik di satu satu lokasi. Mobile spa adalah spa bergerak yang kita boleh buat di mana saja.

Tidak kiralah siapa pun kita, suri rumah atau bekerjaya, mahupun masih lagi belajar di kolej dan universiti, bianes mobile spa sangat sesuai untuk semua.

Dalam team mobile spa BOTG, kita berada dalam lingkungan dari pelbagai golongan wanita, pelbagai peringkat umur juga.

Seronok tau dalam team BOTG, walau kita masing-masing ada bisnes mobile spa atas nama sendiri, tapi kita tidak bersaing malah saling membantu dan melengkapi.

 

Boleh baca juga perkongsian tentang Kelas Bisnes Facial Terkini di Mobile Spa BOTG.

 

Ada impian yang nak dicapai tapi tak nampak jalan nya? Berminat nak ceburkan diri & sertai team bisnes Mobile Spa kami? Terus contact saya pada link di bawah ni ya.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

 

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
 
Jangan tunggu lagi!

Trainers BOTG berada di SELURUH MALAYSIA!

Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team BOTG sekarang!
 
Bagaimana untuk sertai BOTG?
Klik di sini:

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Wanita Buat Duit Dengan Bisnes Mobile SPA BOTG

$
0
0
Boleh ke wanita buat duit dengan bisnes mobile spa?


Kategori wanita yang macam mana yang boleh buat duit dengan bisnes mobile spa?

Wanita yang dalam industri kecantikan je ke? Yang bekerja dalam industri tak boleh ke? Surirumah pula macam mana? Student pun boleh?

 

Bisnes Mobile Spa BOTG Lubuk Impian Wanita!

Bisness Mobile Spa adalah bisness dalam bidang Kecantikan. Wanita dan kecantikan, takkan pernah dapat dipisahkan.

Di mana ada wanita, di situ ada peluang & wang.

 

 

Ini adalah analisis data dari Google Trends yang menunjukkan permintaan kepada servis mobile SPA untuk tempoh 5 tahun. Very high demand. 

 

Anda boleh refer posting saya sebelum ni jenis-jenis part-time job yang mampu beri pulangan yang cukup lumayan.


Jenis Part Time Job Yang Anda Boleh Buat Tanpa Ganggu Kerja Hakiki - No. 7 Paling Lumayan! (klik)


Dan atas sebab ini lah, BOTG tetap diteruskan untuk memperkasakan golongan wanita menjana pendapatan. Peluang buat duit terbuka sangat luas untuk semua golongan wanita.

 

Anda wanita bekerjaya, professional, surirumah / bekerja sendiri, student, akauntan, bidang bisnes mobile SPA tetap sesuai untuk anda semua. Sistem bisnes bersama team BOTG dicipta untuk kesesuaian semua golongan wanita.

 

 

Bagaimana Bisnes Mobile Spa BOTG Bantu Wanita Buat Duit

Zaman ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang menyebabkan semua orang terpaksa melakukan 2-3 kerja untuk jana pendapatan extra.

Justeru, bisnes mobile spa BOTG telah disistemkan khusus untuk membantu wanita menjana pendapatan lumayan walau hanya sekadar part time tanpa menganggu tugas utama samada sebagai professional, surirumah mahupun student.

✅ Training yang cepat dan mudah , dalam 1 hari dah selesai!
✅ Kursus Spa atau facial yang sangat praktikal dan fleksible. Turut sesuai untuk ibu yang mempunyai anak kecil.
✅ Kursus yang lengkap produk untuk memulakan bisness Mobile Spa – lepas selesai kursus, dah boleh terus mula! Sangat mudah!
✅ Bersama dengan pakej ini, barang asas Spa disediakan.
✅ Sijil Penyertaan turut disediakan
✅ Setiap module BOTG telah disusun dengan teliti agar peserta MAMPU untuk apply terus ilmu tersebut. Kami JAMIN, setelah selesai sahaja kursus Spa, anda boleh terus mulakan bisness Mobile Spa anda! Betapa mudah sebenarnya kaedah yang disusun!
✅ Dengan Ilmu Spa yang kami ajar, anda berpeluang untuk memperoleh pendapatan setiap hari! ✅ Apabila ada ILMU, diri anda umpama “magnet” duit tau Bimbingan support group dan mentor yang akan guide anda untuk berjaya
✅ Setiap alumni BOTG juga diberi panduan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan dari segi luaran juga dalaman, melalui kelas-kelas Nutrisi yang dijalankan oleh pakar Nutrisi kami (kami tidak mahu Beautician kami hanya sekadar cantik di luar sahaja).

Jom kita dengar apa kata mereka yang telah berjaya membina legasi bisnes mobile spa BOTG.

 


 

 

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
 
Jangan tunggu lagi!

Trainers BOTG berada di SELURUH MALAYSIA!

Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team BOTG sekarang!
 
Bagaimana untuk sertai BOTG?
Klik di sini:

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

 






Solusi Terbaik Kawal Stress - Vivix dan ResV Pilihan Saya

$
0
0

 

Sebelum saya nak cerita kenapa saya memilih Vivix dan ResV as my health regime, saya nak jemput u olls baca rutin harian hidup saya. Jemput baca link di bawah.


I have a productive lifestyle. Saya masih bekerja fulltime, heavy workload, involved in multiple projects at one time, selalu stayback, complicated task yang memerlukan saya banyak berfikir tentang solution sesuatu projek.

Saya juga buat bisnes Shaklee secara serius. Di bawah organisasi saya #Myracles ada hampir 1000 orang yang memerlukan guidance untuk mereka memperbaiki tahap kesihatan dan juga kewangan.

Husband saya selalu outstation. Jadi saya lebih banyak uruskan sendiri anak 4 boboiboy, salah seorang autistik. Saya menguruskan persekolahan anak-anak within office hour. Mujur di rumah, saya ada maid yang membantu.



 
To do list panjang berjela setiap hari. To be honest, memang penat. Almost setiap hari saya stress. Ye, hampir setiap hari. Mungkin sebab terlalu banyak memikirkan dan menguruskan hal orang lain dari diri sendiri.

Saya pasti bukan saya sorang je yang alami situasi macam ni. Ramai lagi di luar sana yang alami situasi yang sama. Sebab tu saya faham sangat kalau ada mak-mak yang sampai depress bila semuanya terpaksa urus sendiri.
 
Boleh bayang tak apa jadi pada badan kita kalau stress ini berlaku setiap hari selama bertahun-tahun, berbelas tahun atau mungkin puluhan tahun?


Bahaya Stress

Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular. Tambahan lagi, individu yang sememangnya mengalami masalah sakit jantung dan turut mengalami stres dan depresi lebih berisiko untuk meninggal dunia ataupun mati mengejut akibat sakit jantung.


Bila saya dapat tahu betapa bahayanya stress ni, saya jadi bertambah stress pulak. Aduhai.

 

Stress adalah salah satu punca terhasilnya radikal bebas di dalam badan kita. Radikal bebas  memudaratkan serta merosakkan DNA, sel dan tisu badan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka ia akan menjadi tekanan oksidatif (oxidative stress).

 

Tekanan oksidatif penyebab utama berlaku kerosakan sel yang menyebabkan berlakunya lebih daripada 100 penyakit degeneratif kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer dan lain-lain. 


Ya Allah, betapa bahayanya stress ni rupanya. Kalau u olls nak tahu, awal tahun 2023 saya didiagnosed retroverted uterus yang menyebabkan darah period backflow ke luar rahim dan menjadi punca endometriosis.
 
Endo ni buatkan saya mengalami abdominal and pelvic cramping dan baby contraction. Hari-hari rasa macam nak bersalin tu. Betul-betul menganggu kualiti hidup saya. Asik MC je. Saya notis, bila saya stress it worsen the pain.
 
It's a call to do something. Saya tak mau stress buat saya sakit. Saya nak menua dengan sihat, nak enjoy usia emas dengan happy dan freedom. 

Secara semulajadi badan kita ada imuniti yang boleh bunuh abnormal cell dengan sendiri. Healthy cells can protect and repair damages.
 


But as we age, the function of self-repair decrease. Semakin berusia, sel badan juga semakin menua dan semakin lemah. Tak mampu dah nak baiki diri sendiri. So perlukan support dari pemakanan. 
 
Kalau dulu masa muda makan sebiji vitamin C sehari pon boleh maintain sihat, tapi bila dan semakin berusia, sebiji vitamin C pun takde effect. Bermakna badan kita perlukan dos yang lebih tinggi dari biasa.

Dan saya percaya punca sakit yang saya alami disebabkan stress yang saya alami bertahun-tahun. Kalau dulu muda dan badan masih kuat untuk encounter.

Bila menginjak umur 40 tahun, sel semakin lemah, tapi stress level semakin tinggi, badan dah tak mampu nak close the gap. Badan kita perlukan support dari luar.
 
That's the reason why I started with very high antioxidant regime. I chose both VIVIX & RESV.


 

Pemakanan Tinggi Antioksidan Bantu Halang Kerosakan Sel

Kita tak dapat nak elak dari stress, tapi kita boleh kawal supaya stress tu tidak melampau dan kita boleh pastikan yang diri kita dilindungi dari ancaman oxidative stress yang menyebabkan kerosakan sel.
 
Selain dari stress management, saya tekankan dari segi pemakanan juga. Saya ni sebenarnya kuat makan buah, especially anggur, strawberi, buah delima. 
 
Tapi, masalahnya, yang dimakan cuma isi. Dan nutrien paling banyak sebenarnya kat kulit dan biji, tapi itu yang kita buang. 
 
So, sebenarnya apa yang kita makan tu obviously memang tak cukup nak supply nutrien penting untuk badan. Kita tak dapat pun khasiat sebenar buah tu. Sekadar dapat rasa sedap buah aje.

U olls tau tak, sebenarnya radikal bebas yang terbentuk berpunca dari stress tu, boleh dikawal dan boleh di halang bila badan kita ada antioksidan yang cukup.

Antioksidan lah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita untuk menghalang pembentukan radikal bebas. 
 
Sebelum ni selalu tengok kat tv je iklan yang encourage kita makan food yang tinggi dengan antioksidan. Tapi tak tahu pun rupanya itulah fungsinya.

Video di bawah memberikan penjelasan lanjut berkenaan radikal bebas dan fungsi antioksidan bagaimana ia membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan.


Tubuh manusia boleh menghasilkan antioksidan, tetapi jumlahnya tidak cukup untuk meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh. Jadi kita perlukan support tambahan antioksidan melalui pemakanan.

Tekanan sel boleh dikawal dengan baik dengan memakan makanan kaya dengan antioksidan. Antioksidan adalah vitamin A, vitamin C, vitamin E, zink, selenium dan polifenol tumbuhan. 
 
Tapi, dalam banyak-banyak antioksidan, polifenol is the most powerful than others. 




 

Mana Nak Dapat Sumber Polifenol Yang Tinggi?

Kebanyakan antioksidan ini boleh didapati daripada makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Tapi yang mana satu mengandungi kandungan polifenol yang paling tinggi?
 

Kajian menunjukkan dalam banyak-banyak buah, anggur muscadine is the most powerful dalam menyerap radikal bebas yang terbentuk dalam tubuh kita. Tapi anggur muscadine memang takde la kat Malaysia ni.

Dalam pada tercari-cari sumber polifenol yang tinggi, rupa-rupanya ada dalam VIVIX & RESV. Bukan tu je, dalam VIVIX & RESV bukan sekadar 1 atau 2, tapi ada 16 jenis campuran polifenol. Ye 16!

Inilah dia kandungan Vivix & ResV. Semua tumbuh-tumbuhan ini mengandungi pelbagai jenis polifenol yang cukup tinggi.

 

Polifenol dalam Anggur Muscadine

👉  Mengandungi ciri antioksidan yang sangat hebat dan tinggi dengan asid elagik dan ellagitannin.


Polifenol dalam Eldeberi Eropah

👉  Mengadungi polifenol aktif seperti antosianin yang menawarkan ciri antioksidan, antikeradangandan antivirus.

Polifenol dalam Lobak Ungu

👉 Mengandugi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan ciri antioksidan yang hebat.

Polifenol dalam Knotweed Jepun

👉 Mengandungi polifenol utama dipanggil resveratrol

Polifenol dalam Chebulic Myrobalan

👉 Juga dikenali sebagai “Raja Ayuveda”. Ia menawarkan manfaat terapeutik luar biasa dan mengandungi polifenol penting  seperti asid gallik dan asid ellagik


Polifenol Dalam Delima

👉 Serat dengan nutrien penting termasuk ellagitannin, asid ellagik dan flavanoid

Polifenol dalam Anggur hitam

👉 Kaya nutrien dan sarat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin c

Polifenol dalam Pomas anggur dan anggur merah

👉 Tinggi kandungan polifenol seperti proanthocyanidin yang menawarkan cirri antioksidan


Amacam? Dalam 1 botol VIVIX & RESV je, kita boleh dapat semua manfaat polifenol yang sangat tinggi. 
 
Kajian santifik juga telah membuktikan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
 



So, for those yang ada situasi yang sama macam saya, seriously, by hook or by crook, you have to take VIVIX & RESV. 
 
Kita golongan yang produktif, yang sentiasa sibuk. Kita takde masa nak cari keperluan antioksidan dan polifenol dari pelbagai jenis tumbuhan. Sebab itu kita perlukan VIVIX & RESV.

Walaupun hidup kita stress macam mana pun, kita akan mampu handle dengan baik. Stress management kita tip top. 
 
Sebab kita ada VIVIX & RESV yang terbukti dapat membantu sel-sel badan kita RECHARGE, RESET & REFRESH setiap hari.

Makna kata, radikal bebas yang terhasil akibat stress harini, akan terhapus keesokan hari. So badan kita akan recharge and refresh setiap hari. 
 
Compared to kalau tak ambil sebarang polifenol, radikal bebas itu yang berkumpul, semakin banyak dan semakin banyak yang akhirnya memakan sel-sel sihat dan datanglah penyakit2 merbahaya.


 
 
Selain dari pemakanan, jangan lupa amalan rohani yang kita mesti amalkan di saat kita stress. Ini adalah amalan zikir yang saya sentiasa amalkan bila saya terlalu stress. U olls boleh amalkan juga. 
 
 
Amalkan sesudu Vivix setiap pagi dan 2 biji ResV setiap malam secara konsisten bagi jangka masa yang panjang, insyallah kita akan dilindungi dari risiko sebarang penyakit kritikal dan kita akan dikurniakan kesihatan yang sangat baik sehingga kita dijemput ilahi. Insyaallah.
 

2 produk Shaklee ni TIADA COMPETITION di dunia. 
TIADA COMPANY ADA PRODUK INI selain Shaklee. 
This formula is only by Shaklee.
 
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkanResVivix sekarang?
  Sila hubungi saya. Saya akan bantu anda!

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Cara Terbaik Manage Duit Pinjaman Pelajaran - Habis Belajar Duit Masih Ada Lagi

$
0
0

Ini kisah Kak Kam manage duit loan masa zaman belajar kat universiti dulu.....
 
Loan MARA RM900 untuk satu semester bersamaan 5 bulan. Sangat jauh beza dengan budak2 yang dapat loan JPA, PTPTN.
 
Itulah duit makan, itulah duit buku, itulah duit yang ada untuk beli apa-apa keperluan lain.
Zaman tu tak paham maksud kehendak. Sebab nak beli apa yang hendak pun tak tahu sebab jarang ke mana2.
 
Budak2 yang dapat loan lain, masuk je duit, boleh terus p shopping, mampu juga tengok wayang. Seingat Kak Kam hanya sekali je p tengok wayang sepanjang zaman study dulu.
 
Kak Kam and the geng? Masuk je loan terus buat kira-kira, sehari boleh belanja berapa RM sahaja supaya kami boleh bertahan sehingga 5 bulan akan datang. Stok megi memang banyak la masa ni. Ahaks!
 
Buku? Memang tak mampu beli yang ori. Pinjam buku di library, bawak kedai photostat. Selama 3 tahun begitulah.
 
Mak abah tak bagi duit ke? Kalau mintak sure diorang bagi. Tapi anak-anaknya ni semua tak reti meminta2. 
 
Maka, kalau tak cukup, pandai-pandai lah cari kot mana. Time cuti semester Kak Kam tak balik rumah pon. Kak Kam join member2 cari duit lebih, kerja kilang kuih. 
 
Sampai pernah kena kejar anjing hitam yang lidah terjelir dengan air liur meleleh masa awal pagi gelap2 berjalan ke kilang. Sebab tu takut anjing sampai sekarang.
 
Time tak cuti, pernah join member jual nasi lemak dari bilik ke bilik. Sebungkus dapat upah 10 sen dan sebungkus nasi lemak. 
 
Lepas lah buat makan malam dengan duit upah RM3 sehari. Tengahri biasanya makan nasi putih lauk tempe sambal belacan, RM1.50 je. Pun dah rasa heaven sangat .
 
Dulu ada senior bagi hadiah tabung buluh. Tabung tu lah buat simpan duit syiling balance belanja.
Tak reti nak enjoy apa pun zaman belajar sebab duit yang ada ngam-ngam untuk beli barang perlu selama 1 semester.
 
Pernah sebilik dengan anak peneroka felda yang dah biasa makan nasi putih dengan garam. Seumur hidup Kak Kam belum pernah lagi makan macam tu. 
 
Bila berkawan dengan orang2 yang jauh lebih susah, buat Kak Kam rasa sangat bersyukur. Sebab tu tak suka nak mintak2 dari mak abah. Selagi ada kudrat, kita usaha cari sendiri. Asalkan tidak meminta-minta.
 
Sampaikan kawan2 kolej dulu ingat Kak Kam ni orang kampung. Tapi terkejut bila tau Kak Kam ni orang Key Ell sejati.
 
Mana tak, parents tak pernah datang tengok pun. Rata2 orang Key Ell, weekend parents datang bawak makanan bagai.
 
Parents Kak Kam hanya datang 2 kali je sepanjang 3 tahun study. Sekali masa first day register masuk U, sekali lagi masa last day nak angkut barang habis study.
 
Mungkin sebab Kak Kam dah biasa dari kecil macam tu. Independent. Kata anak komando kan. Kak Kam bersyukur sebab pengalaman itu yang menjadikan Kak Kam pada hari ini.
 
Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. 
 
Lepas grad, abah suruh hantar surat ke MARA bagitau dah habis study dah mohon pengurangan. Amazingly, bukan setakat pengurangan, tapi terus convert jadi scholarship. Syukurrrrr......
 
So bila dah start kerja, setiap kali dapat gaji, terus buat kira2 berapa RM yang boleh dibelanjakan. Mungkin sebab dah jadi habit masa belajar dulu kan. Kira siap-siap berapa RM yang perlu disimpan untuk masa depan. Gitew!
 
Alhamdulillah syukur sangat atas segala pengalaman kesusahan yang dilalui masa zaman belajar dulu. Walau sikit pinjaman yang diberi, tapi berkat nya cukup sampai grad. 
 
Syukur juga dengan didikan mak abah yang akan tanya soalan maut setiap kali minta sesuatu "PERLU KE?"
 
Pengalaman inilah Kak Kam belajar dan apply setelah bekerja sehingga sekarang. Tahu beza mana satu kehendak mana satu keperluan.
 
Dari gaji kecik sampai gaji besar, dari bonus Shaklee 2 angka sampai 5 angka, memang dah jadi habit untuk manage properly.
 
Dah pandai manage segala keperluan, baru lah belajar untuk capai kehendak pula. Bende yang dulu2 teringin nak tapi tak dapat sebab takde duit, masa ni lah kita cuba usaha untuk dapatkan tanpa kacau budget yang perlu.
 
Makna kata, both pon boleh dapat. KEPERLUAN dapat dipenuhi semua, KEHENDAK juga dapat dicapai.
 
Rasa tak cukup dengan duit loan atau duit gaji? Buatlah extra income. Kak Kam boleh ajar buat bisnes yang stable sampai boleh diwarisi.
 
Insyallah, ini yang Kak Kam sedang ajar pada anak-anak untuk menghargai setiap sen yang kita dapat.
Syukur dengan yang sedikit, Allah pasti beri ganjaran yang lebih besar. 
 
Tapi yang paling penting, pengurusan kewangan mesti dijaga dengan baik.
 
Benda ni memang takde belajar kat sekolah atau universiti. Kak Kam belajar dari pengalaman sendiri. Masa dah kerja baru cari buku2 berkaitan kewangan untuk kukuhkan financial health.
 
Tapi zaman sekarang ramai sifu financial yang bagi ilmu percuma, ada juga yang berbayar. Kesedaran tu dah makin banyak. Gali ilmu sebanyak mungkin.
 
Ingatlah, kalau masa income kecil kita mampu urus dengan baik, Allah yakin untuk beri kita income lebih besar. Kalau yang kecil pun tak tentu arah, bayangkan kalau bagi besar, lagi haru nanti.
 
Jangan pernah merungut dengan apa yang tiada. Bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada, dalam masa yang sama berusaha sungguh2 untuk capai segala impian dan bende2 yang kita belum ada. 
 
Mimpi itu percuma gais. Tapi usaha daN doa itu ada harga yang perlu dibayar. Selagi kita ada Allah, tiada apa yang mustahil.
 
Berminat nak buat side income tapi takde idea part time job apa yang sesuai?  Boleh refer kat link bawah ni.
 
 
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price

Berkat Beri Duit Pada Mak Ayah Walau Hanya RM10

$
0
0

Ni mak Kak Kam. Sejak kami kecik, mak besarkan kami tanpa Abah di sisi. Abah Kak Kam askar komando, memang travel sana sini, jarang-jarang ada rumah.
 
Kami tak follow Abah bila kena posting. Kami stay 1 tempat je, cuma Abah akan balik sebulan sekali, atau beberapa bulan sekali. Pernah juga di tinggal bertahun-tahun sebab Abah p training special forces di luar negara.
 
So, dari kecik, memang tak mintak apa-apa dari mak, sebab kita nampak mak buat macam-macam kerja untuk cari duit lebih. Attitude tu terbawa-bawa hingga sekarang. If you want something, find your own ways. Jangan meminta-minta. 
 
Bukan Abah tak bagi duit belanja. Cuma bila anak makin besar, expenses bertambah, tapi duit belanja tak bertambah. Banyak tu jugak. Pandai2lah mak nak handle cemane. Style komando kan! Hehe...
 
Macam tu juga cara Abah train kami adik beradik. Kalau nak apa2, kene justify dulu adakah ia satu keperluan atau sekadar kehendak. If satu keperluan insyaallah dapat, if kehendak, sekian... 
 
Kitorang selalu tolong mak amek upah buat bunga telur. Masa Kak Kam start sekolah menengah, mak berjinak-jinak buat kuih pulak. Kadang sampai tak tido. Bila kami tolong, nanti mak bagi upah. 
 
Mak memang superwoman. Dia boleh buat semuaaaaaa sendiri tanpa suami. Even mak lah yang jaga arwah Wan, arwah Atuk dan arwah Nenek sehingga hujung nyawa. Ulang alik hospital lagi, urus anak2 lagi.
 
Sampai mak gugur anak ke-5 sebab terlampau penat. Teringat masa tu Kak Kam darjah 6. Bangun pagi tengok mak takde, yang nampak banyaknya darah dari bilik air sampai ke pintu depan. Blur sekejap masa tu. Rupa-rupanya jiran tolong hantar mak ke hospital. 
 
Memang tabik spring. Itu lah hikmah jadi isteri seorang komando. Kuatnya semangat mak sebab boleh handle hal keluarga, rumahtangga dan anak2 seorang diri ketika suami di perbatasan. Cewah!
 
Masa Kak Kam lepas habis degree, p cari kerja, mak Kak Kam lah yang tolong hantar p interview sana sini. Sanggup tunggu berjam-jam sampai habis interview.
 
Masa p interview kat first company tu, bos tu tanya datang naik apa. Kak Kam cakap mak hantar, dan mak tunggu kat bawah. Ingat lagi masa tu interview kene buat coding dan-dan tu jugak. Bayangkan 2 jam baru setel interview. Mak sabar menunggu. 
 
Yang Kak Kam xle lupa, interviewer tu pesan, nanti dah kerja, dah ada duit sendiri, jangan lupa bagi mak setiap bulan dari gaji yang kita dapat tu. Berkat, Allah tambah rezeki lagi. Kalau dapat sikit, bagi sikit, dapat banyak, bagi banyak, allocate ikut %.
 
Dan itulah yang memang Kak kam buat, sejak dapat gaji pertama 20 tahun lepas, sampai sekarang, tak pernah miss. Syukur. Dapat gaji je, lepas tolak zakat, memang bagi mak terus based on % allocation.
 
Masa sebelum buat bisnes, Kak Kam dapat bagi duit dari gaji kerja hakiki, 3 angka setiap bulan kat mak. Sehinggalah bila start buat bisnes, alhamdulillah dapat bagi lebih sehingga cecah 4 angka sebulan.
 
Memula dulu selalu bagi cash. But for the past 4 years, Kak Kam terus buat supplementary credit card untuk mak. Dia nak beli apa-apa, swipe aje. Kita bayar je lah.
 
Kadang-kadang, terlebih dari allocation yang selalu bagi tu. Tapi, kita ni dengan mak, tak sampai hati nak mintak. Sebab kita hargai sangat pengorbanan sepanjang mak besarkan kita.
 
Cuma bila bulan tu terlebih dari allocation sepatutnya, tak cakap pun kat mak. Apa Kak Kam buat, mintak je mak doakan supaya bulan tu dapat bonus lagi tinggi. 😆 

Sebenarnya, adik beradik Kak Kam semua memang tak pernah miss bagi mak duit bulanan. Cuma masa Kak Kam masih bagi mak 3 angka tu, Kak Kam tengok adik Kak Kam dah mula mampu bagi 4 angka, aduhai, cam tercabar pon ada.
 
Tu juga antara asbab kenapa Kak Kam decide untuk buat bisnes Shaklee betul2. Niat tu tak mo bagi mak buat kuih beria sangat. Sebab umur pun dah masuk 70. Tak cukup tido, hai lah.
 
Tapi, mak ni memang passion dia buat kuih. Especially kuih koci dia tu. Kita bising kot mana pun, dia memang tak dengar punya. Cuma dia kata, kalau mak ni tak buat kuih, mak nak buat apa?
 
Iye lah mak, kalau duduk saja pun boleh pening, boleh sakit jugak kan sebab badan tak bergerak, otak tak berfikir. Kiranya, dia buat kuih ni sekadar hobi. Ok lah tu. Bab duit dia tak yah risau pun, kot rezeki anak2 ada je.
 
Yang penting, mak happy dapat happy kan orang lain bila makan kuih Koci mak yang sedap gile tu. Itu antara kepuasan dan kegembiraan mak dapat manfaatkan skill memasak pada orang lain. 
 
So, kami adik beradik supply untuk mak suplemen lah. Yang mak paling konsisten makan #VIVIX. Sebab nak guna tenaga banyak ni buat kuih. Syukur mak pun sihat walafiat, bacaan darah semua sentiada cantik je. Doktor pun puji.
 
Gambar atas tu kenangan masa kami travel ke Italy. Dapat free 5 star trip ⭐⭐⭐⭐⭐ fully sponsored by Shaklee.Trip Kat sana banyak berjalan. Sebab mak tak larat jalan jauh, kita bawakkan wheel chair. 
 
Ada orang terkejut bila sampai shopping outlet, mak bangun dari wheel chair, pastu berjalan laju masuk kedai. Ingatkan memang xle jalan. Hahahaha....boleh je, cuma bila berjalan jauh sangat je dia tak berapa larat. Jadi anak2 yang kuat tenaga ni lah tolong tolak.
 
Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan mak. Syukur kami masih dapat doa dari seorang mak. Selagi mak masih hidup, mintak mak sentiasa doakan kesejahteraan hidup kita. Amin....
 
Percaya lah, once kita mula bagi kat mak ayah, masa tu kita akan dapat rasa rezeki kita makin murah, takkan pernah putus. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan keberkatan, sentiasa rasa cukup.
 
Sumber rezeki itu sangat luas, meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea yang bernas dan bermanfaat, kehidupan yang bahagia.
 
Siapa yang masih ada mak ayah, hulur2lah duit kat diorang. Mak ayah kita ni bukan nak sangat duit kita pun. Tapi tanda ingatan tu. Dan sebab utama adalah kita nak Allah bagi keberkatan atas setiap rezeki yang kita dapat tu.
 
Kak Kam pun selalu remindkan husband, jangan sekali-kali lupa bagi mak dia duit setiap bulan. Jangan miss. Apa lagi tanggungjawab dia sebagai anak sulung, besar tanggungjawab tu. 
 
Especially untuk adik2 yang baru bekerja tu. Kalau ada sikit, bagi sikit, ada banyak, bagi banyak. Janji mesti bagi. Walaupun hanya RM10. Jangan tak bagi langsung. Tau!!
 
Tapi kalau rasa2 dengan gaji yang ada pun tak mampu nak bagi mak, buat lah sesuatu. Buat extra income sehingga kita mampu beri pada mak ayah. 
 
Kak Kam boleh guide macam mana u olls boleh dapat extra income. Masa bujang belum ada komitment ni lah, kene pulun betul2. Ingat masa lapang sebelum sempit.
 
Kak Kam open peluang untuk semua yang nak tambah income dan nak belajar buat bisnes bersama team Kak Kam. Jom kami bantu anda berjaya.


~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
 

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Yang Patut Saya Ambil?

$
0
0

Salam kak, saya dah baca blog akak, dan saya nk try set menyusu tu. Tapi tengok ada macam-macam set pulak. So saya patut ambil set yang mana?

Seringkali saya dihujani dengan soalan sebegini. Sebenarnya bergantung kepada situasi dan keadaan masing-masing. Untuk memudahkan ibu-ibu decide set yang mana, saya terangkan sedikit panduan seperti di bawah.


Set Menyusu Shaklee (Basic)

Untuk siapa?
Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan, yang dapat direct feeding bayi all the time, yang tiada masalah menyimpan stok. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi serta membantu si ibu sentiasa cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur. 

Apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Basic? 

Vitamin C + Multi-vitamin Vita-Lea Iron Plus + B-Complex dengan Asid Folik + Alfalfa Complex.

Harga Set Menyusu Shaklee (Basic): Retail Price RM346

Dapatkan 20% diskaun dengan join sebagai ahli.




Set Menyusu Shaklee (Popular)

Untuk siapa?
- Ibu yang tiada masalah penyusuan pada waktu biasa, tetapi mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS
- Ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian
Selain itu set ini membantu si ibu sentiasa cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 

Apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Popular? 
Vitamin C + Multi-vitamin Vita-Lea Iron Plus + B-Complex dengan Asid Folik + Alfalfa Complex + Ostenutrix

Harga Set Menyusu Shaklee (Popular): Retail Price RM415

Dapatkan 20% diskaun dengan join sebagai ahli.




Set Menyusu Shaklee (Optimum)

Untuk siapa?
- Ibu yang ada masalah penyusuan (menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari)
- Ibu yang nak mula menyimpan stok 
- Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam 
- Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Set ini membantu memperbaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susu ibu.

Apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Optimum? 

Vitamin C + Multi-vitamin Vita-Lea Iron Plus + B-Complex dengan Asid Folik + Alfalfa Complex + Ostenutrix + ESP

Harga Set Menyusu Shaklee (Optimum): Retail Price RM588

Dapatkan 20% diskaun dengan join sebagai ahli.


 

Manfaat nutrisi

1. Vitamin C

  1. Vitamin C meningkatkan imunisasi tubuh ibu menyusu dan akan disalurkan juga kepada bayi.
  2. Jika ibu selalu tidak sihat, penghasilan susu ibu akan terganggu.
  3. Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Nota: Satu botol mengandungi 180 biji, untuk 3-6 bulan penggunaan.

 

2. Multivitamin + Zat Besi - Vita-Lize

  1. Vita-Lea Iron Plus merupakan multivitamin yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk.
  2. Ia mengandungi Zat Besi (Iron) untuk mengelakkan low HB, Anemia, dan pitam selepas menyusu atau pumping session.
  3. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang kurang pengambilan sayuran dalam diet seharian.

Nota: Satu botol mengandungi 120 biji, untuk 2 bulan penggunaan.


3. B-Complex with Folic Acid

  1. B-Complex mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh.
  2. Ia menukar makanan yang diambil kepada tenaga, dan bantu mengelakkan stress.
  3. Jika ibu menyusu stress dan tertekan, ia menyebabkan susu sukar dikeluarkan. Jadi, penting untuk ibu yang menyusu mempunyai emosi yang stabil dan bebas tekanan.
  4. B-Complex juga mengandungi Asid Folik yang penting untuk penyusuan bayi.

Nota: Satu botol mengandungi 120 biji, untuk 4 bulan penggunaan.


4. Alfalfa Complex

  1. Alfalfa terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan nutrisi.
  2. Terkenal juga sebagai Galactogue (penggalak susu).

Nota: Satu botol mengandungi 330 biji, untuk 1-2 bulan penggunaan.

 

5. Kalsium - Ostenutrix

  1. OsteNutrix mengandungi kalsium serta mineral lain yang baik untuk tulang dan gigi.
  2. Apabila menyusu, kalsium dalam badan ibu akan dibekalkan kepada bayi menerusi susu ibu.
  3. Jadi, ibu perlu mendapatkan kalsium yang cukup dari pemakanan harian.
  4. Ini membantu untuk mengelakkan sakit pinggang dan sakit badan. Ibu menyusu akan rasa segar bangun pagi walaupun berjaga malam untuk menyusu.

Nota: Satu botol mengandungi 120 biji, untuk 1 bulan penggunaan.

 

6. Protein - ESP

  1. ESP merupakan protein dari soya yang tidak diubah genetiknya (non-GMO).
  2. Ia mengandungi Glisemik Indeks yang rendah (low GI) untuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan.
  3. Susu ibu terdiri daripada protein. Begitu juga seluruh badan kita dari hujung rambut ke hujung kaki.
  4. Jadi, protein sangat penting untuk pembinaan sel tubuh kita.
  5. ESP juga dapat membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Nota: Berat satu tong adalah 850 gram, untuk 1-2 bulan penggunaan.

 

7. Asid Lemak Omega 3

  1. Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:
  2. Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.
  3. Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.

 

Testimoni Set Menyusu Shaklee






Pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum membeli mana-mana set di atas dan pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.
 
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkanSet Menyusu Shaklee sekarang?
  Sila hubungi saya. Saya akan bantu anda!

 
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 

 FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Contohi Asma' Abu Bakar Bantu Bina Agama, Bangsa Dan Negara

$
0
0
 
Menyorot kisah peranan wanita dalam pembangunan negara sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ini, pembabitan golongan ini sebenarnya bermula sejak awal dakwah Rasulullah SAW lagi.

Penubuhan Madinah sebagai sebuah negara Islam dilihat penting kerana dari situlah titik tolak perjalanan penyebaran Islam ke serata dunia sehingga sampai nikmat Islam itu kepada kita hari ini.
 
Permulaan turunnya wahyu, dakwah Baginda dijalankan secara rahsia dan tersembunyi. Pada waktu itu juga, wanita memberikan komitmen yang sangat tinggi terhadap perjalanan dakwah Islam tanpa sedikit pun gerakan rahsia ini terbongkar atau ada maklumat yang bocor.
 
Lihatlah bagaimana Islam mendidik wanitanya untuk berperanan dan bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dengan tertib, berpendirian teguh dan penuh amanah.
 
 
 

Siapa Asma’ Abu Bakar

Asma’ Abu Bakar As-Siddiq, merupakan anak kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Adiknya Aishah binti Abu Bakar merupakan isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. 
 
Menyusuri perjalanan pejuang Islam wanita ini, kita dapati sejak zaman Rasulullah SAW lagi, wanita diangkat dan diberikan kepercayaan tinggi.
 
Gelaran mulia ‘Dzatun Nithaqain’ iaitu ‘Wanita Yang Mempunyai Dua Tali Pinggang’ diberikan Rasulullah kepada Asma’. sebagai memperingati pengorbanan beliau ketika peristiwa Hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah.
 
Tanggungjawab sebagai penyimpan rahsia agama dan negara terpikul di atas bahu Asma’. pada saat Rasulullah datang menemui Saidina Abu Bakar, ayahandanya sendiri untuk menyampaikan berita perintah berhijrah.
 
Menurut Sahih Al Bukhari, dari Saidatina Aisyah, juga adik kepada Asma’. menceritakan bahawa “Pada suatu siang di rumah Abu Bakar, Rasulullah SAW datang dalam keadaan penyamaran”.
 
Pada waktu itu, seluruh keluarga Saidina Abu Bakar termasuk Asma’. mengetahui mengenai penghijrahan Nabi Muhammad yang perlu dilakukan secara sulit dan sembunyi.
 
Asma’. ketika itu dipertanggungjawab menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ketika kedua-duanya bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hijrah mereka ke Madinah.
 
Dengan penuh kecintaan terhadap Islam dan Rasulnya, Asma’. mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat bekalan makanan untuk dibawa ke gua. Dari peristiwa inilah Asma’ mendapat gelaran ‘Dzatun Nithaqain’.
 
Bukan saja keberanian mendorong perjalanan Asma’ sebagai penghantar makanan, malah kecerdikan akalnya dizahirkan dengan perancangan strategi perjalanannya.
 
Asma’ sedar bahawa dua sahabat yang akan menerima bekalan itu sangat berperanan penting dalam menegakkan agama Islam ke seluruh pelosok dunia.
 
Dengan berhati-hati beliau berjalan ke tempat persembunyian Rasulullah SAW dengan diiringi sekawan kambing yang berjalan di belakangnya pada hening malam.
 
Tujuannya supaya jejak tapak kaki beliau di padang pasir itu terhapus dengan jejak kambingnya bagi mengaburi pihak musuh yang sedang memburu Rasulullah untuk dibunuh.

 

 

Penyimpan Amanah Terbaik

Ketika peristiwa itu, Asma’ sedang hamil, namun demi ketaatan dan keimanan yang teguh, beliau rela mempertaruhkan nyawanya semata-mata untuk menyampaikan berita kepada Rasulullah mengenai rancangan orang Quraisy di Makkah.

Malah, keselamatan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar ketika itu terancam jika Asma’ tidak berhati-hati.

Kisah Asma’. ini mengajar kita tentang peranan wanita dalam gerakan politik bagi memastikan kelangsungan hidup Rasulullah dan ajaran Islam yang akhirnya membawa kepada kejayaan pembentukan negara Islam berdaulat.

Malah, selepas kejayaan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian untuk berhijrah ke Madinah, Asma’ didatangi beberapa kaum Quraisy, diketuai Abu Jahal yang bertanyakan pelbagai soalan tentang tempat persembunyian Muhammad.

Tanpa gerun Asma hanya menjawab ‘tidak tahu’ sehingga ditampar Abu Jahal menyebabkan subang di telinganya terlepas.

Kisah pendek tokoh pejuang Islam ini membuktikan bagaimana Islam mengangkat wanita sehingga mendapat kepercayaan tertinggi dan penyimpan amanah terbaik.

Zahirnya nampak kecil, tetapi dalam sejarah Islam ia adalah kejayaan yang sangat besar dan bermakna. Kisah Asma’ perlu dijadikan iktibar kepada wanita hari ini untuk memainkan peranan besar dalam pembinaan masyarakat, tamadun negara, penggubal dasar dan membawa syariat Islam di muka bumi.

Semoga seluruh wanita mampu memacu peranan dan tanggungjawab mereka supaya tidak terhad hanya kepada diri sendiri serta keluarga sahaja, bahkan pembabitan mereka penting ke arah membangunkan agama, bangsa dan negara.

 


 

Viewing all 229 articles
Browse latest View live