Quantcast
Channel: Mommy Shahab
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

Egg & Cheese French Toast

$
0
0
Assalamualaikum,

Harini saya nak kongsi dengan anda cara paling mudah dan ringkas menyediakan Roti Bakar Telur Keju. Yang menarik, anda tak perlu menggunakan minyak dalam resepi kali ni, jadi jumlah kalori dan lemak dapat dikurangkan berbanding resepi biasa. Selain sarapan pagi, boleh juga dijadikan menu makan malam bagi mereka yang sedang mengamalkan diet.


 




Credit GigaCircle

Senang kan? Selamat mencuba!


OMG! BEST GILER!

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah program 2 hari Online Offline Maketing Genius (OMG) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 & 25 May 2014 yang lalu. Saya rasa sangat gembira sebab terlalu banyak tips dan rahsia kejayaan telah didedahkan sepanjang program ini. 

Untuk pengetahuan anda, program ini dianjurkan khas buat susur galur Empayar MFMS sahaja. Effort yang diambil oleh barisan leader di dalam group MFMS ini adalah untuk membantu semua ahli keluarga MFMS menjalankan perniagaan dengan lebih mudah berdasarkan track rekod kejayaan yang telah dilakar oleh Maria & Firdaus.

Jom kita tengok suasana sepanjang program ini berlangsung....


HARI PERTAMA

Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Maria Firdaus

Firdaus berkongsi rahsia bagaimana mereka berjaya naik ke rank tertinggi di dalam Shaklee dalam tempoh hanya 9 bulan.  

Perkongsian yang cukup-cukup buat kami semua tergamam. Memang patutlah mereka dapat naik rank dengan cepat. Kami akan cuba sehabis baik follow serapat mungkin, duplicate segala tips yang telah dikongsi.
 

Master Your Bisnes - Maria

Maria pula berkongsi bagaimana cara untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee. 

Sesi kali ni lebih kepada teknikal. Antara ilmu yang dikongsi adalah mengenai FORMULA KEJAYAAN: HOUSE OF INSPIRATION. Jika kesemua elemen tersebut LENGKAP DAN KUKUH, perjalanan kita mendaki 7 gunung menuju MASTER COORDINATOR Shaklee akan lebih mudah.


Guna, Yakin & Percaya - Suhana Kawi


Suhana antara salah seorang yang mempunyai energy yang cukup tinggi, sentiasa positif dalam apa jua perkara. Apa sahaja yang beliau lakukan, beliau akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. 

Menurut beliau, kalau kita berniaga sesuatu produk, kita mestilah menggunakan produk tersebut dahulu dan rasai keberkesanan dan kehebatan produk tersebut. Baru lah mudah untuk kita berkongsi dengan orang lain dari hati kerana kita sendiri dah merasainya.


Mudahnya Menjual Dalam 5 Minit - Arham Zulkarnain 

Arham pula berkongsi tips bagaimana close deal dengan customer dalam masa hanya 5 minit. Ramai yang tak sangka dam macam tak percaya dengan tips tersebut. Tapi memang itulah hakikatnya.


Tips Buat Mereka Yang Baru Join - Ceq Siti Safwanah

Perkongsian dari Che Siti Safwanah betul-betul menyentuh hati kami semua. Ramai yang turut mengalirkan air mata. Betapa beliau sangat bersyukur kerana Allah pertemukan beliau dengan group MFMS dan semua ahli keluarga MFMS. 

Kehidupan beliau terlalu banyak berubah selepas menyertai Shaklee di bawah group ini. Cerita dari hati ini membuatkan kami sendiri rasa betapa bersyukurnya kami semua kerana berada di dalam Empayar MFMS kerana kami mempunyai barisan leader yang hebat yang sanggup berkorban demi kejayaan seluruh keluarga MFMS.


Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Affni Shahida

Perkongsian yang cukup sentap dan menyentapkan semua orang. Seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil, tiada maid, masih bekerja sepenuh masa dan menjaga orang tua. Beliau yang telah pun menggenggam bonus 5 angka berkongsi tips bagaimana beliau membahagikan masa antara kerjaya, keluarga,dan juga tanggubjawab lain. 

Saya percaya rata-rata yang mendengar memang teruja. So siapa yang masih ada masa tengok tv, tidur lebih dari 8 jam sehari, buat perkara-perkara yang tak berfaedah, fikir2kan lah. Untuk jadi orang yang luar biasa, kita mestilah bertindak luar biasa.


HARI KEDUA 

Blog Marketing & SEO-Arham Zulkarnain
Perkongsian dari Arham tentang rahsia-rahsia tentang bagaimana untuk pastikan semua friend di FB nampak posting kita dan bagaimana untuk meningkatkan trafik di blog. 

Blog yang mempunyai trafik tinggi, pageview tinggi, pagerank tinggi amat disukai oleh advertise. Persoalannya bagaimana kita mampu mencapai tahap tersebut dalam tempoh yang singkat tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Itulah yang dikongsi oleh Arham.


FB Marketing - Firdaus

Sekali lagi Firdaus berkongsi dengan kami bagaimana beliau menggunakan FB untuk market produk dan bisnes dengan berkesan.

Offline Marketing - Hafiz

 Husband saya Hafiz pula berkongsi tips bagaimana menjalankan bisnes secara offline dengan sangat mudah.  

Beliau antara orang yang expert dalam bisnes secara offline. Pengalaman beliau berniaga selama ini adalah secara offline sahaja. Dan beliau sebelum ini banyak menjalankan perniagaan secara trading. 

Sempat jugak beliau jual serunding sepanjang program ini. Percaya atau tidak, dalam masa 5 jam sahaja, beliau telah berjaya menjual 30 kotak serunding. Percaya sebelum berjaya. Beliau sentiasa yakin yang setiap barang yang dibawa pasti terjual.

Sama juga di dalam bisnes Shaklee ni. Kami selalu pesan kepada anak-anak buah supaya sentiasa ada stok sebab customer biasanya bila order barang hari ni, mereka nak barang tu jam tu jugak. Kalau kita takde stok, mereka akan cari pengedar lain. Dan yakin setiap stok yang ada pasti terjual.


How To Handle Customer - Firdaus & Maria

Maria dan Firdaus berkongsi tips bagaimana mereka berjaya handle customer, daripada customer nak beli sebotol Vitamin C, last-last close deal dengan free membership. Daripada free membership, terpaksa free postage, daripada free postage terpaksa dapat bonus pertama. Patutlah mereka dapat award Top 5 New Enrollment.


Leadership - Kam Haryatie

Saya juga diberi tanggungjawab untuk berkongsi tentang topik leadership. Persediaan sebelum menjadi leader di dalam bisnes Shaklee, ciri-ciri menjadi great leader dan tips bagaimana saya melahirkan leader di bawah saya, bagaimana saya duplicate kepada anak-anak buah saya tentang segala ilmu yang saya dapat daripada mentor saya. 

 Ramai yang tidak sedar sebenarnya setiap daripada kita adalah seorang leader. Semua manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang leader di dalam bisnes, prinsip asas berniaga mesti dipahat di dalam diri masing-masing. Bantu orang lain berjaya, anda terpaksa berjaya. Help enough people to get what they want, you will get what you want.


Hot Seat - Adni Harlina, Syakilla Kuzairi, Affni Shahida, Kam Haryatie

 Barisan Coordinator ke atas diberi penghormatan untuk berkongsi kisah perjalanan, jatuh bangun, cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan bisnes Shaklee. 

Setiap daripada kami mempunyai latar belakang yang berbeza, kisah yang berbeza, kehidupan yang berbeza, terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi sebelum berjaya mencapai impian kami. Kami semua telah berjaya mendapat car bonus dan juga bonus yang telah mencecah 5 angka. 

Perkongsian ini adalah untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada semua ahli keluarga MFMS bahawa untuk berjaya sebenarnya memerlukan usaha dan pengorbanan, dan apa sahaja yang kita lakukan, kita mesti berbalik kepada Allah. Put Allah first in any situation, all other things fall into their proper place.

 
Award dan telekung Siti Khadijah sebagai hadiah penghargaan dari Maria.


Inilah salah satu daripada ciri-ciri great leader. Sentiasa memberi recognition kepada anak-anak buah yang berjaya. Insyaallah, kami tidak akan berhenti di sini. Kami akan cuba buat sehabis baik sehingga ke peringkat Master. Terima kasih banyak-banyak Maria. WE LOVE YOU!!!


Secret Project Empayar MFMS 

Firdaus mendedahkan projek-projek rahsia yang sedang di dalam perancangan beliau. Sungguh kami betul-betul kagum dengan idea-idea beliau. Kami sendiri tidak menjangkakan yang beliau boleh terfikir ke tahap ini. 

Kami berjanji akan memberikan sokongan 100% untuk menjayakan projek-projek tersebut. Kami percaya jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita.


The Power of Serah

Firdaus berkongsi tips bagaimana untuk submit doa dengan cara yang betul. Apa sahaja hajat kita, terutama sekali bila kita memohon perkara yang betul-betul kita inginkan, sebut 3 kali, tarik nafas dalam-dalam.....dan serah. Serah tu umpama kita tekan button enter, apa pun terjadi kita berserah kepada Allah dengan yakin bahawa Allah mendengar permintaan kita.


Hadiah Misteri

Di awal program, Firdaus umumkan, siapa yang berjaya catit paling banyak tips di dalam buku catatan masing-masing, akan menerima hadiah yang cukup berharga, yang akan mengubah kehidupan mereka daripada biasa-biasa kepada hidur luar biasa. Nak tau hadiah apa? Hadiahnya merupakan tiket IMKK yang akan berlangsung selama 4 hari pada bulan Jun nanti.

Inilah dia pemenang pertandingan mencatat tips paling banyak. Namanya Syazwina. Beliau telah berjaya mencatat hampir 200 tips dan rahsia yang telah dikongsikan sepanjang  2 hari program. Jelas menunjuknan beliau adalah seorang yang fokus dan cukup komited. Mudah2an Allah permudahkan urusan beliau untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee hingga ke Master.


Business Games 

Program diakhiri dengan permainan yang melibatkan perniagaan. Banyak pengajaran yang tersirat daripada permainan ini. Kami diberi kesedaran bahawa di dalam bisnes, mesti sentiasa bersedia, sentiasa bertindak dengan pantas untuk merebut segala peluang yang ada di depan mata. Tapi jangan sampai jadi orang yang tamak. Berniaga bukan sebab nak kaya.

Sebab kalau itu niat asal berniaga, kita hanya tengok keuntungan dari segi wang ringgit semata-mata, tanpa kita sedar, sebenarnya terlalu banyak keuntungan lain yang kita akan dapat. Banyak bisnes lain yang tumbuh bagai cendawan di luar sana. Begitu juga degan bisnes Shaklee, terlalu banyak distributor dan group Shaklee lain yang ditubuhkan. Tapi, kita jangan jadi distributor yang biasa-biasa, jadilah distributor Shaklee yang luar biasa. 

Pilihlah group yang betul-betul yang akan membimbing anda dengan sepenuh hati sehingga ke peringkat Master. Saya akan selalu ingat pesan DAO, KALAU KITA NAK BERNIAGA, CARI PERNIAGAAN YANG KITA SUKA, YANG BANTU SELESAIKAN MASALAH ORANG LAIN, YANG MEMBERI KEUNTUNGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.  Dan kerana itulah, saya ambil keputusan untuk terlibat di dalam bisnes Shaklee bersama-sama seluruh ahli keluarga MFMS.



Tengoklah, suami dan bapa mithali ni. Dahla support wife buat bisnes, siap tolong jaga anak lagi. Memang SUPERB!



Ni dia orang kuat belakang tabir sepanjang program ini. Nadia & Husband - Din. Terima kasih atas sumbangan tenaga.


Jom kita tengok suasana  sekitar program 2 hari ni.
Model-model cilik Empayar MFMS. Bisnes ni adalah bisnes family. Setiap kali bila ada program, memang kami akan pastikan ada ruang untuk anak-anak bermain sebab kami memang encourage untuk bawa anak bersama. Anak-anak kan magnet rezeki.


Percaya atau tidak, ini baru 10% daripada seluruh ahli keluarga Empayar MFMS. Ramai lagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Insyaallah, next program lebih ramai lagi yang akan join.

Ni dia Master To Be Superstar Mommy Shahab. Korang memang BEST!


Haaaa....ni lah dia IDEAL WEIGHT CHALLENGE GROUP. Sebenarnya ramai lagi yang tak dapat hadir. Rata-rata dah semakin selim, makin santek, makin hensem. Tak sangka percubaan kami menurunkan berat badan secara berjemaah menjadi kenyataan.


Bukan senang tau nak turunkan berat badan. Group ni adalah antara group yang mempunyai ENERGY yang TERSANGAT TINGGI. Syabas! Siapa yang berniat untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul, sihat dan berkesan, boleh join group ni.


OK. Last sekali, gabungan mantap adik beradik dan biras. Hehehe.....Kami memang suka bergambar. Ni pun dah bertapis, tak leh upload semua. Macam-macam aksi ngeri yang keluar nanti.


Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Kami akan sedaya upaya berganding bahu agar Empayar MFMS terus berkembang maju dalam  membantu lebih ramai orang di luar sana mencapai impian mereka melalui bisnes Shaklee.

Mohon semua pembaca juga mendoakan agar Allah panjangkan umur Maria dan Firdaus dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mereka dapat terus memberi, memberi dan terus memberi, membantu semua ahli keluarga Empayar MFMS berjaya mencapai impian masing-masing.



WE LOVE BOTH OF YOU!
Memang rugi besar siapa yang tak join family MFMS.

MFMS EMPIRE
THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA  

Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.



 

Sajak: Untukmu Melayu

$
0
0
Seloka nukilan hamba Allah yang di forward kepada saya which saya kongsikan pada anda semua:

Assalamualaikum Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Assalamualaikum Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Assalamualaikum Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Sampai bila lagi?.............. 

Bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi peringatan untuk kita semua. Bangkitla bangsaku.

KISAH PANDA DAN B***

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya dapat cerita ni dari seorang sahabat saya melalui Whatsapp. Mengekek saya gelak siap guling-guling baca kisah ni. Saja saya share di sini kerana ada pengajaran di sebalik kisah ni. Jom kita ikuti perbualan antara panda & b***. 

Semoga terhibur.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Untunglah hang, Panda. Dapat layanan first class. Sangkar ja dah 25 juta. Dok dalam aircond. Aku ni ... mana nak dapat layanan camtu. Orang jijik dengan aku ni," rungut seekor babi.

"Aku ni binatang yang dah nak pupus, Babi woi!" jawab Panda.

"Hang pun panggil aku Babi? Kecik hati aku."

"La ... dah memang hang Babi kan? Takkan nak panggil Babun lak?"

"Gunalah panggilan yang manja sikit ... Khinzir ka. Taklah terasa sangat."

"Erm ... macam-macam la hang ni. Aku rasa, hanglah haiwan paling glamer la ni. Rata-rata orang dok sebut pasai hang. Dalam FB, paper, blog ... jeles aku!"

"Takda maknanya, Panda woi. Depa tu dok marah kat aku ja. Depa kata aku ni pandai-pandai pi masuk dalam coklat. Habis aku kena marah," kata si Babi dalam nada sebak.

"Sabaq, Bi... ni semua ujian. Walaupun kat dunia hang kena kutuk macam-macam, tapi kat akhirat nanti kita tak masuk neraka. Yang masuk neraka ni manusia dan jin. Binatang macam kita ni tak kena hukum." Panda cuba mententeramkan Babi.

"Aku taulah aku ni najis mughallazah. Haram dimakan. Kalau manusia sentuh aku, depa kena sertu."

"Tapi aku tengok page Dr. sorang ni, dia kata takyah sertu. Cuma bilas ja."

"Erm... dia ada fatwa dia sendiri. Biaq pi kat dia lah."

"Sat aku nak tanya. Tapi, hang jangan kecik hati lak."

"Tanya ja."

"Dulu, aku ada dengaq. Kat badan hang ni ada kuman. Kalau hang bersentuh dengan manusia, kuman tu akan berpindah ke badan depa. Satu-satunya cara nak matikan kuman tu, kena cuci dengan tanah. Betoi ka?"

"Tak taulak aku. Aku tak ngaji medic. Try hang GOOGLE. Kot-kot ada jawapan. Manusia pun la ni mudah ja. Semua jawapan cari kat Google ja," jawab Babi dengan rileks."Hang pulak, pasaipa depa bawak mai hang dari China?"

"Erm... depa kata nak perbaiki hubungan. Kan, China marah kat Malaysia kes MH370 tu. So, aku ni jadi alat diplomatik la."

"Oh... kalaulah Malaysia jadikan aku alat diplomatik jugak kan baguih."

"Pala hotak hang. Mana boleh. Hang tu tak layak!"

"Huhu. Kecik hati aku."

"Alahai... touching la pulak. Hrm."

"Mana tak touching, Da. Manusia ni, kalau nak maki ... nama aku gak yang depa guna. Kenapa tak maki guna nama hang?"

"Aku haiwan suci. Sentuh takyah sertu. Haha," jawab Panda dengan bangganya.

"Tapi, sebab hang ... negara dah habis berjuta ringgit. Padahal ramai rakyat miskin. Depa nak makan apa?"
"Kalau darurat sangat, makan hang pun boleh. Haha." Panda bergurau. 

"Sebenarnya, ramai orang taktau... Aku adalah haiwan yang akan pupus. Tak banyak dah spesis Giant Panda macam aku ni. Sebab tu, kalau aku depa letak kat zoo, jumlah pengunjung akan meningkat dan jualan tiket bertambah. Ini dapat menjana ekonomi negara."

"Tapi, teori tu perlukan masa untuk dibuktikan. Bukan mudah rakyat nak faham."

"Sebenarnya, dalam dunia ni cuma ada 12 buah zoo saja yang ada Giant Panda. Semua panda tu mai dari China. Negara lain depa minta kat kerajaan nak bela Panda. Tapi, untuk Malaysia, China yang offer," jelas Panda.

"Malaysia, kot mana pun terpaksa terima jugak. China kan tengah marah kat Malaysia. Kalau Malaysia taknak ambik hang, lagilah parah. Sedangkan hubungan China dan Malaysia sangat penting. Takkan nak alih arah ke Amerika pulak."

"Pandai jugak hang no bab-bab ekonomi ni," puji Panda. "Ingatkan bodo."

"Aku pun baca kat Google. Haha."

"Weh, Bi. Kes DNA hang dalam coklat tu apa citer? Rugi mampuih kilang Cadbury. Tang mana depa nak buang semua coklat tu?"

"Bagi kat hang makan la, mau?"

"Aku okey ja. Binatang tak berdosa makan coklat ada babi. Manusia ja yang berdosa."

"Pandai jugak hang bab hukum ni ek?"

"Aku pun baca Google gak. Haha. Mana la ada masa nak pi jumpa ulama tanya. Asyik terkurung ja dalam sangkaq. Mujur ada smart fon."

"Aku nak tanya satu soalan. Kalau ada kambing terminum susu aku, kiranya manusia halal tak makan kambing tu?" 

"Begini. Macam aku cakap. Kambing tak berdosa minum susu hang, Bi. Jadi, ikut hukum Fekah, kambing tu halal dimakan. Tapi, MAKRUH. Dan, ada ulama fatwa MAKRUH TANZIH, MAKRUH TAHRIMI dan ada juga yang fatwa HARAM."

"Kalau manusia taktau dalam makanan depa ada DNA babi, berdosa tak?"

"Dah taktau, takpala. Kalau dah tau, tak kuar fatwa pun depa dah takmau makan."

"Huhu. Jijiknya aku ni."

"Sedaq diri takpa. Haha. Tapi, manusia yang tak bersolat lebih jijik daripada hang, Bi. Umat zaman dulu, kalau langgaq perintah Tuhan, terus ditukaq jadi babi dan kera. Umat akhir zaman ni, Tuhan bagi peluang. Tu pun depa tak sedaq. Bab coklat ada DNA babi, bukan main lagi melatah. Rasuah makan. Aurat dedah. Solat tinggai. Mengumpat, merokok, memfitnah ... tu macam makan daging manusia hidup-hidup tau. Manusia tak sedaq semua tu. Bagi depa, yang haram ni BABI ja. Sampai nak sebut dan tulis babi pun, orang akan kata mencarut. Terpaksa sebut khinzir. Padahal sama ja, kan?"

"Aku terpaksa mengaku, ya. Walaupun aku pun rasa sama ada sebut babi atau khinzir, aku tetap jijik."

"Okaylah, Bi. Aku nak logout dulu. Next time kita Whatsapp lagi. Bye."

Penglipurlara
Check In

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amacam? Best tak? Kreatif sungguh lah Encik Si Penglipurpara ni buat ceritera. Semua isu semasa keluar. Kalau anda rasa terhibur, sila tekan LIKE dan sila SHARE dengan rakan-rakan anda yang lain. 

Kalau rasa-rasa boss anda tengah hangin hari ni, share dengan dia, mesti gelak guling-guling macam saya jugak. Hilang stress. Ekekekekeke.....

MAMI! BESARNYA KUNCI KERETA! - 2013/2014 Shaklee NC - Part 1

$
0
0
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala hasil usaha di dalam bisnes Shaklee sepanjang tahun 2013 yang lalu, dan dengan izin Allah, kami berjaya menerima 2 award pada National Conference kali ini dan berjaya menjadi salah seorang NC Qualifier yang melayakkan kami menginap di hotel 5 bintang selama 3 hari 2 malam. 

Event 2 hari ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre

Shaklee National Conference ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua Independant Distributor Shaklee terutamanya yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes Shaklee. Saya dan suami berjaya meraih 2 awards bagi kategori Business Growth New Rank Achievement dan New Car Bonus Achiever. Untuk penginapan pula, kami ditempatkan di Hotel Saujana Kuala Lumpur. 


TERSALAH TEMPAT

Kami bergerak ke Hotel Saujana Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, 7 June 2013. Sampai di sana, nampak sunyi. Macam takde orang je. Lepas tu saya tengok macam pelik, sebab parking jauh dari hotel. Saya cakap dengan hubby, bukan selalunya kita turunkan barang kat lobi dulu ke, then baru parking. Hubby terdiam. 

Patutlah....rupa-rupanya, kami tersalah tempat. Itu Saujana & Golf Resort. Aduhai....nasib tak usung beg ke sana. Nanti orang ingat nak p main golf pulak. Saujana Hotel KL tak jauh pun dari situ, keluar jalan dan ke depan sedikit baru jumpa. 

 Ha baru betul....



Proses pendaftaran agak lambat kerana kami difahamkan ada masalah dengan sistem. Kami terpaksa beratur dan tunggu agak lama. Sambil-sambil tu Ethan Wang entertain kami, bagi kami kalungan bunga sebagai ucapan Selamat Datang. 


TAK DAPAT CHECK-IN HOTEL

Bila sampai turn kami untuk register, nama kami ada. Tapi pouch yang ada details kami mereka tak jumpa. Then mereka kata akan cari dulu, kemudian akan inform kami. Lepas register kami kene ambil meal allowance dari kaunter lain. Cek punya cek, pun mereka tak jumpa envelope nama kami. Dan sekali lagi mereka kata nanti mereka akan call kami once semua setel.

Lunch di hotel untuk semua NC Qualifiers.

Kemudian kami dijemput untuk lunch dahulu sebelum kami check in hotel. Selesai lunch, kami terus ke receptionist untuk check-in. Sekali lagi, mereka tak jumpa nama saya di dalam sistem. Saya berseloroh dengan hubby, kita buat khemah kt tepi pool je. 

Semua peserta yang tinggal di Saujana Hotel akan dibawa menaiki coach ke Sunway. Memandangkan masa dah sangat suntuk dan bimbang ketinggalan bas, Ethan minta kami tinggalkan barang di bahagian bilik receptionist dan kami terpaksa salin baju di Fitness Room. Mereka berjanji akan uruskan bilik untuk kami.


TERSALAH WRISTBAND

On the way to Sunway CC, saya baru perasan wristband yang kami dapat tu adalah untuk NC qualifier sahaja. Sepatutnya kami dapat NC & Star Award Achiever qualifier wristband. Aduhai...
 
Kami diberi wristband berwarna merah. Sepatutnya kami dapat wristband berwarna oren.

Bila sampai di Sunway, kami nampak ada 1 meja panjang untuk pendaftaran sama seperti di Hotel Saujana. Dan kami tanya tentang wristband tersebut. Selepas mereka check nama kami di dalam sistem, terus mereka tukar wristband kepada yang sepatutnya. 
 
Dan kami explain kepada mereka situasi yang kami hadapi semasa di Saujana Hotel tadi. Kami cuba bertanya kalau-kalau meal allowance kami 'tersesat' di sini. Mereka tanya samada kami dapat accomodation di hotel yang mana satu. Saya tanya balik.

"Ada berapa hotel?" 

Mereka bagitau ada 2 hotel, samada Saujana Hotel atau Sunway Resort. Based on email yang saya dapat dan tentatif yang saya dapat memang Saujana. Tapi masalahnya tadi kami tak boleh check-in sebab nama kami tiada dalam sistem. Meal allowance takde, pouch pun xde. Kami hanya dapat wristband je. Itupun salah color code.

Mereka minta kami tunggu untuk mereka double check. First, mereka jumpa envelope meal allowance nama kami ada di situ. Alhamdulillah. Kemudian mereka check hotel di dalam sistem, dan memang betul kami ditempatkan di hotel Saujana. Mereka take note dan akan uruskan secepat mungkin sebelum kami pulang ke hotel. 



Meal Allowance untuk hari kedua. RM50 untuk setiap seorang.

Semasa kami sedang berjalan ke Convention Centre, hubby saya tiba-tiba bagitau.

"Mami, ke nama kita kat Sunway Resort? Pouch kita, meal allowance kita, semua takde kat Saujana, maknanya mesti ada kat Sunway. Kot?" 


Saya terdiam....erm....Mungkin juga. Takpe kita mesti apply LUA. Dalam mindset dah terbayang-bayang tidur hotel Sunway. Sambil-sambil tu mulut dan hati ni tak putus berdoa supaya Allah mudahkan lah urusan kami. Macam-macam masalah dari pagi, mudahkanlah segala masalah itu selesai.


HURU-HARA

Keadaan kami agak huru-hara. Semasa kami sampai di Convention Centre, program telah pun bermula. Kami tak sempat nak bergambar di luar dewan dengan poster-poster Master Coordinator dan Presidential Master. 

Yang paling terkejut tengok kaunter pendaftaran untuk semua Star Award Achievers. Panjangnyaaaaaa........

Kami terus rushing untuk solat zohor dahulu. Selesai solat, terus jumpa tukang mekap saya, Suhana Kawi. Tepi-tepi koridor pun jadilah, janji dapat touch up sket.

 Masa ni sebenarnya baru lepas menunggu lebih kurang sejam di luar dewan sebab menguruskan item-item kami yang semuanya tak jumpa. Tengok orang lain semua dapat item mereka. Macam sedih pun ada. Tapi takpe, sempat jugak selfie.
Sangat-sangat meriah, saya rasa ada hampir 3 ribu orang yang datang.
 
Antara ahli keluarga Empayar Maria Firdaus yang berjaya mendapat CAR BONUS setiap bulan. Dari kiri Adni Harlina, Affni Shahida, saya, Syakilla dan Faeza. 

Sangat kagum dengan semangat Faeza, walaupun sedang dalam pantang, tapi sangat bertenaga dan gagah naik stage untuk terima award. Apa rahsianya? Dah tentulah Set Bersalin & Menyusu Shaklee. Saya sendiri dah rasa kehebatan Set Bersalin & Menyusu Shaklee ni, walaupun masih di dalam pantang, tapi rasa sangat cergas dan bertenaga, susu badan pun meriah sangat. Boleh  baca pengalaman saya berpantangdi sini.


Saya dapat bawa anak saya yang sulung Dzikrie sama-sama naik stage terima award. Insyaallah, tahun depan saya akan bawa semua anak-anak saya sekali.

Tahun depan lagi banyak award nak ambil ni. Masa tu pun dah jadi Master Coordinator. Sempat Dzikrie cakap "Mami! Besarnya kunci kereta!"

Hari pertama ni, kami dapat Car Bonus Award. Replica kunci Kereta. Car bonus ni, kami dapat setiap bulan. Dan alhamdulillah sejak join Shaklee, dah 6 bulan Shaklee bayarkan duit kereta kami.
 
Yang seronoknya, Shaklee bagi duit cash. Bukan bagi kereta. Tak macam MLM lain, yang me'wajibkan' mereka yang layak untuk beli kereta mewah. Sebab itu lah saya suka sangat dengan bisnes Shaklee ni. Bagi kami yang masih baru berniaga ni, lebih baik kami gunakan bonus yang kami dapat tu untuk rolling semula sebagai modal kembangkan bisnes kami daripada melaram dengan kereta mewah.

Cuma sedang fikirkan untuk tambah kereta yang lebih besar, seperti MPV. Bila balik kampung, Masyaallah, tak muat boot nak isi barang. Pastu bila nak pergi mana-mana, mak dan abah saya tak dapat tumpang. Terpaksa bawa 2 kereta, atau pun terpaksa pinjam MPV abg saya. 

Kami nampak keperluan MPV ada di situ sebab kami faham, mak dan abah kami dah tua, diorang pun dah malas nak drive ke mana-mana. Kalau ada mpv, kami boleh angkut semua sekali. Semoga Allah mudahkan impian kami ini buat masa terdekat.  


PELANCARAN PRODUK TERBARU PHYTOCOL-ST 

Hari ini juga dilancarkan produk terbaru Shaklee yang diberi nama Phytocol-ST. Produk ni memang best. Siapa yang kuat makan makanan berminyak dan santan, sangat disarankan mengambil produk ni. 

Phytocol-ST berupaya membantu dalam mencegah penyerapan kolesterol dan menyeimbangkan tindak balas imun. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, penyakit auto-imun seperti bengkak sendi kronik (Rheumatoid Arthritis) dan mereka yang menghidap alahan atau alergik kronik seperti psoriasis.

Sementara star achiever lain terima award, kami berjalan keluar dewan untuk minum sambil rehat santai. Sempat hubby jadi model Phytocol.


UPGRADE HOTEL

Lepas semua selesai terima award, kami semua berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar. Sibuk sangat bergambar, tak sedar kami tertinggal bas. Nasib baik ada Affni & Yusri yang tolong hantar kami ke hotel. Setibanya kami di sana, kami terus ke receptionist dan tanya kalau bilik dah ready untuk kami. 

Sekali lagi pihak hotel check nama kami, still takde. Aiya, ini mendatangkan kemarahan ni. Badan dah penat, bilik hotel takde. Kol 8 dah kene gerak ke Sunway Lagoon untuk Beach Party pulak. Nak mandi, nak solat, nak tukar baju, takkan kat fitness room jugak kot, atau takkan tunggu kami balik dari dinner baru nak setel hotel.

Nasib staff Shaklee ni baik-baik. Dalam keadan kelam kabut, mereka check sekali lagi dalam sistem. Kali ni betul-betul kami tak sangka. Nak tau mereka bagitau apa? 


"Nama puan di Sunway Resort lah" 

"Aik???? Baru siang tadi diorang cek kat Saujana" 

Dan tiba-tiba saya dapat call dari staff Shaklee.

"Puan Kam Haryatie, kami minta maaf, last  minit Puan telah diupgrade ke Sunway Resort Hotel & Spa. I'm so sorry for any incovenience cause. Saya call Puan dari petang tadi tapi Puan tak angkat. Puan boleh terus ke Sunway Resort, pergi ke receptionist dan bagitau nama sahaja. Kami dah ready kan semua untuk Puan"

Fuh! Tak tau nak cakap macam mana perasaan tu. Allah je yang tau. Lepas macam-macam kesulitan yang kami hadapi sepanjang hari tadi, rupa-rupanya Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Syukurrr.... Kami ambil barang dan terus drive sendiri ke sana.


Sunway Resort Hotel & Spa
Bestnyeeeeee......
Token from Shaklee. Sebotol CoqHealth dan 4 sachet Collagen Powder untuk setiap seorang tersedia di dalam bilik.
With a simple notes and quotes.

Syukur sangat sebab semua aktiviti di sini, kalau kami nak balik bilik pun mudah sebab dekat. Kalau di Saujana, kami terpaksa keluar awal dan balik awal sebab kena naik bas. Sekarang semua mudah. Jalan kaki je. Lepas solat maghrib, terus kami tukar baju untuk join Dinner di Sunway Lagoon. Beach Party.

Seronok, dapat rasa dinner tepi pantai, atas pasir, tapi tengah bandar. Makanan pun sedap-sedap. Tapi still teringat kat anak-anak, kalau diorg ada kan best.
Lagi best dapat bergambar dengan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett. Orangnya sangat cool.

Lepas makan, kami beratur untuk ambil gambar yang dah di frame kan. Pun free jugak. Complimentary from Shaklee. Selesai semua balik ke hotel dan prepare untuk next day.  Nantikan sambungan kisah hari kedua kami di Shaklee NC. Ada 1 lagi award menanti.


Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

BINTANG JATUH KE RIBA - 2013/2014 Shaklee NC - Part 2

$
0
0
Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan dari entry PART 1 (Sila klik).

Seperti yang dijanjikan, kita sambung cerita hari kedua sepanjang Shaklee National Conference. Pagi tu kami bersarapan di hotel. Banyaknya menu sarapan, dah macam lunch. Kalau lunch tak tahu lah banyak mana pulak.

Tak boleh makan banyak sangat. Nanti gemuk, dahla tengah diet. Hehehe

Semasa kami tengah sarapan, hubby saya ambil peluang berkenalan dengan salah seorang distributor dari Parit Buntar. Kami cerita yang Master Maria Firdaus tu adik kami, pun berasal dari Parit Buntar. Dia kata"Owh, itu your adik? Diorang manyak lajuuu wooo, macam mana diorang buat ini bisnes?" Tu diaaa....glamer sungguh korang ye...


Yang berbaju pink tu downline beliau, merupakan seorang doktor.

Beliau yang sekarang berada di rank Senior Coordinator bercerita bagaimana beliau terjebak di dalam bisnes Shaklee. Beliau dulu selalu ada masalah sakit kepala. Sejak beliau amalkan Omega Guard, masalah sakit kepala hilang. Dan sejak dari itu beliau mula berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan dan saudara mara.

Saya juga share tentang experience saya beri anak-anak saya makan OmegaGuard setiap hari. Saya share kisah anak saya yang mengalami mild autism, sejak saya beri Omega Guard dan Meal Shake 5 bulan yang lalu, tahap konsentrasi, focus, eye contact semakin baik. Qhalish dah boleh menerima arahan-arahan ringkas.

Perbualan kami jadi semakin rancak bila beliau menyarankan saya untuk tambah GLA untuk Qhalish. Menurut beliau GLA Shaklee terbukti secara klinikal memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma. 

Dan beliau share bagaimana vivix membantu salah seorang pesakit beliau yang mengalami severe autism, selepas 2 minggu pengambilan pesakit tersebut menunjukkan kesan positif, menjadi lebih tenang dan boleh mengawal tantrum. Dan akhirnya pengambilan ubat penenang berjaya dihentikan.

Untuk pengetahuan pembaca, mereka yang mengalami masalah severe autism, bila datang tantrum, mereka akan baling barang tanpa henti dan ada sesetengahnya terpaksa diberi ubat penenang untuk meredakan kemarahan. Ubat penenang seperti Ritalin, semuanya mengandungi 'dadah'. 

Menurut beliau lagi, pengambilan ubat penenang ini, once diambil, sepanjang masa akan bergantung dengan ubat dan sekiranya stop buat sementara, perlakuan hyperaktif itu akan bertambah dan akan memberi kesan sampingan.

Saya teruja dengan testimoni dari beliau. Ini pertama kali saya dengar tentang khasiat vivix yang boleh membantu anak-anak autism mengawal perlakuan hyperaktif. Mungkin ibu bapa yang ada masalah yang sama bleh cuba.

Cantik tak baju raya saya. Eh! Baju raya? Tapi belum raya dah pakai dulu. Layannn.....

Ok, kali ni dapat posing-posing kat luar hall, Hall of Fame Masters Coordinator. Akan ku pastikan tahun depan gambar ku tergantung di sini.

Perkongsian success story daripada Presidential Master Nur Laila. Seorang Working At Home Mum with 6 figures income. Baru berumur 30 tahun, tetapi income beliau sebulan sekarang 10 kali ganda daripada income semasa beliau bekerja sebagai engineer di salah sebuah syarikat oil & gas.

PM Laila cerita bagaimana life beliau semasa masih bekerja sebagai engineer. Beliau adalah orang yang paling awal hantar anak ke taska setiap hari, tapi beliau jugalah orang yang paling lewat ambil anak dari taska. Dan pada ketika itu husband beliau pula offshore. Beliau fikir sampai bila beliau boleh bertahan dengan kehidupan yang sebegitu.

PM Laila adalah juga rakan seperjuangan PM Cery. Jatuh bangun sepanjang perjalanan beliau di dalam bisnes Shaklee, betul-betul menyuntik semangat dalam diri saya untuk terus berjuang demi keluarga dan anak-anak.


Semua orang bermula daripada kosong. Tiada seorang pun yang join Shaklee terus jadi Master. Apa yang dilalui oleh mereka yang baru join Shaklee, telah pun dilalui oleh semua Masters Coordinator.
Setiap orang memiliki pengalaman dan cabaran masing-masing. Ada yang berjaya awal dan ada juga yang lambat. Yang penting jangan pernah mengalah dengan segala ujian yang dihadapi. Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang-orang yang telah menghadapi banyak kegagalan dan mereka tidak pernah give up.


You must share your life with others, for the more you share with others, the more valuable your share will become.

Kenal tak chinese guy tu? Lelaki yang kami baru kenal semasa breakfast di hotel. Tak sangka dia cari kami, mintak phone no hubby dan add kami di FB. Pastu chinese ladies yang reramai tu beria ajak kami bergambar. Rasa macam dah jadi Master je. Tanda-tanda tu. Hihihhi....

Selfie lagi. Sejak berkawan dengan diorang ni asik berselfie aje. Gambar sebelah kiri sebelum touch up. Kat belakang yang pegang handphone tu lah Suhana Kawi, cucu Shaklee saya. Yang bawa baby tu Shahima. Yang blah kanan ni Salwa.

Ce teka siapa ni. Jutawan Muslimah. Seronok betul dapat peluk-peluk dengan PM Cery. Wajib ambil aura orang yang dah berjaya. Kami akan follow Mama Cery rapat-rapat.
Shaklee is a family business. Di mana-mana event, Shaklee pasti akan sediakan ruang khas untuk kanak-kanak bermain. Siap ada clown lagi.

Ni siapa ni? Ni lah adik-adik saya merangkap mentor dunia dan akhirat, Maria Firdaus. Insyaallah tahun depan saya pula naik stage ambil award, semua award yang diorang dapat tahun ni, 11 awards semuanya.

Shafiq & Moon. Antara anak didik kami yang juga berjaya bersama-sama kami menerima award. Reen & Izham saya tak dapat capture gambar mereka. Dan seorang lagi Nur Fatihah, tak dapat hadir kerana baru lepas bersalin. Tahniah semua!

Bersama 'bintang' yang jatuh ke riba. :)
Alhamdulillah

Masters To Be & WAHM To Be with 5-6 Figure Income

Selesai penyampaian awards for all start achievers. Nantikan sambungan kisah lebih menarik malam hari kedua dan hari ketiga kami di Shaklee NC dalam entry seterusnya. 

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

PENAT TAPI BERBALOI - 2013/2014 Shaklee NC - Part 3

$
0
0
Assalamualaikum,

Ok. Sekarang jom kita sambung kisah kami sepanjang Shaklee NC 2013/2014. Untuk anda yang belum baca kisah hari pertama dan kedua boleh baca di sini:

Shaklee NC Part 1 (Sila klik)
Shaklee NC Part 2(Sila klik)

Pada malam hari kedua NC, Shaklee mengadakan jamuan makan malam khas untuk semua NC Qualifiers. Tema pada malam tersebut adalah 'GLITTER NITE, GALA DINNER'. Untuk pengetahuan, saya adalah orang yang tak pernah menghadiri majlis-majlis sebegini. Setakat ini, syarikat tempat saya bekerja sekarang dan syarikat sebelum ini, tidak pernah sekali pun mengadakan majlis seperti ini.

Saya pun tak pernah terfikir nak pakai baju apa, apa lagi preparation untuk majlis sebegini. Sampailah mummy Shaklee saya merangkap sahabat saya, mamacilik Affni Shahida, bertanya saya, 3 minggu sebelum majlis.

Affni: Kak Kam, jomla pergi shopping baju dinner
Saya: Hah? Sampai nak kene shopping ke?
Affni: Abih tu, akak pakai baju apa dinner nanti? Glitter nite tau! Kene blink-blink. Ke dah ada baju?
Saya: Errrrr.....

Ok. Saya surrender. Memang saya takde baju yang proper untuk gala dinner tu. Pastu, bukan tu je. Ada lagi soalan sentap yang Affni tanya saya.

Affni: Kak Kam, akak nanti sape mekapkan?
Saya: Hah? Nak kena mekap ke?
Affni: Kenela, abih tu? Pastu dinner kak oi. Kene mekap betul-betul
Saya: Apa beza mekap biasa dengan mekap betul-betul?
Affni: Macam mekap masa kawen. Bukan mekap nak g keje. Kalau tak nanti dalam gambar tak nampak la.
Saya: Adoilaaaaa......ini yang lemah ni. G keje pun haram tak pernah mekap. Lipstik pun takde. Sape pulak nak tolong mekap?
Affni: Kita g survey la, kt Sunway Pyramid tu ada tempat mekap. Cam elianto ke.
Saya: Dalam hati mula berkata.....perlu ke.....Ermmm....

Kita tengok hasilnya nanti.....Ok, kita sambung kisah NC. 

Selesai program penyampaian awards pada petang hari ke-2 NC, saya ajak semua family MFMS Empire untuk siap bersama-sama di bilik kami. Saya ni sebenarnya suka kalau buat aktiviti beramai-ramai atau secara berjemaah. Dah dapat rezeki bilik di Sunway Resort, senang nak bersiap. Kalau tidak kami terpaksa bersiap di surau atau toilet. Rezeki kami semua.

Yang paling best, ada antara kami yang tak dapat hadir gala dinner tersebut, tapi mereka pas tiket masuk kepada mereka yang hadir sebagai participant. Makin meriah la kami malam tu. Rezeki Mak Ngah Marina dan Md Latiff. Yang lagi best, Faeza dan Shahima dapat berehat di bilik kami dengan anak-anak mereka sementara tunggu encik somi masing-masing g dinner.


Sampai je di bilik, tengok-tengok ada complimentary lagi dari Shaklee. Rupa-rupanya towel untuk kami guna semasa program Di Sunway Lagoon pada keesokan hari. Seperti biasa, mesti ada simple nice notes yang ditinggalkan bersama-sama gift. Rasa cam best je. Hehehe...

Ok. Kisah preparation dinner kami, akhirnya kami semua di touch up oleh pakar mekap, Cikgu Cantik Ceria, Suhana Kawi. Dalam masa sejam beliau boleh touch up kami berempat. Memang expert betullah. Next year punya NC, sambil-sambil naik stage amek award, sambil dapat job ye cikgu! Next year tengoklah, lagi ramai family MFMS Empire naik stage.


Seronok bersiap beramai-ramai camni. Yang tudung pink tu sahabat saya masa sekolah menengah dulu, Asnita Baharin. Kerana Shaklee kami dapat selalu reunion.


Ok dah siaaappppp. Ada gaya mak datin tak.

Betul-betul hari ini dalam sejarah ni, tak pernah-pernah kitorg pakai cenggini


Dapat saya tangkap Master Ira. Juga seorang WAHM with 6 figure income permonth. Serap, jangan tak serap aura jutawan ni. Rasanya saya sama je tinggi dengan Ira ni. Tapi sebab saya pakai kasut tinggi, nampaklah tinggi sket.

Orang-orang Shaklee ni memang sporting dan high energy betul. Kelakar tengok gelagat diorang kena menari Salsa. Dah macam-macam gaya tengok, yang macam nak bersenam pun ada.


Menu malam tu adalah Chinese Cuisine. Kami kena berjaga-jaga makan ni, sebab kat meja kami ada mata yang memerhati. Abang Ketak, merangkap Fitness Trainer kami di dalam group Ideal Weight Challenge. Huhuhuhu....Semua makanan habis, tapi bila sampai nasi goreng, semua takut nak makan. Hahahha....


Antara family MFMS Empire yang hadir malam tu

Antara family MFMS Empire yang hadir malam tu


Anisah & Mak Ngah Marina. Sempat kami rembat fresh flower dari meja VVIP.


Majlis bersurai lebih kurang jam 12 malam. Tapi kami yang stay di hotel, belum habis lagi programnya. Ade 1 hari lagi untuk program Treasure Hunt & Team Building yang akan diadakan di Sunway Lagoon.


SUNWAY HUNT & TEAM BUILDING

Keesokan harinya, kami menyertai aktiviti seterusnya, iaitu Sunway Hunt. Sebenarnya, kami macam malas nak join sebab badan dah exhausted. Bangun pagi tu, mata macam kena gam. Letih sebab program 2 hari dari pagi sampai ke malam non stop. Ni nak treasure hunt pulak, confirm la aktiviti lasak. 

Aduh.....tapi bila fikir balik, dah ada kat sini kot, takkanla nak lepaskan peluang macam tu je. Oklah, kami decide untuk join. Selepas breakfast di hotel, kami terus packing barang dan terus check-out, lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua barang kami simpan siap-siap dalam kereta.

Sebelum kita beraktiviti lasak pagi ni, suplemen mesti makan dulu. Kami ambil basic suplemen je pagi ni, Vitalea, Vita-C & B-Complex untuk energy.
Dah lama x join program macam ni, rasa berdebar-debar pulak



Dalam wristband ni, Shaklee beri RM50 setiap seorang. Boleh guna untuk lunch atau apa-apa aktiviti yang memerlukan bayaran lain dalam Sunway Lagoon. Kalau tak cukup top up sendiri. Kalau ada lebih, boleh redeem balik.


Semua yang join ni, kami tak berapa kenal sebab mereka semua dari susur galur lain. Tapi semangat orang Shaklee ni, teamwork spirit sentiasa dibawa ke mana saja. Semua sporting abes.


Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. 1 kumpulan 10 orang. Pada mulanya, saya dapat group 1 dan hubby dapat group 6. Tapi sebab ada yang tak dapat join, kami digabungkan menjadi 1 group. Saya memang beria nak dapat 1 group dengan hubby sebab saya tau, hubby saya ni kalau aktiviti macam ni, semangat dia lain macam. 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pulak, memang best giler! Semua akan dapat hadiah, cuma hadiah yang best adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kami memang teruja

Cuma sayangnya kami tak dapat nak ambil gambar, sebab handphone semua kena simpan. Maklumlah semua aktiviti masuk air. Tapi segala aktiviti kami dirakam oleh photographer khas, hired by Shaklee. Kena tunggu gambar dari Shaklee lah nanti.



Tak sia-sia ilmu LUA & NLP yang kami belajar dengan Empayar MFMS. Kami apply semuanya sepanjang program ni. Dan akhirnya......kami berjaya dapat tempat pertama. Ce teka, apa dalam ni?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?





Tadaaaaa.......



Program tamat lebih kurang jam 1.00 tengahari. Selesai sudah aktiviti 3 hari 2 malam kami, 100% sponsored by Shaklee. Seronok sangat. Cuma kali ni tak dapat nak bawa anak-anak sekali, sebab asalnya kan kami ditempatkan di Saujana Hotel. Tak sangka pulak last minute upgraded to Sunway Resort. Insyaallah next year bawa anak-anak sekali.


Waktu lunch, semua restoran dalam Sunway Lagoon penuh orang. Beratur sket punya panjang. Kali ni betul-betul rasa lapar. Tenaga dah hilang banyak, last kami makan Marry Brown aje.

Lepas lunch , dah tak tahu nak main apa lagi. Sebabnya badan letih tak ingat. Memandangkan musim cuti sekolah, so semua tempat, kalau nak main kene beratur yang sangat panjang. Kami series memang tak larat sangat-sangat sebenarnya. Kami cuma sempat main 2-3 tempat je. Lepas tu kami decide nak balik je lah. Dah 3 hari tak jumpa anak-anak, rindu abes dah ni.


Rezeki kami lagi. Sementara tunggu nak solat zohor, kami terserempak dengan Ethan Wang. Tiba-tiba dia bagi token untuk kami redeem Acrylic Frame lagi.

Problemnya, kami tak de gambar. Sebab kami dah tak larat nak p main lagi. Nasib orang yang jaga kaunter ni baik. Dia ambil kan gambar kami kat maskot Sunway Lagoon.

Sebelum balik kita bergambar sekali lagi


Alhamdulillah. Hasil tangkapan hari ini. Sebab kami 1 group, so kami dapatla 2 set. Best ke best? Total semua ni hampir RM2k. So boleh bagi mak Vivix tu.

Amacam? Best kan? 100% Sponsored by Shaklee. Dapat duit poket lagi. Sekarang baru saya tau, Shaklee banyak sangat mengamalkan konsep memberi. Dan konsep ini jugalah yang kami amalkan di dalam bisnes Shaklee. 

Sejak saya join Shaklee saya mula belajar untuk sentiasa memberi. Dan itu juga yang diajar oleh mentor-mentor kami di dalam Empire MFMS dan juga yang saya belajar dari DAO. WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK MORE.

Kami sangat-sangat bersyukur di atas penghargaan yang Shaklee beri. Kejayaan ini semua adalah berkat doa dari ibu bapa kami juga, ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekarang adalah masa untuk membantu anak didik yang lain pula mencapai impian mereka. 

Saya doakan National Conference tahun depan, lebih ramai daripada ahli keluarga Empayar MFMS sama-sama berjaya melakar kejayaan yang lebih besar. Insyaallah tahun depan kita sama-sama bercuti-cuti di Italy pula.

Wassalam.

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

YE! MEMANG SAYA SEKARANG KURANG M**** ASAM!

$
0
0
Assalamualaikum,

Ye memang betul. Hubby saya pun cakap macam tu. Saya sekarang memang kurang makan asam. Hehehehe.......

Siapa suka makan asam atau jeruk? Sebenarnya saya adalah salah seorang daripada ramai orang yang sangat-sangat suka makan asam dan jeruk. Sebelum saya berkahwin, boleh kata tiap-tiap hari mesti ada bekalan asam. Mana-mana pergi mesti ada asam.

Ni dia asam yang saya suka sangat makan tu. Selalu kena marah dengan mak saya "Tak elok lah makan asam taik telinga tu banyak-banyak". Haaaa....ambek kau, asam taik telinga katanya. Tapi tak heran, makan jugak

Lepas kahwin, hubby saya pulak yang dok bising dan marah bila saya makan asam. Dia selalu kata tak elok, tapi tak explain kenapa tak elok. Orang teknikal, kalau tak ditunjukkan bukti kukuh dan penerangan secara visualize, saya tak faham.

Tapi semuanya berubah sejak saya join Shaklee. Sejak saya JOIN tau! Bukan sejak saya kenal dan consume suplemen Shaklee. Saya mula consume Shaklee sejak 3 tahun yang lalu, selepas melahirkan anak yang ketiga. Tapi masa tu hanya makan set berslin & menyusu, dan saya tak tahu tentang produk Shaklee yang lain. 

Tapi sejak saya JOIN Shaklee, saya mula study dan cari info-info berkenaan kesihatan sedikit demi sedikit, dan saya terjumpa tentang bahaya makan asam dan jeruk. 


BAHAYA ASAM DAN JERUK

Sebenarnya, asam dan jeruk bukanlah makanan segar. Banyak khasiatnya yang telah terhakis semasa proses penghasilannya yang panjang. Oleh itu, khasiat yang biasanya terdapat dalam buah-buahan secara semulajadi seperti vitamin C TIADA di dalam asam dan jeruk.



Zat  Hilang
Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

Gula dan Garam Berlebihan
Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

Bahan Berbahaya
Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan. Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan. Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

Kesan Terhadap Kesihatan
Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser. Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun. Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung. Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.


TIPS ALTERNATIF PENGGANTI ASAM & JERUK

Kalau ikutkan, memang betul asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil. Masalahnya, asam dan jeruk yang diambil berlebihan akan menjejaskan kesihatan diri, apatah lagi kalau diambil semasa hamil, dikhuatiri akan menjejaskan kandungan. 
 
Sebenarnya daripada memilih asam atau jeruk untuk menghilangkan loya, saya cuba cari makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi. Masa saya mengandung dulu, saya memang takut juga nak makan asam, so saya cari alternatif lain.


Kecur air liur. Saya boleh habiskan 2 biji mangga muda sekali makan.

Tapi, kalau masa tu bukan musim buah mangga, nak tau apa lagi alternatif lain?


Ni dia....asam jawa ye....saya makan macam tu aje. Pastu gaul sikit dengan garam halus. Mak saya sampai panggil saya HANTU ASAM.

Tapi tu semua dulu punya cerita. Sekarang saya dah jumpa jalan penyelesaian terbaik. Ini dia alternatif pengganti asam. Dia punya masam....memang marvelous! Masa join Shaklee lah baru saya tau ada Chewable Vita-C ni.


Botol nya pun kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.


Bentuknya pun bulat comel-comel gitu. Tapi comel bukan sebarang comel, tahap kemasamannya fuh! Kena cuba rasa baru tau.


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN VITAMIN C CHEWABLE SHAKLEE

So, apa khasiat yang saya dapat sejak saya mula amalkan vitamin C ni.  
 
  • Kulit lebih cantik dan segar
  • Nampak lebih awet muda (ni orang lain yang tegur ye :)), sebab vitamin c bersifat anti penuaan
  • Kolagen dalam badan terhasil dengan lebih baik
  • Sangat jarang demam - sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah lebih sihat

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan. 

Yang paling best, Chewable Vita-C Plus Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 100% natural.





The best alternative ever untuk semua penggemar asam

Bagus ke bagus alternatif ni? Fikirkan lah yang terbaik untuk diri kita dan juga anak-anak. Ingat ye terutamanya ibu-ibu hamil. Jangan sesekali makan asam atau jeruk lagi dah. Ambil je chewable vita-c ni. Insyaallah selesai masalah loya-loya tu, badan pun jadi lebih sihat. Tak percaya takpe, cuba rasa je dulu, tak cuba tak tau, dah cuba baru tau.

Semoga bermanfaat!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SIAPA KATA BADAN KURANG AIR KETIKA BERPUASA?

$
0
0
Assalamualaikum,

"Kak, macam mana nak makan suplemen masa puasa. Sebab bila bulan puasa kan kita kurang minum air" 

Siapa yang kata, bila kita puasa kita kurang minum air? Puasa atau tidak, badan kita masih memerlukan 2L air dalam sehari. Bagi mereka yang mengamallkan suplemen dan juga ibu menyusu, MESTI minum 3L air sehari.

Dan selalunya, bila masuk bulan Ramadhan, ramai yang risau, macam mana nak pastikan kita cukup minum 3L air. Ramai yang tak dapat istiqamah minum air, kesannya, suplemen yang dibeli untuk tambah tenaga di bulan puasa pun, lama-lama jadi pameran aje. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.

Jadi, saya kongsikan tips paling mudah untuk anda amalkan, untuk pastikan badan kita dapat menerima air yang cukup di sepanjang bulan Ramadhan ini. MUDAH SANGAT!!!
  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.

TIPS MUDAH DAN RINGKAS

2L AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR
  1. SAHUR - 2 GELAS AIR
  2. BUKA PUASA - 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
  3. SELEPAS TARAWIKH - 1-2 GELAS AIR
  4. SEBELUM TIDUR - 2-3 GELAS AIR
Kan dah cukup 2L sehari. Senang kan? Kalau 3L, boleh tambah gelas antara waktu-waktu yang tersenarai di atas. So takde alasan lagi kata kurang minum air. Oh ya! Satu lagi, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan banyak, dan secara tak langsung akan membantu kita menurunkan berat badan. 

Bak kata Trainer kami dalam group MFMS IDEAL WEIGHT CHALLENGE, Abang Ketak kata,  

"Bulan puasa lah waktu paling mudah nak turunkan berat badan." 


Jika anda rasa tips ini mudah dan sangat berguna serta boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE button di bawah dan dipersilakan SHARE. Saya doakan kita semua sentiasa bertenaga dan dapat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan dengan sempurna. 

Salam Ramadhan.

PROMO VIVIX YE! BUKAN BIBIKS!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca Mommy Shahab? Mudah-mudahan anda semua sentiasa sihat bersama keluarga tersayang. Anda tahu kan, setiap bulan Shaklee mesti ada promo produk. Bulan lepas promo Vita-E. Bulan ni pulak promo apa ye? 

Awal bulan baru ni, mak saya tanya.

"Yatie, bulan July ni Shaklee promo apa pulak?"
Saya jawab: "VIVIX!", dengan nada yang sedikit kuat, kononnya mood happy.

Tiba-tiba bibik saya menyahut....Saya!

Saya pandang mak, mak pandang saya. Gelak besar kitorang! VIVIX ye! BUKAN BIBIKS! Hahahaha....Alert aje telinga bibik saya tu.



Sebelum tu jom kita study tentang Vivix.


APA ITU VIVIX?

Vivix merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia adalah minuman sirap merah campuran botani dan merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.




KEHEBATAN VIVIX
  • Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  • Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia di mana setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  • Vivix melambatkan pembentukan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end product) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  • Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalaman akan ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria baru (mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


RAMUAN VIVIX

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Lobak Ungudan Elderberi Eropah yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fotokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VIVIX 

Sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapatkan khasiat polifenol semulajadi yang tinggi demi sebuah kesihatan. Vivix juga sangat disarankan kepada:

1. Pesakit kanser
2. Pesakit SLE
3. Pesakit jantung
4. Pesakit kencing manis
5. Pesakit gout
6. Pesakit stroke
7. Penghidap arthiritis
8. Wanita yang mempunyai cyst
9. Mereka yang mempunyai masalah selaput mata
10. Perokok tegar
11. Mereka yang ketagihan dadah
12. Mereka yang risiko menghidap kanser akibat keturunan
13. Mereka yang mempunyai ketahan badan yang lemah
14. Mereka yang mementingkan kesihatan badan yang maksimum
15. Mereka yang ingin awet muda


Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang?
 
Contact me for more details!!
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
 
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

VIVIX SUCCESS STORIES

$
0
0
Assalamualaikum,

Dalam entri lepas, saya ada share tentang Vivix dan saya ada cerita tentang promo Vivix bulan ni. Secara jujur, saya dan suami telah pun mengamalkan Vivix sejak 2 bulan lepas. Kami kan buat bisnes Shaklee, takkan lah kami sendiri tak amalkan the best and premium Shaklee product kot. Kami ambil sebagai satu usaha untuk kesihatan menyeluruh. 

Saya biasanya ambil Vivix sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak amalkan Vivix, saya dapat tidur nyenyak, orang kata deep sleep. Maklumlah, lifestyle saya yang selalu huru hara, membuatkan saya hanya tidur 4-5 jam sahaja dalam 1 hari. Dengan pengambilan Vivix, membantu badan saya mendapat rehat yang cukup. 4-5 hours with deep sleep is truly enough.

Kesannya, saya mudah untuk bangun pagi. Bangun tahajud pun juga mudah. Takde liat-liat bangun lagi dah. Syukur alhamdulillah. Dan sejak dari tu, saya mula study dengan lebih detail tentang Vivix ni. Yang paling saya impress adalah testimoni yang saya dapat dari semua pengguna Vivix. Bukan testimoni biasa-biasa, tapi testimoni yang cukup luar biasa.

Rupa-rupanya Vivix telah banyak membantu memberi seribu harapan kepada ramai orang yang menghadapi pelbagai jenis penyakit kritikal dan serius. Dari sakit-sakit sendi, sehinggalah ke tahap kanser dan strok, ramai yang dah mula rasa keberkesanannya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang segala testimoni jujur yang saya dapat dari mereka. 

Jom kita tengok testimoni yang saya compile dari mereka yang merasai sendiri kehebatan Vivix. Paling seronok bila kebanyakan daripada testimoni ini adalah daripada anak-anak soleh dan solehah yang sanggup spend money demi kesihatan ibu bapa. Apa lah sangat kos sebotol Vivix sebulan nak dibandingkan dengan jasa mereka membesarkan kita selama ni.


TESTIMONI STROK

TESTIMONI #1

TESTIMONI #2

TESTIMONI #3

TESTIMONI #4

TESTIMONI #5

TESTIMONI #6

TESTIMONI #7

TESTIMONI #8


TESTIMONI DIABETES

TESTIMONI #9

TESTIMONI#10

TESTIMONI #11

TESTIMONI #12

TESTIMONI #13

TESTIMONI DARAH TINGGI

TESTIMONI #14

TESTIMONI #15

TESTIMONI #16

TESTIMONI #17

TESTIMONI #18


TESTIMONI KANSER

TESTIMONI#19

TESTIMONI#20

TESTIMONI#21

TESTIMONI#22

TESTIMONI #23



TESTIMONI PEROKOK

TESTIMONI#24

TESTIMONI #25

TESTIMONI#26

TESTIMONI #27

TESTIMONI #28

TESTIMONI #29


TESTIMONI BATU KARANG

TESTIMONI #30


Nak tahu Vivix ni sebenarnya dihasilkan daripada apa? Nak tahu lebih lanjut apa itu vivix?

Sila klik di sini:

Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang?
 
Contact me for more details!!
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

 
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 

BEST PRICE and

 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

PUNCA SEBENAR IFA RAZIAH TERPAKSA MENJALANI PEMBEDAHAN PAYU DARA

$
0
0
Assalamualaikum,

Entri kali ni bukan nak bergossip. Tapi nak menyampaikan sesuatu yang ramai orang tak tahu. Rasanya ramai yang dah tau penyanyi/pelakon/pelawak Ifa Raziah baru sahaja menjalani pembedahan payu dara. Tapi ramai yang tak tahu punca kenapa sampai perlu dibedah.

Tak kurang juga yang sibuk bergosip mengatakan beliau membesarkan payu dara. Daripada kita lemparkan tohmahan pada beliau di bulan-bulan Ramadhan ni, saya rasa saya nak kongsikan sesuatu tentang isu ini. Sebenarnya Ifa Raziah dibedah kerana membuang ketulan (lump) yang terdapat di kedua-dua belah payu dara. Apa punca sebenar yang menyebabkan berlaku ketulan tersebut?


Untuk pengetahuan para pembaca, ketulan yang terjadi adalah disebabkan beliau berhenti menyusukan anak secara drastik di saat susu badan masih banyak. Disebabkan faktor kesibukan kerja, beliau putuskan susu sebelum tiba masanya. Beliau tidak mengepam dan membiarkan susu terkumpul begitu sahaja. Ini berlaku pada tahun 2011.

Atas faktor yang sama juga, beliau telah banyak kali menangguhkan pembedahan. Sehingga baru-baru ini, setelah 3 tahun, beliau tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan, dan akhirnya terpaksa dibedah untuk membuang semua ketulan-ketulan yang telah merebak ke dua-dua bahagian payudara, sebelum ia menjadi lebih parah.


Akibat Cerai Susu Sebelum Tiba Masa

Susu yang terhasil, apabila dibiarkan terkumpul di dalam payu dara dalam tempoh yang lama akan menyebabkan si ibu mengalami bengkak susu. Dan jika ia tidak dikeluarkan dengan cara menyusukan anak atau pun tidak dipam, akhirnya ia akan menjadi ketulan (lump) dan akhirnya menyebabkan jangkitan (infection).


http://bayigenius.com/wp-content/uploads/2013/07/BENGKAK-SUSU.jpg


Ifa Raziah menyatakan dia sangat kesal dengan tindakannya memutuskan susu. Kalau ditakdirkan beliau mempunyai anak lagi selepas ini, beliau tekad untuk menyusukan anak sehingga habis susu badan. Maksudnya melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. 

Saya rasa tertarik dengan nasihat beliau kepada semua ibu bekerjaya di luar sana. Beliau menasihatkan, walau sibuk macam mana sekalipun, jangan sekali-kali skip sesi mengepam susu. Teruskan menyusu anak masing-masing sehingga 2 tahun. Bila berlaku kes begini, sakit yang ditanggung hanya Allah saja yang tahu. 


Memandangkan ketulan yang terhasil terlalu banyak, doktor terpaksa mengambil keputusan membuang terus kedua-dua belah payu dara. Sekarang beliau terpaksa memakai implan, tetapi implan tersebut tidak akan mengganggu kalenjar susu. 

Maksudnya kalau beliau mengandung lagi, beliau masih boleh menyusukan bayinya nanti. Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan Allah kabulkan doa beliau untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri satu hari nanti.


Kisah Susu Ibu Di Dalam Al-Quran

Kisah susu ibu ini telah pun diceritakan di dalam Al-Quran. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak. 
“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas? Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link di bawah.  
Sila klik.


Kisah Pengajaran Kepentingan Susu Ibu

Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa A.S. yang diceritakan di dalam Al-Quran. Nabi Musa A.S. telah dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil untuk menyelamatkannya daripada di bunuh oleh tentera Firaun.
Sebenarnya terselit kisah pengajaran tentang KEPENTINGAN SUSU IBU di dalam kisah ini? Mari kita baca kisah Yukabid, ibu kandung kepada Nabi Musa A.S.

Sila klik.


Allah beri kelebihan susu ibu pada wanita ada sebabnya. Susu ibu penuh dengan khasiat dan manfaat kepada anak dan juga manfaat kepada diri ibu sendiri. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa sebab dan faedah. Semua haiwan menyusukan anak mereka hingga cukup suatu tempoh. 

Hanya kita sebagai manusia sahaja yang menafikan hak anak untuk mendapatkan nikmat susu ibu yang Allah telah beri kepada mereka. Akibat menafikan hak ini, akan memberi impak negatif kepada kedua-dua ibu dan anak. Pulangkan hak susu ibu kepada anak-anak anda.

Mudah-mudahan kita semua mengambil pengajaran dari kisah ini. Jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk orang lain terutama para ibu, sila klik LIKE button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.
http://ebookniaga.com/sorryboss/kamharyatie

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Dubai Tunggu Aku Datang (Part 1)

$
0
0
Assalamualaikum,

Dah lama saya tak buat posting kat Mommy Shahab. Kerja hakiki, buat coaching dan kelas MBA banyak mengambil masa saya. Pada yang tak tahu, saya sedang buat MBA kat Management & Science University (MSU).

Dah tua-tua ni baru nak belajar balik tapi bila dapat peluang belajar balik, takkan kita nak tolak, ya tak? Lagipun, ilmu yang saya dapat in shaa Allah akan dapat bantu saya especially dalam dunia perniagaan kelak.

 Group Check In. Dah macam rombongan Cik Kiah

 Satu hari nanti, pasti akan ku duduki kerusi empuk ni.

To make it short, salah satu requirement untuk lulus MBA ialah kami kena buat dissertation iaitu project paper terhadap tajuk yang diberikan oleh MSU. Nak jadikan cerita, projek untuk kumpulan kami tu ada kaitan dengan pembangunan sukan antara Malaysia & Dubai. So nak tak nak, kami kena pergi ke Dubai untuk interview beberapa pegawai kat sana for data collection.

Setelah buat beberapa preparation, pada 15 June 2014 yang lepas, kami berlepas ke Dubai dengan 26 rakan-rakan yang lain dengan menaiki kapal terbang Emirates. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 40 minit agak memenatkan. Nasib baik Emirates sediakan movie yang banyak tuk kami habiskan waktu dalam kapal terbang. Makan pun sedap.


             Rakan-rakan sebelum bertolak              Makanan yang enak dan banyak. Habis diet ku

Perbezaan waktu antara Dubai & Malaysia adalah 4 jam. Apabila kami sampai ke Dubai, jam di Malaysia menunjukkan pukul 1.40 pagi, tapi waktu Dubai baru pukul 9.40 malam. Kami disambut oleh pegawai-pegawai Dubai yang telah diatur bersama pihak MSU.

Kami dikejutkan apabila diberitahu yang ada wartawan akan mengambil gambar kerana kedatangan kami memang mendapat liputan meluas di Dubai. Bayangkan, kumpulan kami diberi layanan ISTIMEWA sehinggakan kami diberi keutamaan untuk masuk ke Dubai dengan mudah. Selepas berposing sana sini, kami dibawa ke Hotel City Max di Bur Dubai. Sampai sana, kami diberikan makan malam dan terus masuk bilik tuk berehat.


Alhamdulillah, akhirnya Dubai ku jejaki 


Deligasi-deligasi dari MSU Malaysia dan Wakil UAE


Hotel City Max, tempat beradu


Keesokan harinya, selepas sarapan di Hotel, kami dibawa ke Dubai Sports Centre (DSC) untuk lawatan pertama kami. Lawatan ini merupakan khas untuk kami kerana kumpulan kami yang dikehendaki membuat dissertation mengenai sukan di Dubai. Selepas penerangan dari wakil DSC, kami diberi peluang untuk mengajukan beberapa soalan untuk thesis kami. Alhamdulillah, banyak juga soalan kami terjawab.

Sebelum mula apa kata kita jawab soalan-soalan dari wartawan tak bertauliah. Alaaa, berlakon pun tak boleh? 


Wakil dari Dubai Sports Council. Sangat menjawab soalan-soalan kami. Pastu baru tahu yang dia ni bekas pemain Tennis mewakili UAE. Siap ajak lawan Badminton lagi.


Kemudian, kami dibawa pula ke Dubai Sports Marina, di mana di sinilah tempat sebarang kejohanan sukan air dijalankan. Kami dapati, facilities kat Dubai Sport Marina ni memang tahap world class. Mereka sanggup beberlanja besar supaya para atlit puas hati apabila menggunakannya.

Kami dapati kebanyakkan sukan yang dianjurkan di Dubai memang bertaraf dunia kerana mengikut wakil DSC, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Ruler of Dubai, hanya mahu yang terbaik. Dia suka untuk menjadi nombor satu untuk apa saja yang dia mahu. Tiada nombor dua atau tiga dalam kamus hidup beliau, jadi tidak hairanla, beliau memecah banyak rekod dunia.


Besar sungguh Water Arena Dubai ni. 


Rasa nak terjun je kat dalam pool tu. Sebelum tu kita lepak dulu cam bos. Sebab tempat VVIP ni. 


Ni kena tunjuk sebab comel je traffic light kat Dubai. Nampak tak traffic light dia yang cenonit tu?


Selepas makan tengahari, kami sepatutnya dibawa ke Burj Al Arab, sebuah hotel bertaraf 7 bintang dan the most expensive hotel in the world. Akan tetapi, atas masalah teknikal, kami akan pergi ke sana pada keesokkan harinya. Jadi kami di bawa bersiar-siar ke Textile Souq. Kat sini kami diberi peluang untuk membeli belah kain-kain seperti Abaya, Jubah, Shawl dan lain-lain lagi.

Area ni jika kita tidak tahu cara-cara nak tawar-menawar, silap-silap kita yang terkena sebab harga-harga kat sini boleh tahan. Walaupun satu ringgit duit Malaysia bersamaan dengan 1.14 Dirham. Rate kehidupan di Dubai sangat tinggi. Rata-rata kalau kita nak makan kat sini paling murah yang saya nampak pun dalam 20.00++ Dirham.


 Kat Textile Souq. Macam-macam jenis kain jual kat sini. Unfortunately tak kena dengan my price.


 Burj Khalifa. Besok kami akan naik bangunan tertinggi di dunia ni. Malam ni kita tangok je dari jauh. 

Pada sebelah malam pula, kami dibawa ke restoran Arab berdekatan dengan Burj Khalifa. Sempat juga kami bergambar dengan menara tertinggi di dunia kerana itulah jarak yang terdekat bagi kami pada masa itu walaupun kami akan melawat dan naik menara tersebut pada keesokkan harinya.

Berbalik pada makan malam tadi, kami dihidangkan dengan makanan ala-ala Arab Fusion yang telah diwesternkan mengikut kessesuaian. Pada saya, makanan malam tu biasa-biasa je. Kami kemudian dibawa ke Hotel semula untuk berehat. Esok menjanjikan new experience kerana banyak tempat-tempat yang hendak ditujui.


Makan malam arini. Ni baru starter. Macam biasa, Hummus kena ada as appertizer.


Antara bangunan yang tak masuk akal lawanya.

Kat Dubai ni terdapat banyak bangunan-bangunan unik. Macam-macam rupa, gaya and bentuk yang sememangnya lawa. Nak ambil gambar pun sampai tak cukup filemla. Macamla pakai filem lagikan.

Tapi yang paling best. Ingat tak tadi, saya ada bagitahu yang kehadiran kami dapat liputan meluas kat Dubai? Kami memang masuk dalam suratkhabar Dubai (National news lagi). Glamourla kejap kat Dubai. Ok, nanti ada masa saya continue part 2 of my Trip to Dubai. Tunggu ya....


Salah satu berita tentang kami. Ni ambil dari news online Dubai.

______________________________________________________________________________

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.


   


PENCERAHAN - BETUL KE SHAKLEE SUMBANG KE ISRAEL?

$
0
0
Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua para pembaca budiman, isu ini adalah isu yang sudah lapuk. Isu ini timbul setiap kali Gaza diserang hebat oleh Israel. Reda isu Gaza, berita ini pun diam sunyi sepi. Dan bila berlaku lagi, isu ni akan timbul semula. 

Saya faham, sebagai umat Islam yang cukup sensitif dan prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin, kita akan cuba menentang dengan apa saja cara yang termampu walaupun kita jauh di Malaysia. 

Dan salah satu daripadanya adalah dengan memboikot segala produk keluaran Israel dan apa-apa sahaja produk yang menyumbangkan dana mereka kepada Israel. Salah satunya, tindakan segeranya memboikot Shaklee kerana salah informasi.

Habis gempar satu Malaysia sehingga ada yang sanggup membuang semua vitamin-vitamin Shaklee yang telah dibelinya sebagai tanda protes dan boikot! Tak kurang juga yang mengucap syukur sebab tak consume Shaklee dan hanya mengamalkan pemakanan sunnah.

SABAR....NANTI DULU....Jangan terlalu mudah membuat tuduhan dan kesimpulan tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Apa lagi bila isu ni timbul, ramai sangat yang kerjanya copy paste and share. Sedangkan dia sendiri tidak consume Shaklee, malah bukan distributor pun.


Bagaimana isu ini bermula?

Kisahnya bermula dengan satu website dari sebuah komuniti Yahudi (Keneseth Israel) yang telah memaparkan logo SHAKLEE GLOBAL dalam list supporter.

Sila klik image berikut:
 http://www.kenesethisrael.com/
Sebenarnya, blog ini adalah kepunyaan seorang lelaki yang juga SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. bagi yang belum tahu, kami semua yang menggunakan Shaklee dan menjual Shaklee adalah ‘independent’.

Maksudnya, kami dapat bonus dari Shaklee, so sukati kami lah nak gunakan duit bonus tu untuk apa. Sebahagian daripada bonus yang kami dapat, kami salurkan kepada badan-badan Islam, infaq, zakat, sedekah, dan juga kepada Aman Palestin. 

Dan itu lah yang dilakukan oleh 'lelaki' terbabit. Dia menyumbang sebahagian bonus Shaklee yang dia dapat kepada Israel. Dia menyumbang kepada Israel sebagai individu, bukan mewakili Shaklee. Yang buat orang keliru adalah sebab dia menggunakan logo Shaklee dalam blog tersebut.

Sama juga dengan distributor seperti kami, yang menggunakan logo Shaklee di dalam blog kami. Isu ini telah dihadapkan ke management Shaklee Malaysia sendiri dan telah disahkan bahawa penyumbang tersebut bukan dari company tetapi bersifat peribadi dan individu.


Pengesahan Dari Shaklee

Berikut adalah pengesahan pencerahan dari pihak Shaklee berkenaan isu ini.







Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya harap, semua pembaca jelas dan faham dengan pencerahan ini. Teruskan consume Shaklee tanpa was-was.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Lemon Parmesan Crusted Salmon

$
0
0
Assalamualaikum,

Kali ni, saya nak share 1 resepi yang sangat sedap. Actually, aritu ada member saya offer Ikan Salmon (fillet) which dia jual dengan harga yang agak berpatutan. Fikir punya fikir, saya pon belila 2 paket.

Bila balik rumah, dah takde idea pulak nak masak apa. Sebelum ni saya selalu gak masak chunk of Salmon (yang dah siap potong-potong) dengan masakan lemon butter. And since Salmon yang saya beli ni agak besar, ingat nak try resipi lain. Fikir punya fikir, apa susah, kita tanya pakcik google la.

So saya cari dalam internet yang mana senang untuk saya cuba. Cari punya cari dapat satu resipi yang pada saya agak mudah dan nampak sedap. Tapi macam biasa, saya akan olahkan sikit tuk memenuhi citarasa saya sendiri.


Bahan-bahannya:

1 Salmon Fillet
2 Tablespoon Butter (melted)
¾ cawan bread crumbs
¼ grated Permesan Cheese
¼ daun parsley
2 sudu kecil grated lemon peel
½ lemon (juice)
Olive oil
Garam & Lada Hitam secukup rasa



Cara-cara membuatnya:

Pastikan Salmon tadi dalam keadaan kering dengan menggunakan paper towel. 

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit sahaja Olive Oil. Jangan letak banyak kerana Ikan Salmon juga akan mengeluarkan minyak. 

2. Bila kuali dah mula panas, masukkan Salmon fillet tadi ke dalam kuali. Make sure kulit Salmon di bawah. Rules bila masak Salmon ialah 90% masak dengan skin facing down. Another 10% baru kita terbalikkan. Ini tuk pastikan Salmon tadi tak overcooked. 

3. Semasa tunggu Salmon tadi masak, sapukan butter ke atas Salmon dan sprinkle garam & lada hitam. 

4. Perahkan ½ jus lemon ke atas Salmon tadi. Tunggu sehingga 5 minit. Jangan dibiarkan lama sebab kita nak masak Salmon tu di dalam oven nanti supaya kita akan dapat flacky Salmon. Pastikan api sederhana dan kulit Salmon masih dibahagian bawah.

5. Campurkan Bread Crumbs, Parmesan Cheese, Daun Parsley & Lemon Peel ke dalam satu bekas. 

6. Masukkan 1 sudu besar Butter dan kacau ingredient tadi sehingga sebati. Campuran Bread Crumbs tadi kemudian ditabur ke atas Salmon yang dimasak. 

9. Letak Salmon yang telah disalut dengan bread crumb tadi ke atas tin foil. Masukkan Salmon tadi ke dalam oven dengan suhu 250 Celcius dalam masa 20 hingga 25 minit atau kita boleh test dengan menggunakan garpu ke atas salmon dan kita akan dapat flacky salmon.



Tips: Makan sementara panas, dah sejuk nanti tak sedap.


Selamat mencuba.





BENARKAH ISLAM MENGAJAR KAEDAH PEMBOIKOTAN (BOYCOTTING)?

$
0
0

Saya dapat entri kali ni dari akhbar Utusan Malaysia. Saya rasa ramai yang dah jarang baca newspaper kan? So, saya capture dan kongsikan tips di sini. Isu yang sedang hangat tentang BOIKOT. 


Ada beberapa sebab kita perlu boikot sesuatu barangan, samada disebabkan peningkatan melampau harga sesuatu barang atau yang berkaitan dengan kekejaman Rejim Zionis melanggar hak asasi manusia di bumi Palestin. 

Kita semua perlu lakukan sesuatu dan bertindak untuk memboikot. Ramai yang tak tahu, sebenarnya kaedah memboikot ini sebenarnya telah diajar sejak dari dahulu lagi. Islam sendiri yang memberi panduan cara-cara yang betul untuk memboikot. 

Jemput baca ye. Semoga semua mendapat manfaat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 Kaedah Menangani Kenaikan Harga Barang Mengikut Perspektif Islam

Islam merupakan agama lengkap yang banyak memberikan panduan kepada umatnya dalam setiap aspek kehidupan. Begitu lengkapnya agama Allah ini, kaedah bagi menangani peningkatan kos sara hidup turut diajarkan.

Antara yang boleh dijadikan iktibar ialah kisah bagaimana Saidina Umar Al Khattab menangani aduan berkenaan kenaikan harga daging dipasaran yang diutarakan kepada beliau. 

Umat Islam pada ketika itu meminta Saidina Umar memberi tekanan kepada para penjual daging untuk mengurangkan harga jualan mereka yang mana permintaan mereka itu ditolak beliau sambil meminta mereka sendiri yang menurunkan harga daging tersebut. 

Pelik dengan jawapan balas yang melantun daripada mulut Amirul Mukminin itu, para pengadu berkenaan bertanyakan kepada beliau bagaimana mereka dapat melakukan demikian kerana mereka adalah pengadu, bukannya penjual.

Saidina Umar seterusnya menjelaskan bahawa saranannya agar mereka sendiri yang menurunkan harga daging, bermaksud elakkan daripada membeli daging berkenaan dan saranan tersebut telah diikuti dan dilaksanakan mereka.

Pemboikotan para pembeli itu akhirnya menyebabkan para penjual daging berkenaan tertekan dek kerana barangan mereka tidak dapat dijual kerana tiada orang yang mahu membelinya sehinggakan para penjual terpaksa menurunkan kembali harga daging yang dijual.

Dengan pemboikotan itu, permintaan ke atas daging berkurang. Kesannya harga daging menurun. Justeru, tindakan mereka memboikot daging sama seperti mereka menurunkan harga daging tersebut. Melalui saranan boikot ini, Syaidina Umar menghantar dua mesej penting.


2 Mesej Penting



Pertama, bila berlaku kenaikan harga barang, para pengguna mempunyai 'kuasa' menjadikannya murah. Dalam ungkapan lain, mereka berkuasa' menurunkan harganya. Iaitu melalui pemboikotan. 'Kuasa' menurunkan harga barang bukan hanya terletak di tangan penjual.

Kedua, pemboikotan sebagai kaedah mendepani kenaikan harga barang, bukanlah idea baru. Ia sudah wujud sejak zaman para Salaf lagi dan lebih menakjubkan ialah saranan itu bertepatan dengan hukum tawaran dan permintaan dalam ekonomi.

Dua mesej yang terselit dalam saranan Syaidina Umar ini merupakan satu teguran secara tidak langsung kepada mana-mana pihak yang memperlekehkan saranan agar menjadikan boikot sebagai satu pendekatan menangani krisis kenaikan barang.

Tegasnya, tidak semua benda boleh diboikot. Namun, pemboikotan barangan yang mampu diboikot oleh pengguna, tetap senjata sahih dan ampuh bagi menyurutkan kenaikan harga.

Menyedari pemboikotan sebagai kaedah menangani kenaikan harga barang merupakan idea yang telah dikemukakan Syaidina Umar, golongan agamawan khususnya mesti menjauhi sikap memperlekeh mana-mana pihak yang menyarankan idea ini bagi mengatasi krisis kenaikan harga barang yang sedang berlaku.

Ini kerana, apabila seorang agamawan ditanya tentang kaedah mendepani krisis kenaikan harga barang menurut persepsi Islam, tidak dapat tidak, mereka akan merujuk kepada, antaranya pendapat para ulama zaman silam dan masa kini.

Justeru, mereka pasti akan bersua dengan pandangan Syaidina Umar r.a ini, dan tidak dapat tidak, mereka terpaksa menyatakan bahawa fiqah Islam memperakui pemboikotan merupakan salah satu kaedah menangani kenaikan harga barang.

Meskipun demikian , tidak dinafikan bahawa idea pemboikotan sebagai satu kaedah mendepani kenaikan harga dan situasi tertentu - perlu diolah sebaiknya dan dikemukakan dengan bahasa mesra pengguna.

Ungkapan guna kuasa pengguna untuk menurunkan harga barangan dengan menghentikan sementara pembelian barangan terbabit dan seumpamanya, mungkin lebih mesra lalu boleh diterima masyarakat.

Sorotan ke atas perbendaharaan ilmu para salaf, menemukan satu lagi idea yang ditampilkan sebagai pencabar kepada serangan kenaikan harga barang. Idea ini dicetuskan Syaidina Ali, Imam Daraqutni dalam karyanya al-Mu'talif Wa al-Mukhtalif mencatatkan bahawa imam Bukhari meriwayatkan dengan sanad beliau sendiri seperti berikut:

Razeen al-A'raj, mawla (hamba yang dibebaskan) keluarga al-Abbas r.a bin Abdul Muttalib berkata, "[pernah terjadi harga anggur kering di Mekah menjadi mahal. Lalu kami menulis surat kepada Syaidina Ali r.a yang berada di Kufah, mengadukan kepada beliau perkara itu. Lalu Syaidina Ali r.a menulis kepada kami yang berbunyi, murahkanlah harganya dengan kurma.

Dengan syor ini, Syaidina Ali r.a mengetengahkan idea, beralih kepada barangan lain yang sejenis bagi mengatasi kenaikan harga sesuatu barang. Cadangan agar penduduk Mekah ketika itu beralih daripada anggur kering kepada kurma, dibuat kerana kurma adalah makanan sejenis dengan anggur kering, selain ia banyak terdapat di Mekah dan harganya murah.

Dengan kaedah ini, permintaan terhadap anggur kering akan menyusut, dan tidak dapat tidak, harganya akan menurun.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah indahnya Islam. Semua masalah pasti ada penyelesaiannya. Banyak perkara yang kita sepatutnya boikot sekarang ni. Kenaikan harga barang melampau, kenaikan harga rumah melampau, Kenaikan harga petrol melampau.

Bukan nak boikot selama-lamanya. Boikot untuk sementara waktu sehingga penjual terpaksa menurunkan harga ke paras yang munasabah. Kemudian, baru lah kita boleh beli semula.



BOIKOT ZIONIS ISRAEL

Untuk boikot barangan yang berkaitan dengan Zionis Israel pula, kita boikot dengan cara beralih kepada produk-produk alternatif yang lebih kurang sama dengan produk tersebut, tetapi yang tiada kaitan dengan Zionis Israel. 

Dan perlu diketahui, bahawa boikot terhadap Zionis Israel dianjurkan secara global oleh negara-negara di seluruh dunia. Konflik Israel-Palestin bukan konflik keagamaan, tetapi ia adalah konflik kemanusiaan. Telah jelas dan nyata majoriti dunia sekarang berpihak kepada Palestin. Seluruh dunia sekarang sudah pun tahu apa sebenarnya yang berlaku. 

Boikot sebenarnya adalah juga salah satu strategi peperangan. Peperangan di zaman moden tidak lagi tertakluk pada senjata. Peperangan kita terhadap Zionis adalah peperangan sebenar kerana ia melibatkan ekonomi, politik, sosial, budaya dan pembelajaran. 

Perdana Menteri Israel sendiri mengaku bahawa kaedah boikot ini akan memberi masalah besar kepada Israel. Dianggarkan, ekonomi mereka bakal mengalami kerugian USD5.7 billion sekiranya boikot ini berlarutan.

Diharapkan dengan kerugian yang mereka alami ini akan membuatkan mereka ketandusan dana untuk membeli peralatan peperangan dan akhirnya mereka terpaksa menarik diri dari terus-terusan melanggar hak asasi warga Palestin.
Kita sendiri nampak Zionis sendiri telah berjaya mengawal seluruh dunia melalui produk-produk mereka yang ada sesetengahnya kita sendiri tidak mampu untuk elak, contohnya dalam bidang teknologi. Ce tengok berapa banyak produk mereka yang berjaya memonopoli ekonomi dunia.


Walaupun tak dapat boikot semua produk, sekurang-kurangnya jangan lah tak boikot langsung. Walaupun tak banyak, yang penting ada sumbangan dan usaha kita untuk kebangkitan Gaza. 

Jangan main-main dengan kaedah pemboikotan kerana ia adalah satu kedah yang telah terbukti sangat efektif. Diharap ia sebagai salah satu jihad kita tanpa perlu mengangkat senjata dan berperang.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila klik LIKE button di bawah dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat.
   

 

Tips Capai 5A Di Dalam UPSR - Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah. Harini nak bagi tips bagaimana untuk dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. 


Semalam kakak saya datang rumah membawa 'tentera' nya seramai 9 orang. Hehehe....Kakak saya Kam Rafidah ada 9 orang anak, sorang ibu muda yang cukup hebat di mata saya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang ada anak seramai ini. Betul-betul memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Semasa kami berborak-borak, saya nampak anak buah saya yang sulung, Wijdan Syukran keluarkan buku dan terus buat homework. Terus saya tegur dia, "Rajinnya Syukran buat homework". Syukran jawab "Syukran kan nak UPSR".

Owh! Baru saya perasan yang anak buah saya ni bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 September 2014. Tiba-tiba abah saya pula tegur. "Syukran kene cari soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas, lepas tu praktis selalu. Selalunya soalan lebih kurang je". 

Untuk kali ni, saya nak kongsi dengan anda, koleksi kertas soalan percubaan UPSR bagi peringkat negeri untuk tahun 2014 dan juga soalan tahun-tahun lepas. Biasanya soalan percubaan lebih susah dari soalan sebenar. Jika mereka boleh menjawab soalan-soalan percubaan ini, Insyaallah mereka akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan sebenar nanti.

Sila klik di link berikut: 

 



Cadangan saya, kita support anak-anak kita, anak-anak buah, adik, atau anak jiran untuk buat latih tubi ini berulang-ulang hingga hari peperiksaan. Sebelum menjelang peperiksaan,  kita didik mereka untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa, adik beradik, atuk nenek dan seluruh ahli keluarga. Juga mohon doa dari ibu bapa dan seluruh ahli keluarga untuk kejayaan mereka.

Sebelum kakak saya pulang semalam, Syukran mengambil peluang untuk bersalam dengan kami semua, atuk, wan, pak long, pak lang, mak lang, pak teh, mak teh, termasuklah bibik saya, sambil berkata "Syukran mintak maaf zahir dan batin, doakan Syukran dapat jawab semua soalan dan dapat 5A". Saya pula yang sebak. Sama-sama kita doakan kejayaan Syukran dan semua calon UPSR.




* Sila dapatkan Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang di www.rahsiapelajarcemerlang.com
* Hj Mohd Firdaus Mat Saad, selaku Jurulatih Pelajar Cemerlang berkongsi Formula bagaimana pelajar boleh berjaya dengan mudah dan terbukti berkesan.


* Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anak rakan rakan anda yang lain, sila tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia semakin bermanfaat untuk kita semua.




KERANA DIA....

$
0
0
Semua ini adalah kerana dia. Semua ni angkara dia. Ya! Semua sebab dia! Takde sebab lain, melainkan dia! Saya rasa menyesal kerana terlewat mengenali dia. Mengenali dengan lebih mendalam. Saya kenal dia agak lama dan saya sudahpun bersama dia sebenarnya. 

Tapi kerana jahil, dan kerana tiada siapa yang beritahu saya tentang dia dengan lebih jelas, dengan lebih mendalam, saya biarkan dia begitu sahaja. Setelah saya kenal dia dari luar dan dalam, baru sekarang saya merasainya. Terlalu banyak kesan sampingan yang saya alami disebabkan dia.


KERANA DIA....SAYA.... 

# Kerana dia, saya berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga 3 tahun untuk anak saya yang ketiga (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya dapat menjalani tempoh berpantang dengan cergas dan sihat, luka bersalin juga sembuh dengan cepat (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya mula faham tentang gaya hidup sihat dan apa itu maksud makanan sunnah yang sebenar
# Kerana dia, saya telah terjebak di dalam alam perniagaan walaupun sebelum ini saya tak pernah tau tentang berniaga dan tak pernah terfikir untuk berniaga (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya dapat menjana side income 5 angka setiap bulan, 3 kali ganda melebihi gaji tetap dan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan saya dan keluarga dan ramai orang di luar sana (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya menjadi semakin dekat dengan Allah, saya semakin yakin dengan statement WHEN YOU GIVE, YOU GET BACK MORE, kerana saya sendiri telah mengalaminya  (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya mula sedar betapa LUASnya REZEKI ALLAH di atas muka bumi ini, sebab masa join Shaklee dulu, dah melambak orang yang join, tapi kerana yakin, saya masih mampu berjaya
# Kerana dia, saya mula faham, hanya ALLAH yang pegang hati-hati setiap manusia, yang membuatkan saya mampu bangkit semula seandainya saya tidak berjaya close deal dengan customer dan saya pasti Allah sebenarnya telah merancang untuk menghantar yang terbaik untuk saya
# Kerana dia, saya dapat menyentuh hidup ramai orang, membantu menyelesaikan masalah kesihatan ramai orang, dan dapat menambah nilai hidup ramai orang
# Kerana dia, saya dapat berkongsi banyak ilmu dunia & akhirat dengan anak-anak buah saya dan kami semua sama-sama amalkan (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya dapat mengenali JUTAWAN-JUTAWAN ISLAM yang cukup hebat, saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa positif, dan aura jutawan dan positif itu meresap masuk ke dalam diri saya
# Kerana dia, saya mula mengamalkan solat dhuha dan tahajud dan juga amalan-amalan rohani yang membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya. 
# Kerana dia, saya dapat banyak ilmu, tips dan rahsia perniagaan dari barisan leaders, rahsia yang ramai orang tak tahu (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, sekarang tiap-tiap bulan, loan kereta dia yang bayar (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya tahu membezakan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya menjadi seorang yang lebih penyabar, sebab dulu saya seorang yang cepat marah
# Kerana dia, saya mula belajar untuk sentiasa memaafkan orang lain, kerana dulu saya seorang pendendam
# Kerana dia, saya mula menghargai segala ujian dan dugaan yang saya terima di dalam hidup saya, kerana saya yakin, kita diuji kerana Allah sayangkan kita 
# Kerana dia, saya telah berjaya memperbetulkan niat utama berniaga bukan semata-mata untuk menambah pendapatan atau menjadi kaya, tapi kerana ingin menyelesaikan masalah ramai orang dan juga menambah nilai hidup ramai orang. (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya dapat membantu menyelesaikan masalah anak-anak sahabat saya yang menghadapi masalah sembelit (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya faham kenapa jika kita ingin berniaga, MESTI ada mentor dan perniagaan yang terbaik adalah yang dilakukan secara berjemaah dan support group yang cukup kuat, bukan berniaga sorang-sorang  (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya mula faham kenapa perlunya TARGET dan PLAN di dalam kehidupan kita
# Kerana dia, saya menjadi seorang yang cukup menghargai masa, saya menjadi seorang yang mampu melakukan banyak perkara yang bermanfaat pada setiap hari
# Kerana dia, saya sekarang telah menjadi seorang blogger dan saya tahu tips dan rahsia menulis dengan baik 
# Kerana dia, saya telah mendapat ramai sahabat yang baik-baik yang sama-sama menarik kita untuk melakukan kebaikan, sahabat adalah cermin diri kita 
# Kerana dia, saya sekarang mampu menyediakan suplemen dan makan tambahan yang terbaik untuk seluruh ahli keluarga saya secara percuma
# Kerana dia, saya mampu beri wang saku untuk kedua-dua mak dan juga mak mertua saya setiap bulan, sebelum ni tak pernah lagi beri pada mak mertua, tapi sekarang setiap bulan saya beri dan jumlahnya sama seperti saya beri pada mak saya
# Kerana dia, saya mula belajar untuk istiqomah bersedekah setiap hari, sebelum ni jarang bersedekah, bila ada orang minta baru bagi, sekarang konsisten malah 'terpaksa' mencari tempat untuk bersedekah kerana saya diajar untuk mengagihkan 10% bonus yang diterima setiap bulan khas untuk zakat dan juga sedekah
 

KERANA DIA...ANAK-ANAK SAYA.....

# Kerana dia, anak-anak saya mendapat khasiat dan nutrisi lengkap, yang menjadikan sistem imun anak-anak saya semakin kuat, sentiasa sihat dan jarang terkena demam atau jangkitan selsema (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, eye contact anak istimewa saya semakin baik dengan pengambilan OmegaGuard (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, anak-anak saya mendapat pendidikan awal dengan sempurna, tidak menghadapi sebarang masalah kewangan untuk hantar mereka untuk extra learning seperti kelas berenang, dan juga terapi untuk anak istimewa saya (jemput basa kisah selanjutnya di sini)


KERANA DIA....ABAH SAYA...

# Kerana dia, abah saya dah mula sedar tentang kepentingan mengambil suplemen yang berasaskan semulajadi, sebelum ni bapa saya hanya mengambil suplemen sintetik yang boleh diambil secara percuma dari hospital 
# Kerana dia, abah saya boleh menerima hakikat bahawa anak bongsu kesayangannya terpaksa berhenti kerja kerana berjaya membuat jualan RM1juta dalam tempoh 9 bulan, dan menggenggam income bulanan 10 kali ganda dari kerja makan gaji 


KERANA DIA...MAK SAYA...

# Kerana dia, sakit lutut mak saya sembuh sepenuhnya (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, kadar kolesterol mak saya turun dari paras bahaya ke paras normal
# Kerana dia, mak saya semakin hari semakin sihat dan cergas, walaupun umur mak saya telah mencecah 64 tahun, tapi ligatnya seperti orang muda berumur 30an
# Kerana dia, mak saya sekarang dapat beribadah dengan lebih sempurna dan masih mampu menggembirakan dan menyampaikan hajat ramai orang di luar sana untuk merasa keenakan kuih koci nya.


KERANA DIA...BIBIK SAYA....

# Kerana dia, bibik saya mula mengenali apa itu makanan tambahan
# Kerana dia, bibik saya sekarang semakin sihat dan mampu menjalankan tugas sebagai pembantu dengan baik, menjalankan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak saya dengan sempurna
# Kerana dia, luka berlubang operation bibik saya sembuh dengan begitu cepat (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, bibik saya dapat extra income setiap bulan selain dari gaji bulanan, hasil dari rezeki perniagaan saya setiap bulan
# Kerana dia, bibik saya tidak perlu membayar kos rawatan hospital dan operation yang beliau hadapi satu ketika dahulu (jemput baca kisah selanjutnya di sini)


KERANA DIA...RAKYAT MALAYSIA...

# Kerana dia, rakyat Malaysia mula sedar tentang ASAS PERUBATAN YANG SEBENAR ADALAH DARIPADA MAKANAN, BUKAN DARI UBAT-UBAT HOSPITAL yang mengandungi dadah yang merbahaya
# Kerana dia, ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kesihatan kronik, berjaya pulih dan secara perlahan-lahan mengurangkan dos pengambilan ubat-ubatan yang banyak memberi kesan sampingan
# Kerana dia, ramai perokok tegar telah berjaya berhenti merokok dengan jayanya, dan menggembirakan hati para isteri dan membuatkan seluruh keluarga lebih bahagia
# Kerana dia, ramai para wanita pulih dari masalah senggugut yang teruk dan  berjaya memperbetulkan kitaran haid dengan sempurna 
# Kerana dia, ramai pasangan suami-isteri yang telah lama berkahwin berjaya mendapat zuriat 
# Kerana dia, ramai ibu-ibu berjaya menjadi jutawan, samada yang bekerja ataupun seorang suri rumah



SIAPAKAH DIA? 

DIA adalah SHAKLEE, dan DIA juga adalah EMPAYAR MARIA FIRDAUS

Semua ini adalah kerana saya menyertai Shaklee di bawah bimbingan Empayar Maria Firdaus.

Dan semua ini berlaku adalah SEMATA-MATA DENGAN IZIN ALLAH. Syukur....

Semuanya bermula dari sini... bermula dari ebook SORRY BOSS!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Jika anda masih belum membaca ebook ini, saya sarankan, cepat-cepat lah anda download dan baca dengan tenang. 

Semoga anda mendapat manfaat, di dunia, dan juga di akhirat. Anda takkan pernah menyesal membaca ebook ini, tapi anda akan menyesal jika tidak membacanya. Percayalah.....Suatu hari nanti, anda akan rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana anda mula bertindak sekarang.


http://ebookniaga.com/sorryboss/kamharyatie

* Jika anda rasa kisah KERANA DIA ini bermanfaat untuk anda dan orang lain, sila klik LIKE button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin.

Empire Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

PENTING!!! SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca budiman,

Kita selalu sangat dengar produk-produk Shaklee ni dah banyak selesaikan masalah kesihatan ramai orang. 1001 masalah, semua berjaya diselesaikan, dan Shaklee telah banyak membantu ramai orang menjalani kehidupan dengan lebih sihat, lebih ceria dan lebih bahagia.

Tapi, dalam ramai-ramai tu, anda tahu tak, sebenarnya produk Shaklee juga boleh memudaratkan kesihatan. Yang boleh menyebabkan condition seseorang tu menjadi lebih teruk.  Saya mohon semua pembaca atau kepada sesiapa yang ingin mencuba sebarang produk Shaklee, sila baca penerangan di bawah. 



Ini SANGAT PENTING. Jika anda tergolong di dalam golongan di bawah, berhati-hati sebelum anda mengambil produk Shaklee. 

1) SLE
– Penghidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfadan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga TIDAK BOLEH mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitaleakerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.

4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang TIDAK BOLEH diambil ialah Vitaleakerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula TIDAK BOLEH mengambil ESPkerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil Carotomaxsebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

6) GOUT
- Pesakit Gout tidak boleh mengambil makanan-makanan yang mengandungi kandungan asid yang tinggi. Contohnya kekacang. Jadi, pesakit gout TIDAK BOLEH mengambil ESPdan Lecithinkerana kedua-duanya berasaskan soya.

Pastikan anda maklumkan dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda.

Ramai yang dah tahu, semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi. So bila kita makan, ia akan bertindakbalas dengan badan kita supaya tubuh kita sendiri yg sembuhkan sesuatu penyakit, bukan Shaklee.

Darah manusia adalah berbeza-beza. Ada A, B, O, AB. Ada positif ada negatif, Ada juga yang berasid dan alkali. Sebab tu setiap manusia, penerimaan sesuatu bahan atau makanan terhadap tubuh badan masing-masing juga adalah berbeza.




Contoh paling mudah, UDANG. Ramai org makan udang ok. Makanan favorite pula tu. Tapi ada org makan udang, tak pasal-pasal jadi bengkak badan, ini namanya alergi. So adakah kita nak summarize kan udang tu membahayakan kesihatan? Ia hanya akan membahayakan kesihatan bagi mereka yang alah pada udang sahaja, tidak pada orang lain.


Satu lagi contoh, NASI. Kalau makan berpatutan, memang baik untuk kesihatan. Tapi kalau berlebihan makan nasi, badan boleh gemuk. Org biasa boleh makan nasi banyak. Kalau orang yg dah ada diabetes makan nasi dalam kuantiti yang banyak boleh membahayakan kesihatan. So adakah kesimpulannya nasi tu bahaya di makan?

Macam tu lah juga vitamin Shaklee. Sebab tu kita kena makan ikut sukatan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. Dan memang tak semua vitamin sesuai untuk semua orang. So kena try dulu baru tahu.


SHAKLEE JUGA SEBAGAI PENAWAR ALTERNATIF 


Tahukah anda, terdapat produk Shaklee yang boleh membantu dalam mengurangkan masalah-masalah penyakit yang disebutkan di atas? Jom kita tengok suplemen Shaklee yang mana disarankan untuk diambil bagi setiap jenis penyakit tersebut.

1) SLE
– Pesakit SLE disarankan untuk mengamalkan VIVIX
- Penerangan lanjut tentang SLE dan Vivix dan testimoni pesakit SLE (sila klik).

2) G6PD
– Semua produk Shaklee kecuali Vitalea dan Alfalfa. Pesakit G6PD juga memerlukan suplemen untuk memastikan tubuh badan sentiasa mendapat nutrisi yang lengkap sama seperti orang biasa.

3) THALASEMIA
–Cadangan suplemen Shaklee
- B-Complex, ESP, Ostematrix, Vita-E Complex

4) HYPERTHYROID
– Set Hyperthyroid Shaklee
-  Vita-E Complex, Vita-C Plus Sustained Release, ESP, Ostematrix

5) HYPOTHYROID
– Set Hypothyroid Shaklee 
-  Vita-E Complex, Vita-C Plus Sustained Release, Vitalea, Ostematrix

6) GOUT
- Pesakit gout disarankan untuk mengambil Set Gout 
- Terdiri daripada Omega, Alfalfa, Performance Drink
- Penerangan lanjut tentang Set Gout Shaklee dan testimoni pesakit gout (sila klik)


Diharap anda faham dan jelas dengan penerangan ini. Jika ada di kalangan anda, rakan-rakan atau saudara-mara yang menghidap penyakit di atas, saya sentiasa doakan agar anda sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Elakkan yang sepatutnya dielak, dan cubalah pelbagai rawatan alternatif yang ada sebagai penawar.

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat kepada anda, sila tekan LIKE dan panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. 
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

AKULAH PENYAMBUNG WARISAN

$
0
0
 

Saya bukan orang lama. Umur saya baru 35 tahun. Saya tidak pernah mengalami situasi hidup pada zaman kita dijajah. Tapi, saya rasa cukup bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana dilahirkan selepas zaman tersebut.

Dan atas rasa syukur inilah yang buat saya tidak pernah lupa tentang nasib datuk nenek kita yang hidup sebelum merdeka. Saya bukanlah seorang yang minat tentang sejarah sebenarnya. Masa sekolah, sejarah antara subjek yang saya tak berapa suka, sebab kena membaca, dan kalau suruh saya membaca, saya selalu tertidur.

Tapi, seiring dengan peningkatan usia, dan penglibatan saya di dalam bidang yang 'berkaitan', membuatkan saya sedar tentang betapa pentingnya kita mengetahui tentang sejarah. Sejarah hitam sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Nyawa tiada harga, hidup sentiasa di dalam ketakutan, ditindas, dibunuh sesuka hati, tiada kebebasan, anak gadis dan wanita sentiasa diganggu, taraf kehidupan dan kesihatan yang tidak terurus. 

Antara kekejaman yang dilakukan di zaman penjajahan Jepun


Untuk pengetahuan pembaca, abah saya adalah seorang bekas komando. Abah seorang yang sangat pendiam. Sebab tu kalau orang tanya kisah abah saya, saya tak berapa nak tahu. Tapi, saya rajin membaca khazanah beliau yang tersimpan rapi di rumah. 

Tapi, dalam diam-diam, abah antara orang yang sering mengingatkan kepada saya mengenai sejarah negara, dan ia sebenarnya memberi kesan kepada saya untuk mengubah diri. Walaupun saya bukan seorang tentera, tapi, saya bersyukur kerana saya sebenarnya masih dapat memberi khidmat bakti kepada negara melalui pekerjaan saya. 

Jom kita hayati bait-bait lagu Warisan berikut:


Saya mendapat pendidikan yang terbaik, dapat kerja yang baik, hidup dalam keadaan aman bahagia, dapat menjalankan kehidupan yang cukup selesa, dapat berniaga dan tambah pendapatan dengan mudah, boleh ke mana-mana sahaja tanpa gangguan.

Apa lagi yang saya mahu? Saya rasa saya dah dapat semua. Tapi, semangat patriotisme sebenarnya tersangat penting yang patut ditanam di dalam jiwa generasi muda, supaya mereka sedar tentang sejarah negara, dan mereka adalah orang yang bertanggungjawab dalam meneruskan perjuangan mempertahankan hak negara Malaysia.

Generasi muda sekarang hidup dalam zon selesa dan keadaan negara yang begitu aman tanpa lagi mempedulikan keperitan pejuang negara yang bermandi darah ­membebaskan Tanah ­Melayu ketika zaman penjajahan.


Jangan sesekali memperlekehkan tugas dan tanggungjawab mereka yang diamanahkan dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan negara. Setiap daripada kita ada peranan masing-masing. Jangan sekali-kali kita benarkan sejarah berulang. Tapi pertahankan apa yang kita ada sekarang, dan perbaiki mana yang kurang. 


"Orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya"
- George Santayana 

"Hargailah dan pertahankan kemerdekaan negara kerana azab hidup pada zaman penjajahan masih berbekas parutnya hingga ke hari ini." 
- Tan Sri Aishah Ghani 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57.
 Mudah-mudahan, negara kita Malaysia dan seluruh isinya sentiasa di bawah lindungan Allah. 

Siapa yang belum pernah dengar lagu tema kemerdekaan tahun ini, jom kita dengar. Idea tajuk lagu ini juga terhasil daripada lagu Warisan....

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Viewing all 229 articles
Browse latest View live