Quantcast
Channel: Mommy Shahab
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

QHALISH YANG TERISTIMEWA - PART 1

$
0
0
 

Ini anak kedua saya, Syed Qhalish Shahab, saya panggil Qhalish. Sekarang umur Qhalish 5 tahun 5 bulan. Qhalish telah didiagnos mengalami Mild Austisme pada umur 3 tahun setengah. Perkembangan Qhalish sejak lahir adalah normal seperti kanak-kanak lain, tiada apa-apa masalah, malah bersalin Qhalish tersangat-sangat mudah berbanding abangnya, Dzikrie, dan adiknya, Raees.

Qhalish semasa berumur 6 bulan

Perkembangan Qhalish sejak baby adalah normal, meniarap, mengesot, merangkak, bertatih, berjalan, bercakap (babbling). Sampai kan Qhalish lebih banyak bersuara daripada abangnya pada peringkat umur yang sama. Atuk dan Wan pun kata, "Qhalish ni nampak gaya peramah ni besar nanti ni".

Qhalish juga mudah bergurau, sama seperti kanak-kanak lain
Qhalish boleh mengikut apa yang saya ajar. Bila naik kereta, saya suka tunjukkan anak-anak saya dengan objek-objek sekeliling sambil menyebut perkataan objek tersebut dan suruh dia sebut. Qhalish memang boleh ikut dengan jelas. Word simple yg jelas disebut ialah CAR. 

Aksi Qhalish bila disuruh senyum depan kamera. Masa ni Qhalish berumur 1 tahun 6 bulan.

DI SINI SEGALANYA BERMULA

Bermula pada umur setahun setengah hingga 2 thn, saya mula perasan Qhalish semakin lama semakin senyap. Qhalish yang dulunya banyak bersuara, yang selalu petah dengan baby talk, "tata, mama, papa",  semakin lama semakin jarang saya mendengar suaranya. Eye Contact semaking kurang, dan bila dipanggil nama, dia seolah-olah tidak mendengar. 

Ketika Qhalish berumur 2 tahun lebih, bila kami bawa keluar atau berjalan-jalan di shopping complex, Qhalish kerap berlari sesuka hati, kalau kami panggil dia buat tak tahu je, sampai kami terpaksa kejar dia dan tangkap sampai dapat. Walaupun dia kecik, tapi dia lari laju. Lepas tu pandai pulak dia menyelinap, memang mencabar betul.

Naluri seorang ibu, saya rasa seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu perkembangan Qhalish, tapi saya tak tahu apa dia. Saya beritahu husband tentang instinct saya. Tapi husband cuma kata, "Takde apa-apalah". Saya cerita dengan kawan-kawan office, semua cakap perkara yang sama. Dan ada juga yang kata "Budak lelaki biasalah, lambat bercakap".

So, saya jadi tak puas hati. Sebab semua orang seolah-olah macam nak sedapkan hati saya. Saya mula mencari maklumat di internet tentang segala yang berkaitan dengan perilaku Qhalish yang saya nampak berbeza dari abangnya Dzikrie. Segala info yg saya dapat, saya analyse dan saya compile. Akhirnya, inilah hasilnya. Buat pertama kali saya dengar perkataan AUTISME. 


Walaupun tidak semua, tapi ada beberapa ciri-ciri Autisme ada pada Qhalish.

Semua orang sekeliling saya mengatakan Qhalish nampak biasa, tak de apa yang pelik. Husband saya juga tetap dengan pendirian dia mengatakan Qhalish takde apa-apa, tapi saya tetap dengan pendirian saya, saya nak bawak Qhalish diagnose dan saya takkan diamkan. Akhirnya husband saya akur.


Antara ciri-ciri yang saya nampak pada Qhalish berdasarkan pemerhatian saya dan juga mengikut naluri seorang ibu:
  • Speech delay
  • Less eye contact
  • Suka menyendiri, tak bermain dengan orang lain
  • Flapping hands 
  • Bila dipanggil, seolah-olah tidak mendengar
  • Kalau nak apa-apa, dia akan ambil tangan kita dan bawa ke arah benda yang dia nak
  • Sukar menerima arahan
  • Kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • Tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • Kurang ekspresi muka

APA ITU AUTISMA

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".

Ia merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan memberi respon yang baik terhadap dunia luar.

Autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan mereka menunjukkan 3 (tiga) jenis ketidakupayaan umum, iaitu:

1. Masalah tidak mampu bersosial

Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri.

Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama. 

2. Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain.  

Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa. 

3. Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran 

Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut.  

Sebagai contoh, ada yang hobinya suka membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.

Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa. 


MISI MENCARI JAWAPAN

Kami mula mencari segala maklumat berkenaan autism. Saya study puas-puas, cari segala maklumat, contact person, hospital, pediatrician, semua saya cari. Dan saya terjumpa tentang Puan Marina Ariff, yang merupakan ibu kepada seorang remaja Austim Umar Hasfizal (sila klik) yang mempunyai kelebihan istimewa di dalam bidang muzik dan juga menghafaz Al-Quran.

Pada saya, kalau kita nak berguru, kita kena cari orang yang dah ada pengalaman di dalam bidang tersebut. Dan dah tentulah kita cari orang yang dah ada pengalaman dalam mendidik dan membesarkan anak-anak istimewa ini. Syukur, sebagai permulaan, beliau banyak membantu saya dan kami banyak berkomunikasi melalui email.

Punca terjadi autism, sehingga sekarang tiada siapa yang tahu. Ada banyak possibility tapi tiada satu pun yang pasti. Saya ingat mungkin salah satu sebab Qhalish jadi begitu kerana hentakan kuat di kepala semasa Qhalish kecil. Semasa Qhalish berumur 1 tahun lebih, dia pernah terjatuh dari katil ke bawah, dan kepala jatuh dahulu.

Ketika itu saya bekerja di ofis, dan bila saya balik, bibik saya bagitahu bagaimana Qhalish terjatuh, tidak menangis dan muka hampir biru. Dalam keadaan tu, bibik tepuk punggung dan belakang Qhalish sekuat hati, dan secara tiba-tiba dia menangis sekuat-kuat hati. Saya terus bawa jumpa doktor.

Dan doktor pesan, kalau dia tak muntah, makan sepeti biasa, bermain seperti biasa, tidur nyenyak takde mengigau, bermakna takde apa-apa yang efek. Alhamdulillah memang takde apa-apa yang pelik berlaku. Tapi bila teringat tentang kisah Qhalish jatuh ni lah, yang buatkan saya berkeras, untuk buat pemeriksaan lebih lanjut.


RUJUK DOKTOR PAKAR KANAK-KANAK

Akhirnya, kami bawa Qhalish melalui prosedur MRI, EEG, HEARING TEST dan BLOOD TEST di Hospital Pantai Kuala Lumpur. 

Referral letter. Qhalish didiagnose oleh Dr. Malinee, seorang pakar kanak-kanak, experts in Behavioral, Developmental and Pediatric neurological disorders
Dipendekkan cerita, semua keputusan adalah normal. Bermakna dari segi fizikal, Qhalish alhamdulillah sihat dan normal. MRI juga menunjukkan tiada sebarang kelainan di bahagian otak, semua normal.
Analisis yang diberi oleh Dr. Malinee selepas semua keputusan diperolehi.
Memandangkan keputusan ujian fizikal semua adalah normal, Dr. Malinee telah menyenaraikan perkara-perkara dan tindakan selanjutnya yang perlu kami ambil.
 

RUJUK PAKAR PSIKIATARI & PAKAR PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Seterusnya, saya decide untuk bawa Qhalish menjalani assessment di NASOM (National Autism Society of Malaysia). Satu lagi tempat adalah di HUKM. Since HUKM ambil masa agak lama untuk proses ni, sebab kerajaan memang kena tunggu giliran, saya decide untuk bawa Qhalish terus ke NASOM.

Assesment diadakan 1 hari suntuk oleh 2 orang pakar. Berdasarkan pemerhatian dan beberapa ujian yang dijalankan, memang Qhalish ada ciri-ciri autism. Tapi mereka perlukan masa 2 minggu untuk menganalisis segala maklumat yang telah diambil sebelum laporan lengkap dikeluarkan.

Kalau diikutkan, Qhalish tidak hyper, Qhalish juga tak banyak masalah. Sana sini sikit-sikit je, kalau kita tengok memang nampak macam biasa-biasa je. Sebab kanak-kanak tipikal juga buat perkara yang sama. Tapi bila ditambah tanda-tanda tu semua sana sini sikit, so memang cukup lah syarat dia disahkan mild ASD. 

Selepas 2 minggu, kami menerima laporan lengkap serta pengesahan tentang keadaan Qhalish yang sebenar. Dan akhirnya, sah, Qhalish telah didiagnosed mengalami Mild ASD (Autism Spectrum Disorder). Kami menerima hakikat, Qhalish adalah seorang anak istimewa, anak syurga yang dikurniakan kepada kami, anak yang pasti menunggu kami di syurga kelak. 


Syukur Alhamdulillah. ANAK ISTIMEWA, adalah UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA


NASIHAT KEPADA IBU BAPA

Nasihat saya kepada semua ibu bapa di luar sana, sebagai ibu bapa, kita WAJIB peka terhadap perkembangan anak-anak. Hanya ibu bapa yang memahami anak masing-masing, bukan orang luar. Jika ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat rujuk kepada pihak yang berkenaan.

Semua ibu bapa disarankan untuk percaya terhadap naluri (instinct). Terutamanya wanita. Allah telah mengurniakan naluri yang cukup kuat buat seorang ibu dan isteri. Naluri seorang ibu boleh merasai apa yang tidak kena terhadap anak-anak dan keluarga. Jangan main-main dengan naluri seorang wanita. 

Percayalah naluri mereka, dengar apa yang mereka katakan, dan bantu untuk mencari doktor atau pakar yang dapat mendengar dengan baik supaya anak-anak mereka dapat dirujuk kepada pakar berkenaan.

 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan doktor tidak begitu mahir  dengan kes-kes autism sehingga mereka tidak mempedulikan cerita ibu bapa kanak-kanak itu dan mengatakan segalanya normal. Ini akan mengakibatkan kanak-kanak itu tidak dikenalpasti dengan lebih awal dan mereka tidak diberikan rawatan seawal mungkin.

Contoh dalam kes Qhalish, saya hanya bawa Qhalish rujuk kepada Pakar Kanak-Kanak untuk diagnose dari segi fizikal, mengikut kepada kepakaran doktor tersebut. Dan untuk diagnose samada Qhalish betul-betul menghidap autism, doktor tersebut sendiri yang channelkan Qhalish untuk merujuk kepada NASOM.

Jangan pernah menyesal seandainya anda dikurniakan anak-anak istimewa. Ibu-ibu yang mempunyai anak-anak istimewa adalah ibu-ibu yang kuat. Kita telah dipilih Allah utk menjalani ujian yang akan mengiring amalan kita ke syurga nanti. Mereka anak yang sangat istimewa dan anak yang perlu diberi perhatian khusus.
 
Apakah tindakan saya seterusnya setelah Qhalish disahkan Autism? Jemput baca kisah selanjutnya Qhalish Yang Teristimewa Part 2 (sila klik di sini).

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.




QHALISH YANG TERISTIMEWA - PART 2

$
0
0
Assalamualaikum para pembaca budiman,

Saya nak sambung kisah anak istimewa saya, Syed Qhalish Shahab. Untuk mereka yang belum pernah membaca kisah bagaimana Qhalish disahkan menghidap Autism, boleh klik link di bawah:

QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 1 


EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)

Selepas Qhalish disahkan mengalami Autism, kami dinasihatkan oleh pakar psikologi untuk menghantar Qhalish menjalani Program Intervensi Awal kanak-Kanak. Ia merupakan satu program yang disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun.


Intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Antara langkah yang kami ambil untuk Qhalish adalah seperti berikut:
  1. Join FB Support Group Autisme Malaysia
  2. Speech Therapy (ST)
  3. Occupational Therapy (OT)
  4. Rawatan Alternatif
  5. Pre-School
  6. Dietary (Pemakanan dan Suplemen)

FB AUTISME MALAYSIA

Perkara pertama yang saya buat adalah saya join group facebook Autisme Malaysia. Ia adalah kumpulan sokongan dan komuniti autism, tidak mengira agama dan bangsa. Tempat kami berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak autism. Di sinilah tempat saya bertanya di mana saya perlu hantar Qhalish untuk EIP. 


Ramai parents yang share segala maklumat yang saya perlukan. Syukur sangat antara kami saling membantu antara satu sama lain walaupun antara kami tak pernah kenal. Hanya mereka yang mempunyai anak istimewa sahaja yang akan mengerti, memahami dan mengetahui apa yang bergolak di dalam diri ibubapa anak istimewa itu meskipun di antara kami tidak saling mengenali.

 
SPEECH THERAPY (ST) dan OCCUPATIONAL THERAPY (OT)

Saya hantar Qhalish menjalani ST dan OT di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Sesi ST dan OT sebenarnya perlu dilakukan 1 kali setiap minggu untuk setiap terapi. Setiap sesi mengambil masa 1 jam. Ini bermakna, setiap minggu,  Qhalish akan menjalani terapi 2 jam untuk 2 kali seminggu. 

Salah satu aktiviti semasa OT
Inilah antara cabaran yang kami terpaksa hadapi. Kami dua-dua bekerja, dan agak sukar untuk kami hantar Qhalish terapi secara konsisten. Pernah kami bertanya kepada therapist, boleh tak kami buat 2 minggu sekali. Kalau ikutkan memang boleh, tapi hasilnya memang berbeza jika dilakukan setiap minggu.

Kalau nak kena ambil cuti 2 hari setiap minggu, macam tak patut. So kami cuba tanya kalau-kalau kedua-dua sesi itu kami boleh sekali kan dalam 1 hari. Alhamdulillah, memang ada sesi yang dipanggil back to back session. Maksudnya selesai sahaja ST, terus sambung OT pula. 

Cabaran seterusnya pula bagaimana nak dapatkan excuses dari bos. So saya decide untuk hantar personal email kepada bos, jelaskan keadaan sebenar dan minta pelepasan. Takkan bos tak bagi kot kan. Syukur alhamdulillah, syarikat saya bekerja sebenarnya peka tentang hal ini. 

Email yang saya hantar kepada bos memohon pelepasan setengah hari setiap minggu untuk sesi terapi Qhalish. Dalam masa yang sama, saya akan pastikan ia tidak mengganggu tugas dan tanggungjawab saya di pejabat.

Nasihat saya kepada semua ibu bapa yang masih bekerja, wajib beritahu majikan di syarikat kita bekerja tentang situasi anak kita. Majikan berhak tahu yang pekerjanya mempunyai anak-anak istimewa. Dan saya yakin, tidak ada syarikat yang akan berlaku kejam terhadap pekerja. Semua perkara boleh dirancang dengan baik asalkan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dalam kes kami, jika saya ada hal yang tak dapat dielakkan yang menyebabkan saya tak dapat hantar Qhalish, suami saya akan take over, ataupun kami bergilir-gilir. Kedua-dua nya mesti ambil peranan masing-masing demi kebaikan anak-anak syurga kita.



RAWATAN ALTERNATIF AYAT-AYAT AL-QURAN 
Dalam masa yang sama, saya bawa Qhalish menerima rawatan alternatif di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Setiawangsa. Kami diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
  3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
  4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
  5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

1. Baca surah pertama iaitu surah Az-Zumar -  3 kali pada waktu malam
2. Baca surah kedua iaitu surah Al-Hijr - 3 kali pada waktu siang. 

- Kedua-dua surah ini, hendaklah diamalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca tiga kali, mohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, kita ulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.


PRE-SCHOOL

Pada ketika ini, umur Qhalish akan masuk 4 tahun. Salah satu advise dari pakar psikologi juga adalah supaya memasukkan Qhalish ke pra-sekolah. Dan pra-sekolah adalah pra-sekolah biasa. Qhalish perlu bergaul dengan kanak-kanak tipikal supaya proses perkembangan Qhalish boleh dibentuk dengan lebih baik dan lebih cepat.

Pada masa yang sama sebenarnya memang saya sedang mencari sekolah tadika untuk Dzikrie sebab pada ketika itu, Dzikrie nak masuk 5 tahun. Setiap sekolah yang saya survey, saya akan tanya adakah mereka boleh terima kanak-kanak seperti Qhalish. Jawapannya semua hampa.

Saya tak cari sekolah jauh-jauh. Saya hanya cari sekolah tadika berhampiran rumah saya supaya mudah untuk maid saya jemput pulang nanti. Agak sedih sebab semua tak mahu terima. Saya hanya mampu berdoa, supaya Allah tunjukkan lah kepada saya sekolah yang sesuai untuk saya hantar Qhalish.

Memandangkan semua tadika biasa tak mahu terima, saya terpaksa terima hakikat, bahawa saya terpaksa cari pra-sekolah khas untuk Qhalish. Banyak sekolah yang kami survey, akhirnya kami terjumpa dengan seseorang yang pada saya, memang Allah hantar beliau kepada kami untuk Qhalish.

Puan Noriza Suhaila, yang biasa kami panggil Teacher Suhaila, merupakan isteri kepada biras abang ipar saya. Saya diberitahu oleh abang ipar saya bahawa ada sebuah tadika berkeperluan khas akan dibuka di area AU2, Keramat. Tanpa berlengah, saya terus ambil nombor telefon suami Teacher Suhaila, Amli Mahfuz dan kami set appointment.

Pertemuan pertama kami di Jusco AU2, rupa-rupanya Teacher Suhaila juga mempunyai seorang anak istimewa. Saya pernah cerita tentang sekolah Qhalish iaitu Athfaal Tadika Indah Murni (ANIS) di dalam entry sebelum ini (sila klik di sini). Ketika itu Qhalish baru berusia 4 tahun. Dan tahun ini adalah tahun kedua Qhalish bersekolah di situ. 



DIETARY (PEMAKANAN DAN SUPLEMEN)

Anak-anak istimewa ni sangat memilih dalam bab makanan. They are picky eater. Satu lagi cabaran buat saya, kerana Qhalish memang memilih bab makan. Susu memang dia tak suka langsung. Lepas bercerai susu badan pada umur 1 tahun setengah, saya cuba beri susu formula. Memang dia tolak.

Saya cuba apply diet GFCF (Gluten Free Casein Free) untuk Qhalish - (sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang GFCF). Anak-anak autism disarankan untuk tidak mengambil sebarang makanan bergluten dan bercasein kerana ia boleh menyebabkan mereka menjadi lebih aktif dan sukar diatur.   

Gluten (gandum dan barli) terdapat di dalam makanan seperti roti dan cereal. Casein pula terdapat di dalam susu atau sebarang dairy produk. Diet GFCF sebenarnya bagi saya bukan mudah untuk kita apply. Sebahagian besar makanan seharian kita sendiri mengandungi gluten dan casein. 

Dan diet GFCF akan menyebabkan anak-anak autism tidak mendapat nutrisi lengkap seperti kalsium, fiber, vitamin A, D dan B-complex dan juga kalori. Alternatif lain, susu lembu perlu diganti dengan susu yang dihasilkan dari almond contohnya. Gandum pula perlu digantikan dengan tepung ubi contohnya. Dan expenses untuk alternatif ini adalah sangat tinggi dan agak sukar untuk dicari di pasaraya biasa.

Kalau ikutkan, Qhalish memang tak minum susu, tak minum air manis, tak makan gula-gula, coklat atau ais krim. Tapi dia suka makan buah. Dan sangat suka makan nasi, lauk masak lemak cili api, masak asam pedas, sambal, dan juga mee hun kicap. Since Qhalish tak minum susu, saya banyakkan beri Qhalish ikan bilis sebagai sumber kalsium.

Alternatif lain, doktor sarankan untuk beri Qhalish suplemen yang sesuai, terutamanya yang melibatkan perkembangan fungsi otak (Omega-3 dan Omega 6) dan yang boleh menguatkan imun sistem dan antibodi. Suplemen adalah satu keperluan wajib untuk Qhalish sebab banyak yang dia tak makan. Bimbang Qhalish kekurangan nutrisi, saya ikut saranan doktor untuk beri Qhalish suplemen Shaklee.


Saya adalah pengguna tegar Shaklee. Tapi saya baru tau GLA dan Omega Guard sangat elok untuk perkembangan otak. Saya tau ni pun dari salah seorang doktor yang selalu merawat anak-anak autism di Perak. Beliau advise untuk beri GLA Complex, Omega Guard dan Meal Shakes. Tak ketinggalan madu khaula.
Since Qhalish tak minum susu, saya campurkan mealshakes di dalam nestum dan Meal Shakes adalah alternatif untuk Qhalish mendapat nutrisi lengkap

Sumber dari Portal Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia di dalam entry bertajuk Makanan Membina Otak Sihat

Baru saya faham kenapa doktor sarankan Qhalish consume suplemen. GLA (Gamma Linolenic Acid)adalah sumber terbaik Omega-6, Omega Guard pula adalah sumber terbaik Omega-3, manakala Meal Shakes mengandungi nutrisi lengkap dengan sumber protein, zink, selenium dan zat besi.

Sedikit panduan untuk para pembaca tentang bagaimana memilih suplemen Omega-3 yang berkualiti tinggi (sila klik di sini).
Qhalish suka sangat makan Omega Guard

Tapi kenapa Shaklee? Kalau ikutkan banyak suplemen yang dijual di farmasi biasa. Salah satu sebabnya, suplemen yang banyak dijual di farmasi adalah suplemen sintetik. Tidak seperti Shaklee yang dihasilkan 100% dari sumber makanan semulajadi (sila klik di sini). Sumber makanan semulajadi tidak mampu ditandingi oleh mana-mana produk yang dihasilkan dari ciptaan manusia.

So far alhamdulillah, Qhalish sebenarnya jarang demam. Anak-anak saya semuanya sangat susah makan ubat. Dan kalau demam sekali pun, memang saya tak beri ubat sebab kalau nak bagi makan ubat, jadi sakit lain pulak. Kena pegang tangan kaki semua bagai, macam kena dera je nk bagi makan ubat. End up, saya beri anak-anak saya homepati. Lebih mudah nak bagi, dan alhamdulillah, semua sangat serasi dengan homepati.  


KAD OKU?

Tindakan seterusnya, kena register Qhalish ke jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan kad OKU. Qhalish termasuk kategori OKU ke? Macam susah je saya nak terima. Tapi terpaksa buat juga. Pesanan family dalam group Autisme Malaysia, kalau fikirkan masa depan Qhalish, WAJIB buat. 

Tapi kenapa kena buat dan macam mana nak buat kad OKU? Nantikan tips dan bagaimana cara untuk buat kad OKU di dalam entri seterusnya. Tungguuuu......

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


KISAH SI SULUNG DAN SI BONGSU

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Entri kali ni agak ringkas, tapi cukup padat dengan isi dan mesej yang hendak saya sampaikan. Minggu lepas, ada salah seorang sahabat kami dalam group telegram Jutawan GLC berkongsi satu kisah yang pada saya mempunyai mesej yang sangat terkesan di hati saya. Ia berkenaan mind set.



APAKAH MAKSUD MINDSET?
 
Sebelum tu, saya nak share maksud mind set. Mind-set terdiri dari dua perkataan: Mind dan set

Kata “mind” bererti “sumber fikiran dan memori; pusat kesedaran yang menghasilkan fikiran, perasaan , idea, dan persepsi, dan menyimpan pengetahuan dan memory”. 

Kata “Set” berarti ” mendahulukan peningkatan kemampuan dalam suatu kegiatan, keadaan utuh/solid”.


Mindset :
  1. kepercayaan-kepercayaan yang mempengaruhi sikap seseorang; sekumpulan kepercayaan atau suatu cara berpikir yang menentukan perilaku dan pandangan, sikap, dan masa depan.
  2. Sikap mental tertentu atau watak yang menentukan respons dan pemaknaan seseorang terhadap situasi.

OK. Dah faham maksud mind set kan? Jom kita baca kisah menarik tentang MINDSET.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
KISAH MINDSET

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :
 
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : jangan pernah menagih piutang kepada siapapun”
“Kedua : jangan pernah tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

 
….....5 tahun berlalu sang ibu menengok anak sulungnya dengan kondisi bisnisnya yang sangat memprihatinkan.

Ibu pun bertanya: 
 
“Wahai anak sulungku kenapa kondisi bisnismu demikian?”

Si sulung menjawab: 

“Saya mengikuti pesan ayah bu. Saya dilarang menagih piutang kepada siapapun sehingga banyak piutang yang tidak dibayar dan lama-lama habislah modal saya.
 
"Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya punya sepeda motor, itulah sebabnya pergi dan pulang kantor saya selalu naik taxi”.
 
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh. Si bungsu sukses menjalankan bisnisnya. 

Sang ibu pun bertanya:

“Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
 
Si bungsu menjawab : 

“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu.. Pesan yang pertama saya dilarang menagih piutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap utuh”.
 
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motor yang saya punya saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu toko saya buka lebih pagi dan tutup lebih sore”.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
KESIMPULAN

Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesanan yang SAMA, namun masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza. 


Si Sulung dan Si Bongsu, masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandangan atau MINDSET yang berbeza

Apabila MIND SET mereka berbeza, segala kepercayaan, tindakan dan hasilnya juga memberi impak yang berbeza. Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza.



MORAL OF THE STORY
 
Berhati-hatilah dengan Mindset kita. Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknyamindset negatif memberikan hasil menghancurkan. 

Kepercayaan, Fikiran, Tindakan dan Hasil, 100% bergantung kepada Mind Set

Jika anda tersasar, reset semula minda.

The choice is yours..!

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE dengan ikhlas. Indahnya bila kita saling membahagiakan. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


QHALISH YANG TERISTIMEWA - PART 3

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog mommyshahab sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Alhamdulillah, dah masuk part ketiga kisah anak istimewa saya Syed Qhalish Shahab. Kepada anda yang masih belum membaca part 1 dan part 2, boleh baca di link berikut.

QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 1

QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 2 


Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang kad OKU saya nak share video Qhalish semasa sesi OT yang dijalankan di Hospital Gleneagles. Saya ambil video ni curi-curi dari luar. Masa mula-mula start OT dulu, saya sekali kena masuk dalam sebab Qhalish akan tantrum. Tapi lama-lama bila dah biasa, dia dah OK. Dia sendiri yang belari masuk dalam bilik OT.



Ada banyak aktiviti OT yang kita boleh buat sendiri di rumah. Salah satu sebab saya ambil video ni supaya saya boleh sambung buat di rumah. Barang-barang atau toys untuk OT saya selalu beli di DIY. Ada banyak pilihan yang kita boleh beli dengan harga yang tersangat murah. OK. Jom kita sambung kisah tentang kad OKU.


Perlu ke daftar OKU?

Sebenarnya saya tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas di hati yang Qhalish akan dikategorikan sebagai OKU. Saya ingat lagi, dulu-dulu, golongan OKU ni ada kalanya menjadi bahan gurauan dan sindiran di kalangan masyarakat yang kurang sensitif terhadap golongan yang kurang bernasib baik.


Pada pendapat saya, terminologi OKU yang betul adalah Orang Kelainan Upaya. Bukan kurang upaya. Mereka ini harus dilihat dalam cara yang betul kerana yang berbeza bukanlah dari segi fizikal tetapi keupayaannya disebabkan oleh sesuatu sebab semulajadi atau kejadian yang tidak diingini. 

Mereka wajar dinilai kebolehannya berasaskan kelainan keupayaannya berbeza dengan mereka yang dianggap sempurna. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada kelebihan yang golongan istimewa miliki yang tidak terdapat pada orang-orang yang dianggap sempurna.

Saya difahamkan, tanpa kad OKU, sekolah-sekolah kerajaan di negara kita tidak menerima penempatan murid-murid istimewa. Demi masa depan anak-anak istimewa kita, daftarlah mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemegang kad OKU. Ramai para guru yang berpengalaman yang mampu mengendalikan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah aliran pendidikan khas.


Kelebihan dan Keistimewaan pemegang kad OKU

Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada pemegang kad OKU. Antaranya:
  • Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Kemudahan pelepasan cukai RM5000 kepada ibubapa yang mempunyai anak OKU
  • Saluran khas bagi penempatan pelajar OKU ke IPTA tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa
  • Pengecualian bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan
  • Pengecualian bayaran membuat  MyKad juga passport antarabangsa.  
Pelbagai lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi para pemegang Kad OKU. Untuk senarai penuh kemudahan dan keistimewaan kepada oku yang berdaftar, sila klik di sini.


Cara Mendaftar Kad OKU

Mula-mula sebelum mendaftar Qhalish, saya bertanya di dalam group Autisme Malaysia tentang cara bagaimana untuk mendaftar. Saya mendapat maklumat dari beberapa ibu bapa yang terpaksa berulang alik ke JKM kerana dokumen yang tidak lengkap. 

Memandangkan saya memang tak suka buat kerja 2-3 kali dan lifestyle saya yang agak sibuk dan produktif membuatkan saya mengumpul maklumat terlebih dahulu supaya urusan ini hanya akan dilakukan sekali sahaja. Sebenarnya, untuk mendaftar kad OKU adalah sangat mudah. 

Dokumen dan item yang diperlukan untuk mendaftar:
  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (pastikan diiisi dengan lengkap)
  • Surat Rujukan dan pengesahan doktor perubatan kerajaan/swasta yang diiktiraf
  • 2 salinan surat beranak/kad pengenalan si anak
  • 2 keping gambar passport si anak

Persediaan Sebelum Mendaftar

Saya ingin berkongsi dengan anda persediaan yang saya lakukan sebelum mendaftar ke JKM.

1. Daftar secara online di Sistem Pengurusan Maklumat OKU di sini http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/
Sila klik gambar untuk daftar secara online.


Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya mesti diisi dengan lengkap.
Isi bahagian-bahagian yang perlu diisi sahaja. Ada beberapa bahagian yang perlu dikosongkan untuk diisi oleh doktor perubatan dan pihak JKM.
 
2. Print borang permohonan tersebut

3. Sertakan surat rujukan/referral letter dari tempat di mana anak anda didiagnose, dan bawa ke klinik kerajaan untuk mendapat pengesahan doktor perubatan. (Klinik swasta saya tak pasti sebab rata-rata yang saya tanya akan jawab klinik kerajaan, so jangan buang masa, saya pergi terus ke klinik kerajaan)


Referral Letter dari NASOM. Saya bawa surat ini bersama-sama borang permohonan yang telah dicetak sebagai rujukan doktor perubatan yang akan mengisi borang tersebut.


Setelah doktor perubatan mengisi borang permohonan tersebut, mereka akan keluarkan satu surat rujukan untuk dibawa ketika pendaftaran di JKM.

3. Ambil gambar passport. Mula-mula macam risau jugak, boleh ke si Qhalish ni duduk diam. Siap dok fikir kedai gambar mana yang pro bole ambil gambar special kids. Jenuh la pulak. At last kami redah aje ke kedai berhampiran rumah.


Macam-macam aksi si Qhalish ni. Sebelum capture saya dah bagitau siap-siap pasal Qhalish pada fotografer. So tau lah fotografer tu nak capture macam mana.
Akhirnya dapat juga gambar yang sesuai. Sengih pun sengih la Qhalish....

4. Cari lokasi JKM berhampiran tempat kediaman. Dah jadi kebiasaan untuk saya google dahulu lokasi yang hendak dituju. Untuk memudahkan carian, saya search Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) di website JKM di sini (sila klik). JKMN yang paling hampir dengan rumah saya adalah di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang.

Semasa proses mendaftar, tak perlu bawa anak. Cuma pastikan dokumen yang diperlukan lengkap. Proses sama je seperti biasa di kaunter-kaunter perkhidmatan. Ambil nombor dan tunggu giliran. Masa saya pergi tu tak ramai orang yang mendaftar. So sekejap sangat. Tak sampai setengah jam dah setel.

Kad OKU siap dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Selepas 2 minggu, boleh call semula pejabat JKM untuk mendapat kepastian yang kad telah siap. Kad OKU mestilah diambil di tempat yang sama kita mendaftar.

Ni dia kad OKU Qhalish. Dikategorikan di dalam kategori Masalah Pembelajaran. Kalau ikutkan takde kategori khas untuk Autism. Semua akan dikategorikan di dalam masalah pembelajaran.

Sebelum dapat kad ni, saya takde la terasa apa sangat. Tapi bila saya keseorangan, bila saya tatap kad ni, ada satu perasaan yang saya tak dapat nak ungkapkan. Anak yang dilahirkan dan membesar dengan sempurna, tiba-tiba disahkan sebagai OKU. Hanya Allah je yang faham perasaan ini. 


UJIAN BUAT SEMUA 

Sesungguhnya, sebagai seorang ibu, apa pun keadaan anak-anak saya, saya perlu ucapkan syukur di atas kurniaan ini. Sungguh saya bersyukur. Kurniaan Qhalish untuk saya adalah kerana Allah sedang membentuk diri saya untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Saya yakin, saya mampu untuk menghadapi ujian ini.

Allah menguji saya mengikut kemampuan saya dan keluarga. Kehadiran Qhalish juga sebenarnya adalah ujian buat seluruh ahli keluarga saya. Ujian buat suami, buat abang dan adik Qhalish, Dzikrie dan Raees. Buat ibu bapa saya, buat adik-beradik saya, dan semua orang di sekeliling Qhalish. 

Setakat mana kita semua dapat membantu Qhalish bagi kehidupan dunia dan agamanya. Sekurang-kurangnya Qhalish hanya mild autism. Ada parents yang jauh lebih tabah dari kami, dikurniakan anak-anak yang tidak mampu bergerak sendiri dan terlantar seumur hidupnya. Ramai lagi yang lebih istimewa dari Qhalish.

Yang membuatkan saya lebih bersyukur, Allah kurniakan Qhalish dengan adik yang sangat petah berkata-kata. Anak saya yang ketiga, Raees baru berumur 3 tahun. Raees selalu jadi tukang report. Pernah beberapa kali, Qhalish buka pintu rumah sendiri, dan bermain di tengah jalan depan rumah semasa saya sedang sibuk di dapur.

Raees lah yang beria-ia kelam kabut panggil kami semua, dan beritahu abang Qhalish keluar. Apa saja yang Qhalish buat, Raees akan report. Saya selalu pesan pada Dzikrie dan Raees, agar selalu jaga Qhalish. Saya mengharapkan apabila Dzikrie dan Raees besar nanti, mereka mampu menjadi seorang abang dan seorang adik yang baik, yang mampu membantu kami dalam menjaga Qhalish, sehingga ke akhir hayat.

Ni masa Qhalish kene demam campak. Masa ni semua hero kena, tapi masa ni Raees dah ok. Rajin Rees tolong mami suap Qhalish makan.

Ni lah semua hero dalam hidup saya

Saya berharap, entri kali ni dapat memberi panduan dan short cut kepada ibu bapa di luar sana yang belum lagi mendaftar anak istimewa mereka di JKM. Mudah je sebenarnya nak daftar. Jangan buang masa. Kemudahan teknologi dan internet yang ada sekarang ni sangat-sangat membantu. 

Jangan beri alasan tidak tahu nak mendaftar di mana. Saya yakin kita semua dah guna smartphone dan semua ada akaun FB. Boleh access internet di mana-mana sahaja. Gunakan segala kemudahan dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari ilmu demi masa depan anak-anak kita.

Thanks for reading!

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


SHAKLEE = CHEAP, FAST, GOOD

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca blog Mommy Shahab? Pernah dengar tak orang kata suplemen Shaklee ni MAHAL? Saya rasa ramai yang pernah dengar kan. Tapi kebanyakannya bila saya tanya balik apa justification yang kata suplemen Shaklee ni mahal, ramai yang tak boleh nak bagitahu dengan jelas. 

Yang peliknya, mereka yang kata mahal tu sendiri tak pernah consume sebarang suplemen produk lain selain dari Shaklee, so macam mana statement mahal tu boleh keluar. Sebelum kita kategorikan sesuatu suplemen itu mahal, biasanya mesti ada sesuatu yang kita compare. Compare dari segi:
  1. Harga
  2. Jumlah tablet/kapsul di dalam satu botol yang akan menentukan berapa lama sebotol itu boleh bertahan
  3. Tahap keberkesanannya terhadap tubuh badan seseorang
Nak tahu tak, salah seorang customer saya adalah seorang makcik jual sayur di pasar. Beliau berniaga sayur dah hampir 20 tahun. Yang kenalkan Shaklee kepada beliau adalah mak saya sendiri. Mak saya adalah pelanggan tetap. Dari dulu lagi mak saya memang akan beli sayur daripada makcik ni.

Bila beli-beli sayur tu, biasalah berborak-borak. Sampailah 1 hari, makcik tu tegur mak saya, tanya apa rahsia mak saya sentiasa cergas. Mak saya kan berniaga kuih. Hampir setiap hari mak akan ke pasar untuk beli bahan-bahan buat kuih.  

Dan sejak dari dulu rupa-rupanya makcik ni suka memerhatikan mak saya sebab katanya, ligat mak saya dari dulu sampai sekarang sama je. Dahla rupa macam tak dimamah usia, kesihatan pun baik je, cergas pulak lagi. Jalan pun laju je.

Bila mak beritahu yang mak amalkan suplemen Shaklee, dia agak  takut jugak nak try pada mulanya. Katanya mesti mahal. Takut tak cukup duit pulak nanti. Tapi masalahnya, kesihatan dia pun kurang baik, badan selalu letih-letih, kaki dan lutut dah start sakit-sakit. 

Masalahnya, kalau p klinik pun, ambil ubat doktor pun kena bayar jugak. Silap-silap harga ubat lagi mahal dari harga suplemen. Dah tu ubat tu dadah pulak tu, bukan boleh makan lama-lama. Nanti buah pinggang pulak problem. Kalau suplemen takpe, makin lama makan, badan makin sihat.

Tapi bila mak saya explain harga suplemen Shaklee, nak tau apa yang makcik tu kata:  

"Laaaaa.....saya ingat Shaklee ni mahal. Ye lah produk semulajadi dan imported macam ni selalunya mahal-mahal. Rupa-rupanya semua orang MAMPU MILIK. Kalau macam ni punya harga, saya mampu sangat. Student pun mampu beli"

Dan alhamdulillah, selepas sebulan makcik tu consume Shaklee, dia dah mula rasa keberkesannya. Dan sekarang dia adalah pengguna tegar Shaklee. Sekali beli, boleh bertahan selama 4 hingga 6 bulan. Murah ke murah?


KITA SEMUA ADA PILIHAN

Anda tahu tak, kita semua ada PILIHAN mengikut kemampuan kita. Secara jujurnya, sebelum saya consume Shaklee, saya jarang ambil suplemen secara konsisten. Tapi lepas saya sendiri rasa keberkesanannya sejak saya amalkan Set Bersalin dan Menyusu lepas bersalin anak yang ketiga, saya terus jatuh cinta. 

Saya berjaya fully breastfeed anak-anak saya. Saya sentiasa cergas sepanjang proses berpantang. Tidur saya hanya 5-6 jam, tapi cukup buat saya dan saya tidak mengantuk walaupun selalu stay tengah malam melayan anak kecil yang suka berjaga malam. Anak-anak yang 2 orang lagi pulak tengah lasak. 

Duit susu formula tak yah cakaplah, memang tak pernah beli susu formula selama 2 tahun. Banyak betul dapat jimat? Siapa yang beri anak susu formula taulah harga susu formula sekarang. Yang bestnya fully breastfeed with Set Menyusu, anak dapat khasiat titisan emas dan imun sistem badan lebih kuat, kita sendiri semakin sihat dan badan makin slim. 

Saya pernah cerita pengalaman berpantang ketiga-tiga anak saya di sini: PENGALAMAN BERPANTANG WITH AND WITHOUT SHAKLEE (Sila Click)


SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM 

Shaklee ada macam-macam produk yang sesuai untuk KESIHATAN SEISI KELUARGA, bermula dari kanak-kanak, lelaki, wanita sehinggalah kepada warga emas.  

Jom kita tengok contoh HARGA PASARAN untuk antara SHAKLEE HOT PRODUCT:-



MURAH KE MURAH? Kita sendiri kadang-kadang expenses makan sehari pun boleh cecah RM10 kan. Makan tu pulak bila nak cepat, selalunya fast food yang jadi pilihan. Makanan pun tak seimbang. So suplemen dah jadi satu keperluan untuk menampung nutrisi badan yang tidak mencukupi.

Berikut adalah antara khasiat Set Budget Kesihatan Optimum:



KAMI SENTIASA IKUT BAJET PELANGGAN!!

Jangan risau!! Kami memang amat memahami keperluan pelanggan. Memang ada produk PREMIUM yang harga lebih mahal, tapi kami sentiasa memberikan pilihan kepada customer untuk memilih produk yang sesuai dengan budget anda.

 

Tak rugi kita 'invest' sedikit rezeki yang Allah bagi pada kita untuk menjaga kesihatan tubuh diri dan keluarga kan. Kos rawatan bila dah jatuh sakit jauh lebih tinggi dari kos kita invest dalam penjagaan kesihatan. Pernah dengar tak statement di bawah?




Anda pernah tau tak anggaran kos perubatan di Malaysia? Jom kita tengok. Saya pun baru tahu ni.




Tapi saya tahu ramai juga yang akan beri alasan, tak keluar duit pun untuk beli ubat sebab kompeni cover.  Terpulang kepada anda. Pilihan di tangan anda. Kompeni memang selalunya cover ubat-ubatan hospital bila kita sakit. Tapi hospital memang tak cover sebarang kos untuk supplemen.


Tapi anda kena tahu, ubat-ubatan hospital jika diamalkan dalam satu tempoh yang lama, akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. Dan impaknya jauh lebih teruk lagi kerana bila buah pinggang gagal berfungsi, kesan sampingan selepas itu, kebarangkalian anda akan mengalami penyakit 3 serangkai dan juga masalah jantung.  

Ce anda tengok anggaran kos di atas untuk rawatan kegagalan ginjal berapa. Biasanya orang panggil dialisis. Doktor selalunya akan advise and remind pesakit-pesakit yang selalu bergantung kepada ubat-ubatan hospital tentang ini. Betul ke betul? Saya ramai rakan-rakan doktor dan mereka sekarang lebih prefer untuk menasihatkan pesakit tentang pencegahan.

Suplemen adalah sebahagian daripada makanan. Dan SUPLEMEN adalah salah satu FAKTOR yang menyumbang kepada KESIHATAN MANUSIA. UBAT-UBATAN pula adalah SUMBER RACUN UTAMA terhadap TUBUH MANUSIA.

PILIHAN DI TANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN BIJAK. Jika anda lebih prefer untuk amalkan ubat hospital, fikirkan lah kesannya terhadap tubuh anda. Hakikat ubat yang sebenarnya adalah racun kepada badan anda. Kita ada pilihan samada untuk MENCEGAH, atau MENGUBATI. Dan MENCEGAH itu LEBIH MURAH dari MENGUBATI.



Yang penting, kita mestilah pandai memilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, DAN BERKESAN. Alhamdulillah, kami sekeluarga kini YAKIN dengan jenama SHAKLEE, yang paling penting, ia MAMPU-MILIK !!

Kesihatan Adalah Kekayaan Yang Sebenar
Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

NACHOS MINCED BEEF WITH MELTED CHEESE

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat. 

Seperti yang dijanjikan, kali ni nak share dengan anda resepi nachos. Anda pernah dengar nachos tak? Kalau anda biasa makan makanan western, mesti anda tahu. First time kami makan kat Chilli's. 

Chilli's Bottomless Tostada Chips
Second time makan kat Chillis, kami order nachos dengan cheese yang kat atasnya diletak daging. Perggghhhh!!!! Yang ni lagi heaven.

Chilli's Beef Fajita Nachos
Biasanya kalau makan di luar, wife saya ni suka belek makanan. Belek tu maksudnya, apa bahan-bahannya yang terkandung di dalam sesuatu hidangan. Bila dibelek-belek hidangan tu, bukannya susah pun nak buat. Senang giler. 

Cuma kene tau nak cari nachos tu di mana. So memang nekad lah, kalau dapat jumpa nachos ni, memang nak buat sendiri. Lagi puas makan, sebab kalau makan di luar, satu hidangan tu boleh tahan harganya, berpuluh hinggit! Kalau boleh buat sendiri, lagi puas makan.


Mengidam

Satu hari, masa kami sedang shopping barang dapur di Jusco AEON, tiba-tiba, wife saya ternampak Tortilla Chips brand Mission. Saya pandang wife saya, wife saya pandang saya. Errmmmm.....xyah cakap pun dua-dua boleh faham. Hehehee.....

Ada macam-macam flavour

Wife saya suruh saya ambil 3 pack berlainan flavour. Dah macam orang mengidam pulak. Tapi saya tak kesah sebab memang saya pun teringin nak makan juga. So nak jadikan cerita, weekend aritu kebetulan si Maria & Firdaus ada kat rumah.

Saya merajinkan diri buat Nachos ni guna resipi saya dan ikut rasa tekak nie. Alhamdulillah boleh diterima sampai tak sempat nak buat salsa bagai dah habis licin. Kebetulan si Latiff pun ada masa tu, dia pun makan sekali. Dah rezeki dia. So, jom kita tengok resipi mudah dari saya.


Bahan-Bahan:
  • 1 pack Tortilla Chip (brand MISSION Original Flavour)
  • 1 biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
  • 3-4 Ulas Bawang Putih (Dipotong dadu)
  • 250 gram Daging Cincang
  • 1 biji Tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji Capsicum (Dipotong dadu)
  • Mozarella, Cheddar & Parmesan Cheese 
  • Garam & Lada Hitam
  • Minyak masak  
  • Chilli Flakes

Cara masak lauk di atas chips:
  1. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih. 
  2. Masukkan sedikit chilli flakes. 
  3. Selepas beberapa minit, masukkan daging cincang tadi dan sambung tumis sehingga daging empuk. 
  4. Masukkan garam & lada hitam secukup rasa. 
  5. Tutup api dan ketepikan dulu masakan daging tadi.
Cenggini rupa intinya

Cara penyediaan chips:

Langkah 1: Keluarkan Tortilla chip tadi dan susun atas tray oven
 

Langkah 2: Taburkan pula daging yang dah dimasakkan tadi di atas setiap keping chips. 

Langkap 3: Ambil tomato & Capsicum yang dipotong dadu dan tabur atas chip tadi. (Boleh juga tambah bawang besar yang dipotong bulat-bulat jika anda suka rasa crunchy bawang).
Chef Daddy Shahab in action.

Langkah 4: Kemudian taburkan Parmesan Cheese atas chip tadi


Langkah 5: Taburkan pula campuran cheese (Cheddar & Mozarella) atas Chip. Kalau anda nak gunakan satu jenis cheese je, saya syorkan anda gunakan Cheddar sahaja. Tapi gabungan 3 cheese nie memang akan memberi rasa dabomb! ke atas daging tadi.

Langkah 6: Kemudian masukkan Chip ke dalam oven dengan suhu 170' C selama 5 minit. (Tak boleh lama-lama tau, nanti chips tu lembik)


Langkah 7: Setelah cukup masa, keluarkan chips dari oven.

DAHHH SIAPPPPP!!!!!!


Lepas tu, bolehlah susun dan hidang mengikut citarasa anda. Makan masa panas-panas lebih sedap. Anda boleh letakkan sour cream dan salsa untuk penambah rasa.
 
Senang gile kan? Semuanya main campak-campak je. Saya mendoakan kesejahteraan anda semua untuk mencuba resipi mudah ini. Good luck & have fun.

SURPRISE!!! MASCEL MARIA FIRDAUS YANG PALING HAPPENING

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab, 

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat.  

Ramai yang sedia maklum, minggu lepas telah berlangsung majlis gilang-gemilang Master Celebration Master Kam Maria dan Master Mohd Firdaus yang telah diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside.

 
Apakah Shaklee Master Celebration?

Bagi yang masih belum tahu, jika kita berjaya mencapai Master Coordinator, pihak Shaklee akan menganjurkan satu majlis gilang gemilang yang dinamakan Master Coordinator Celebration khas untuk kita dan pasangan. 

Tujuannya adalah untuk meraikan kejayaan kita yang telah berhempas pulas, berjuang siang dan malam untuk menjadi MASTER COORDINATOR di dalam bisnes SHAKLEE.

Pihak Shaklee memperuntukkan sekitar RM50K untuk menganjurkan majlis ini bagi setiap Master. Yang paling best kita bebas memilih mana-mana hotel bertaraf 5 bintang untuk majlis ini. Kiranya kita diraikan macam Raja Sehari, boleh bersanding sekali lagi dengan pasangan kita.


SURPRISE

Sebenarnya, ramai yang tak tahu kisah di sebalik event Mascel Maria Firdaus.Sebulan sebelum event bermula, saya dapat mesej dari Master Hafsah. Beliau tanya pada saya, ada nak beli apa-apa hadiah untuk Maria dan Firdaus sebagai tanda penghargaan untuk mereka. 

Kalau ikutkan, saya punya plan sekadar untuk buat surprise birthday celebration untuk Maria. Tapi bila fikir balik, macam nak buat something different, tapi tak tahu nak buat apa. So saya diskas dengan mak Shaklee saya, Affni Shahida. Masalahnya, diskas setakat 2 kepala, idea tak ble mari. 

So kami decide untuk create 1 group khas dan invite barisan leaders di bawah Empayar MFMS. Akhirnya tertubuh lah group telegram yang kami namakan Surprise! Mascel Maria Firdaus. Kami mula invite seberapa ramai leaders yang ada. 

Dan ada juga yang bukan leaders, tapi yang confirm hadir ke event tersebut untuk sama-sama join. Tak tahu lah Maria Firdaus perasan ke tak tiap-tiap hari saya tanya anak-anak buah saya sape yang confirm datang nanti. 

Tujuannya sebab saya nak make sure event ni akan jadi event yang paling happening dalam sejarah Master Celebration Shaklee. Kalau nak tahu, sepanjang perancangan nak buat surprise ni, macam-macam kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan.

Affni yang selalu jadi reminder dalam group supaya setiap orang jaga rahsia ni betul-betul.


Tapi dalam nak menjaga rahsia ni, ada jugak yang nyaris-nyaris nak terkantoi.

HADIAH 

Mula-mula kami bincang nak bagi hadiah apa untuk Maria dan Firdaus. Macam-macam idea keluar. Nak bagi gelang emas lah, rantai emas lah. Masalahnya, benda-benda material ni Maria dah ada dan dah selalu sangat dia dapat.


Salah satu idea hadiah untuk Maria. Dah la aritu dapat hadiah Pandora dari Mama Cerry. Kalau bagi gelang lagi, tang mana pulak dia nak pakai.

Ni pulak antara idea hadiah untuk Firdaus. Sebelum tu macam-macam yang dicadangkan. Beg? Baju? Kasut? Jam? Semua Firdaus dah ada.

Tetiba ada idea dari Shima, nak bagi hadiah SIGNBOARD. Katanya boleh letak kat luar rumah.  Tapi ada 1 masalah, takde sape yang boleh p recky. Benda ni kalau nak buat kena tau kedai mana yang boleh buat dan kena diskas detail nak design macam mana.
Shima siap tolong design lagi
Hari berganti hari. Dalam masa yang sama, dalam kepala saya ni dok fikir apa la nak bagi kat diorang ni. Saya rasa, kalau kita boleh bagi something yang diorang boleh jadikan kenangan much better. Terfikir jugak nak bagi potret. Tapi orang kata potret ni tak elok, nanti malam-malam dia hidup. Hehehehe....

Bila terfikir balik tentang signboard tadi, saya rasa boleh bagi something yang diorang boleh letak di dalam SOHO. Saya memang tak pernah tengok SOHO diorang ni. Tapi saya rasa elok kalau ada hiasan sikit dalam tu. Tapi apa dia. Masa saya google wording signboard tu, dalam banyak-banyak gambar, mata saya tertarik ke arah 1 gambar KHAT. 


KHAT KUFI SQUARE
 
Macam menarik juga kalau bagi mereka hadiah tulisan khat yang tertulis nama Maria Firdaus. So saya terus ke blog Seni Khat (sila klik). Saya sebenarnya suka seni dan saya memang suka seni khat. Dalam banyak-banyak khat, saya tertarik dengan Seni Khat Kufi Square sebab bentuknya macam QR Code. 

Ce teka. Yang mana satu khat kufi square, yang mana satu QR Code? Macam sama kan? 

Agaknya suratan atau kebetulan? Sebenarnya masa ni, kerja hakiki saya memang tengah dalam fasa Lab Acceptance Test. Dan sistem aplikasi yang dibangunkan tu memang kena login guna QR Code. Dah beberapa minggu asik test QR Code ni. So bila ternampak khat kufi square tu, entah macam mana, mata saya terus menangkap design khat ni. 

Saya tanya pendapat semua ahli dalam group Surprise! Mascel. Alhamdulillah mereka setuju. But instead of letak nama Maria Firdaus sahaja, baik kita letak The Most Happening Shaklee Team In Malaysia. Masa saya nak book design khat kufi square ni, tiba-tiba salah seorang daripada kami bagitau, tagline MFMS dah tukar.

Alamak! Terbantut plan ku nk order

So terpaksa lah tanya betul-betul kat Maria melalui group leader. Untuk elakkan pertanyaan saya buat mereka syak sesuatu, saya minta ahli group Surprise sama-sama tanya. Rupa-rupanya, baru ura-ura nak tukar, belum la tukar lagi. Masalahnya dah nak order nih, so nak tak nak kene confirmkan jugak. Dah tak pasal-pasal dalam group leader diskas pasal tagline.

Dan akhirnya, ni dia, the final tagline. Maria Firdaus, The Most Fantastic Millionaire's Shaklee (MFMS) Empire. Barulah cantik, betul-betul ambil initial MFMS. Banyak kali jugak saya mintak Maria confirmkan betul-betul, tapi dengan harapan dia tak syak apa-apa. Sebbaik....Hihihihih.....

Dari mula design sampai final, saya akan sentiasa update semua ahli group untuk dapatkan persetujuan

Khat ni perlukan masa 5 hari untuk disiapkan. So saya kena plan baik punya bila patut siap, bila patut sampai ke tangan saya, dan yang paling penting nak pos ke mana. Yang pasti tak boleh pos ke rumah saya, sebab nanti kalau Maria Firdaus turun KL, abih la pecah rahsia. Ok, so saya decide pos ke ofis saya, dan minta Affni bawak balik, dan bawa semula masa event nanti.

Disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, hadiah khat hanya dapat dihantar pada hari Jumaat, 2 hari sebelum event. So saya agak kesuntukan masa untuk plan samada nak balut atau apa. At last, saya decide untuk beli ribbon sahaja dan tutup dengan kain. Apapun terima kasih kepada Encik Rahman Seni Khat kerana sanggup hantar by hand dari Johor sampai ke KL.

Tapi ada satu masalah lagi. Affni hampir-hampir tak dapat join event ni sebab konsert anak pada hari dan waktu yang sama. So, nak tak nak, saya terpaksa bawak pulang ke rumah jugak. Tapi macam mana cara pulak nak sorok ni sebab masa tu Maria Firdaus dah pun ada di KL. Nak letak ribbon pun cemane pulak ni. So terpaksa la saya biarkan je dalam kereta.

Saya pula memang plan nak stay 1 malam di Pullman Putrajaya, sehari sebelum event. Orang jawa kata cuti-cuti Malaysia. Jauhnya la hai orang KL p bercuti. Sebenarnya nak bawak anak-anak tido hotel. Dah banyak kali mereka ajak p tido hotel. So bolehlah saya recky apa-apa yang patut. So bolehlah saya sorok hadiah tu daripada Maria Firdaus. Nanti kat hotel, saya boleh lah letak ribbon tu.

Jom Check-In

Bilik deluxe kecik aje. Tapi nasib pemadangan cantik.

Sekali tiba-tiba Maria kata nak bersiap kat dalam bilik kami pagi sebelum event. Alamakk aiiii....nanti nampak la hadiah tu. Dah mane pulak ku nak sorok hadiah ni. Dah tak pasal-pasal terpaksa mintak tolong Mak Ngah Marina ku yang tinggal di Putrajaya, datang ke hotel untuk ambil hadiah dan simpan dalam kereta.

Kami pasang ribbon ni dekat jam 1 pagi di bilik hotel.

THEME COLOR

Plan asal sebenarnya, kami pakat-pakat nak tempah baju t-shirt MFMS yang baru. Semua susur galur MFMS kene pakai t-shirt yang sama. Barulah nampak happening. Tapi disebabkan kesuntukan masa, plan tu tak menjadi. At last, kami ramai-ramai decide untuk ikut theme color Maria Firdaus, hijau dan pink. Kalau perempuan boleh pakai macam-macam baju, tapi lelaki camne nk matchingkan hijau pink?


Latif, Zizan dan Hafiz bagi macam-macam idea untuk lelaki. Smart jugak macam ni.
Tapi yang ni tak boleh tahan. Nak pink hijau punya pasal.

VIDEO PENGHARGAAN

Idea untuk buat video khas penghargaan buat mereka ni datangnya dari Latif. Maklumlah, orang power buat video. So semua benda nak di videokan. Intipatinya pula gabungan idea dari semua orang. Target kami sebenarnya memang nak buat Maria dan Firdaus tangkap leleh.




Sebelum ni memang saya pernah dengar lagu You Raised Me Up, tapi sekadar mendengar.  Bila saya hayati betul-betul lagu ni, memang sesuai sangatlah ia ditujukan khas buat Maria dan Firdaus. Berdasarkan usaha mereka selama ni yang tanpa henti beri inspirasi,  panduan, guideline, bantuan dan ilmu kepada semua ahli keluarga Empayar Maria Firdaus. 


You Raised Me Up adalah antara salah satu lagu motivasi yang mampu memberi inspirasi kepada ramai orang.

You guys deserve it! Tidak terbalas jasa anda berdua dalam membantu kami semua berubah menjadi insan luar biasa. Mereka berdua telah membelanjakan lebih RM30k untuk belajar ilmu marketing dan perniagaan dan semua ilmu yang mereka dapat, semuanya dikongsikan secara percuma untuk kami semua, untuk seluruh ahli keluarga Empayar MFMS. 

Beruntung kami semua. Mereka faham ramai antara kami yang kalau ikutkan tak mampu untuk attend program-program bisnes dan marketing yang berbayar. Atas effort mereka inilah, mereka sanggup untuk curahkan segala ilmu yang mereka dapat kepada kami. Secara jujurnya, ramai yang tidak menyertai Empayar Maria Firdaus jeles dengan kami. 

Sebab kami semua dapat tips dan panduan bisnes secara percuma dan semua ilmu yang kami dapat, bila kami amalkan, betul-betul memberi impak yang positif dan betul-betul terbukti berkesan. Mereka dah sediakan short cut untuk kami, jalan dan laluan yang betul, apa yang kami perlu buat adalah duplicate sahaja.

Untuk menghasilkan video ni, kami ada Latif. Kami diminta untuk submit gambar bersama Maria atau Firdaus dan video kami sedang nyanyi lagu You Raised Me Up. Punyalah seksa kami nak rekod sendiri menyanyi. Mencari masa nak rekod tu satu hal, lepas tu nak cari port nak rekod tu pun satu hal.

Dua tiga kali saya dengan Affni cuba rekod masa kami di ofis. Tapi tak menjadi.

Ni ha lagi haru. Nadia, Nimboking dan Che Ta. Mentang-mentang semua satu opis, abih di conquer nya bilik meeting ke bilik apa pun tak tahu semata-mata nak rekod lagu untuk video surprise.

Ada macam-macam lagi gelagat kami dalam usaha untuk rakam nyanyian kami. Yang angkut anak beranak sampai yang baby sekali pun ada. Ada yang tengah elok rekod, dah nak sampai hujung lagu bateri out! Yang tengah elok nyanyi tiba-tiba termasuk suara anak menangis. Macam-macam lah.

Jom kita tengok hasil video surprise untuk Maria dan Firdaus. Anda tengok video ni sambil tengok lirik di atas. Hayati lirik tersebut.




KOIR MFMS

Idea buat koir ni, entah macam mana boleh terkeluar. Semua dok bagi cadangan, sudahnya, semua blur. Storyboard lintang pukang. Hahaha....Jom kita tengok sepanjang proses perbincangan berlaku.
 
Bila baca balik discussion ni, saya pasti akan tergelak sorang-sorang.
Kelakar betul. Hari masih berganti hari, tapi storyline masih belum final. Dalam hari ke hari tu sebenarnya kami tetap add ahli baru. Siapa yang confirm join event Mascel ni kami akan terus masukkan dalam group. So setiap kali ada ahli baru masuk, reminder akan diberikan dan storyline akan di beritahu. Yang paling kelakar yang ni, bila Zizan tanya camne final storyline.


Storyline Nimboking lari abih dari yang asal. Hihihihiihi.....

Memandangkan masa dah suntuk dan takkan pernah ada rehearsal untuk buat koir, Zizan minta untuk rumuskan semua idea agar plan kami menjadi. At last, here is our plan.


Final say, Master Ira advice saya untuk call Suknit untuk beritahu detail tentang plan kami. Sebenarnya sebelum tu Master Ira dah call Suknit beritahu, cuma detail nya kami sendiri yang kene explain. At last, saya minta tolong husband saya yang handle.


HARI KEJADIAN 

Semasa hari kejadian, sebenarnya semua agak huru hara. Sebab Suknit tiba-tiba bagitau kesuntukan masa. So, tak boleh nak buat as planned. Kami kena nyanyi masa yang sama video dimainkan. Dan video pulak tiba-tiba tak boleh play. Nyaris-nyaris juga Latif nak terkantoi dengan Firdaus sebab Firdaus pelik kenapa Suknit panggil Latif.

Hadiah khat tu pula, terpaksa disusung ke sana sini. Mula-mula Mak Ngah usung, lepas tu pass ke Hafiz, lepas tu pass ke Mus Daniel. Punyalah nak elak daripada Maria Firdaus ternampak sebab time usung tu lah diorang ada kat situ. 

Masa tengah kecoh-kecoh tu lah, sebelum event bermula, kami pakat-pakat untuk berjumpa di satu sudut, dan masa tu jugalah kami tukar plan. Apa pun halangan, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga surprise kami. Walaupun tak seberapa, kami cuma berharap Maria Firdaus terima seadanya.


Penyanyi undangan kami Zizan dan Latif. Tak sangka dalam group kami ada artis.
 
Semua menyanyi dengan penuh perasaan, betul-betul ikhlas dari hati dan setiap bait-bait lirik lagu, betul-betul kami tujukan khas buat Maria dan Firdaus.

Penyampaian hadiah dari seluruh Empayar Maria Firdaus untuk mereka berdua

Akhir sekali, saksikanlah video surprise dari kami susur galur MFMS Empire. Ditujukan khas buat Maria dan Firdaus.




MORAL OF THE STORY

Sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan di sini adalah hikmah bila kita lakukan sesuatu perkara secara berjemaah. Berdasarkan perbualan kami, anda mungkin fikir yang kami semua mengenali satu sama lain. Jika itu yang anda fikir, sebenarnya anda silap. 

Antara kami sebenarnya ada yang tidak pernah kenal malah tak pernah bersua muka, tapi entah macam mana antara kami ada chemistry. Semasa event Mascel itu lah kali pertama kami bersua muka dan kali pertama berjabat tangan. Surprise yang dirancang selama sebulan, semuanya dilakukan hanya secara online, melalui Telegram.


Didikan yang diberikan oleh Maria Firdaus kepada kami selama ini membuatkan kami tiada alasan untuk berjaya. Dengan teknologi yang ada sekarang, semuanya boleh dilakukan secara online. Aura luar biasa mereka sebenarnya yang telah meresap masuk ke dalam diri kami untuk sama-sama bangkit menjadi insan yang luar biasa hebat seperti mereka.

Saya ingin mengambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada semua ahli group Surprise! Mascel Maria Firdaus atas sokongan anda semua dalam menjayakan surprise ni. Affni, Shima, Latif, Master Hafsah, Master Ira, Nadia, Mus, Zara, Hafizah, Marina, Seha, Hafiz, Che Ta, Tasnim, Eddy, Lazimah, Zizan, Azma, Suraya, Azman, Salmiza, Kamariah, Suhana, Azlan dan Afham.

Saya nak tujukan lagu ni untuk anda semua. Lagu ni sebenarnya salah satu plan yang sepatutnya ada dalam plan kami untuk kami nyanyi beramai-ramai lepas selesai event. Tapi tak jadi. Takpelah, saya tuju kat sini je lah.




HARAPAN KAMI

Akhir sekali, untuk Maria dan Firdaus, kami berharap agar anda berdua tidak pernah putus asa dalam usaha anda melahirkan lebih ramai insan-insan luar biasa hebat. Kami tak tahu nak balas segala jasa anda berdua. Apa yang kami boleh buat, adalah duplicate apa yang anda buat kepada kami, kepada lebih ramai orang di luar sana.

Kesungguhan mereka selama ini membantu kami mengubah diri dan hidup kami ke arah yang lebih baik. Membantu kami dalam meningkatkan taraf kehidupan kami, membantu ramai daripada kami keluar dari masalah kewangan dan membantu ramai daripada kami untuk menjadi Working At Hom Mom & Dad with 5 figure income. 

Merekalah mentor kami, mentor yang telah banyak berkorban untuk seluruh Empayar Maria Firdaus. Yang telah banyak memberi sumbangan tenaga dan ilmu untuk memastikan kami semua juga berjaya seperti mereka. Ramai yang telah berjaya mengenggam bonus bulanan 4-5 angka sebulan melalui bisnes Shaklee.

Bisnes yang paling mudah untuk dijalankan, yang boleh dijalankan secara part time tetapi mendapat pulangan income bulanan 5-6 kali ganda lebih besar dari income makan gaji. Dan bisnes yang dijalankan secara berjemaah adalah lebih mudah berjaya berbanding jika dijalankan secara berseorangan.
Sebab tu sangat penting untuk anda pastikan yang anda berada di dalam group yang ada mentor yang betul yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Pilihlah dengan siapa anda berkawan. Berkawan dengan tukang besi, maka anda turut terkena percikan besi. Sebaliknya, berkawan dengan penjual minyak wangi, maka anda turut berbau wangi.

Berkawanlah dengan orang-orang yang berjaya dan cari mentor yang telah berjaya dan telah melalui jalan yang ingin anda lalui. Berkawan dan bermentor dengan mereka yang telah berjaya, maka anda juga terpaksa berjaya sebagaimana mereka. Berkawan dengan jutawan, soon or sooner, anda juga terpaksa menjadi jutawan.

Tapi! Anda kena ingat. Sehebat mana pun mentor yang anda ada, sebagus mana pun sistem dan ilmu yang anda dapat, tapi kalau tidak disusuli dengan TINDAKAN, anda takkan ke mana-mana. TINDAKAN ADALAH LEBIH PENTING DARI ILMU PERNIAGAAN. 

Tindakan itu kuasa!
- Azizi Ali, Jutawan Hartanah

Jika anda membaca kisah para usahawan yang berjaya, majoriti daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak. Apabila mereka mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Itulah yang membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa sesetengah yang lain masih lagi ditakuk lama.

Kepada anda yang masih belum membaca kisah bagaimana Maria bermula di dalam bisnes Shaklee, sila jemput download ebook di bawah. Ebook inilah yang telah banyak memberi inspirasi dan panduan kepada ramai orang yang masih tercari-cari bisnes apa yang paling sesuai untuk dijalankan. Untuk mereka yang bercita-cita ingin menceburkan diri dalam bisnes, tetapi tak tahu nak buat bisnes apa, anda WAJIB BACA!


http://ebookniaga.com/sorryboss/kamharyatie


Dan kepada anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis Master Celebration Master Kam Maria dan Master Mohd Firdaus temph hari, sila klik link di bawah untuk anda lihat dan rasai suasana gilang gemilang sepanjang majlis tersebut.  
 
Majlis Master Celebration Maria Firdaus

TAHNIAH MARIA DAN FIRDAUS!

WE LOVE BOTH OF YOU!

MARIA FIRDAUS
THE MOST FANTASTIC MILLIONAIRE'S SHAKLEE (MFMS) EMPIRE 

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

ANAK ISTIMEWA HIGH MAINTENANCE?

$
0
0
Assalamualaikum, 
 
Apa khabar semua pembaca blog Mommy Shahab? Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Sejak saya publish entri kisah Qhalish Yang Teristimewa, saya mendapat banyak respon dari ibu bapa yang senasib dengan saya. 
 
Tidak kurang juga yang baru menyedari anak-anak mereka juga mempunyai tanda-tanda autisme, tetapi masih belum membuat pemeriksaan lebih lanjut dengan doktor pakar mahupun pakar psikologi. Alhamdulillah serba sedikit, saya dapat berkongsi panduan di mana mereka boleh refer untuk anak-anak mereka.


KOS PERBELANJAAN

Yang paling ramai bertanya adalah tentang kos perbelanjaan Qhalish. Jujur saya katakan, memang betul, anak istimewa high maintenance. Yuran sekolah khas persendirian saja sudah mencecah RM550 sebulan. Yuran untuk segala jenis terapi juga tidak terkecuali mahalnya.

Misalnya, speech therapy (ST) memerlukan antara RM100 hingga RM130 untuk sesi satu jam. Begitu juga dengan occupational therapy (OT) yang mana kos nya lebih kurang sama dengan ST untuk sesi satu jam.  Belum lagi terapi lain seperti berenang. Kelas berenang sekali seminggu, dengan kos RM160 setiap bulan.

Suplemen untuk Qhalish seorang sahaja lebih kurang RM300 sebulan. Jadi berapakah jumlah untuk semua ini? Lebih kurang hampir RM2000 sebulan. Untuk Qhalish seorang sahaja. Ada beberapa sahabat yang lebih berkemampuan, akan memanggil pakar dari luar negara setiap enam bulan sekali untuk treatment anak mereka.

Ni contoh kos perbelanjaan untuk anak tipikal. Kos perbelanjaan anak istimewa 4 kali ganda lebih tinggi.

BANTUAN JKM

Ada sahabat yang bertanya, kenapa tak mintak bantuan JKM. Kan JKM ada peruntukan setiap bulan untuk anak istimewa. Secara jujurnya, memang saya tidak memohon sebarang bantuan dari JKM. Tapi kenapa? Entahlah. Mungkin sebab saya rasa saya masih mampu untuk biayai sendiri dan saya akan cuba sehabis baik untuk pastikan yang saya mampu.


Dan salah satu sebab lagi kerana saya selalu sangat terbaca posting-posting dari ibu bapa yang tidak mendapat bantuan JKM walaupun telah memohon berkali-kali. Dan ada juga yang kadang-kadang dapat kadang-kadang tak. Saya sendiri tak pasti apa masalahnya. Bila jadi isu macam ni, saya terfikir, betapa ramainya anak istimewa dalam Malaysia ni yang JKM perlu bantu.


TIADA PILIHAN?

Kerap juga dalam group Autisme Malaysia kami berbincang tentang masa depan anak-anak bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja. Ramai ibu yang memang ada niat untuk berhenti kerja kerana memikirkan masa depan anak-anak istimewa. 

Tapi, disebabkan kos sara hidup yang sangat tinggi sekarang, dan memang pasti akan semakin meningkat di masa akan datang, mereka tidak berani untuk mengambil risiko berhenti kerja.  Bergantung kepada gaji si suami semata-mata, tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan seluruh keluarga.



Jadi, mereka anggap, seolah-olah  tiada pilihan lain selain dari terpaksa tetap bekerja makan gaji. Walau macam mana kecilpun gaji yang mereka dapat, mereka tetap mahu bekerja makan gaji.



Tapi, bila dikaji semula, sebenarnya gaji yang dapat sekarang pun sebenarnya masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan sediada, apalagi yang ada anak istimewa. Ada yang gaji nya sekadar RM2000 - RM3000. Kajian telah membuktikan, mereka yang bergaji RM3000 ke bawah, telah dikategorikan sebagai MISKIN BANDAR. 

Anda kena faham, kajian yang dilakukan ini tidak mengambil kira mereka yang mempunyai anak istimewa. Kalau yang ada anak istimewa dengan gaji di bawah RM3000, tak tahulah nak dikategorikan sebagai apa.

Kalau ikut logik, 10 tahun akan datang pun belum tentu gaji boleh naik sampai RM10K sebulan. Lain lah jika anda adalah eksekutif yang bergaji 5 angka sebulan atau suami anda bekerja offshore di syarikat petroleum terkemuka. Insyaallah tiada masalah untuk menampung keperluan anak istimewa. Kalau saya berada dalam situasi tersebut, saya sendiri akan berhenti kerja dan boleh fokus menjaga anak-anak di rumah.


Kenaikan barang-barang keperluan semakin tidak masuk akal sebab kenaikannya tidak setimpal dengan kenaikan gaji.

Bagi kelurga miskin atau  sederhana, tanggungan anak istimewa dalam keluarga hakikatnya mengambil sebahagian besar daripada pendapatan isi rumah. Percayalah, Ini akan mengugatkan keadaan sosio- ekonomi atau taraf hidup keluarga tersebut. Dalam pada itu, anak istimewa itu juga tidak dapat dijaga dengan baik kerana batasan kewangan.

 
BUAT BISNES

Mungkin ramai yang belum tahu, realiti rezeki makan gaji adalah 1/10. Dan realiti rezeki dengan berniaga adalah 9/10. 
Saya tahu tentang ini dari dulu lagi. Tapi dulu, saya tak ambil port langsung. Sebabnya, income makan gaji saya dan suami ditahap selesa. Sehinggalah kami dikurniakan anak istimewa. Dan bila tengok balik kos perbelanjaan Qhalish, dah tentu lah kami tak boleh mengharap pada gaji semata-mata. Ini lah salah satu sebab kenapa saya berusaha buat bisnes secara part time dan tidak bergantung kepada gaji semata-mata. 

Cari income tambahan untuk menampung keperluan anak-anak istimewa. Saya yakin, rezeki anak istimewa ini sangat luas. Allah pasti akan permudahkan laluan itu melalui perniagaan yang kita jalankan. Sekiranya kita rasa kita mampu untuk membiayai sendiri, biayailah sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.  Kalau terlalu bergantung kepada kerajaan, bila tak dapat bantuan, kita sendiri yang sakit hati.

Salah satu kesan yang saya dapat daripada hasil berniaga, saya dapat membuka peluang untuk mereka yang jauh lebih susah dari saya mendapat bantuan JKM untuk anak istimewa mereka. Bukan itu sahaja, melalui bisnes ini, saya dapat berkongsi rezeki yang Allah beri dengan menyumbang kepada mereka yang lebih memerlukan.

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK. Kos perbelanjaan untuk Qhalish sebanyak RM2000 sebulan tidak terasa beban dan tidak pernah ada masalah. Saya sangat bersyukur di atas rezeki ini. Dan saya bersyukur kerana saya mengambil keputusan dan tindakan yang tepat dengan menceburkan diri dalam perniagaan.


BERI PELUANG MENCUBA

Jadi, cadangan saya, buatlah bisnes. Saya tau, ramai daripada anda yang tidak ada pengalaman berniaga, hatta tak pernah berniaga dan tak pernah terlintas di hati untuk berniaga. Takkan nak kena terus berhenti kerja. Nanti kalau rugi, lagi teruk. At least makan gaji, kerja ke, ngelat ke, mengular ke, hujung bulan gaji tetap masuk.

So, makan gaji ke, bisnes? Dilema ni dilema....

Saya tak salahkan anda, sebabnya saya dulu pun mentaliti macam tu. Tapi, berilah peluang kepada diri kita untuk mencuba. CUBA DAHULU BUAT BISNES. Nasihat saya, untuk permulaan, anda boleh buat secara part time. Kerja makan gaji tetap diteruskan, tapi dalam masa yang sama, cuba beri peluang kepada diri anda untuk berjinak-jinak dalam perniagaan. Dan itulah yang saya buat.

Buat lah bisnes dari rumah. Yakinlah, rezeki Allah terlalu luas untuk kita teroka. Bila kita fikir hanya makan gaji je punca rezeki, memang itu je lah yang Allah beri untuk kita. Tapi bila kita yakin dengan Dia Yang Pemberi Rezeki, percayalah, Allah akan beri kita rezeki yang melimpah ruah dari pelbagai sumber yang kita sendiri tak pernah sangka. 

Cuba dahulu, dan rasailah nikmat 9/10 yang telah dijanjikan. Ingat saya pesan tadi, cuba berniaga secara part time dahulu. Sampai satu masa, bila income berniaga part time anda lebih tinggi dari income makan gaji, saya pasti anda akan terfikir untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan secara full time dan anda akan dapat lebih masa untuk keluarga dan anak-anak.


PRINSIP HUKUM PARETO
 
Anda pernah dengar PRINSIP HUKUM PARETO? Ia adalah hukum yang bunyinya lebih kurang seperti ini “20% usaha menghasilkan 80% hasil”. 




Saya suka kaitkan konsep ini dengan life saya sekarang. Waktu bekerja makan gaji, dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang yang mana mengambil 80% masa dan usaha kita, tapi hasil gaji yang kita dapat hanyalah 20%. Berbeza dengan bisnes. Saya hanya spend 20% effort saya dalam bisnes sebab saya buat secara part time, tapi pulangannya adalah 80%, dan jauh lebih besar dari makan gaji. 

Berniaga: 20% Usaha, 80% Hasil
Makan Gaji: 80% Usaha, 20% Hasil



Mana yang lebih baik? Tepuk dada tanya selera. Dah tentu semua orang nak buat sikit tapi dapat banyak. Takde siapa yang suka kerja teruk-teruk, tapi hasilnya seciput. Kerja teruk-teruk, tapi tiap-tiap bulan masih tak cukup duit, masih mengharapkan bantuan orang lain. Berniaga itu mudah kalau tahu caranya. Kalau kita belajar dari orang yang betul. Kita akan cepat berjaya.

Untuk berjaya dalam perniagaan. Syarat pertama kita kena beri peluang untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang kurang risiko dan tidak terlalu sukar untuk diusahakan. Mencuba sesuatu yang dah ramai orang cuba. Dan terbukti berjaya.

Dan kita perlu belajar dari mentor yang dah terbukti berjaya. Dan mentor ini sudah pun membantu ramai orang lain untuk turut berjaya. Dan kalau kita pilih dia untuk ajar kita. Kita pun 'terpaksa' berjaya seperti anak didiknya yang lain.


Anda boleh download ebook di bawah secara percuma. Beri peluang kepada diri anda untuk baca ebook ini dan fahamkan apa yang saya maksudkan.

Klik di sini untuk download
Saya rasa, hari ini saya mampu menjana pendapatan sampingan melebihi 5 angka setiap bulan adalah disebabkan dua langkah berani saya dahulu. Pertama, saya memberi peluang untuk mencuba. Dan kedua, saya belajar dari mentor yang betul. Bila kita belajar dari mentor yang betul. Insya Allah. Kita pasti berjaya.


NASIHAT SAYA
 
Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak istimewa di luar sana, berilah peluang kepada diri anda dahulu untuk cuba berniaga. Saya cerita ini semua berdasarkan kisah benar dan pengalaman saya sendiri. Saya seru kepada anda, jika anda rasa dengan gaji anda sekarang tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak istimewa, berusahalah untuk cari extra income. 

Janganlah terlalu mengharap kepada bantuan kerajaan. Nama pun bantuan, bantuan hanya sekadar meringankan beban, tapi tidak menyelesaikan masalah kewangan anda. Siapa tahu dengan perniagaan anda,  anda sendiri mampu untuk menghulurkan bantuan dan meringankan beban kepada anak-anak istimewa lain dari golongan susah.

Benarkanlah bantuan kerajaan itu disalurkan kepada golongan yang sanga-sangat memerlukan. Mudah-mudahan kita semua mampu menjadi insan yang sentiasa mampu memberi.....memberi manfaat kepada orang lain. Mudahan-mudahakan usaha murni kita ini Allah permudahkan. Jika kita suka permudahkan urusan orang lain, Allah pasti permudahkan urusan kita.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 \

Lemon Parmesan Crusted Salmon

$
0
0
Assalamualaikum,

Kali ni, saya nak share 1 resepi yang sangat sedap. Actually, aritu ada member saya offer Ikan Salmon (fillet) which dia jual dengan harga yang agak berpatutan. Fikir punya fikir, saya pon belila 2 paket.

Bila balik rumah, dah takde idea pulak nak masak apa. Sebelum ni saya selalu gak masak chunk of Salmon (yang dah siap potong-potong) dengan masakan lemon butter. And since Salmon yang saya beli ni agak besar, ingat nak try resipi lain. Fikir punya fikir, apa susah, kita tanya pakcik google la.

So saya cari dalam internet yang mana senang untuk saya cuba. Cari punya cari dapat satu resipi yang pada saya agak mudah dan nampak sedap. Tapi macam biasa, saya akan olahkan sikit tuk memenuhi citarasa saya sendiri.


Bahan-bahannya:

1 Salmon Fillet
2 Tablespoon Butter (melted)
¾ cawan bread crumbs
¼ grated Permesan Cheese
¼ daun parsley
2 sudu kecil grated lemon peel
½ lemon (juice)
Olive oil
Garam & Lada Hitam secukup rasa



Cara-cara membuatnya:

Pastikan Salmon tadi dalam keadaan kering dengan menggunakan paper towel. 

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit sahaja Olive Oil. Jangan letak banyak kerana Ikan Salmon juga akan mengeluarkan minyak. 

2. Bila kuali dah mula panas, masukkan Salmon fillet tadi ke dalam kuali. Make sure kulit Salmon di bawah. Rules bila masak Salmon ialah 90% masak dengan skin facing down. Another 10% baru kita terbalikkan. Ini tuk pastikan Salmon tadi tak overcooked. 

3. Semasa tunggu Salmon tadi masak, sapukan butter ke atas Salmon dan sprinkle garam & lada hitam. 

4. Perahkan ½ jus lemon ke atas Salmon tadi. Tunggu sehingga 5 minit. Jangan dibiarkan lama sebab kita nak masak Salmon tu di dalam oven nanti supaya kita akan dapat flacky Salmon. Pastikan api sederhana dan kulit Salmon masih dibahagian bawah.

5. Campurkan Bread Crumbs, Parmesan Cheese, Daun Parsley & Lemon Peel ke dalam satu bekas. 

6. Masukkan 1 sudu besar Butter dan kacau ingredient tadi sehingga sebati. Campuran Bread Crumbs tadi kemudian ditabur ke atas Salmon yang dimasak. 

9. Letak Salmon yang telah disalut dengan bread crumb tadi ke atas tin foil. Masukkan Salmon tadi ke dalam oven dengan suhu 250 Celcius dalam masa 20 hingga 25 minit atau kita boleh test dengan menggunakan garpu ke atas salmon dan kita akan dapat flacky salmon.



Tips: Makan sementara panas, dah sejuk nanti tak sedap.


Selamat mencuba.




BENARKAH ISLAM MENGAJAR KAEDAH PEMBOIKOTAN (BOYCOTTING)?

$
0
0

Saya dapat entri kali ni dari akhbar Utusan Malaysia. Saya rasa ramai yang dah jarang baca newspaper kan? So, saya capture dan kongsikan tips di sini. Isu yang sedang hangat tentang BOIKOT. 


Ada beberapa sebab kita perlu boikot sesuatu barangan, samada disebabkan peningkatan melampau harga sesuatu barang atau yang berkaitan dengan kekejaman Rejim Zionis melanggar hak asasi manusia di bumi Palestin. 

Kita semua perlu lakukan sesuatu dan bertindak untuk memboikot. Ramai yang tak tahu, sebenarnya kaedah memboikot ini sebenarnya telah diajar sejak dari dahulu lagi. Islam sendiri yang memberi panduan cara-cara yang betul untuk memboikot. 

Jemput baca ye. Semoga semua mendapat manfaat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 Kaedah Menangani Kenaikan Harga Barang Mengikut Perspektif Islam

Islam merupakan agama lengkap yang banyak memberikan panduan kepada umatnya dalam setiap aspek kehidupan. Begitu lengkapnya agama Allah ini, kaedah bagi menangani peningkatan kos sara hidup turut diajarkan.

Antara yang boleh dijadikan iktibar ialah kisah bagaimana Saidina Umar Al Khattab menangani aduan berkenaan kenaikan harga daging dipasaran yang diutarakan kepada beliau. 

Umat Islam pada ketika itu meminta Saidina Umar memberi tekanan kepada para penjual daging untuk mengurangkan harga jualan mereka yang mana permintaan mereka itu ditolak beliau sambil meminta mereka sendiri yang menurunkan harga daging tersebut. 

Pelik dengan jawapan balas yang melantun daripada mulut Amirul Mukminin itu, para pengadu berkenaan bertanyakan kepada beliau bagaimana mereka dapat melakukan demikian kerana mereka adalah pengadu, bukannya penjual.

Saidina Umar seterusnya menjelaskan bahawa saranannya agar mereka sendiri yang menurunkan harga daging, bermaksud elakkan daripada membeli daging berkenaan dan saranan tersebut telah diikuti dan dilaksanakan mereka.

Pemboikotan para pembeli itu akhirnya menyebabkan para penjual daging berkenaan tertekan dek kerana barangan mereka tidak dapat dijual kerana tiada orang yang mahu membelinya sehinggakan para penjual terpaksa menurunkan kembali harga daging yang dijual.

Dengan pemboikotan itu, permintaan ke atas daging berkurang. Kesannya harga daging menurun. Justeru, tindakan mereka memboikot daging sama seperti mereka menurunkan harga daging tersebut. Melalui saranan boikot ini, Syaidina Umar menghantar dua mesej penting.


2 Mesej Penting



Pertama, bila berlaku kenaikan harga barang, para pengguna mempunyai 'kuasa' menjadikannya murah. Dalam ungkapan lain, mereka berkuasa' menurunkan harganya. Iaitu melalui pemboikotan. 'Kuasa' menurunkan harga barang bukan hanya terletak di tangan penjual.

Kedua, pemboikotan sebagai kaedah mendepani kenaikan harga barang, bukanlah idea baru. Ia sudah wujud sejak zaman para Salaf lagi dan lebih menakjubkan ialah saranan itu bertepatan dengan hukum tawaran dan permintaan dalam ekonomi.

Dua mesej yang terselit dalam saranan Syaidina Umar ini merupakan satu teguran secara tidak langsung kepada mana-mana pihak yang memperlekehkan saranan agar menjadikan boikot sebagai satu pendekatan menangani krisis kenaikan barang.

Tegasnya, tidak semua benda boleh diboikot. Namun, pemboikotan barangan yang mampu diboikot oleh pengguna, tetap senjata sahih dan ampuh bagi menyurutkan kenaikan harga.

Menyedari pemboikotan sebagai kaedah menangani kenaikan harga barang merupakan idea yang telah dikemukakan Syaidina Umar, golongan agamawan khususnya mesti menjauhi sikap memperlekeh mana-mana pihak yang menyarankan idea ini bagi mengatasi krisis kenaikan harga barang yang sedang berlaku.

Ini kerana, apabila seorang agamawan ditanya tentang kaedah mendepani krisis kenaikan harga barang menurut persepsi Islam, tidak dapat tidak, mereka akan merujuk kepada, antaranya pendapat para ulama zaman silam dan masa kini.

Justeru, mereka pasti akan bersua dengan pandangan Syaidina Umar r.a ini, dan tidak dapat tidak, mereka terpaksa menyatakan bahawa fiqah Islam memperakui pemboikotan merupakan salah satu kaedah menangani kenaikan harga barang.

Meskipun demikian , tidak dinafikan bahawa idea pemboikotan sebagai satu kaedah mendepani kenaikan harga dan situasi tertentu - perlu diolah sebaiknya dan dikemukakan dengan bahasa mesra pengguna.

Ungkapan guna kuasa pengguna untuk menurunkan harga barangan dengan menghentikan sementara pembelian barangan terbabit dan seumpamanya, mungkin lebih mesra lalu boleh diterima masyarakat.

Sorotan ke atas perbendaharaan ilmu para salaf, menemukan satu lagi idea yang ditampilkan sebagai pencabar kepada serangan kenaikan harga barang. Idea ini dicetuskan Syaidina Ali, Imam Daraqutni dalam karyanya al-Mu'talif Wa al-Mukhtalif mencatatkan bahawa imam Bukhari meriwayatkan dengan sanad beliau sendiri seperti berikut:

Razeen al-A'raj, mawla (hamba yang dibebaskan) keluarga al-Abbas r.a bin Abdul Muttalib berkata, "[pernah terjadi harga anggur kering di Mekah menjadi mahal. Lalu kami menulis surat kepada Syaidina Ali r.a yang berada di Kufah, mengadukan kepada beliau perkara itu. Lalu Syaidina Ali r.a menulis kepada kami yang berbunyi, murahkanlah harganya dengan kurma.

Dengan syor ini, Syaidina Ali r.a mengetengahkan idea, beralih kepada barangan lain yang sejenis bagi mengatasi kenaikan harga sesuatu barang. Cadangan agar penduduk Mekah ketika itu beralih daripada anggur kering kepada kurma, dibuat kerana kurma adalah makanan sejenis dengan anggur kering, selain ia banyak terdapat di Mekah dan harganya murah.

Dengan kaedah ini, permintaan terhadap anggur kering akan menyusut, dan tidak dapat tidak, harganya akan menurun.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah indahnya Islam. Semua masalah pasti ada penyelesaiannya. Banyak perkara yang kita sepatutnya boikot sekarang ni. Kenaikan harga barang melampau, kenaikan harga rumah melampau, Kenaikan harga petrol melampau.

Bukan nak boikot selama-lamanya. Boikot untuk sementara waktu sehingga penjual terpaksa menurunkan harga ke paras yang munasabah. Kemudian, baru lah kita boleh beli semula.



BOIKOT ZIONIS ISRAEL

Untuk boikot barangan yang berkaitan dengan Zionis Israel pula, kita boikot dengan cara beralih kepada produk-produk alternatif yang lebih kurang sama dengan produk tersebut, tetapi yang tiada kaitan dengan Zionis Israel. 

Dan perlu diketahui, bahawa boikot terhadap Zionis Israel dianjurkan secara global oleh negara-negara di seluruh dunia. Konflik Israel-Palestin bukan konflik keagamaan, tetapi ia adalah konflik kemanusiaan. Telah jelas dan nyata majoriti dunia sekarang berpihak kepada Palestin. Seluruh dunia sekarang sudah pun tahu apa sebenarnya yang berlaku. 

Boikot sebenarnya adalah juga salah satu strategi peperangan. Peperangan di zaman moden tidak lagi tertakluk pada senjata. Peperangan kita terhadap Zionis adalah peperangan sebenar kerana ia melibatkan ekonomi, politik, sosial, budaya dan pembelajaran. 

Perdana Menteri Israel sendiri mengaku bahawa kaedah boikot ini akan memberi masalah besar kepada Israel. Dianggarkan, ekonomi mereka bakal mengalami kerugian USD5.7 billion sekiranya boikot ini berlarutan.

Diharapkan dengan kerugian yang mereka alami ini akan membuatkan mereka ketandusan dana untuk membeli peralatan peperangan dan akhirnya mereka terpaksa menarik diri dari terus-terusan melanggar hak asasi warga Palestin.
Kita sendiri nampak Zionis sendiri telah berjaya mengawal seluruh dunia melalui produk-produk mereka yang ada sesetengahnya kita sendiri tidak mampu untuk elak, contohnya dalam bidang teknologi. Ce tengok berapa banyak produk mereka yang berjaya memonopoli ekonomi dunia.


Walaupun tak dapat boikot semua produk, sekurang-kurangnya jangan lah tak boikot langsung. Walaupun tak banyak, yang penting ada sumbangan dan usaha kita untuk kebangkitan Gaza. 

Jangan main-main dengan kaedah pemboikotan kerana ia adalah satu kedah yang telah terbukti sangat efektif. Diharap ia sebagai salah satu jihad kita tanpa perlu mengangkat senjata dan berperang.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila klik LIKE button di bawah dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat.
   

 

TERIMA KASIH, MOHON AMPUN DAN MAAF DAN DOAKAN KAMI

$
0
0
Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua, saya, suami, abang, dan adik-adik saya Maria dan Firdaus akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15hb Disember 2014 sehingga 25hb Disember 2014. Tak tergambar perasaan ni bila salah satu impian daripada 101 impian saya akan saya kecapi.

Inilah salah satu daripada 101 impian saya, menunaikan umrah sebelum umur saya mencecah 35 tahun. Dan saya akan genap berumur 35 tahun pada 28 Disember tahun ini. Dan mudah-mudahan saya dapat menunaikan haji sebelum umur mencecah 40 tahun.
 
Untuk itu, di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran bicara sepanjang saya berkecimpung di dalam penulisan blog. Saya sebagai manusia, ada kalanya bila menulis tidak sedar terlanjur kata dan mungkin ada hati yang terluka. 

Beribu kemaafan dipinta dan hanya itu yang mampu saya lakukan di saat ini. Dengan rasa rendah diri juga, mohon dihalalkan segala-galanya.  Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian anda semua mengikuti penulisan blog saya yang tidak seberapa. 


Saya bukanlah penulis yang bagus, tetapi saya cuba belajar untuk sentiasa menyampaikan sesuatu yang sentiasa mampu memberi manfaat untuk semua orang. Saya sentiasa mengharapkan ramai yang mendapat manfaat dari setiap entri saya.

Mohon doakan kesejahteraan saya dan suami serta jemaah-jemaah yang lain dalam menjalankan ibadah umrah ini, diberikan kesihatan yang yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kami berada di sana, selamat pergi dan selamat pulang dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah.... 
 
Sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak saya dapat merasakan kesedihan dan sedikit hiba hendak meninggalkan anak-anak yang masih kecil, ibu-bapa, sanak saudara dan sahabat yang selama ini berada dihati dan menceriakan seluruh hidup saya. 


Namun, demi mencari keredhaan, kasih sayang dan memohon keampunan dari Dia yang abadi, untuk memperbaiki jiwa ini dan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya, saya gagahkan juga. Saya yakin semua yang saya sayang akan sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Buat kedua ibu bapa saya, Mak, Abah, Mama dan Uncle dan juga bibik saya, terima kasih kami ucapkan kerana sudi membantu untuk jaga anak-anak kami sepanjang ketiadaan kami. Kami setiasa mendoakan kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Buat semua bisnes partner, dan juga anak-anak buah bisnes saya, saya doakan anda semua berjaya di dalam perniagaan yang anda jalankan. Saya berharap anda semua sentiasa ingat pesan saya, betulkan niat kita berniaga. 

Kita berniaga bukan semata-mata untuk kaya, tetapi kita buat bisnes untuk selesaikan masalah orang lain, untuk menambah nilai hidup orang lain dan untuk mempermudahkan hidup orang lain.

Sepanjang ketiadaan saya, saya berharap anda semua mampu bergerak sendiri. Umpama anak kecil, pada awalnya perlu dijaga dengan rapi, makan bersuap, dimandikan dan didukung ke mana-mana. Semua perlu diajar dan dilatih. 


Tetapi, selari dengan perkembangannya, bila dah mula pandai berjalan, secara perlahan-lahan saya perlu lepaskan agar dia mula pandai berdikari sehingga akhirnya mampu berlari. Saya tidak mampu untuk memimpin tangan anda semua buat selama-lamanya.

Akhir coretan, salam kasih sayang dari saya, jaga diri baik-baik dan semoga ukhwah kita kekal selamanya.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan juga di akhirat. 


KENAPA NAK BERNIAGA LAGI KALAU DAH KAYA?

$
0
0
Assalamualaikum semua, 

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan Berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan akhirat. 

Entri kali ini, agak ringkas, tapi cukup padat dengan isi dan mesej yang hendak saya sampaikan kepada anda semua. Kenapa anda perlu berniaga lagi kalau anda dah cukup kaya?

GROUP COACHING

Seperti biasa, setiap bulan kami akan adakan sesi group coaching. Group coaching ni sangat penting jika anda hendak berjaya di dalam perniagaan yang anda jalankan, anda mesti meluangkan masa untuk join sesi seperti ini bersama mentor anda. Anda boleh baca di sini (sila klik)apa yang kami selalu kongsi sepanjang sesi coaching dijalankan. 

Selalunya kami buat di rumah kami di KL. Tapi kali ni, kami tukar angin pula. Atas permintaan salah seorang anak Shaklee kami, Kak Lazimah Omar, kami turun ke Seremban, lokasi adalah di office beliau sendiri. Kak Lazimah kumpul beberapa orang bisnes partner beliau untuk bersama-sama di dalam majlis ilmu kali ni. 


Kak Lazimah sebelah kiri. Di sebelah beliau adalah Kak Kamariah. Sebelum ni kami hanya bertemu secara online. Ni baru first time jumpa.
Kak Afida juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

Sebenarnya, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah kisah perjuangan Kak Lazimah Omar di dalam bidang perniagaan. Sebelum beliau menyertai Shaklee di bawah Empayar Maria Firdaus, beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya.

Beliau mempunyai sebuah syarikat kontraktor bertauliah dan berlesen dan mempunyai sebuah tadika. So, beliau bukan calang-calang orang ye, bukan orang biasa-biasa, tapi seorang yang cukup luar biasa. Seorang yang pemurah dan sangat kaya raya. 
 
TADIKA BINTANG SELATAN

Tadika Bintang Selatan sudah (beberapa tahun) beroperasi dan misi penubuhannya pun telah berjaya. Beliau menubuhkan tadika ini untuk memberikan peluang pekerjaan dan menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik dan mampu dibiayai oleh semua ibu dan bapa yang berpendapatan rendah mahupun sederhana.


Kak Lazimah Omar bersama guru-guru dan tenaga pekerja yang telah banyak membantu beliau dalam menguruskan Tadika Bintang Selatan.
Bersama sebahagian daripada anak murid beliau.
Sebahagian daripada murid yang selamat bergraduasi.
Kebanyakkan yuran kemasukan ke tadika pada hari ini hampir sama dengan yuran pengajian ke universiti tempatan. Beliau tidak mahu anak-anak kecil tercicir dalam pelajaran kerana alasan ibu dan bapa tidak cukup duit untuk memberikan pendidikan awal dan terbaik kepada anak-anak.

Tapi, kenapa beliau join Shaklee? Sedangkan beliau sendiri sudah cukup selesa dengan kekayaan yang dimiliki sekarang. Bukan sekadar nak makan sendiri, tapi betul-betul serius hendak mengusahakan perniagaan Shaklee.


MINDA ORANG KAYA DAN BERJAYA

Inilah yang ramai orang tak pernah tahu. Percaya lah, ramai orang di sekeliling beliau yang agak skeptikal bila beliau berkongsi tentang keberkesanan produk-produk Shaklee.

“Dah kaya-kaya pun, nak buat business macam-macam lagi. Tak cukup ke, dengan duit yang ko ada tue Lazimah?”

Haaa....agak-agak sentap tak bila kene sound gini? Tapi, saya suka melihat semangat dan cara pemikiran anak didik saya ini. Dia tidak kisah pun, apa orang nak cakap kepada dia sebab nawaitu dia berniaga bukan untuk kaya. 

Tetapi, sebaliknya adalah ingin membantu lebih ramai orang di luar sana dengan perniagaan yang diusahakannya.

Sebelum beliau mengenali  Shaklee, beliau selalu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan kepadanya, apakah lagi jenis perniagaan lain yang boleh dilakukan, yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain, yang boleh menambah nilai hidup orang lain. 

Dan dengan perniagaan tersebut, beliau dapat menambah lebih banyak pencen kubur bersama-sama rakan niaga yang lain.

Alhamdulillah, beliau bertemu dengan Shaklee yang ternyata berkesan mampu menyelesaikan masalah kesihatan beliau dan keluarga, dan dalam masa yang sama, dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang juga menghadapi masalah samada dari segi kesihatan mahupun kewangan.


Berapa ramai orang di luar sana yang ada masalah saki jantung, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, sakit buah pinggang, anak-anak ada masalah eczema, anak tak lalu makan, imun sistem rendah, sakit lutut sampai susah nak solat. Tersangat ramai.

Di sinilah beliau mengambil peranan untuk berkongsi tentang penyelesaian yang telah pun terbukti keberkesanannya. Dan alhamdulillah, setakat ini, dah ramai orang yang beliau dapat bantu.
Kita perlu ingat sebagai peniaga, kita buat business bukan sebab nak kaya. Tapi, nak bantu menyelesaikan masalah lebih ramai orang. Insya Allah, kita terpaksa kaya. Sebab tu lah kalau anda perasan, orang-orang kaya, biasanya semakin lama, mereka semakin kaya.

BEZA MINDA ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN

Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang miskin percaya "Semuanya sudah nasib"

Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang
miskin berbisnes supaya tak rugi.

Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang
miskin hanya nak kaya.

Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang
miskin berfikiran sempit.

Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang
miskin lebih tumpukan kepada halangan.

Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang
miskin benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang
miskin berkawan dengan orang negatif & gagal.

Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
    Orang
miskin berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang
miskin lemah dan lembik dengan masalah.

Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang
miskin menganggap semuanya sudah tahu.

Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang
miskin memilih dibayar melalui masa.

Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang
miskin kerja kuat untuk cari duit.

orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang
miskin biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

Orang kaya pandai uruskan kewangan.
Orang
miskin tidak tahu cara uruskan kewangan.


Lazimah Omar - Jutawan Dunia Akhirat
Saya sentiasa mendoakan agar niat murni Kak Lazimah sentiasa diberkati dan saya doakan agar Kak Lazimah menjadi Jutawan yang Bertaqwa, yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.

Thanks for reading!

*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


MAK PUN TAU IKUT NASIHAT MENTOR

$
0
0
Assalamualaikum,

Harini nak cite kisah kereta idaman Mak saya. Mak macam orang lain juga. Suka kereta cantik, tapi tak suka kereta besar-besar. Mak prefer kete kecik. Sebabnya, hobi mak saya pergi pasar, pergi chow kit, pergi Giant. 

So, kalau kereta kecik, senang nak menyelit, senang nak parking sesuka hati...ehhh...xdelah. Mak berhemah orangnya. Dia cuma bawak kete laju sikit je. Hehehe.....Sekarang mak guna Kelisa. Kelisa tu dah 14 tahun umurnya.

Mak saya terkenal dengan kehebatannya menyediakan kuih koci yang sedap giler. Sape tak kenal dengan makcik Kamariah Koci, cakap dengan orang sebelah....kesian....

Hari-hari ada orang order. Sampai terpaksa tolak sebab tak mampu nak buat banyak sangat. Customer tak tahu datang dari arah mana, hari-hari ade je yang order kuih koci Mak.

So macam-macam jenis customer yang Mak dapat kenal. Dari golongan biasa, sampailah ke golongan atasan. Setiap kali ada customer yang baru kenal, Mak suka bercerita dengan saya. Sampailah satu hari, saya balik kerja, mak bagitau:

"Tie, tadi ada orang datang amik kuih. Mak tak kenal sape. Ni baru kenal. Mak kenanlah dengan kereta yang dia bawak. Kete Ford"

"Ford? Ford apa Mak?"

"Mak tak camlah Ford yang mana, tapi kecik je ketenya. Comel-comel, macam sporty sikit"


Erm....saya tak tahu jenis apa. Tapi dari apa yang Mak cerita tu, saya google website ford.com.my. So kalau Ford paling kecik, namanya Ford Fiesta.

Bila tunjuk kat Mak, betullah sangkaan saya. Boleh dikatakan selalu jugak Mak bercakap pasal kete idamannya tu. Selalu sangat, bukan sekali sekala, tapi selalu. Mak selalu tengok majalah kereta, dan tengok pameran kereta. Saya tau Mak beria buat kuih tu pun sebab nak kumpul duit standby untuk beli kereta baru.

Sikit-sikit, mak akan cakap..."Mak berkenanlah dengan kete tu...hish, kalau Mak dapat kereta ni kan best!"

Sampailah 1 hari, sebelum saya pergi umrah. Adik saya Maria bagitau pasal Mama Cery nak jual kereta dia Ford Fiesta. Hah! Tengok harga nak jual macam tak percaya. Memang affordable sesangat! 


Kereta pun baru 2 tahun guna. Kisahnya kereta tu adalah kereta kesayangan Mama Cery. Beliau plan nak beli kereta lain. So sebab tak mo banyak-banyak kereta, dia nak let go je.

Lepas diskas dalam group Kam's Family, kami decide untuk beli je kereta tu. Harga tempat lain tak dapat macam tu. Kalau kita tak grab, orang lain yang akan grab. So, lepas balik umrah, adik saya Maria tolong deal to confirm. 

Next step, saya contact Mama Cery dan deal untuk urusan seterusnya. Tukar nama, insurance road tax dan lain-lain urusan.

Kami plan jumpa di JPJ Bangi untuk proses tukar nama.

Dulu boleh bayar je runner buat, sekarang tak boleh dah. Owner dan buyer kene datang sendiri ke JPJ untuk proses penukaran nama.

Ni dia owner asal kereta itu. Jutawan senyap Mama Cery Kelip-Kelip nama manjanya, Orangnya cukup sederhana. Salah seorang idola saya.


FREE SONDOL

Masa kat JPJ borak-borak, Mama Cery cite, kereta dia ni free sondol dan free disondol. Kereta dia yang sebelum-sebelum ni, kalau tak sondol orang, kereta dia yang disondol. Tapi Ford ni, FREE 2-2 ye! Jangan risau. Pendek kata, free accident. Hehehe....

Dah bawa p Puspakom siap-siap. Dah lulus pun. Then baru berani nak jual. Tayar pun dah tukar 4-4 baru. Mileage pun baru 40k. Tak bawak jalan jauh, jalan dekat-dekat je. Sebab kalau jalan jauh Mama Cery prefer bawak BMW X6, rather than kete kecik.
Sambil menunggu giliran, saya tak leh lepaskan peluang tanya macam-macam soalan kat Multimillionaire sorang ni. Ingat senang ke nak jumpa dia. Susah tau.

Rugi kalau tak grab ilmu dari dia. Sambil cerita challenge saya dalam bisnes, beliau sempat bagi guideline, tips dan nasihat. Beliau cerita tentang cabaran tahun 2015, tentang isu kegawatan ekonomi yang dah nampak tanda-tanda akan berlaku. 


Beliau bagi tips macam mana nak bantu lebih ramai orang untuk bersedia hadapi saat-saat gawat nanti melalui bisnes Shaklee. Insyallah ada perancangan baik untuk semua bisnes partner saya tahun baru ni.


FREE GIFT

Sape kata beli kete 2nd hand takde fee gift? Haaaa....kalau orang lain tak tahu lah saya. Tapi ni kes terpencil. macam-macam pulak tuh hadiah dapat. Jom kita tengok hadiah apa yang kami dapat, package dengan Ford Fiesta ni.

Tisu 5 packet
Bekas tisu
Duit syiling, untuk bayar tol katanya
Arang. 
Ini kreatif. I likeeee!!! Kereta akan terhindar dari bau-bauan yang tak best sebab fungsi arang ni adalah menyerap bau.
Sekaki payung dan sebatang pen
Air freshner. Ada 2 lagi, satu lagi belum dibuka.

Amacam banyak tak? Belum habis lagi. Ada lagi best. Dapat hadiah birthday pulak lagi. Since birthday saya dengan birthday Mak bulan yang sama, so kami share lah hadiah ni.


Buku ilmiah
Perfume lagi

Ha...amacam? Korang hado? hehehe....Sape beli kereta ada dapat semua ni? Ce cite ce cite. Takde kan? Sebenarnya, ada 1 lagi hadiah. Jangan sentap OK! Jom kita tengok hadiah apa Mama Cery bagi....ce teka ce teka....
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

 ?

MacBook Air
Amacam? Ade ke beli kete 2nd hand dapat hadiah macam ni? Yang pasti ini bukan 2nd hand. Yang ni baru.....Hihhihi...
Mak happy. Warna favorite Mak pulak tu. Merah saga.
Akhirnya, mak memiliki kereta idamannya. Sape kata warga emas tak le bergaya dengan kereta sport. Makcik Kamariah kuih koci memang sempoi.

MORAL OF THE STORY

Kenapa saya cerita tentang semua ni? Kalau ikutkan, kereta idaman mak bukanlah macam kereta idaman kita, yang paling koman pun BMW X6. Ford Fiesta je kot. Tapi ada pengajaran di sebalik kisah ini. Mentor saya selalu pesan;

Apa yang kita fikir
Apa yang kita rasa
Apa yang kita cakap
Apa yang kita buat
Semuanya adalah DOA 
 
Kalau kita betul-betul nakkan sesuatu, kita kena selalu fikir yang kita akan dapat, kita kena selalu rasa yang kita dah dapat, kita kena selalu cakap tentang perkara yang kita nak dapat dan kita kene selalu buat macam mana cara nak dapat.

Itulah yang Mak selalu buat. Saya tinggal dengan Mak. So saya sendiri nampak apa yang Mak selalu buat. Siapa sangka Mak boleh dapat kereta idamananya pada harga yang sangat-sangat mampu milik. Pulak tu bukan calang-calang orang punya kereta ye.

Kereta jutawan tau. Memang lepas ni saya pun nak selalu bawak lah. Aura jutawan tu masih lagi melekat kat kereta tu. Mudah-mudahan aura jutawan tu meresap kat kami pulak. Sebabnya orang yang kenal Mama Cery akan kenal kereta tu, so sape nampak kereta tu mindset diorang akan ingat jutawan yang drive ni. Hehehe....doa tu.

Walaupun kereta ini 2nd hand, tapi conditionnya yang masih baru sebab jarang digunakan. Dalam tempoh 2 tahun, mileage pun baru 40K km. Kereta pun dalam keadaan yang sangat baik. Senang je lulus test Puspakom.

Apa sahaja impian kita, kita kena selalu fikir, kita kena selalu rasa, kita kena selalu cakap, dan kita kene selalu buat untuk mencapai sesuatu impian. Soon or sooner insyaallah, Allah akan beri dari arah yang tidak disangka-sangka. Sebab Allah akan beri sepertimana sangkaan hambaNya.

Thanks for reading!

*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 1

$
0
0
Assalamualaikum, 

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan akhirat. 

Ramai yang sedia maklum, kami telahpun selamat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Perjalanan umrah kami mengambil masa selama 11 hari 10 malam bermula 15 Dis 2014 hingga 25 Dis 2014. Kami mengambil pakej umrah dengan Agensi Pengembaraan Asari Murni. 

Alhamdulillah. Kami adik beradik semua dapat bersama-sama di dalam pengembaraan kali ini. Saya dan suami Daddy Shahab, adik saya Maria dan suaminya Firdaus, dan juga abang saya yang sulung Abang Turie.

Cuma kakak saya yang kedua, Kak Ngah belum berkesempatan untuk join kali ni kerana anak-anaknya yang 9 orang masih kecil. Insyaallah saya doakan kakak saya akan sampai ke sana tak lama lagi. 

Bersama-sama dalam group umrah kami juga ialah ahli keluarga empayar MFMS, Nadia Najib dan suaminya Mus Daniel, Suhana Kawi dan suaminya Azlan, dan juga Kak Sopiah dan suami serta anak-anak dan juga Kak Husnidar, juga bersama suami, anak-anak, ibu bapa dan juga ibu bapa mertua.

Insyaallah sedikit sebanyak saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang saya dan suami menunaikan Umrah dan Ziarah untuk kali pertama. 


HARI PERTAMA (15 DISEMBER 2014) 

Plan asal flight pada jam 5 petang. Tapi delay hingga jam 6.30 petang waktu Malaysia. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 12 jam. Berhenti sebentar di Dhaka untuk isi minyak, dan kemudian sambung semula perjalanan ke Jeddah.

Bersama mak mertua yang sangat rajin hantar kami ke KLIA.

Kami naik flight United Airways. Mula-mula ingatkan US punya airlines, rupa-rupanya United Airways of Bangladesh.  Hehehe....

Tempat duduk untuk ibu mengandung

Terdapat panduan solat dan juga monitor keadaan, suhu terkini serta lokasi flight.

Sedikit tazkirah disampaikan oleh Mutawwif semasa dalam perjalanan. Memandangkan perbezaan waktu, Mutawwif sentiasa alert waktu solat dan akan mengarahkan kami untuk bersiap sedia setiap kali waktu solat. Apabila sampai di Miqat, pengumuman dilakukan untuk memberitahu kepada kami sudah sampai masa untuk kami berniat ihram.


Ini pemandangan udara di Jeddah. Salah satu favourite saya adalah melihat pemandangan udara pada waktu malam. Subhanallah, sangat cantik. Dulu cita-cita nak jadi astranout, tapi tak kesampaian.


HARI KEDUA (16 DISEMBER 2014)

Kami sampai di airport Jeddah lebih kurang jam 6.30 pagi waktu Malaysia.
Tak lepaskan peluang bergambar. Muka excited je walaupun 12 jam dalam flight dan ada yang tak boleh tidur sepanjang perjalanan.

Kami menaiki bas untuk ke Mekah dan ianya mengambil masa selama 1 jam perjalanan.
Kami menginap di Hotel Al-Deafah Oasis. Hotelnya sangat selesa dan senibinanya pun agak unik, cantik dan menarik.


Saya orang GIS, so saya memang akan tengok map. Saya bukak google earth sebab saya nak tau jarak hotel ke Masjidil Haram. Yang biru tu adalah kedudukan hotel kami. Agak jauh juga jaraknya, lebih dari 1km.
 
Sampai je hotel, bawak masuk barang ke bilik, ambil wuduk dan kami terus bergerak untuk menunaikan umrah yang pertama. Syukur sangat sebab cuaca sungguh nyaman. Mereka kata, sekarang musim sejuk, tapi sejuknya lebih kurang sejuk Cameron Highland je. Ok, la.
Sambil dalam perjalanan, sambil dapat explanation dari mutawwif tak bertauliah kami, Firdaus

Secara jujurnya, sepanjang perjalanan nak sampai ke sini, hati saya berdebar-debar. Tak tahu macam mana nk explain. Dijemput sebagai tetamu Allah buat pertama kali dalam hidup adalah perkara yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Banyak dugaan sebelum saya sampai ke sini sebenarnya. Diuji dengan kesihatan anak-anak yang tidak menentu, tugas dan tanggungjawab di office, dan macam-macam lagi isu. Ada sahabat-sahabat yang flight mereka delay dan ada juga yang visa mereka tak diluluskan di saat akhir.

Saya terfikir.. “Aku macam tu kevisa aku ni, lulus ke tak?

Tapi bila fikir-fikir semula, kita ni manusia hanya merancang, segala-galanya Allah yang tentukan. Kita dah rancang dan usahakan apa yang sepatutnya kita buat, selebihnya kita berdoa dan tawakal.

Kalau dah ditakdirkan Allah kata pergi. Takkan ke mana. Kita akan tetap sampai jua. Ada orang yang dah kat KLIA pun belum tentu dapat pergi. Kalau Allah  kata  belum tiba masanya, maka adalah halangannya. Begitulah, sebalik.

Kita berdoa dan harap yg terbaik dari Allah. Sabar itu pahala. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sentiasa berdoa. Jangan pernah berhenti berharap. Dan kurangkan ketakutan dengan mendengar cerita-cerita buruk dari orang lain.

Rupa-rupanya isu visa last minit tak lulus adalah perkara biasa,  memang dah biasa berlaku. So kami dinasihatkan supaya fikir yang baik-baik sahaja.

 
Pertama kali nampak kaabah kat depan mata, tak sedar air mata saya menitis, bersyukur kerana Allah memilih untuk terima kedatangan saya di sini.


TAWAF 

Sampai je terus mulakan tawaf. Masa kami tawaf tu tak ramai sangat orang. Alhamdulillah. Tapi semasa tawaf pusingan kedua, tiba-tiba adik saya ternampak sehelai anak rambut terkeluar. 

Maka terpaksa ganti 1 pusingan lagi. Dah masukkan semula anak rambut, tapi masa pusingan keempat pulak, terkeluar lagi anak rambut, aduhai. Makanya, untuk elak was-was, saya buat lagi tiga pusingan extra.

Selesai tawaf, kami minum air zam-zam dan dapat berdoa di depan Multazam.

Multazam ialah satu ruang dengan keluasan sepanjang kira-kira 2 meter yang terletak di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. Multazam adalah salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Sesiapa yang berdoa di sini, insyaallah doanya akan diangkat, diterima dan dimakbul Allah.

SAIE 

Selepas tu kami berSaie. Saie ialah tanda melahirkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kurniaanNya dan juga sebagai mengenangkan pengorbanan Hajar (Isteri Nabi Ibrahim AS) yang mencari air dipadang pasir untuk puteranya Nabi Ismail AS yang sedang kehausan. 

Dan peristiwa ini, diwajibkan dalam ibadat umrah atau haji dengan berjalan berulang-alik dari Bukit Sofa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Bagi lelaki digalakkan untuk berlari-lari anak di antara lampu hijau. 


Ni gambar selepas kami selesai umrah, rasa.seronok sangat.

Alhamdulillah dapat tunai umrah.bersama suami. Lepas ni kita tunai haji pula.

Ni hotel Hilton, betul-betul mengadap masjidil haram. Daddy sedang LUA yang kami akan stay di hotel ni bila kami pergi haji atau umrah lagi nanti.

Selesai umrah, dalam perjalanan balik ke hotel. Mak mertua Maria belanja kami.makan ais krim
 
Pemandangan Masjidil Haram di waktu malam. Dalam 1 hari, 3 kali kami berulang alik hotel-masjid

Walaupun orang terlalu ramai, tapi sanggup menyelit jugak, supaya dapat solat di depan kaabah

 
Percaya atau tidak, harini sahaja kami.melangkah sejauh ini. Sebab jarak hotel agak jauh lebih kurang 1.4km. Dan sebab nakkan solat berjemaah di Masjidil Haram, dalam 1 hari 3 kali kami berulang-alik.

Sebab tu lah mereka yang ada budget extra prefer untuk duduk di hotel yang berdekatan supaya tak penat sangat nak berjalan. Bayangkan keadaan haji pula nanti macam mana. Sebab tu lah salah 1 impian saya adalah untuk tunaikan haji di waktu.muda di saat kekuatan fizikal masih kuat. 

Sebab rata-rata tengok mak cik, pakcik yang datang buat umrah pertama kali di sini, ramai yang dah tak larat nak berjalan jauh. Musim haji nanti macam mana pula ye. Mungkin disebabkan kekangan kewangan yang tidak mengizinkan mereka untuk menunaikan umrah dan haji masa muda.

Percaya atau tidak, kena percaya. Kaki betis pinggang kami semua sakit. Tipu kalau kata tak sakit. Berjalan sejauh ni perlukan tenaga. Sebab tu kena ambil suplemen yang boleh bantu untuk tambah tenaga.

Suplemen wajib untuk boost our energy. 
 Vivix dan Ostematrix sangat-sangat membantu.

Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel. So bila kita consume setiap malam atau pagi, tenaga baru akan dihasilkan. Kita akan mula rasa energy yang cukup luar biasa setiap hari. Lebih cergas untuk buat umrah dan aktiviti lain.

Ostematrix pula betul-betul bantu avoid kaki daripada cramp sebab banyak berjalan. Semalam masa Saie, salah seorang daripada makcik yang join group kami terpaksa berhenti rehat lama sebab kaki cramp. Bila di tanya makan kalsium ke tak, dah tentulah jawapannya TAK.

Persediaan mental dan fizikal pun kena ada. Kena bersedia dari awal yang kita akan berjalan jauh, kita akan perlukan tenaga yang cukup dan kesihatan yang baik supaya kita dapat fokus tunaikan ibadah dengan sempurna. Insyaallah.

Ikuti kisah pengembaraan seterusnya di entry berikut:

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2


*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2

$
0
0
Assalamualaikum,

Sambungan kisah pengembaraan kami di tanah suci. Bagi mereka yang belum baca Part 1, jemput baca di sini.

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 1


HARI KETIGA (17 DISEMBER 2014)

Kami  dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Nameerah dan Khair, Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah di Mina (tempat melontar jemaah Haji) dan singgah di Ji'ranah untuk berniat umrah.


Antara pemandangan sekitar kota Mekah

JABAL TSUR

Jabal Tsur merupakan bukit yang terletak sekitar 3 km dari Kota Mekah. Jabal Tsur memiliki tiga puncak yang bersambung. Di salah satu puncak Jabal Tsur itulah terdapat Gua Tsur. Di gua itulah Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar berlindung dan bersembunyi selama tiga hari tiga malam dari dikejar kaum kafir Qurays ketika hendak berhijrah ke Madinah. 
Jabal Tsur
Allah SWT menyelamatkan Nabi-Nya dengan memerintahkan labah-labah untuk membuat sarang di pintu gua tersebut dan juga burung merpati yang sedang bertelur. Dengan ini orang kafir akan nampak seolah-olah gua tersebut tidak mungkin dimasuki orang. 

Akhirnya, kaum Kafir Quraisy yang memburu Nabi pulang dengan tangan hampa, dan Nabi beserta Abu Bakar melanjutkan perjalanan hijrahnya ke Madinah. 



JABAL RAHMAH

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di sini lah tempat pertemuan pertama di antara Adam dan Hawa.Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter.


Untuk sampai ke tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit pendakian. 

Dikatakan juga, tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta peneman hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam.

Kami mengambil peluang di sini mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup keluarga kami dan juga semua sahabat yang masih single agar bertemu jodoh secepat mungkin dan mendapat jodoh yang soleh dan solehah. Terutamanya untuk abang sulung saya kat sebelah tu. Hehehe....


PADANG ARAFAH, MUZDALIFAH DAN MINA

Kami  bergerak menuju ke kawasan di mana kita akan mengerjakan haji. Bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah aqabah di Mina.

Khemah penginapan di Mina. Tersangat-sangat banyak. Bila saya tengok ni, saya boleh bayang betapa ramainya manusia semasa musim haji.


PROJEK KERETAPI LAJU

Sepanjang perjalanan kami nampak stesen-stesen keretapi yang telahpun siap dibangunkan. Projek keretapi berkelajuan tinggi Al Haramain Arab Saudi yang dinamakan sebagai HHR atau Haramian Highspeed Railway.  

Laluan keretapi ini yang sepanjang 450 kilometer ini menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah di mana tujuan pembinaannya adalah bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.


Salah satu stesen iaitu Stesen Muzdalifah. Perkhidmatan keretapi ni hanya digunakan pada musim haji


Dengan kemudahan keretapi laju ni, perjalanan dari Jeddah ke Mekah hanya akan mengambil masa kurang dari setengah jam manakala perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya akan mengambil masa dua jam berbanding 6 jam sebelum ni dengan menaiki bas.  Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini  (2014).


Para jemaah haji dan umrah akan lebih selesa dan mudah untuk bergerak ke destinasi-destinasi utama kelak. Dengan adanya kemudahan seumpama ini akan memberi kemudahan kepada umat Islam dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat.


MIQAT DI MASJID JI'RANAH

Seterusnya kami berhenti di Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram. Ji'ranah adalah salah satu tempat miqat makani orang -orang Makkah. Ia berada di kawasan yang di kelilingi jajaran bukit-bukit berbatu yang tandus. 

Ji'ranah  merupakan  perkampungan arab badwi dan disinilah letaknya masjid ji'ranah yang sangat terkenal dikalangan jamaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

Masjid Ji'ranah. Kami bersolat sunat dhuha, solat sunat Ihram dan berniat di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.
Sambil tengok pemandangan sambil layan kacang campur. 1 kilo 20 Riyal. Beli di luar Masjid Ji'ranah tadi.
Macam kat London. Ada sesetengah tempat yang penuh dengan burung merpati.
Maa'la atau kubur bagi jenazah yag meninggal di Tanah Haram. Di sini juga terletaknya makam Saidatina Khadijah.


Selesai umrah, kami ambil kesempatan untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sekitar Masjidil Haram. Sangat kagum dengan projek-projek mega yang sedang dibangunkan.

Ramai juga sahabat yang pernah ke sini sebelum ini agak terkilan sebab Kaabah semakin sukar untuk dilihat sebab terhalang oleh pembangunan baru. Tapi pada saya sebenarnya kerajaan Arab terpaksa melakukan pembangunan macam ni. 

Dengan peningkatan jemaah haji dari seluruh dunia pada setiap tahun memaksa mereka untuk expand keseluruhan kawasan Masjidil Haram. Kawasan tawaf yang sediada dah tak mampu untuk menampung jumlah jemaah haji. Makanya kawasan tawaf terpaksa dibina secara bertingkat. 

Tengok gaya diorang ni dah macam kontraktor tengah diskas future project.
Selesai umrah kami jalan-jalan cari makan di Zam Zam Tower Mall. On the way balik ke hotel terserempak dengan sahabat lama masa sekolah dulu, Rafidatul Shima. Berbelas tahun tak jumpa di Malaysia, jejak kasih kat sini pula.


Nantikan kisah pengembaraan kami selanjutnya di entry akan datang.





MULTIVITAMIN SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK SUDAH KEMBALI!!!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah.
Familiar tak dengan botol ni? Siapa yang dah kenal Shaklee lebih dari 3 tahun, saya tahu anda pasti kenal. Tapi siapa yang baru-baru join dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ni, confirm tak kenal kan?

Multivitamin Shaklee yang yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak


VITA-LEA FOR CHILDREN

Nak tahu tak? Sejak saya join Shaklee bulan April 2013, saya belum pernah nampak lagi Vitalea For Children ni. Sebab masa saya join, Vitalea For Children dah dihentikan jualannya buat sementara waktu kerana Shaklee improvise multivitamin ni. 

So bila Shaklee improvise sesuatu produk, proses kelulusan dan halal semua terpaksa dilakukan sekali lagi sama seperti produk baru. Sebab tu bila tanya orang Shaklee sendiri, mereka tak pasti bila akan ada semula. Dan bulan ni, akhirnya, setelah hampir 2 tahun menanti, akhirnya Vitalea For Children kembali with Improved Formula!!!!


Salah satu tanda kalau anak anda sering demam, selsema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong keperluan antibodi tubuh seperti kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Apalagi environment kita sekarang boleh kata anak-anak kerap makan fast food. Gaya hidup ibu bapa sekarang yang masing-masing bekerja, kesuntukan masa kadang-kadang memaksa kita untuk beri anak fast food.

Tapi ada masa juga, bila di rumah ok lah kita dapat masak sendiri untuk anak-anak. Tapi nanti bila anak sekolah, kantin sekolah sendiri jual nugget atau hot dog. Even kadang-kadang kita tak tahu sangat apa yang anak-anak kita beli di sekolah.

Sebab tu sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa ambil berat tentang apa yang anak-anak kita makan setiap hari. Dengan adanya multivitamin ini, kita ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana suplemen multivitamin Shaklee membantu melengkapkan (bukan menggantikan) kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.



KELEBIHAN VITA-LEA FOR CHILDREN SHAKLEE

Jom kita tengok apa yang terkandung di dalam VITA-LEA For Children

 

PERBEZAAN DENGAN PRODUK LAIN DI PASARAN

Vita-Lea for Children Shaklee memang berbeza dari produk-produk lain di pasaran. Sangat sesuai bagi pada anak-anak saya, terutamanya Qhalish. Sebab anak-anak autism memang sangat-sangat digalakkan untuk consume makanan yang GLUTEN FREE. 

Yang paling penting 100% semulajadi. Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan. Rasa semulajadi anggur yang sedap, anak-anak kita pasti suka. Yang ni memang untuk dikunyah, tapi jangan risau, sebab rasa manis tu semulajadi, so takkan promote kaviti.


Bukan tu je. Ade promo pulak tu. Siapa BELI 3 DAPAT FREE 1. So siapa yang BELI 6, DAPAT FREE 2!!! PROMOSI BERAKHIR PADA 31 JANUARY 2015.


Siapa yang rasa nak try, boleh hubungi saya. Bayangkan kalau anak-anak kerap sakit, kita pun terpaksa selalu ambil cuti, kerja pun tak tenang. Pelaburan kesihatan untuk anak-anak kita. Bila anak-anak sihat, ibu bapa pun ceria kan. JOM BORONG!!!

Tapi kalau anak-anak anda jenis yang tak reti kunyah atau tak suka makan gula-gula (ade ke budak yang tak suka makan gula-gula? Hehehe....), jangan risau. Boleh gantikan Vita-Lea for children dengan Meal Shakes Shaklee yang juga suplemen multivitamin, tetapi dalam bentuk bancuhan.

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
satu tanda anak anda sering demam, selesema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong kerpeluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Salah satu tanda anak anda sering demam, selesema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong kerpeluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

BAHAYA BERSANGKA BURUK TERHADAP ANAK-ANAK

$
0
0
Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan segala kehidupan di dunia dan di akhirat.

Harini nak share kisah anak-anak. Ramai yang tahu, saya ada 3 orang anak. Hero-hero belaka. ketiga-tiga mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza. Nak cerita satu persatu perangai masing-masing, panjang pulak. So saya ringkaskan sedikit.


Anak Sulung

Anak sulung saya Syed Dzikrie Shahab, seorang yang kuat menangis. Maksud kuat nangis, bukan menangis kuat-kuat. Tapi hatinya lembut dan sangat mudah tersentuh. Orang kata hati kecik. Kalau salah sedikit, memang sangat cepat menitiskan air mata. Sampai kerap kali keluar dari mulut saya, "orang laki tak boleh menangis!"

Kadang-kadang buat saya stress sebab sikit-sikit menangis. Selalu kena buli dengan adik yang bongsu. Sampai saya selalu pesan "Dzikrie tak boleh macam ni. Dzikrie kena kuat. Tak boleh buat orang lain buli Dzikrie. Kalau Dzikrie menangis, lagi orang suka buat, so jangan menangis".

Anak Kedua

Syed Qhalish Shahab anak yang kedua. Qhalish adalah anak istimewa, telah didiagnosed mengalami mild autism. So far perkembangannya semakin positif, cuma dari segi percakapan, perkembangannya agak perlahan. Qhalish ni terlebih cool pulak.


Anak Ketiga

Syed Raees Shahab anak yang ketiga. Memang sesuai dengan namanya yang bermaksud KETUA. Dalam semua perkara, mesti dia yang dulu. Semua orang mesti ikut cakap dia. Abang-abang agak takut dengan Raees, apa lagi kalau tengah marah. 

Raees tak boleh disergah. Kalau nak tegur, kena cara yang lemah lembut. Kalau kita berkasar, Raees akan 2 kali lebih kasar. Cepat marah, tapi kalau kena gaya pujuk, cepat juga sejuknya. Atuk Raees selalu pesan pada saya supaya tengok-tengokkan Raees, sebab Raees suka pukul abang-abangnya.


PERKONGSIAN DAN PERINGATAN

Dalam menangani sikap dan perlakuan anak-anak yang berbeza-beza, kadang-kadang memang buat saya stress. Apalagi dalam keadaan saya yang selalu sibuk setiap hari. Bila anak-anak mula bising, bergaduh berebut mainan, marah-marah, menangis, menjerit, tipu kalau saya katakan, saya sentiasa tenang.

Sehinggalah 1 hari, saya terbaca tentang satu perkongsian yang cukup indah dari Ustaz Ebit Liew, perkongsian yang sangat berkait rapat tentang permasalahan hati setiap ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.

Kata Ustaz Ebit Liew....

# Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..


# Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..


# Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..


# Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit…


# Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..


# Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..


# Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.


# Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..


# Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..


# Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.


# Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak…


# Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..


# Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam…


SANGKAAN ADALAH SATU DOA

Ustaz Ebit Liew menceritakan satu kisah tentang seorang makcik yang mengadu tentang anaknya.  Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

"Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil"

"Anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat"

"Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.."

"Puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat…Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik…."

"InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?"

"Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan"

Selepas beberapa minggu, makcik tadi ceritakan anaknya bertambah baik. Alhamdulillah. Makcik tadi kata;

"Betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah…sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak…"


PENGAJARAN

Selepas saya baca perkongsian ini, saya mula untuk sentiasa bersangka baik terhadap semua perkara. Allah kan beri mengikut sangkaan hambaNya. Jadi, kita kena selalu sangka yang baik-baik terhadap anak-anak kita.

Jika terlintas di hati tentang sangkaan yang buruk-buruk, cepat-cepat hentikan. Tukar sangkaan dan doa kita terhadap anak-anak. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihati dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Saat kita mengubah sangkaan, anak akan turut berubah mengikut sangkaan kita. Sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak. Subhanallah.


Saya bersyukur yang Dzikrie seorang yang mudah tersentuh hatinya, sebab saya yakin, Dzikrie adalah seorang anak yang bakal mencapai segala impiannya atas doa yang selalu dipanjatkan, yang rajin bangun solat malam untuk mengadu dan berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya.

Percayalah tak ramai orang mampu untuk berdoa meminta dari Allah sehingga sanggup menitiskan air mata. Tak ramai. Termasuklah diri saya sendiri. Semoga Dzikrie menjadi seorang yang sentiasa berasa rendah diri di hadapan Allah, tetapi dipandang tinggi di mata manusia. 

Saya bersyukur kerana Qhalish adalah penghuni syurga. Anak yang telah ditetapkan untuk menjadi pengiring saya ke syurga. Anak yang sangat baik budi pekertinya yang selalu menjadi penyejuk hati.  

Saya bersyukur kerana Raees bakal menjadi pejuang Islam. Seorang pemimpin, pembela dan pelindung. Anak yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun pahit.

Anak yang mempunyai iman, prinsip dan pendirian yang tetap dan teguh dan  tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik. Anak yang petah bercakap dan sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.

Syukur...Syukur...Syukur...

Dan kita sebagai anak pula, jadilah anak yang membuat ibu bapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

"Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat. Ya Allah terimalah kami semua. Amin...."

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


INGATKAN SUPLEMEN JE, TEH PERANGSANG TENAGA PUN ADE?

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Ramai rupanya yang tak tahu, Shaklee pun ada air teh. Nama penuhnya CINCH ENERGY TEA MIX. Antara produk Shaklee yang saya tak pernah try lagi. Ada kawan-kawan yang memang consume cinch tea ni push saya try. Ramai gak yang tanya, Shaklee pun ada teh ke? Untuk apa tea ni? Apsal nama dia energy tea?

Lepas tu rata-rata yang try, bila saya tanya best ke. Semua akan jawab seriously bertenaga. Yang boleh stay up tengok bola masa piala dunia aritu, yang boleh stay up 10 malam terakhir bulan ramadhan aritu, yang boleh maintain energy seharian walaupun on diet. Haaa...maknanya apa? Betullah kan teh ni boleh merangsang tenaga luar biasa?

Info ni saya ambil dari website Shaklee

Kalau anda tengok kat image atas ni, CINCH ENERGY TEA MIX termasuk dalam kategori penjagaan berat badan. Pendek kata, termasuk dalam salah satu item Set Kurus Shaklee. Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee?

Sebab ia boleh memberi rasa kenyang, dalam masa yang sama membekalkan tenaga kepada mereka yang on diet, yang nak kurus dan sihat.  Walaupun diet, makan dalam kuantiti yang sedikit, tapi tenaga macam orang makan banyak.


KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA MIX

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
11) Mengandungi Polifenol yang membantu mencegah kanser
12) Sebagai penggalak TENAGA semulajadi
13) Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
14) Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan tubuh.
15) TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan




PERBEZAAN CINCH ENERGY TEA MIX

Memang berbeza dengan teh lain, sebab ada banyak ekstrak di dalamnya. Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX:

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
* merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil CINCH ENERGY TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.


CARA PENYEDIAAN CINCH ENERGY TEA MIX

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.
1. Campurkan 1 stick CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee ke dalam 6-8oz air panas atau sejuk (mengikut citarasa anda). Kacau hingga sebati dan minum.

2. Bagi yang tak berapa suka rasa plain Cinch Tea, boleh campurkan sesudu teh madu ke dalam Cinch Tea, untuk sedikit kemanisan dan mendapat tambahan khasiat madu.

3. Bagi yang suka rasa masam, mahupun penggemar Teh-O Ais Limau, boleh campurkan sesudu teh madu dan perahan lemon. Tambahkan beberapa ketul ais. FUH! Misti terangkat! 
 
Senang dibawa ke mana-mana. Bawak 1 sachet letak dalam handbag, pastu bancuh. Credit image to IbuVitaminShop

Amacam? Macam menarik je kan. Ni yang rasa macam nak kena try nih!!!!

So sape yang rasa nak turunkan berat badan, yang tak berapa suka shake yang jenis susu tu, tapi lebih suka minum teh, anda patut cuba.Tak pernah jumpa lagi teh yang buat kita rasa kenyang, yang boleh bakar lemak, yang boost tenaga ke tahap maksimum. 

Nanti saya share testimoni dari customer dan sahabat-sahabat yang dah rasa. Kejap lagi saya nk order barang, CINCH ENERGY TEA MIX salah satu item yang wajib saya beli. MESTI CUBA!

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

DULU DRIVER SEKARANG JUTAWAN

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam dapat cerita dari seorang sahabat. Cerita pengajaran tentang seorang JUTAWAN yang kaya raya tetapi TIDAK pernah MENGAMBIL BERAT tentang  KESIHATAN. Ceritanya pendek je. Begini ceritanya.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang businessman dari China yang kaya raya. Beliau kerap kali outstation, meninggalkan anak-anak dan isteri, semata-mata untuk mencari duit. MONEY IS HIS PRIORITY. Beliau tak pernah jumpa doktor untuk cek tahap kesihatan beliau. Beliau rasa beliau sentiasa sihat. 

Tidak pernah menjaga pemakanan dan tidak pernah kisah tentang kesihatan beliau. Disebabkan beliau kaya raya dan sangat jarang ada bersama keluarga kerana urusan bisnes, beliau telah hire seorang driver untuk menjaga dan menghantar isteri dan anak-anak beliau untuk ke mana-mana sahaja yang mereka pergi.

Pada suatu hari, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mati di tempat kejadian.  Keputusan post mortem menunjukkan beliau mati kerana SERANGAN JANTUNG.


PEMBUNUH SENYAP

Kalau anda masih belum tahu, penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis adalah mereka yang berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung.


Cuba anda tengok, punca asal sebenar pembunuh senyap ni adalah kerana KOLESTEROL TINGGI!!!

Sebab tu ujian saringan sangat penting bagi mengenalpasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

Tiada simptom tidak bermakna tiada penyakit, jadi dinasihatkan penghidap diabetes dan darah tinggi menjalankan screening (saringan).

Tapi masih ada yang tidak mahu mengambil ubat doktor walaupun telah didiagnose. Jangan culas makan ubat. Untuk alternatif lain, boleh ikhtiar dengan cara RAWATAN SECARA SEMULAJADI. Antaranya adalah VIVIX.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang MANFAAT VIVIX



 
Laburkan sedikit dari wang yang anda ada. Kesilapan anda juga kerana tidak menjaga pemakanan dan kesihatan dari awal sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit yang membawa maut ini. 

Semua berpunca dari pemakanan. LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. Kerana seperti mana yang kita semua tahu, rawatan penyakit kardiovaskular sangat mahal dan apabila dikesan mengidapinya, pesakit perlu menjalani rawatan segera.

Jika tidak, PELUANG untuk mendapat STROKE juga adalah SANGAT TINGGI. Anda kena ingat, once you kena stroke, it will be the most challenging part, not only in your life, but also to your familiy member. 


MORAL OF THE STORY

Berbalik kepada cerita driver tadi. Anda tau tak. Akhirnya, kesemua harta beliau jatuh ke tangan siapa?

Jawapannya.........jatuh ke tangan driver tadi. Sebabnya, driver tadi berkahwin dengan isteri businessman tadi. Untung betul jadi driver. Xyah susah-susah membina empayar kekayaan.Tak pasal-pasal jadi jutawan segera.

Maka, SIAPA YANG BEKERJA UNTUK SIAPA SEBENARNYA NI? Fikir-fikirkan.....Cari duit, cari duit juga. Tapi kesihatan jangan diabaikan. Sebab tu lah, DAO selalu kata, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR. Jom amalkan kehidupan yang lebih sihat. Pastikan badan anda cukup nutrisi ye!


Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

EBOOK PERCUMA!!! NOW EVERYONE CAN KURUS!!!

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Harini nak announce sesuatu yang sangat menarik. Satu lagi projek khas komuniti hasil usaha Empayar Maria Firdaus telah dilancarkan. Projek ini dinamakan NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 


APA ITU NECK?

Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah satu projek tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Empayar MariaFirdaus untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menyelesaikan masalah obesiti mereka dengan pendekatan yang mudah dan praktikal.  

Semua FORMULA dikongsikan di dalam BUKU NECK dan ia adalah kisah benar yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis dalam menurunkan berat badan dengan cara yang MUDAH dan cukup PRAKTIKAL

Bagi mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk, Anda WAJIB dapatkan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang terdapat di dalam buku ini. 

Teknik ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari.



10,000 buah buku mini fizikal NECK sold out


Saiz buku mini fizikal NECK kecil sedikit daripada buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Sangat mudah dibawa ke mana-mana.


EBOOK MINI NECK

Bagi mereka yang tak sempat nak grab, jangan risau. Walaupun buku mini fizikal NECK dah takde, anda masih boleh mendapatkannya dalam format digital.

==================================
Ada 2 cara untuk anda dapatkan Ebook ini.
 

1. BELI PADA HARGA RM10.
Anda boleh bank in RM10 ke akaun:-
 
Maybank 1621 4294 8146 
CIMB 7004 566 123 
Kam Haryatie Abdul Mutalib
comecoze79@gmail.com 
p/s Wang tersebut akan disalurkan ke Tabung Maria Firdaus Prihatin untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.


ATAU 

2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE di atas atau di bawah entry ini.
 
(Ia AMANAH untuk anda yer) 

================================== 

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).
Sila download ebook ini di :





Salam Kurus Dan Sihat, 
"Now Everyone Can Kurus" 
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus" 

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.
Viewing all 229 articles
Browse latest View live