Quantcast
Channel: Mommy Shahab
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

PEMUZIK OKU MENANG ANUGERAH JUARA LAGU

$
0
0
Assalamualaikum semua,
Ramai yang tahu Anugerah Juara Lagu ke-29 baru sahaja tamat minggu lepas. Secara jujurnya, saya seorang yang meminati muzik. Saya suka menyanyi (tapi suara tak sedap, nyanyi dalam toilet boleh la), saya boleh main keyboard dan piano tanpa membaca note muzik. 

Tapi saya bukan jenis yang duduk mengadap tv semata-mata nak tengok juara lagu, nak dengar lagu atau tengok cerita (kecuali tengok wayang, itupun ada jugak buat kerja lain, tido...hahaha). Jangan kata juara lagu, cerita lain pun saya dah jarang berkesempatan nak tengok. Tapi saya suka dengar muzik sambil buat kerja.

Maklumlah hidup 'huru-hara' macam ni lah. Banyak perkara yang kena susun dan dibuat ikut priority dan agenda tengok tv tak pernah ada dalam list. Jadi malam juara lagu aritu, saya memang tak tengok. Sambil menguruskan segala urusan keluarga dan anak-anak sambil dengar-dengar je.

Keesokkan harinya, macam-macam cerita saya dengar di office memuji tentang kehebatan juara lagu malam sebelumnya. Apa yang hebat sangat saya pun tak tahu. Bila saya balik ke rumah, malam tu, baru husband saya tunjuk sesuatu.


INI KISAHNYA

Rupa-rupanya kumpulan muzik OKU telah memenangi AnugerahPersembahan Terbaik pada malam tersebut. Tapi macam mana ada pemuzik OKU pulak?Mana datang diorang ni? Ni kan juara lagu, bukan pertandingan vokal bukan sekadar rupa.

Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kelainan upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media sosial.

Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur.

Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton dengan membawakan lagu ciptaan beliau. Tahniah Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan kepada golongan ini. Mereka telah berjaya membuktikannya.

Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dikhabarkan penyanyi asal Aweera, telah keluar dari kumpulan Mojo atas beberapa sebab. Dan keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers. 

Power!!! Suara dia memang power. Nama beliau Azmi Saat. Memang menjadi kejutan yang dilakukan oleh Edry KRU apabila membawa kumpulan Caliph Buskers ke atas pentas AJL29 untuk menyanyikan lagu Romancinta bersama Mojo.
 
Tahniah...Tahniah...Tahniah  buat semua yang terlibat. Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. sekurang-kurangnya mereka tau kelebihan yang mereka ada, dan mereka gunakan bakat yang ada untuk mencari rezeki. 

Bukan sekadar menadah tangan semata-mata. Mereka betul-betul memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan ramai orang. Sape yang belum tengok lagi persembahan mereka malam tu, jom kita tengok.....






IBU MENYUSU: SIGNAL BILA KURANG NUTRISI

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Anda tahu tak? Kehilangan nutrisi di dalam badan adalah salah satu risiko yang terpaksa ditanggung oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Dan memastikan badan ibu cukup nutrisi adalah cabaran yang perlu ditempuh sepanjang proses kehamilan dan penyusuan. 

Akibat kekurangan nutrisi, ibu berisiko untuk menghadapi masalah seperti morning sickness, darah tinggi, diabetes, water retention, sakit pinggang, cramp, sakit gigi, heart burn, sembelit dan anemia.

Agak-agaklah, mampu ke kita nak dapatkan nutrisi lengkap dan nutrisi tambahan daripada makanan yang kita makan semata-mata? Jawapannya memang tak laaaa......


Amacam? Boleh ke makan 18 cawan bayam sehari semata-mata nak dapatkan cukup folic acid?

Ni pulak cara nak dapatkan keperluan kalsium dalam sehari. Amacam? Boleh telan ke?

Nampak tak, keperluan ibu menyusu semuanya EXTRA.
 
Bayi memang akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu. Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. 

Maka, jika ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Ibu menyusu memerlukan tambahan 450 kalori dan tambahan 25g protein dalam sehari.

Ini lah sebab utama, kenapa saya selalu tekankan kepada ibu-ibu yang mengandung dan menyusu supaya mengambil nutrisi lengkap. Bagi ibu yang menyusu, bukan sahaja untuk banyakkan susu badan untuk anak kita, tapi untuk kesihatan diri kita sendiri. Top up nutrisi dengan suplemen adalah satu langkah BIJAK.



KEPERLUAN NUTRISI IBU MENYUSU

Set bersalin dan menyusu antara set yang paling banyak mendapat respon. Saya dah jadi macam tempat rujukan untuk mereka yang selalu ada masalah susu badan tak cukup. Berdasarkan sedikit pengalaman dalam menyusukan 3 orang anak dengan susu badan tanpa topup susu formula. 

Walaupun saya masih bekerja dan ada masa saya juga ke luar daerah, tapi saya berjaya menyusu anak-anak dengan susu badan sepenuhnya. Secara jujurnya, masa mula-mula saya consume set bersalin dan menyusu ni, selepas saya bersalin anak ketiga. 

Saya rasa saya sangat-sangat perlukan suplemen untuk tampung keperluan nutrisi badan saya sebab pada ketika itu, saya menyusu anak yang ketiga sepenuhnya, saya bekerja, anak-anak yang 2 orang lagi tengah lasak, dan semua anak-anak saya jejaka idaman malaya.


ALFALFA DAN ESP JE MEMANG TAK CUKUP

Dalam ramai-ramai yang bertanya tentang set menyusu ni, ada yang follow apa yang saya makan, ada juga yang nak budget. Alasan tak mau ambil full set sebab budget, atau sebab malas nak makan banyak-banyak.

"Kak, saya rasa saya nak ambil Alfalfa dan ESP je lah. Cukuplah tu. Janji susu badan banyak. Lagipun banyak sangat saya nak kena makan. Saya ni susah nak makan pil-pil ni"

Dan kebanyakan daripada mereka yang ambil 2 item ni je, selepas tempoh 1 bulan lebih, mereka akan contact saya balik, dan mengadu  persoalan yang semuanya lebih kurang sama.

"Kak, saya rasa badan letih-letih la kak. sakit pinggang, lepas menyusu rasa susahnya nak bangun. Bila bangun pagi kadang-kadang kaki cramp. Apa lagi yang saya perlu ambil"

End up, semuanya TERPAKSA ambil full set untuk topup semula nutrisi. Dan alhamdulillah, lepas tu semuanya kembali normal, badan semakin cergas, letih-letih dan sakit badan dah takde dan susu badan lebih meriah dari sebelum tu.

Ada lagi sebab-sebab lain kenapa saya galakkan sangat ibu-ibu menyusu consume nutrisi lengkap. Antaranya adalah sebab untuk loose weight. Mungkin ramai yang tak tahu, badan kita akan tetap menghasilkan susu walaupun banyak nutrien telah hilang.

Lemak-lemak yang terhasil sepanjang proses kehamilan, akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan susu.Tapi, bila sampai satu tahap kesemua lemak yang terhasil telah digunakan sepenuhnya, secara perlahan-lahan, anda akan mula rasa sakit-sakit badan, rasa penat dan sakit pinggang. 


Itu adalah satu signal yang menandakan badan anda mengalami kekurangan nutrisi. Anda perlu topup nutrisi dengan mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk memberi anda tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.


PASTIKAN AMBIL NUTRISI LENGKAP

Jangan abaikan kesihatan kita. Kalau kita sayangkan anak-anak dan keluarga kita, kita kene sayangkan diri kita sendiri dulu. Barulah kita mampu untuk menjaga mereka dengan baik. Jagalah pemakanan kita semua wahai ibu-ibu. 

Ini complete set yang saya selalu sarankan. Insyallah dengan izin Allah ibu-ibu akan rasa lebih sihat dan bertenaga dan akan menghasilkan susu badan yang lebih berkualiti dan berkhasiat untuk si manja.

Seiringan dengan umur yang makin bertambah. Cintailah diri kita kerana ingin melihat bagaimana anak2 kita membesar, bersekolah, ke menara gading, bekerja, berkahwin dan bekeluarga seperti pusingan hidup kita kini. Supaya kita lebih kuat dan sihat untuk mendidik anak di zaman yang sangat mencabar kini.

Kita semua menghadapi masalah yang sama. Sibuk bekerja, makan tak tentu, makan fast food selalu, tak cukup seimbang, sayur pun belum tentu yang kita makan tu tidak beracun. Buatlah pilihan bijak wahai ibu. Zaman sekarang suplemen dah jadi satu keperluan untuk kita semua. Sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan jangka masa panjang.






 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

AKAN TETAPI, hakikatnya setiap supplement mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dan fungsi supplement-supplement ini juga unik yang mana kekurangannya tidak dapat dipenuhi oleh ESP atau alfalfa mahupun kedua-duanya semata-mata. Saya mengambil contoh sebuah kerusi. Jika mommies semua duduk di atas kerusi dengan menggunakan hanya 2 kaki, agak-agak stabil tak kerusi tu? Jika dibandingkan mommies duduk di atas kerusi yang mempunyai keempat-empat kakinya terletak di atas lantai serta berdiri teguh untuk menampung berat badan anda. Mana yang lebih stabil dan tidak akan jatuh? Dah tentulah kerusi yang berkaki empat. Samalah juga konsepnya dengan set penyusuan. Orang yang menitikberatkan KUANTITI semata-mata lazimya akan mencari produk untuk membantu meningkatkan penghasilan susu sahaja. Namun mereka mungkin tidak sedar akan pentingnya untuk melihat penyusuan itu dari aspek yang lebih holistik dan menyeluruh i.e. kepentingan KUALITI susu yang dihasilkan. Jika anda abaikan keperluan supplement-supplement cadangan lain seperti mana yang terkandung di dalam set penyusuan Shaklee, bukan tak boleh ... boleh tapi anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi badan anda sepenuhnya. Dan hasilnya pula, sudah pasti kualiti susu yang anda mampu hasilkan tidak sehebat sekiranya anda mengambil set penyusuan yang lengkap dengan sekurang-kurangnya 3 vitamin asas penting iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Bagi saya yang menginginkan HANYA YANG TERBAIK untuk anak-anak saya, sudah pasti saya akan memilih untuk mengambil set yang lengkap dan tidak bergantung harap pada ESP mahupun alfalfa sahaja. Jika budget tidak mengizinkan, itu lain cerita. Jom kita teliti fungsi setiap supplement yang terkandung di dalam set penyusuan: # Vitalea Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vitalea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 24 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas, bertenaga selain bersemangat untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak. # B Complex Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru, vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. Bila tenang, susu ibu mudah untuk dihasilkan dengan lancar. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty. # Vitamin C Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah. Secara tak langsung, apabila si ibu sihat, maka proses penyusuan dapat berjalan dengan lancar. # Ostematrix Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. ********************************************************************** Ternyata begitu ketara perbezaan antara keenam-enam supplement ini. Tepuk dada tanya selera. PILIHAN kini terletak di TANGAN ANDA. Maka buatlah keputusan dengan bijak dan berusahalah untuk memberikan yang terbaik anda mampu lakukan demi menjaga amanah Allah ini. Jika anda fikir anda mahu mencuba Set Penyusuan Shaklee bagi meningkatkan mutu dan nutrisi susu ibu anda buat si manja, add saya di FB - Marina Nasir.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

BILA SUSU BADAN MERIAH, SAYA TERPAKSA KURUS!

$
0
0

Assalamualaikum semua, 

Nak tahu tak? Kalau anda seorang ibu menyusu, anda akan sentiasa mengalami satu situasi kerap lapar. Sepanjang proses penyusuan, nafsu makan kita akan meluap-luap. Terutamanya setiap kali selepas menyusu. 

Ni pengalaman saya sendiri, sepanjang proses penyusuan ketiga-tiga anak saya, saya makan 6 kali sehari. Dan saya kerap makan di waktu malam, sebelum tidur. Sebabnya perut lapar sangat.

Ermm....Ngeri tak dengar? Ramai yang takut dengan situasi ni. Boleh kata 24 jam asik lapar aje. Tapi percaya tak, badan saya tak naik malah semakin slim. Makan banyak, tapi tetap kurus. 


PEMBAKARAN LEMAK SEMASA MENYUSU

Kalau anda nak tahu, proses penghasilan susu sebenarnya memerlukan tenaga. Penyusuan akan menyebabkan ibu membakar 500 kalori tenaga setiap kali menyusu. Sebab tu lah kita akan kerap rasa lapar.



Kalau sehari kita menyusu anak kita 5 kali, berapa jumlah kalori terbakar. Haaa....yang ni senang je nak kira. Anda boleh kira dengan cara mengepam susu. Kalau minum direct memang susah sebab kita sendiri tak tahu berapa banyak jumlah susu yang anak kita minum.


1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda. Kalau anda pam 30 oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan seterusnya.

1 oz = 20 kcal  

Semakin banyak susu  terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan. Jika anda pam susu sebanyak 25 oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari. Sebab tu lah anda akan rasa lapar giler setiap kali selepas menyusu.

Setiap 1 sesi mengepam, biasanya saya dapat antara 9-12 oz. Saya akan pam sehari 3 kali. Saya guna pam manual je, senang nak bawa ke mana-mana. Pam ni saya guna dari anak pertama sampai anak ketiga. Berbaloi-baloi.

Bayangkan semasa dalam pantang, kita mesti menyusukan anak kita 8-12 kali sehari. Pengalaman saya sebelum ni, berat sebelum pregnant, 48kg. 

Masa pregnant naik 17kg. Lepas bersalin dan dalam pantang berat saya turun 8kg. Dan semakin turun secara perlahan-lahan. Dalam bulan ke-3 dan 4 saya berjaya dapat semula berat 48kg. 

Best tak? Tak yah susah-susah nak p marathon gym semua bagai. Enjoy moment menyusu anak sambil baring atas katil tengok tv, sambil bakar kalori, lagi best kan?

Sebab tu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tapi ada juga yang tak berjaya atas sebab hormon, pemakanan dan stress.

Kajian menunjukkan ibu yang menyusu perlu mengambil extra 500 kalori setiap hari dari orang biasa.  Biasanya, orang biasa perlukan 2000 kalori sehari. So ibu menyusu mesti extra 500 kalori sehari. So best kan?  

Tapi! Bagi ibu-ibu yang makan seperti biasa, yang makan tak cukup kalori yang disarankan untuk ibu menyusu, badan anda akan lebih cepat turun. Sangat cepat! Sebab apa? 

Sebab bila badan kita tak cukup kalori untuk menghasilkan susu, lemak-lemak yang terhasil sepanjang proses kehamilan, akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan susu.



Saya perasan, bahagian yang paling cepat slim adalah bahagian yang paling banyak lemak. Perut, peha dan pinggul. Semua seluar dan baju sebelum pregnant, semua saya boleh pakai semula, seawal bulan ke-3 selepas bersalin. - Ini hanyalah gambar hiasan
  
Inilah rupa saya semasa mengandung. Makan-makan dengan office mate saya, Ikha. Makin nak sampai hari bersalin, badan semakin dipam pam. Makan pun makin selera. Memang belasah makan apa saja sebab dalam pantang nanti ada sesetengah makanan yang kene dipantang. Average berat saya naik sebanyak 17kg.

OK. Ini gambar saya masa anak pertama, Dzikrie berumur 5 bulan. Kurus tak saya. Hehehe....

Gambar kiri selepas saya baru habis pantang bersalin anak kedua, Qhalish. Masa ni saya dah turun 8kg. Gambar kanan masa Qhalish umur 4 bulan.


Ni gambar masa anak ketiga saya, Raees berumur 6 bulan.


Ni masa saya bertugas di Langkawi. Masa ni Raees sudah pun berumur 2 tahun lebih. Tapi Raees masih lagi menyusu. Mungkin ada ilusi optik di situ, saya dan Affni nampak kecik sebab orang lain jauh lebih besar. Hehehe...tapi memang betul saya masa ni sama kurus dengan Affni.
 
Sebab tu lah, bagi saya, tempoh penyusuan adalah momen terbaik untuk makan apa saja. Badan saya maintain sepanjang saya menyusukan anak-anak saya. Tapi saya cerita ni bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Bukan campur ye. 

Kalau dah campur susu, semua yang saya cerita tadi dah tak boleh digunapakai. Jangan pulak ibu-ibu yang dah campur susu formula pada anak p makan extra 500 kalori sehari. Silap haribulan makin bam bam la jawabnya.


FOKUS BANYAKKAN SUSU BADAN

Rasa-rasa ibu semua faham tak apa yang saya nak sampaikan ni. Saya nak beri tahu kepada semua ibu, bahawa berilah susu badan kepada anak-anak kita. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut;

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Terlalu banyak kebaikan yang akan diterima oleh kedua-dua ibu dan anak sepanjang proses penyusuan. Siapa yang belum pernah baca tentang kisah susu ibu di dalam Al-Quran, boleh baca lebih lanjut di sini. 


Jadi, ibu yang selepas bersalin, kalau nak cepat slim, susukanlah anak-anak dengan susu badan. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk tidak mengamalkan sebarang diet untuk turunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan yang pertama selepas bersalin. 

Diet yang tidak seimbang akan menjejaskan penghasilan susu badan dan menyebabkan anda kehilangan tenaga dan menjadi kerap letih. 

Dua bulan pertama selepas bersalin, mesti FOKUS kepasa proses PENYEMBUHAN dan MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN. Bukan menurunkan berat badan. Seperti yang saya terangkan tadi, proses penyusuan itu sendiri akan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Percayalah, ibu menyusu TERPAKSA KURUS!

Macam mana cara nak banyakkan susu badan, senang aje. Sila lah consume Set Menyusu Shaklee. Kalau nak try makan makanan-makanan yang lain pun boleh jugak. Cuma larat tak larat je la nak sediakan semua tu. Ikut pengalaman saya dari anak pertama, set menyusu dah ada semua sekali. ON THE GO!

Saya sendiri mendapat nutrisi lengkap dengan set menyusu. Kalau nak lagi jimat, sebelum bersalin, prepare siap-siap Set Bersalin & Menyusu. Yang lagi best sebenarnya Set Slimming juga terdapat dalam Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Best giler lah!


Salah satu testimoni sahabat kami yang mengamalkan Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Sebijik pengalaman saya.

Tapi, ibu-ibu kene beringat. Selama 2 tahun lebih kita menyusu, kita boleh makan apa sahaja kan. Bila cerai susu, cara pemakanan kita kena control semula. Kita dah kira kategori orang biasa. Dah takde kalori-kalori tambahan yang diperlukan lagi dah. 

Saya sendiri sedang mengalami situasi ini sekarang. Berat saya dah lebih 5 kg. Sekarang dalam proses untuk penurunan berat badan semula. Dah terpaksa join program Now Everyone Can Kurus.Insyaallah, sebelum raya nanti akan dapat semula berat badan yang dikehendaki.


SET LENGKAP MAHAL?

Statement mahal tu dah biasa sangat kami terima. Sebab saya juga pernah anggap perkara yang sama pertama kali saya dapat tahu tentang set lengkap ni. 

Tapi, lepas saya kira dan buat perbandingan dengan kos susu formula dan juga kos untuk menurunkan berat badan, sebenarnya Set Bersalin &  Menyusu Shaklee tersangat murah.

Saya tak prefer untuk makan jamu sebab jamu akan menyebabkan susu kering dan sangat tidak sesuai untuk ibu-ibu menyusu. Mungkin akan beri kesan sampingan juga kepada bayi. Sebab tu saya pilih Shaklee. Suplemen yang dihasilkan 100% dari bahan-bahan semulajadi.

So, lepas ni, mesti semua bersungguh-sungguh nak fully breastfeed anak-anak kan? Rugi tau siapa yang tak berusaha memeriahkan susu badan. Siapa yang nak tau lebih detail, boleh contact saya. 

Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

TIPS SEMBUH CEPAT DARI DEMAM DENGGI

$
0
0
Assalamualaikum,

Musim denggi kembali lagi nampaknya. Saya dah nampak pattern musim denggi ni. Tahun lepas saya warded sebab denggi waktu-waktu macam ni lah. Hujung-hujung bulan 2 dan awal bulan 3. Bila musim panas dan kering bermula, nyamuk-nyamuk aedes membiak dengan gembiranya.

Siapa yang belum pernah baca kisah saya diserang denggi kali kedua setahun yang lalu, jemput baca di sini.

Serangan Denggi Kali Kedua

Dalam entry tersebut saya ada share apa yang saya makan untuk meningkatkan kadar platlet dengan cepat. Sampaikan ada reporter berminat untuk terbitkan semula entry saya tu dalam bentuk artikel dalam akhbar Harian Metro.

Glamer I kejap masa ni. Hehehe.....
Tapi kali ni, saya nak share tips untuk penyembuhan dengan lebih cepat bila platlet kita dah mula meningkat. Tips ni tak sempat saya nak bagi pada reporter tersebut. So saya share dalam blog saya lah.


KEPENTINGAN SUPLEMEN DALAM MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN

Sebelum doktor benarkan keluar, doktor ada menasihatkan saya supaya banyakkan berehat dalam tempoh 2-4 minggu. Air memang kena maintain minum banyak, dan saya dinasihatkan untuk ambil vitamin dan suplemen.

Mereka yang diserang denggi sebenarnya kehilangan vitamin dan mineral yang banyak. Sebab tu dinasihatkan untuk ambil suplemen tambahan untuk mengembalikan semula vitamin dan mineral yang telah hilang.

Saya admit di hospital selama 8 hari dan saya dapat MC seminggu lagi untuk tempoh penyembuhan. Dalam tempoh seminggu tersebut, saya memang betul-betul perlukan rehat secukupnya. Waktu itu sebenarnya kepala masih lagi agak weng orang kata. Badan pun masih lemah sebab dah seminggu tiada selera makan.

Saya nak share antara suplemen yang saya consume semasa denggi dan selepas saya keluar wad. Tempoh penyembuhan sepenuhnya mengambil masa 2-4 minggu mengikut tubuh badan masing-masing. Alhamdulillah dengan pengambilan suplemen ini betul-betul membantu saya sembuh sepenuhnya dalam tempoh yang cepat.


1. PERFORMANCE DRINK
Membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam denggi menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh).

Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan minuman isotonik yang lain sangat tinggi dengan kandungan gula.

Ada kes seorang sahabat saya yang terlalu banyak minum minuman isotonik yang biasa ada dipasaran. Side effect selepas sembuh demam denggi, beliau disahkan menghidap kencing manis. Sebab tu lah saya pilih performance drink berbanding minuman isotonik yang lain kerana ia terbukti dengan ujian klinikal satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.



2. VITAMIN C SUSTAINED RELEASED
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imuninasi badan dan untuk meningkatkan semula penghasilan sel darah putih. Sel darah putih berfungsi membunuh bakteria / virus di dalam badan. Sel darah putih merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi tubuh.




3. NUTRIFERON
Nutriferon menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Fungsi interferon adalah memberi signal kepada sel darah putih untuk bertindak balas apabila bakteria / virus masuk ke dalam tubuh badan.

Dalam kes demam denggi, interferon membantu membunuh virus denggi daripada menular dan menjadi lebih teruk.



4. VITA-LEA
Vita-lea adalah multivitamin yang mengandungi iron yang membantu dalam pembentukan semula sel darah merah. Bacaan platlet saya yang sangat rendah menyebabkan saya mengalami pendarahan kerana kekurangan platlet untuk proses pembekuan darah.

Darah yang keluar dari liang-liang roma dan gusi, dalam masa yang sama didatangi haid dan ujian darah yang diambil 2 kali setiap hari ketika denggi menyebabkan saya kehilangan banyak darah. Jadi saya perlukan iron/zat besi untuk membantu menghasilkan semula sel darah merah ke tahap normal.


SEMBUH SEPENUHNYA DENGAN CEPAT

Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas itu. Masa follow up, platlet saya dah kembali ke paras normal dengan kondisi badan yang lebih sihat berkat mengamalkan suplemen secara konsisten.

Macam saya explain tadi, tempoh penyembuhan bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Jika anda amalkan pemakanan sihat dan cukup nutrisi, tempoh penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

Saya sarankan kepada anda semua, jika anda, ahli keluarga, sahabat atau saudara mara yang dijangkiti demam denggi, berilah mereka maklumat ini tentang kepentingan pengambilan suplemen untuk mengembalikan semula vitamin dan mineral yang telah hilang.

Badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap untuk proses penyembuhan. Dan yang paling penting, pastikan ia semulajadi. Jom kita dengar saranan dari Pakar Nutrisi tentang pengambilan suplemen dalam membantu penyembuhan demam denggi.

Klik image di atas untuk buka link video

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 
Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

BADAN KECIL KOLESTEROL TINGGI

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya pernah cerita tentang kisah mak berjaya pulih dari masalah sakit lutut lepas beliau mengamalkan Advance Joint Health. Kesan dirasai dalam tempoh tak sampai 2 minggu. Siapa yang belum pernah baca kisah tersebut, boleh baca di sini.


Mak Dah Tak Sakit Lutut Lagi


Alhamdulillah, sejak dari itu sampai sekarang mak dah tak de mengadu sakit lutut lagi dah. Semakin hari mak semakin aktif. Mak juga dapat menunaikan hajat ramai orang yang mengidam kuih koci mak. Kuih koci the best in town.



Ramai yang sangat suka dengan kuih koci mak sebab rasanya yang sangat sedap dan rupanya yang sangat cute.

Tapi, ada 1 masalah mak yang saya perlu selesaikan.Masalahnya adalah, mak mempunyai KOLESTEROL TINGGI. Masalahnya mak TAK GEMUK. Tapi macam mana kolesterol boleh tinggi? Bacaan kolesterol Mak adalah 7!

Dari segi pemakanan, memang saya akui, mak suka masak makanan yang bersantan dan bergoreng. Sangat suka OK! Semua benda mesti goreng. Takde rebus-rebus, takde stim-stim. Kalau mak masak Ikan Sumbat Cili, lagi lah, minyak lepas goreng ikan tu, siap tuang atas nasi panas-panas.


Perghhhh!!! Memang terangkat! Secara natural, kami sekeluarga sendiri terikut-ikut cara dan pola pemakanan mak sebab mak yang control apa yang kita makan setiap hari. Dulu memang tak pernah kisah pasal kolesterol ni. Sebab TIADA ILMU.




Tak tahu apa akibat jika kolesterol tinggi. Bila umur semakin meningkat, ilmu semakin banyak dalam bidang nutrisi ni, dan dah jumpa semakin ramai ahli keluarga dan rakan-rakan yang ada masalah lain, sakit jantung, heart attack, stroke, semuanya berpunca daripada KOLESTEROL TINGGI!


Secara jujurnya keluarga kami juga antara mereka yang ambil mudah. Sebab kolesterol ni benda yang tak nampak sebab ia berada dalam salur darah. Kita hanya akan tau kolesterol kita tinggi hanya bila kita buat ujian darah ataupun bila dah terkena heart attack. Sebab tu lah orang kata silent killer.

Saya rasa nak belanja anda satu video ni. Video yang buat saya mula faham punca penyakit merbahaya akibat dari kolesterol tinggi. Saya sarankan anda tonton video ni sampai habis dan fahamkan betul-betul kesan dan akibat kolesterol tinggi. Jom kita tengok.



Amacam? Ada terasa nak p buat medical check-up sekarang jugak tak?


UBAT KOLESTEROL HABIS SELURUH MALAYSIA

Bacaan kolesterol mak pada tahun 2013, adalah 7. Iaitu dah sampai tahap bahaya. Sape yang tak tahu nak baca tahap kolesterol, sila rujuk imej di bawah.



Memandangkan tahap kolesterol mak pada tahap bahaya, mak terpaksa bergantung pada ubat kolesterol untuk turunkan kadar kolesterol. Bila bergantung bermakna tak boleh tak ambil, mesti kena ambil setiap hari. 


Tapi, pada bulan Jun 2014 yang lalu, mak beritahu saya pasal ubat kolesterol sold out seluruh Malaysia. Bayangkan betapa ramainya rayat Malaysia ni kolesterol tinggi sampai ubat pun sold out. So mak risau sebab takde ubat. Mau tak risau, kolesterol kalau dah sampai tahap bahaya. 


Nak dijadikan cerita, kebetulan dalam masa yang sama, Shaklee melancarkan produk terbaru menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi iaitu Phytocol-ST. Apa lagi, saya orang pertama yang tak ketinggalan borong. Masa tu promotion buy 6 free 1.


Ni duta Phytocol-ST tak berbayar. Hehehe....

Tapi macam biasa, saya dok terfikir-fikir macam mana lah benda alah ni boleh turunkan kolesterol. Macam tak boleh nak faham dia punya matematik. Since saya ni jenis yang suka nak kaji how it works, so saya ambil keputusan untuk join health talk pasal phytocol ni. Rupa-rupanya ini matematiknya. Semua disebabkan Fitosterol.

 

APA ITU FITOSTEROL?

 

Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL dan STANOL TUMBUHAN) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buahan, sayuran, kekacang, bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
 

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan struktur kolesterol. 
Bila kita ambil Fitosterol ni, ia akan bersaing dengan Kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman kita.

Hasilnya? Kolesterol tak boleh diserap, dan akan disingkirkan bersama-sama Fitosterol. Maksudnya, bila kita ambil lebih banyak Fitosterol, maka makin kuranglah Kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. Dan makin tinggi lah peluang untuk kita turunkan paras Kolesterol "Jahat" iaitu LDL.


So saya bagi mak saya makan Phytocol-ST setiap hari


Selain daripada Phytocol, saya bagi mak makan Omega Guard setiap hari. Kenapa Omega Guard? Sebab Omega Guard ni fungsinya adalah meningkatkan kadar HDL. Anda tengok, selain dari tu, banyak lagi side effect yang kita dapat bila kita consume Omega Guard.

Kenapa kena tingkatkan kadar HDL? Sebab HDL ni lah yang dipanggil kolesterol baik yang tugasnya adalah untuk menyingkirkan semula kolesterol jahat LDL.





HASILNYA

Selepas 2 bulan mak amalkan Phytocol dan Omega Guard, mak follow up semula. Dengan gembiranya mak beritahu yang tahap kolesterol mak dah turun ke tahap normal iaitu dengan bacaan 4.8. Doktor agak pelik sebab ikutkan dah 2 bulan mak tak makan ubat sebab out of stock.

Tak dapat nak tunjuk bukti result darah mak sebab mak lupa nak minta daripada doktor. Insyaallah next entry saya akan update kalau mak dapat minta copy result.Yang paling best, pada umur mak 65 tahun, keputusan ujian darah mak sangat cantik. Doktor beritahu, mak takde diabetes, takde darah tinggi, kolesterol normal, hati pun cantik.

Doktor siap tanya macam mana mak berjaya turunkan tahap kolesterol. Mak cuma cakap makan Shaklee. So, doktor kata, kalau macam tu lah mak teruskan makan Shaklee. Tak perlu sebarang ubat doktor lagi dah. Lagipun ubat-ubat hospital ni mana boleh makan lama-lama. Nanti jadi efek lain pulak.

 
ABANG PUN KOLESTEROL TINGGI

Nak dijadikan cerita lagi, mak p cerita pasal result ni pada abang sulung saya. Abang agak excited nak try. Sebab tahap kolesterol abang sendiri pun border line memanjang. Padahal abang saya ni ironman. Makan pun control. Tapi kolesterol tak normal-normal jugak. Faktor usia pun boleh jadi penyebab juga.

Kalau nak tau, abang saya ni atlit. Marathon, triathlon, swimming, cycling, segala mak nenek aktiviti lasak dia buat. Konsisten pulak tu. Ironman challenge pun dia berjaya lepas.

Alhamdulillah, lepas 2 bulan consume Phytocol dan Omega Guard, memang betul-betul menampakkan hasil yang menakjubkan.




Ini pula testimoni salah seorang pengguna yang lain.


BANTU DIRI, KELUARGA DAN SAHABAT

Syukur Alhamdulillah, seronok dapat bantu family sendiri jadi lebih sihat. Siapa lagi yang WAJIB kita bantu kalau bukan bermula dari family sendiri kan. Sebenarnya, bukan orang gemuk saja ada kolesterol tinggi. Orang yang kurus pun boleh ada kolesterol tinggi. 


Orang yang aktif dan masih control makan pun kolesterol tinggi. Faktor peningkatan usia salah satu penyebab tahap kolesterol semakin meningkat. Sebab tu penting untuk kita jadikan Medical Checkup sebagai rutin tahunan, walaupun kita rasa kita sihat je. 

Ingat yer, KOLESTEROL TINGGI ADALAH PEMBUNUH SENYAP!!! Sebelum tu saya nak tanya beberapa soalan kepada anda untuk mengetahui adakah anda tergolong di dalam golongan yang berisiko tinggi?
  • Adakah anda concern tentang tahap kolesterol anda sendiri....atau anda berisiko terkena serangan jantung atau masalah kardiovaskular, atau stroke, atau diabetes. Bagaimana pula dengan sahabat, keluarga atau mereka yang anda sayang?
  • Adakah anda sendiri mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, atau border line, atau ada sejarah keluarga dan genetik?
  • Adakah anda, keluarga atau sahabat sedang mengambil ubat kolesterol yang disarankan oleh doktor seperti Lipitor®, Zocor®, Crestor® atau seumpamanya?
  • Adakah anda pernah mencuba diet atau program tertentu untuk menurunkan kadar kolesterol, malangnya masih belum berkesan?
Jika jawapan anda YA bagi salah satu atau kesemua soalan di atas, anda harus BERTINDAK SEKARANG! Sebelum anda atau keluarga anda menjadi salah seorang dari mangsa SILENT KILLER seterusnya.

TURUNKAN PARAS KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI dengan SET KOLESTEROL SHAKLEE.

Tapi bagi anda yang berbadan besar, obes, gemuk atau BMI melebihi paras normal, confirm mempunyai kolesterol tinggi. Anda yang termasuk dalam golongan macam ni, saya sarankan anda baca ebook di bawah. Anda boleh download secara percuma.

Teknik yang dikongsi di dalam ebook ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari dan dalam masa yang sama berjaya menurunkan kolesterol dengan sangat mudah.

DOWNLOAD PERCUMA!!!!
Klik image di atas untuk download PERCUMA!
 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

p/s Oopsssss!!!! Gambar kuih koci yang anda tengok masa kat atas sekali tu takde kaitan dengan kolesterol ye. Hihihihi.....Saje saya nak jamu mata anda semua. Harap maaf kalau anda tiba-tiba teringin nak rasa kuih koci mak saya. Tapi kalau teringin juga, boleh hubungi saya.

WORLD TURNS BLUE - AUTISM AWARENESS

$
0
0
Assalamualaikum,

Rasanya masih ramai lagi yang belum tahu, 2 April setiap tahun adalah merupakan Hari Autism Sedunia. Manakala April pula adalah bulan Kesedaran Autism


 
Sepanjang bulan ini seluruh dunia meraikan hari istimewa ini sebagai tanda memupuk kesedaran dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang "APA ITU AUTISM". 


Dengan bertemakan "Light it Up Blue", semua orang disarankan memakai baju berwarna biru atau menyalakan benda-benda lain yang berwarna biru pada waktu malam. Banyak bangunan-bangunan bersejarah di seluruh dunia memancarkan cahaya biru.


Menurut autismspeaks.org, warna biru dipilih karena mewakili anak lelaki yang paling banyak didiagnose mengalami autism. Mengikut kajian, 1 dari 88 anak mengalami autism dan 1 dari 54 diantaranya adalah anak lelaki.   

Sebenarnya World Autism Awareness Day telah diselenggarakan setiap tahun sejak 9 September 1989. Penetapan hari ini berdasarkan Resolusi Majlis Umum PBB 62/139. PBB telah mengkategorikan masalah autism sebagai krisis dan akan mendapat priority utama dalam usaha memberi kesedaran tentang peningkatan masalah ini setiap tahun.



Biasanya dalam bulan April, banyak aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan tertentu seluruh dunia dalam inisiatif memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autism.

Semalam, seluruh dunia bertukar warna biru dan memberi impak yang cukup cantik dengan pancaran biru lampu LED. Bangunan, jambatan, museum, hotel, bangunan-bangunan bersejarah seluruh dunia berwarna biru.


The Civic Hall, Leeds First Direct Arena, Bridgewater Place and CitiPark (Merrion Centre Car Park)

Famous UK landmark, The Spinnaker Tower, Portsmouth, dan The Mayflower Theatre, Southampton turned their lights blue.

Niagara Falls, air terjun terbesar di dunia dipancarkan dengan cahaya biru selama 15 minit dari 8.30 malam hingga 8.45 malam sebagai tanda Hari Kesedaran Autisme Sedunia. Macam best je kalau dapat p melawat sini kan. Insyaallah satu hari nanti saya akan sampai ke sini.
Sydney Harbour Opera House

Big Ben London.




Perth Council House, Australia

China Millennium Monument

The Wheel of Brisbane, Australia


Eiffel Tower, Paris

Yang ni tak sure kat mana.

Chauvet Europe

Antara bangunan bersejarah lain yang sama-sama menyertai 'Ligh It Up Blue' adalah  Tasmanian Parliament House and Town Hall in Australia, Empire State Building in New York City, iconic Miami Tower in Miami Florida, Willis Tower in Chicago, Universal Studios in Hollywood and Orlando, Staples Center in Los Angeles, Rock and Roll Hall of Fame in Cleveland, and Niagara Falls and CN Tower in Canada.

Saya rasa KLCC atau KL Tower pun patut buat macam ni kan. Di Malaysia baru nak bermula kesedaran tu. Insyaallah, soon or sooner diharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama faham tentang autism dan kerajaan Malaysia akan lebih banyak memberi support untuk semua anak-anak autism.

Athfaal Tadika Indah Murni (TIM-ANIS) juga tak ketinggalan meraikan hari istimewa ini. yang ni group anak-anak istimewa.
Haaa..... yang ni pulak seluruh warga tadika Athfaal. All teachers and other typical kids pun sama-sama bagi support to their special friends.

For sure, mami dengan Qhalish dah semestinya in blueeeeeeee.........rasa cool je pakai biru.

Kesedaran ini sgt penting untuk dipupuk di kalangan masyarakat agar kita semua memahami apa itu Autism.  Educate diri....tambahkan ilmu bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk menyebarkan tentang pentingnya intervensi awal pada kanak-kanak yg dikesan mempunyai simptom-simptom ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja.

Saya nak share 1 video dengan anda. Video ini adalah luahan rasa hati dari anak-anak yang megalami autism yang menceritakan bagaimana keadaan mereka sebenarya. Yang bercakap dalam video ni adalah juga seorang remaja autism. Jom kita tengok. 

10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT AUTISM

 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

 

BETUL KE PRODUK SHAKLEE DAH HABIS TARIKH PUN MASIH BOLEH DIMAKAN?

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Pada bulan September 2014 yang lalu, Shaklee ada buat promotion Meal Shake buy 3 Free 1. So ramai lah yang dok beli. Tapi ramai customer yang isu tentang tarikh luput sampai bulan April 2015 je.

Kalau ikutkan, 1 canister tu, kalau consume secara konsisten, akan habis dalam tempoh sebulan. So should be takde isu kalau expired bulan April 2015. Tapi, tu kalau yang beli masa tu la. Tapi ada SID yang buat stok Meal Shake ni. Ia menjadi isu bila stok masih belum terjual bila menghampiri April 2015.

So ramai SID yang merungut rugi sebab customer tak mau beli sebab dah nak expired. So, dalam entry ni, saya nak beri pencerahan tentang isu ni. Harap semua dapat fahamkan apa yang saya nak share ni.


BEST BEFORE VS USE BEFORE 

Sebelum saya cerita detail, saya nak share dengan anda, apa beza antara Best Before/Best By (Elok Sebelum) dengan Use Before (Guna Sebelum).



Untuk pengetahuan anda semua, produk Shaklee adalah produk yang dihasilkan 100% dari bahan-bahan semulajadi. Tiada bahan perasa atau pewarna tiruan yang digunakan dalam penghasilan semua produk nya.

Saya ada cerita dalam entry sebelum ni kenapa keluarga saya pilih Shaklee berbanding produk lain. Jemput baca di sini. Kenapa Keluarga Saya Pilih Shaklee 

Guna Sebelum/Use By - Produk tenusu

Untuk produk yang tertera tarikh Guna Sebelum/Use By, selepas tarikh tersebut, produk itu mestilah dibuang dan tidak boleh dimakan kerana ia berbahaya untuk dimakan.




Best By - Di bawah canister Performance Drink Shaklee

Untuk pengetahuan anda, semua produk Shaklee adalah di dalam kategori Elok Sebelum/Best Before/Best By. Bermakna ia secara umumnya selamat dimakan selepas tarikh yang tertera.
Selagi ia tidak berbau pelik atau nampak semacam. Ia mungkin tak lagi rasa enak, tapi anda masih boleh buat keputusan untuk memakannya atau tidak.

Sama la macam makanan yang kita masak kan. Macam mana cara kita nak tau yang makanan tu masih elok? Kita akan bau dulu, kalau bau masih ok, then kita akan rasa pula. Kalau rasa masih ok maknanya makanan tu masih elok. Tapi kalau bau dah tak elok, kita akan decide untuk buang.

Samalah konsep dalam produk-produk Shaklee ni. Untuk kes macam Meal Shake, Cinch Shake dan Performance Drink, saya sendiri pernah consume yang dah tamat tarikh tu. Tapi saya simpan dalam fridge.

Kalau tengok kat bawah canister, semua akan tertera Best By. So far yang saya consume tu dah lebih 3 bulan dari tarikh yang tertera. Alhamdulillah, bau dan rasa masih elok dan masih sama seperti sebelum tarikh luput. 

Saya ada merujuk kepada seorang sahabat yang bekerja dalam bidang pembuatan makanan. Dan beliau maklumkan bahawa natural produk memang tiada expiry date. Unless ia berubah bentuk, bau dan rasa. 

Sebab natural source tidak akan ada sebarang chemical reaction unless ada contamination during handling. Jadi saya harap penjelasan ini akan beri sedikit pencerahan kepada anda semua tentang isu ini. 

Kaedah yang terbaik adalah, simpan di dalam fridge dan ia akan berada di dalam keadaan baik dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh luput. Boleh dimakan tanpa was-was. Tapi selepas dari 3 bulan tu, anda kena alert untuk tengok struktur, bau dan rasa. Kalau dah tak ok, maknanya kena buang. 

 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 
Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

F1 - HONDA - iPHONE - SHAKLEE

$
0
0
 

Pada suatu hari, masa saya tengah dok godeh server di office, tiba-tiba dapat call dari seseorang.......

"Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Kam Haryatie?"
"Ye saya bercakap"
"Puan Kam, saya Sharifah, buat panggilan dari Honda Malaysia. Baru-baru ni puan ada hantar service kereta kan? Nombor kereta ######?"
"Haah ada"
"Ok, saya call ni sebenarnya, nak beritahu, puan telah memenangi sebuah i-Phone 6"
"Ha? Yeke? Eh! Camne boleh menang pulak ni?"
"Kan puan ada hantar penyertaan lucky draw aritu?"
"Eh? Ade ke? Macam takde la pulak submit apa2. Keeee, husband saya yang hantar. Dia kot yang submit"
"Ha, ye la tu. So, saya ucapkan tahniah. Bukan itu saja, puan juga akan dapat 2 tiket F1. Puan akan dapat duduk betul-betul depan Pit Stop. So puan boleh bawak sesiapa tengok F1 nanti. Puan nak pergi dengan siapa nanti?"
"Errrr.....dengan husband saya la"
"Ha baguslah kalau macam tu. So puan mesti datang ke Sepang Circuit untuk collect hadiah"
"Owh, memang kene p sana jugak ke? Bila eh?"
"Ye, puan mesti ke sana untuk collect hadiah. Sebab kita nak ambil gambar sikit dengan semua pemenang. Tarikhnya pada 29 March 2015"
"Ha ok2. Insyaallah saya pergi"
"Ok, satu lagi nak mintak saiz baju. Kita akan pos baju honda untuk puan pakai masa kat sana nanti. Puan pakai saiz apa ye?"
"Saya ni kecik je, camne nak tau saiz tu standard ke tak eh? Erm.......takpelah, saya amek saiz S"
"Ok, untuk husband?"
"Husband saya besar, tapi dia suka pakai baju fit2, supaya nampak slim. Hihihihi.....amek M lah!"
"Hehehe....Ok. Nanti kita akan pos baju, dan tiket ke alamat ni.... bla bla bla bla bla...."
"Ok betul alamat tu"
"Ok puan, sekali lagi saya ucapkan tahniah ye! Kalau ada sebarang persoalan, puan boleh call saya, Sharifah, call nombor yang saya call puan ni"
"Ok, terima kasih banyak2 ye"

Seminggu masa berlalu.....
Tak de pun apa-apa surat sampai.

2 minggu berlalu......
Pun tak de apa-apa surat sampai. Betul ke tak betul ni Honda yang call ni. Ke fake? Entah la. Tunggu aje lah.

3 minggu berlalu.....
Tiba-tiba ada parcel sampai. Saya pun bukak. Tadaaaaaaa.....Alhamdulillah. So panggilan yang saya dapat dari Sharifah tu, bukanlah panggilan palsu. Hihihihi....alhamdulillah...


2 tiket F1, 2 helai T-shirt Honda dan sebuah i-Phone 6

Harga tiket hampir RM1k untuk 1 tiket. Dapat 2, so hampir RM2k. Harga i-Phone 6 tu pulak lebih kurang RM3k. So total lebih kurang RM5k kami dapat. Ya Allah, banyaknya. Rezeki Allah bagi pinjam, syukur alhamdulillah.


FORMULA 1 = SHAKLEE CLOSING DAY

Nak dijadikan cerita, sepatutnya closing day bisnes saya malam sebelum F1 tu. So saya dok pulun la habis-habisan. Dengan harapan esok boleh p tengok F1 dengan tenangnya. Tapi disebabkan berlaku kesilapan teknikal, semua Shakleean tak dapat close malam tu sebab server problem. 

Kami dok stay up sampai jam 3 pagi sebab nak dapatkan maklumat dari management Shaklee. Tapi alhamdulillah, management Shaklee yang baik hati agree untuk lanjutkan tempoh closing sehingga jam 6 petang keesokan harinya. Makanya, masih ada masa untuk closing.

Pagi tu, saya ngantuk sangat. Ikutkan hati macam malas nak p F1. Tapi sebab i-Phone 6 tu kena p amek kat sana, gagahkan jugak lah pergi. Lagipun boleh experience sendiri, maklumlah tak pernah tengok F1 kan.

We were here

Sampai kat Sepang F1 Circuit, jalan memang dah jam. Cari-cari parking, baru ku tau rupanya parking kene bayar. Kalau nak dekat-dekat dengan pintu masuk, bayar RM100. Kalau nak murah sikit, parking jauh sikit bayar RM30. Tapi kena jalan jauh sikit la. Ada la dalam 1 km nak ke main entrance.  

Sebab rasa macam sayang nya la hai nak kena bayar RM100 semata-mata nak parking dekat kami redah jugak di bawah panas terik matahari. Baik lah RM100 tu bagi derma kat masjid daripada bayar parking. Jalan jauh sikit apa salahnya, boleh bakar kalori.


Meredah ladang kelapa sawit.....

Dah sampai pun kat main entrance.Nampak macam rilek aje, padahal berpeluh-peluh dah ni.
Ni excited terlebih ni.

Sebab kami belum lunch, so kami lunch je kat area mall sebelum masuk. Semua western food.
   
Dah rasa macam kat overseas pulak. Mat saleh je merata.   
Ha, tengok! Last minute, order masuk menderu-deru. Memang takde la nak rilek-rilek.  Hubby g order makanan, saya terima order suplemen. Hehehehe.....
Makan pun bawah-bawah pokok. Lapar punya pasal, panas-panas pun boleh makan.
Lepas makan kita pun masuk through VIP Lane
Pemandangan di bahagian dalam
Kat blah dalam lagi banyak merchandise. Kalau tengok harga, memang tak de lah kot nak beli. T-shirt biasa je pun sampai RM300. Tapi saya ada terminat dengan 1 beg laptop F1. Akan ku cari online nanti.
Ok, upacara penyampaian hadiah. Cewah! Haritu masuk harian Metro, kali ni masuk magazine Honda pulak kot. Lepas-lepas ni boleh masuk TV pulak. Hikhikhik.
Kami dapat duduk betul-betul depan pit stop. So dapatla tengok engineer prepare kereta F1 dan tengok diorang tukar tayar. 
       

Saya nak belanja anda gambar-gambar masa diorang tengah race. Tapi tak sempat nak capture. Laju sangat-sangat. So saya amek dari photographer yang bertauliah je lah eh.   


Perlumbaan bermula......
Tu dia Sebastian Vettel dah lalu. Dia menang kali ni. Seriously sangat jauh dia tinggalkan pelumba yang lain. Makin lama makin jauh, makin lama makin jauh. Hebat.

Lewis Hamilton menang tempat kedua


Wefie....hihihihi...

Tengok tu! Memang keje gile betul, bawak laptop order barang masa orang dok sibuk tengok F1. But it's ok. You only can grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable.


Ala, lagipun cara tengok F1 ni bukannya sepanjang masa pun. Kita tengok masa kereta tu lalu depan kita je. Sementara diorang pusing kot lain, bukannya buat apa-apa pun. So sempat la saya mengorder barang sambil pantau status anak-anak buah saya dengan macbook tu.

Itu pun nasib baik bawak. Kat sana boleh kata coverage teruk. Congested. memang tak dapat 3G, nak online memang jauh sekali. Sebbaik lah bawak broadband sendiri. Nasib baik lah sediakan payung sebelum hujan. Hihihihi....

Tepat jam 3.30, kami terpaksa bergerak pulang sebab saya nak spend masa dengan anak-anak pulak. Kesian kat diorang, mami dengan dedi p tengok F1 tak bawak diorang. Nak buat camne, tiket dapat 2 je. Next time kalau diorang dah besar, dan kalau ada yang minat F1, boleh lah bawak p tengok.

Sebelum balik, kami jumpa anak-anak buah kami, Wina & Wani untuk pass tiket. Actually, malam tu ada konsert k-pop. Diorang ni tau-tau je ada konsert malam tu. So diorang dah book awal-awal tiket nak p konsert. Macam tau-tau la pulak mak lang dengan pak lang diorang ni tak layan konsert k-pop.

Tapi sebelum bagi tiket tu, saya letak syarat kat diorang ni. Syaratnya, nak tengok, tengok dari bawah je. Jangan p naik stage pulak. Kalau rasa nak peluk, korang peluk lah sesama sendiri. Ingat pesan menteri kita. Dark, tall and handsome. Hahahaha.....

Ni dia Wina & Wani. Bersungguh betul nak tengok k-pop punya pasal, naik bas dari KL sampai ke Sepang. Since kami balik cepat, so dapatla diorang experience tengok F1 sampai habis. Enjoy korang ye!!!

Ok. For those yang rasa nak p F1, boleh refer harga tiket seperti di bawah. Tengok location seat yang you all nak duduk kat map tu. Kalau setakat bayar RM80, memang dok bawah matahari la. Kalau nak yang berbumbung, sediakan fulus lebih sikit ye. Ataupun rajin-rajin join apa-apa contest. Mana tau rezeki berpihak pada anda pula lepas ni.



Apa pun alhamdulillah Allah bagi peluang saya p tengok F1. Cuma masa tengok tu, tetiba terlintas di kepala, ada tak antara hero saya yang minat dengan lumba kereta. Kalau ada yang minat, saya support je. Lagi-lagi F1. Mana tau, kot-kot Qhalish yang jadi pelumba kereta F1. Maklumlah, dia kalau fokus satu-satu benda tu, dia tak heran yang lain dah. Hihihihi.....






CINCH SHAKE - PENYELESAIAN DIET YOYO

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Siapa ada masalah diet yoyo? Dah turun 5kg, tapi naik balik  10kg. Dah turun 8kg, naik balik 16kg. Buat penat je diet. Baik tak payah diet macam tu. 

Salah satu sebabnya adalah anda mengamalkan diet yang salah. Diet sampai terbakar otot. Bila otot terbakar, automatik metabolisme anda akan jadi rendah. So bila metabolisme rendah, diet macam mana pun, badan akan tetap naik. 

 


So macam macam mana cara nak elak otot daripada terbakar. Cinch Shake ada jawapannya. Jom tengok macam mana Cinch Shake membantu.





Cinch Shake ada dalam 3 flavour yang sangat sedap. Vanilla, Caffe Latte dan Chocolate.

Saya paling suka Caffe Latte dan Chocolate. Kalau saya takde selera nak makan nasi ke, saya akan ambil Cinch. Kalau nak rasa best lagi, buat Cinch Shake Ice Blended campur peanut butter ke, campur chocolate Kit Kat ke. Perghhhhh...memang maveles!!!!!

Kalau time bulan puasa, saya memang selalu bersahur dengan Cinch campur Nestum. Kenyang berjam-jam sampai petang. Seriously tak rasa lapar langsung. Best sangat! Perut sentiasa kenyang.



* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

ITALY AKU DATANG!! - 1 TICKET CONFIRMED!!

$
0
0
Alhamdulillah. 

Semalam, adik saya hantar slide summary tentatif program kami ke Italy nanti. Sambil tengok-tengok slide tu, tiba-tiba hati dan perasaan saya agak bercampur baur. 

Macam tak sangka yang saya layak untuk International Trip secara PERCUMA. Saya difahamkan, kos untuk setiap seorang lebih dari RM20k. Ini bukan 5 star trip, tapi 6 star!!!

 

Kali terakhir saya travel ke luar negara tahun lepas menunaikan Umrah. Nak kata selalu travel tu, tak juga. Sebab mak dan abah saya sebenarnya tak berapa suka berjalan. So, masa kecik-kecik, memang sangat jarang kami dibawa berjalan. 

Even dalam Malaysia sekalipun, apatah lagi nak p melancong oversea. Memang takkkk la kan. Setahu saya, bukan sebab abah tak mampu, tapi sebab diorang memang tak suka berjalan ke mana-mana. Kalau ada masa lapang, mereka lebih suka duduk berehat di rumah. 

Kesannya, saya sendiri pun lebih suka duduk di rumah. Tapi, sejak saya mula masuk universiti, saya cuba mengaktifkan diri, join macam-macam aktiviti di kolej. So lama-lama saya rasa seronok bila kita selalu keluar travel. 

Belum banyak negara lagi yang saya dapat pergi. Sikit, sangat sikit. Setakat 36 tahun ni, saya baru travel ke Singapore, Indonesia, UK (London, Manchester, Sheffield), France, Australia, Mekah dan Madinah. Sikit sangat kan? 

Masa tahun 2004, Maria graduate. So kami ambil kesempatan tour Europe sekali. Masa ni saya dah start kerja.

Manchester
London
Sheffield
Paris
Disneyland, Paris

Semua ni sponsor sendiri, kumpul duit sendiri. Sampai ku ikat-ikat perut kumpul duit nak p travel punya pasal. Kerja hari-hari bawak bekal. Walaupun travel dengan family, tapi semua expenses Sendirian Berhad! Hihihihi....

Kalau ikutkan, saya memang suka kalau dapat bertugas ke luar negara. Sangat suka. Tapi rezeki saya kerja takde travel ke mana-mana, so dalam Malaysia aje lah. Cuma ada 1 je sebab kompeni hantar training ke Perth, Australia. Itu je lah 1.

Training Er Mapper di Perth, Australia

Tapi sejak saya join Shaklee ni, Cash Bonus dan Car Bonus memang setiap bulan dapat without failed. Convention Trip pun setiap tahun dapat. Last year dapat National Conference 3 hari 2 malam di Sunway Resort Hotel & Spa (sila klik). This year local dapat, international pun dapat.

Perghhhh!!!! Sangat-sangat best. Yang bestnya, setiap tahun kita layak untuk dapat ye. Dan tiada limit. Kalau kita usaha lebih, maka lebih lah tiket yang kita dapat.

Bukan setakat boleh bawak suami dan anak2, dapat bawak parents sekali. Dan semua ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Kita cuma bawak diri dan duit nak shopping je. Duit poket pun Shaklee bagi.

Actually ada 2 option untuk international trip ni. Italy atau Umrah. Since saya dah pun p umrah last year (pergi sendiri tapi guna 100% duit bonus Shaklee), so saya decide untuk pilih Italy. Oklah, jom kita tengok tempat-tempat yang bakal kami pergi nanti.






Wohoooo.....camno nih! Terpengaruh daku macam ni....
Since cuaca agak sejuk, Shaklee bagi winter jacket untuk kami setiap seorang



MELANCONG SATU IBADAH

Lagi best, saya akan travel bersama-sama mak saya, adik saya Maria dan Firdaus dan mak Firdaus.  Agak terkilan sebab saya tak dapat 2 tiket. Tak cukup point nak bawak incik suami. Insyaallah kita pulun new cycle ni untuk travel next year, 3 tiket pulak! Insyaallah.

Tahun-tahun berikutnya kita bawak anak-anak pulak. Ikut giliran. Hehehe....Moga Allah permudahkan segala urusan. Saya sangat suka tengok pengalaman orang lain melancong di tempat-tempat menarik. Lagi best kalau dapat experience sendiri. 

Paling penting, sebelum kita melancong, kita kena betulkan niat. Melancong bukan sekadar bersuka ria. Semoga niat melancong ini adalah untuk melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah serta melahirkan rasa bersyukur atas segala kurniaanNya. 

Islam sendiri menggalakkan umatnya keluar dari kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'pertama tersembunyi' di tempat orang, sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Mula dari sekarang, saya memang target untuk pastikan dapat melancong setiap tahun. Melancong tapi fully sponsored. Sebab kalau guna duit sendiri selalunya depends on budget dan mungkin tak dapat nak p 5 star kan. 

So, kalau anda rasa nak p melancong dengan percutian 6 bintang secara PERCUMA setiap tahun, 100% ditanggung oleh pihak Shaklee, JOM! Saya boleh guide macam mana cara yang paling mudah. Yang penting, kena ada ilmu dan rajin ye!

Thanks for reading!
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6183Islam
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/618Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 

MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA - DAPATKAN SECARA PERCUMA DI SINI!!!!

$
0
0
Alhamdulillah. 

Dalam diam tak diam dah 100 tahun rupanya umur Vita-Lea Shaklee. 

Nak tau tak? Dari mana datangnya perkataan VITAMIN?

Mesti ramai tak tahu. Perkataan VITAMIN diambil daripada Multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915, iaitu sejak 100 tahun lalu!!

Asalnya ia dinamakan SHAKLEE VITALIZED MINERALS. Sejak itulah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama.



Yang paling menarik, masa tu Dr Shaklee beliau baru berumur 21 tahun. Hebat kan?
Anda boleh baca kisahnya di bawah ini. 


http://1.bp.blogspot.com/-jWt-13VnUV0/UvceiH1bRmI/AAAAAAAAMms/yOHqpB1bI3g/s1600/Multivitamin+Pertama+Dunia.jpg
Sejarah Shaklee yang disiarkan dalam Majalah ISihat edisi Februari 2013.


Bangga sungguh dengan kisah ini. Seronok sangat dapat menjadi sebahagian keluarga SHAKLEE.

Kini kami bertambah yakin sebab Shaklee sangat menitik beratkan aspek KEASLIAN dan MUTU, menyebabkan setiap produk yang dihasilkan disokong oleh KAJIAN SAINS.

SHAKLEE adalah terbukti sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


BERITA BAIK!!!

Sempena menyambut ulangtahun 100 tahun VITA-LEA, Shaklee berbesar hati untuk beri sebotol VITA-LEA berharga RM95 secara PERCUMA kepada semua ahli baru yang mendaftar dalam bulan May 2015

Syaratnya mudah saja. Daftar sebagai ahli RM69 dan beli sebarang produk Shaklee. Thats it! Anda dah pun dapat PERCUMA SEBOTOL VITA-LEA.


Amacam? Best ke best? Mesti lah BEST GILER!!! Tersangat rugi sape yang tak ambil peluang ni untuk mendaftar sebagai ahli. Saya asalnya dulu pon makan sendiri je, tak pasal-pasal sekarang terpaksa dapat income 5 angka setiap bulan dengan Shaklee. Alhamdulillah.

Banyak manfaat lain yang anda akan dapat sebagai ahli. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

 

Jangan berlengah lagi. Cepat hubungi saya untuk dapatkan VITA-LEA secara PERCUMA.

BISNES PRODUK PICISAN???

$
0
0
Assalamualaikum,

Ramai yang tahu saya berniaga Shaklee. Ramai yang tahu kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee. Tapi sebenarnya masih ramai yang tak tahu. Dan masih ramai lagi yang agak ragu-ragu.

Shaklee bukan Produk Picisan..! Tapi merupakan satu produk yang dengan izin Allah di asaskan oleh seorang manusia hebat 100 tahun dahulu yang mampu berfikir Luar Biasa untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan hari ini..! Dr Forrest Clell Shaklee..!



Siapa Dr Forrest Clell Shaklee..?

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.

Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan menghidap penyakit tuberculosis (batuk kering).

Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

Berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa, kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar.

Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.

Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.


Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

🙇Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.

🌳Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. 

Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.

Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Itu kisah Forrest Shaklee. Ini pula kisah saya macam mana saya dan keluarga boleh pilih profuk Shaklee berbanding produk lain.

Kenapa keluarga saya memilih Shaklee


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

FROM ENGINEER TO CERTIFIED PRODUCT TRAINER

$
0
0
Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, "Anda Sentiasa Sihat, Kaya Dan Berjaya"
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan izinnya, akhirnya saya berjaya graduate sekali lagi. Kali ni sebagai seorang Certified Product Trainer

I am now a Certified Product Trainer a.k.a Mini Nutritionist

Syukur Allah memberi peluang kepada saya untuk menimba seberapa banyak ilmu dalam bidang nutrisi. Niat berniaga untuk membantu selesaikan masalah kesihatan ramai orang, menambah nilai hidup orang lain.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah sejak Shaklee bertapak di Malaysia lebih 20 tahun yang lalu, Shaklee menganjurkan program seperti ini sebagai langkah melahirkan lebih ramai SID (Shaklee Independent Distributor) yang bukan sekadar SID, tapi SID yang berilmu dan mampu memberi khidmat nasihat yang tepat untuk semua customer.

Tugas kami adalah untuk memberi kesedaran kepada ramai orang tentang kepentingan mendapat nutrisi yang lengkap, kepentingan mengamalkan suplemen dan makanan tambahan yang berasaskan sumber semulajadi dan bagaimana suplemen boleh membantu kita mencegah pelbagai jenis penyakit merbahaya yang boleh membawa maut.

Masih ramai yang belum tahu tentang kepentingan pengambilan vitamin dan makanan tambahan. Siapa yang tak tahu, boleh baca di sini. Kenapa orang yang claim dia dah mengamalkan pemakanan seimbang, tapi masih lagi tidak mendapat nutrisi yang mencukupi dan masih berpotensi mendapat penyakit merbahaya. (Sila klik di sini).


"We provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"



Sebenarnya, saya selalu mintak dengan Allah supaya hantarkan kepada saya orang-orang yang perlukan bantuan saya untuk selesaikan masalah kesihatan mereka dengan produk Shaklee. So, bila Allah betul-betul hantar seorang demi seorang customer dengan masalah kesihatan yang pelbagai dan ada yang sampai kanser tahap 4, saya jadi tak keruan sebab saya masih kurang ilmu.

Saya jenis seorang yang akan buat research tentang sesuatu produk dan bagaimana ia membantu bertindak balas terhadap tubuh badan kita. Bila ada yang tak jelas, saya akan refer pada yang pakar. Tapi sampai bila nak bergantung pada orang lain.

So bila dapat tau je ada kursus ni, terus kami ambil keputusan untuk join sebab kami rasa memang kami perlukan sangat kursus yang macam ni. Kami mesti jadi SID yang berilmu. Sebab kami berniaga ni bukan semata-mata menjual produk. Tetapi misi kami untuk membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Yang bestnya, kami adalah di antara 55 orang SID daripada puluhan ribu SID di seluruh Malaysia yang berjaya lulus dan mendapat pengiktirafan sebagai Certified Product Trainer. 

Saya orang terakhir yang ambil scroll malam tu. Daripada 55 orang ni, hanya 5 orang je yang belum Master. Yang lain semua dah Master. Insyaallah soon or sooner giliran saya pula.

Dengan pengiktirafan ini, kami telah mendapat lesen untuk menjadi jurucakap di dalam sebarang program or talk yang berkaitan tentang semua produk Shaklee dan boleh memberi khidmat nasihat yang berkaitan tentang nutrisi. Lepas ni dah boleh panggil kami mini nutritionist.

Sebenarnya, agak sukar pada mulanya bagi saya. Bayangkan lah, kebanyakan daripada kami adalah terdiri daripada engineers. Takde ilmu dan takde penglaman langsung dalam bidang biologi. Tapi at least masa SPM dulu ada la jugak ambil bio. Tapi ramai juga yang tak pernah ambil bio.

Tapi bila kami fokus untuk faham segala ilmu yang diajar, syukur kami mula faham bahawa ASAS PERUBATAN yang sebenar ADALAH daripada MAKANAN. Even para doktor pun sekarang ni menekankan akan SELF-REMEDY terutama untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun dan untuk sakit-sakit ringan.

Pengambilan nutrisi yang lengkap akan membantu tubuh badan kita terlindung dari sebarang penyakit merbahaya. Kos mencegah adalah jauh lebih murah dari merawat. Kalau tak percaya anda boleh refer di sini (sila klik).


Syarat untuk menjadi Certified Product Trainer

Untuk menjadi seorang Certified Product Trainer, seseorang itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
  1. Achieve the Coordinator rank and above 
  2. Complete Modules 1 and 2 courses
  3. Pass a comprehensive written exmanination consists of 80 multiple-choice questions. 
  4. Pass an oral examination and demonstrate a good presentation skills.
Modules 1 dan 2 tu adalah program Train the Trainer (TTT). Dalam program tu lah yang kami diajar secara detail tentang Human Body System, dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Sistem tubuh manusia yang terdiri daripada:
  • Skeletal System
  • Brain and Nervous System
  • Reproductive System
  • Circulatory System
  • Lung & Respiratory System
  • Digestive System
  • Endocrine System
  • Immune System
Bila kami dah faham tentang semua sistem, kami diajar pula jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang di setiap bahagian sistem tersebut dan apakah nutrien lengkap yang diperlukan oleh tubuh untuk mencegah daripada penyakit tersebut. 


A Good Nutritional Consultation Skill

Skill ni yang mahal sebenarnya. Berapa ramai SID di luar sana yang main jual aje tanpa mengetahui tentang latar belakang customer. Tersangat ramai. Bila kita tak tahu latar belakang customer, possibility untuk kita bantu mereka selesaikan masalah kesihatan mereka adalah tersangat rendah. Possibility untuk tersalah consult pula adalah tinggi.

Tu yang terjadi kes-kes orang claim yang Shaklee ni memudaratkan kesihatan. Anda boleh baca di sini (sila klik) bagaimana produk Shaklee boleh memudaratkan kesihatan.

Dan anda boleh baca entry saya tentangPENCERAHAN: DR. BERTAULIAH VS DR. GOOGLE. Dalam entry tersebut ada cerita bagaimana cara kami consult customer dengan cara yang betul.

Itulah serba sedikit tentang perjalanan kami untuk lulus sehingga berjaya graduate. Sekarang saya nak share dengan anda sepanjang TTT Graduation Ceremony yang diadakan di Home Office baru-baru ini.


TTT Graduation Ceremony

With a great leaders of MFMS Empire. Kali ni dapat graduate sekali dengan adik saya Master Kam Maria dan rakan saing saya Master To Be Affni Shahida.


Bersama Master To Be Nadia. Nadia dah lepas 1 course. Ada 1 course lagi nak complete kan TTT. Lepas tu Nadia juga akan jadi Certified Product Trainer.


Kami dapat certificate dan pin


With our Canselor Mr. Victor Lim. Orang yang banyak beri support dan motivasi kepada kami semua untuk berjaya.
Scene ni best. jangan risau, Shaklee takkan gantung keahlian pun. Hiihihihi....



Setiap seorang diberi 1 minit untuk beri sebarang ucapan.

Acara kemuncak malam tu adalah bergambar beramai-ramai dengan semua graduan.


The best moment, ramai-ramai baling topi.




Bersama Mr. Hubby yang banyak bagi support untuk ambil TTT. Lepas ni kita TTT kan dia pulak. Muehehehe.....

Certificate

Pin Certified Product Trainer. So lepas ni kalau ada talk nampaknya kami wajib pakai pin ni.
Ni semua adalah bakal Certified Product Trainer juga. Soon or sooner. Semua adalah pengguna tegar produk slimming Shaklee. Kalau nak tau macam mana diorang yang dulu boleh klik di sini



Shaklee University

Untuk pengetahuan anda, sijil ni dianugerahkan oleh Shaklee University. Ini bukan suka-suka letak nama university tau. Shaklee University memang wujud.

Sila klik image di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Shaklee University.

Saya harap, lepas ni saya dapat bantu lebih ramai orang untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Saya ada banyak ilmu yang saya nak share dengan anda semua. Banyak sangat ilmu tentang nutrisi dan kesihatan yang saya tak pernah tahu sebelum ni.

Rasa macam nak keluarkan semua. Tapi saya perlukan orang yang betul-betul perlu dan nak terima ilmu yang saya kongsikan ni untuk manfaat mereka. Jika anda salah seorang daripadanya, jangan ragu-ragu hubungi saya for the best consultation. Saya akan advise mengikut keperluan tubuh badan anda.

"It is not the knowledge we have of life that build our success structure, but the use of that knowledge"

"Ilmu Tanpa Amal Adalah Sia-Sia"

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.



Thanks for reading!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-



THE BEST & FREE CONSULTATION 

AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

KISAH DISEBALIK CAR BONUS

$
0
0
Assalamualaikum, 

Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Kali ni saya nak cerita satu kisah di sebalik car bonus Shaklee. Actually saya mula dapat car bonus selepas bulan ke-6 saya melibatkan diri dalam bisnes Shaklee ni secara serius. Walaupun masih secara part time, tapi saya serius. 

Syukur. Bermula dari itu, Shaklee bagi kami duit bonus kereta pada setiap bulan di samping bonus-bonus yang lain. Dalam Shaklee ni ada banyak bonus ye. Bonus pula dibayar pertengahan bulan, setiap 14hb. Hujung bulan pula dapat gaji. Best kan!

Car bonus Shaklee dibayar dalam bentuk cash. So tak semestinya kena beli kereta. Boleh guna duit bonus tu untuk perkara lain. Nak beli rumah ke atau nak simpan je pun boleh.


Car Bonus Beli Rumah

Plan asal saya adalah untuk beli rumah impian dengan car bonus ni. Sama macam orang lain, saya mengimpikan rumah sendiri. Saya suka tengok rumah yang cantik dengan interior design sendiri. Sebab memang hobi saya mengemas dan saya suka tengok rumah sentiasa cantik dan kemas. 

Tapi, bila saya menyatakan hasrat nak duduk rumah sendiri, mak saya tak setuju. Katanya, rumah mak dah takde orang, dan nanti mak tinggal berdua dengan abah, mak sunyi. 

Abah pulak, bila saya cakap nak p survey tengok rumah, macam-macam alasan dia akan bagi. Area tu jem lah, tanah tak elok lah, dekat dengan bukit lah, jauh lah, macam-macam lagi alasan. Jenuh jugak saya fikir. 

Dilema sebenarnya. Pernah bercerita dengan salah seorang sahabat saya tentang hal ni. Saya agak terkesan dengan pendapat beliau.

"Kam, you patut bersyukur you duduk dengan parents. Tak pe Kam. Ambil peluang yang ada ni untuk berbakti pada parents kita selagi diorang masih ada. Insyaallah, Allah ganti yang lebih baik nanti. Trust me..."

Lepas discuss dengan Mr. Hubby, kami rasa oklah, biarlah kami stay dengan mak abah. Duit yang ada ni kita beli rumah lain dan kita sewakan. Rumah mak abah ni, kita anggap macam rumah kita sendiri, bayarlah bil api ke bil air ke, maintenance ke, apa-apa lah yang boleh memudahkan diorang.


MPV Satu Keperluan

Bila kita tinggal dengan mak abah ni, sedikit demi sedikit, tahap kebergantungan mereka kepada kita semakin bertambah. Banyak yang mereka harapkan dari kita. Contoh, kalau nak ke mana-mana, abah dah tak larat nak drive jauh-jauh.

So mak abah biasanya kalau nak ke mana-mana akan ajak kami pergi sekali. Bayangkan kereta Honda City tu sumbat dengan 5 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Kalau jalan jauh sikit, memang tak selesa, kena berhimpit.

Kalau nak balik kampung memang tak dapat balik sekali. Sebab barang saya sekeluarga je pun dah penuh kereta. Nak tak nak, abah terpaksa la jugak drive sendiri walaupun jauh. Macam kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, kereta tak muat. Otherwise terpaksa call abang sulung saya samada pinjam MPV dia atau pun mintak abang yang bawak mak abah.

Bila keadaan macam ni lah, saya teringat balik pesanan sahabat saya tadi. Saya rasa, dah sampai masa untuk saya dapatkan sebuah MPV untuk kegunaan seluruh keluarga. Lagipun bilangan keluarga saya sendiri pun semakin bertambah.

At least lepas ni takde masalah nak g mana-mana dah. Mak abah pun lebih selesa naik kereta. Berbakti pada mak abah. Memang ada banyak cara dan mungkin ini salah satu peluang saya. Kita mudahkan segala urusan mereka, Allah akan mudahkan segala urusan kita.


Car Bonus Beli Kereta

Sebenarnya kereta impian saya adalah SUV. Saya suka kereta yang tinggi dan nampak gagah. Tak sedor diri tu kecik. Hihihihi. Tapi, sebab fikir saya ni kecik lah saya rasa saya kena bawak keta besar dan tinggi. Kan! Kan! Kan! Tapi, bila memikirkan buat masa ni MPV lebih penting dari SUV, saya decide, go for MPV. 

Nasihat seorang sahabat..."Kam, time anak kecik-kecik, time anak sibuk nak mengekor kita ni lah, kita beli kereta besar sikit. Esok bila anak dah besar, dah bujang, dah tau nak ikut kawan, masa tu baru nak beli kereta besar, memang tak best la. Kereta besar tapi naik berdua. Tak best tau....!"

Fuh! Memang betul apa yang sahabat saya ni cakap. Oklah, saya sacrifice lagi lah impian saya nak memiliki SUV buat masa ni.

Sabar ye BMW X6. Satu hari nanti aku rembat kau jugak. Tunggu.....

Dalam banyak-banyak MPV, saya suka MPV yang tinggi. Saya tak suka MPV yang sama rendah dengan kereta sedan. Ni antara yang shorlisted, first round.


Mitsubishi Grandis

Honda Odyssey baru. Yang ni tinggi. Yang lama tak lawa, rendah dan panjang. Dah macam rupa kereta mayat. Erk! Tapi New Odyssey ni memang lawa.

Toyota Alphard

Toyota Vellfire

Toyota Estima Previa.

Antara yang shorlisted, kene pilih lagi for top 3. Sebabnya kene tengok budget la jugak. Budget tak boleh lebih dari RM200K. So, awal-awal Honda Odyssey dan Toyota Estima Previa kene take out.

Nak dijadikan cerita, kebetulan adik saya Maria jugak memang tengah mencari Vellfire. Dia sendiri pun bila balik KL dengan Honda CRV dia, tengok macam nak terkeluar barang. Penuh sepenuh-penuhnya. Mak mertua lagi, maid lagi, ni nak keluar baby sorang lagi. 

Pastu setiap kali balik KL, Maria akan bawak berpuluh-puluh ikat daun pisang dari kampung untuk mak kami. Mak kami kan buat kuih koci. Daun pisang kampung memang cantik balut kuih koci.  Sebab tu mak memang suka daun pisang kampung. 

Punya banyak Maria bawak daun pisang, sampai terpaksa selit-selit mana-mana ruang yang ada. kadang sampai adik ipar saya, Firdaus tak nampak cermin belakang. Hahaha.....Dah jatuh tahap wajib beli MPV jugak tu. Heheheh....

Nak dijadikan cerita jugak, dalam masa kami dok survey, Firdaus bagitau Naza Motor akan buat sales besar-besaran. So, kami yang memang tengah dok mencari MPV ni macam orang mengantuk disorongkan bantal. 

Apalagi, memang kami redah terus. Memang berderet kereta import dari Jepun untuk dijual. Vellfire, Alphard dan Estima.Semua kereta recon.

Bersama salesman kami, Isa Kamil. Service dia memang tip top. Very informative. Kalau bende tu tak bagus, memang dia akan bagitau tak bagus.

Ni cuci mata je. Tak boleh tengok lebih-lebih. Fokus kepada MPV je.

Mula-mula try Estima. Probnya, Estima yang ada semua tahun 2013. So bila total price on the road, semua lebih RM200K. So tolak tepi lah Estima ni.

Kami survey Vellfire pulak.Tengoklah, tak dan tukar baju, dari office terus ke Naza PJ. Yang ni tahun 2011, harga within our budget. So saya decide ok lah, kita pilih Vellfire. Lagipun, space jauh lebih besar dari Estima. Yang ni antara kereta yang kami tak dapat sebab dah ada orang booked. Mileage baru 15K km.

Ni shortlisted Vellfire. Ada 2 option. Hitam ke dark purple. Minta Hubby dan Firdaus tolong tengok which one yang terbaik.
Tak lama lagi nak raya, nak balik kampung, nak jalan-jalan beraya. Kalau balik kampung belah husband, boleh bawak mak mertua. Kalau balik kampung belah saya, boleh bawak mak abah saya.
 
So kami kena decide masa ni juga untuk beli. Lagipun, lepas ni entah bila pulak Naza nak buat sales lagi kan. At last, kami pilih dark purple. Semoga kereta yang kami pilih ini adalah yang terbaik untuk kami semua.

Alhamdulillah. Akhirnya kereta dah pun keluar. Syukur Allah mudahkan segala urusan jual beli, loan, plate number, semua mudah. Berkat doa mak selama ni yang dok sebut-sebut "beli la kereta besar sikit". Ha ni dia kereta untuk mak.


Berbakti Kepada Ibu Bapa
 
Sebenarnya apa yang saya nak share di sini adalah, sentiasa berkongsi apa sahaja rezeki yang kita ada dengan orang lain. Sebab bila kita rajin share, Allah akan beri lebih banyak lagi. Itu yang mentor saya selalu dok pesan. Yang paling penting, keutamaan mestilah untuk ahli keluarga sendiri dahulu. 

Berbakti kepada ibu bapa. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh mak abah terhadap saya selama mereka membesarkan saya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu saya balas. Tapi saya cuba usaha semampu yang boleh untuk memudahkan urusan mereka.




Tak salah kalau kita punya impian. Semua bermula dengan angan-angan, bertukar menjadi impian, dan berusaha untuk jadikan impian itu satu kenyataan. Lagi best kalau impian melibatkan keluarga kita dan ibu bapa kita kan. 

Apa pun, saya bersyukur, Vellfire ni Shaklee yang tolong bayarkan. Tak de lah pening-pening nak cekau dari mana kan. Best ke best?


Mudah-mudahan Allah mudah kan segala urusan untuk saya mencapai impian-impian yang lain pula. Maklumlah, kan ada 101 impian. Banyak lagi yang perlu diusahakan. Saya doakan anda yang membaca blog ini juga berjaya mencapai segala impian dalam hidup anda. 
 
*Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


PEMUZIK OKU MENANG ANUGERAH JUARA LAGU

$
0
0
Assalamualaikum semua,
Ramai yang tahu Anugerah Juara Lagu ke-29 baru sahaja tamat minggu lepas. Secara jujurnya, saya seorang yang meminati muzik. Saya suka menyanyi (tapi suara tak sedap, nyanyi dalam toilet boleh la), saya boleh main keyboard dan piano tanpa membaca note muzik. 

Tapi saya bukan jenis yang duduk mengadap tv semata-mata nak tengok juara lagu, nak dengar lagu atau tengok cerita (kecuali tengok wayang, itupun ada jugak buat kerja lain, tido...hahaha). Jangan kata juara lagu, cerita lain pun saya dah jarang berkesempatan nak tengok. Tapi saya suka dengar muzik sambil buat kerja.

Maklumlah hidup 'huru-hara' macam ni lah. Banyak perkara yang kena susun dan dibuat ikut priority dan agenda tengok tv tak pernah ada dalam list. Jadi malam juara lagu aritu, saya memang tak tengok. Sambil menguruskan segala urusan keluarga dan anak-anak sambil dengar-dengar je.

Keesokkan harinya, macam-macam cerita saya dengar di office memuji tentang kehebatan juara lagu malam sebelumnya. Apa yang hebat sangat saya pun tak tahu. Bila saya balik ke rumah, malam tu, baru husband saya tunjuk sesuatu.


INI KISAHNYA

Rupa-rupanya kumpulan muzik OKU telah memenangi AnugerahPersembahan Terbaik pada malam tersebut. Tapi macam mana ada pemuzik OKU pulak?Mana datang diorang ni? Ni kan juara lagu, bukan pertandingan vokal bukan sekadar rupa.

Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kelainan upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media sosial.

Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur.

Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton dengan membawakan lagu ciptaan beliau. Tahniah Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan kepada golongan ini. Mereka telah berjaya membuktikannya.

Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dikhabarkan penyanyi asal Aweera, telah keluar dari kumpulan Mojo atas beberapa sebab. Dan keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers. 

Power!!! Suara dia memang power. Nama beliau Azmi Saat. Memang menjadi kejutan yang dilakukan oleh Edry KRU apabila membawa kumpulan Caliph Buskers ke atas pentas AJL29 untuk menyanyikan lagu Romancinta bersama Mojo.
 
Tahniah...Tahniah...Tahniah  buat semua yang terlibat. Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. sekurang-kurangnya mereka tau kelebihan yang mereka ada, dan mereka gunakan bakat yang ada untuk mencari rezeki. 

Bukan sekadar menadah tangan semata-mata. Mereka betul-betul memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan ramai orang. Sape yang belum tengok lagi persembahan mereka malam tu, jom kita tengok.....






BONUS OOOOHHHH BONUS.....

$
0
0
Assalamualaikum,


Saya nak tanya semua pembaca. Suka tak kalau dapat bonus? Mestilah suka kan? Orang tak normal je yang tak suka bonus. Hihihihihi....Kalau nak cerita pasal bonus ni, ada macam-macam kisah. Bagi yang makan gaji, setahun sekali akan dapat bonus. Tapi tak semua orang bernasib baik. 

Kalau company kukuh, alhamdulillah dapat lah. Ada yang sebulan, ada yang 2 bulan, ada yang 3 bulan. Jangan tak percaya ada yang dapat bonus sampai 18 bulan. Haaaaaa.....amekkk!!! Best giler lah. Tapi 18 bulan tu biasanya oil & gas je kot. Hehehe....

Sepanjang saya bekerja, saya rasa, saya tak pernah, tak dapat bonus. Setiap tahun pasti ada bonus. Ada yang sebulan, ada yang 2 bulan, ada yang 3 bulan, dan paling tinggi pernah dapat 4 bulan. Syukurrrr....seronok giler rasa bila dapat bonus. Pulak tu dapat time nak raya. Best je shopping.

Bonus ni biasanya depends on company financial. Sejak 14 tahun yang lalu, saya dah kerja di 3 syarikat, dan semuanya entrepenur companies. Bukan GLC. So saya sendiri experience mencari projek untuk syarikat dan pulun kaw2 untuk setelkan projek supaya duit masuk. Kalau projek success, dan duit masuk, so ada lah bonus. Itu perkara biasa.

Tiap-tiap bulan, kita kerja, hujung bulan dapat gaji. Yang tu adalah basic. Tapi kalau kita usaha lebih sikit, perform, bagi komitmen yang tak berbelah bagi, make yourself difference than other staffs, boss nampak your effort, kita perform, insyaallah bos mana yang tak nak bagi bonus extra kat kita.

Sama je konsep dalam kehidupan kita ni. Kadang-kadang kita ni selalu tengok kehidupan orang lain. Kita suka banding-bandingkan rezeki orang lain dengan rezeki kita. Sebenarnya tak boleh. Kita tak boleh nak bandingkan atau samakan rezeki masing-masing.


Allah itu MAHA ADIL. Allah beri rezeki yang berbeza untuk setiap orang mengikut keperluan masing-masing. Rezeki yang kita dapat by default, itu adalah umpama basic salary kita. Basic salary yang kita dapat biasanya based on our experience, skill and knowledge. Basic rezeki yang kita dapat adalah bergantung kepada keperluan hidup kita.

Untuk kita dapat extra bonus selain dari basic salary, kene lah ada effort lebih. Kene kerja keras, bantu company untuk majukan company supaya company dapat projek besar-besar. Kalau dah dapat projek, make sure kerja sungguh-sungguh sampai berjaya deliver.

Untuk kita dapat extra bonus dari Allah pula, kita kena rajin-rajin buat extra amalan murah rezeki. Solat 5 waktu kene jaga, solat awal waktu, solat tahajud, solat dhuha, sedekah, zakat, zikir, selawat, solat-solat sunat. Bila kita rajin buat semua ni, baru lah Allah bagi extra.

Ni amalan-amalan yang kami sangat tekankan dalam group kami. Bukan semata-mata untuk Shaklee, tapi untuk seluruh kehidupan kita.

Nak nak pulak kita rajin mintak. Mintak tak boleh kecik-kecik. Kena mintak besar-besar. Sebab kalau kita mintak kecik, seolah-olah macam kita tak yakin dengan kebesaran Allah. Seluruh alam semesta ni Allah yang control, setakat kita mintak RM1 juta tu, apa lah sangat pada Dia.



So, klu kita nampak orang tu dapat macam-macam, jangan dok mengata bukan-bukan. Kita tak tahu amalan-amalan rohani yang dia rajin buat untuk dia dapat extra bonus berbanding orang lain. Sentiasa bersangka baik. Kita kene belajar jadi luar biasa, kene selalu bercakap dengan Allah.

Ni bukan isu bodek lagi dah. Kalau kita nak, semua perkara kene utamakan Allah. Bila kita selalu bercakap, Allah akan selalu dengar suara kita. Dan Allah akan selalu nampak kita. So Allah sedar kewujudan kita, insyaallah, apa yang kita mintak, Allah akan bagi. Sebab Allah nampak kita berbeza dari orang lain.

Sama lah macam kita kerja. Bila kita perform dan kita mampu untuk jadi seorang yang luar biasa dari orang lain, boss akan nampak effort kita. Always be different. Konsep dalam hidup ni semua sama je. Siapa buat lebih, dia dapat lebih.

Sama macam kita buat bisnes Shaklee ni. Dalam Shaklee jangan kata setahun sekali, tiap-tiap bulan dapat bonus. Sape rajin buat Master Checklist, dia lah yang akan dapat bonus lebih. Sape yang culas-culas tu, cakap kat orang sebelah.... kesian.

Saya sendiri pun masih lagi berusaha untuk completekan master Checklist tu. Bukan senang nk senang. Kena ada usaha. Takde mana nak semua mudah. Orang yang berjaya, jalan nya lagi banyak liku. Lagi banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.


Sekian perkongsian hari ni. Sebenarnya mood happy sebab dalam ekonomi macam ni pun, Shaklee masih bayar bonus berjuta-juta kat semua SID without failed. Sapura pun sama, gaji sentiasa on time, increment ada, promotion ada, bonus tak pernah miss, siap boleh bagi add on award sampai 5 bulan gaji lagi pada sape yang performed well. Syukur sangat-sangat.

Terima kasih ALLAH. 
Terima kasih SHAKLEE. 
Terima kasih SAPURA.


http://1.bp.blogspot.com/-M_qq_XHjYOs/VBf7oIe7NEI/AAAAAAAACYY/66ZMJIWZuEE/s1600/Doodle%2BMommy%2BSignature.png

9 PUNCA UTAMA SUSU BADAN MERUNDUM?

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Sejak akhir-akhir ni, ramai ibu menyusu yang mengadu susu merundum. Saya kira mungkin sebab puasa. Makan kurang dan air pun kurang. Tapi ramai juga yang mengadu susu merundum sebelum bulan puasa lagi. 

So bila susu merundum di saat bukan bulan puasa atau di saat ibu tidak berpuasa, banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum.

Rata-rata ibu mula panik. Ibu-ibu sibuk mencari alternatif untuk boost semula susu badan. Tapi, tak ramai yang tahu, punca kenapa susu badan merundum.

So harini saya nak share beberapa punca utama kenapa susu badan mula terjejas. Mohon para ibu faham ye. Ini salah satu ILMU PENYUSUAN yang WAJIB anda tahu. 

Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:


1. SUPPLY vs DEMAND 

Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply". Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam. Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.

# Pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh
- Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.

# Pam hanya bila breast penuh atau breast bengkak
- Bila ibu pam semasa breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu. Jadi secara automatik badan akan menghaailkan susu yang sedikit. Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop.

# Pam ikut suka hati bila boleh
- Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya.
 
# Pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir
- Ini memang konsep yang salah! Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami let down' sekali lagi.


 

 
2. STRESS
 
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress, tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress.


Dari segi penyusuan, STRESS adalah “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya ibu stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi ibu semua perlu tangani stress anda dengan bijak. Jika tidak, penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. 

 
Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

 
Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira, dan hormon prolaktin (menghasilkan susu).

Hormon Oksitosin
Ini adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu. Badan ibu akan mengeluarkan hormon oksitosinsebaik sahaja baby mula menghisap. Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Hormon Oksitosin ini kemudiannya akan merangsang Kelenjar Pituitari untuk merembeskan Hormon Prolaktin.

Hormon Prolaktin
Ini pula adalah hormon yang menghasilkan susu. Bila hormon prolaktin dirembeskan, maka susu akan mula terhasil. Jika si ibu dalam keadaan stress dan susah hati, hormon oksitoson tidak terhasil dan menyebabkan hormon prolaktin juga tidak dapat dirembeskan.

So, sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Ibu juga digalakkan tengok video atau photo anak semasa mengepam. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). So, always be happy & be positive!




3. TEKNIK PENYUSUAN SALAH

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tidak betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.




4. PONTENG SESI MENGEPAM

Ini biasanya berlaku bagi ibu yang bekerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. 

Ponteng mengepam adalah salah satu PUNCA UTAMA susu merundum. Sangat penting untuk ibu semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Sekarang ada banyak jenis pam susu yang boleh pam serentak dan boleh dilakukan semasa kita bekerja. Jika lokasi cubicle anda tersorok, bonus bagi anda dan sepatutnya proses mengepam menjadi lebih mudah dan cepat tanpa mengganggu tugas anda.


Contoh saya dulu, bila saya mula bekerja lepas habis pantang, saya akan inform bos dan team member, waktu yang saya tak available untuk join meeting sebab saya perlu pam susu. Alhamdulillah mereka semua memahami malah mereka support untuk saya teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Ada juga ibu yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu, baru hendak perah. Konsep ini adalah SALAH kerana bila Cik “B” bengkak, ini akan menyukarkan proses memerah dan bila ia berlaku setiap hari, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Macam mana ia berlaku. Saya bagi analogi paling mudah. Bila anda makan di hotel, waiter akan sentiasa perhatikan gelas anda masih berisi air atau tidak. Jika gelas anda masih penuh, waiter tidak akan tuang air lagi. Tapi bila gelas anda kosong, waiter akan terus  tuangkan air dan pastikan gelas anda sentiasa penuh. 

Faham kan? So, sama je konsep dengan penghasilan susu. Selagi anda tidak kosongkan breast, selagi itu lah susu tidak akan terhasil. Once anda pam dan breast anda kosong, susu akan mula dihasilkan.

Ketika di rumah, sentiasa susukan si manja anda secara langsung (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.
 

5. TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap.

Macam saya, waktu menyusu adalah waktu saya berehat. Saya suka menyusukan anak-anak saya dengan cara baring mengiring. Biasanya baby menyusu dalam tempoh 20 minit dan saya ambil peluang waktu tu untuk tidur sebentar. So takkan ada isu tak cukup rehat ye.


Dalam hal ni, para bapa mesti memainkan peranan untuk bantu apa-apa yang patut ketika ibu sedang menyusu. So tolong beri kerjasama anda. Bila anak kita dapat fully brestfeed, anda jugak yang untung sebab tak payah keluar duit beli susu formula. :P


6. MASALAH HORMON DAN KESIHATAN 

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sila minta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu penghasilan susu dan penyusuan baby anda.  

Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. 

Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu. Ada juga ibu yang susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. 

Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kita sangat penting. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar.


7. PENGAMBILAN PIL PERANCANG 

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu. Tapi, tak semua kaedah merancang menyebabkan susu merundum.

Ada beberapa jenis pil perancang yang selamat diambil untuk ibu menyusu dan tidak akan mengganggu penghasilan susu badan. Sila minta nasihat gynae untuk dapatkan pil perancang yang sesuai untuk anda.
Antara pil perancang yang selamat diambil oleh ibu menyusu tanpa menganggu penghasilan susu adalah Noriday.


8. TEKNIK MENGEPAM SALAH / PAM TIDAK CEKAP 

Ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kalau salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. 

Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar. 

Nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

Ramai juga ibu-ibu yang mengadu, bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Bila menggunakan pam yang tidak sesuai, suction jadi  menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.

Jika ada budget, adalah lebih baik anda menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu. Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit. 

Bagi saya pula, saya lebih suka pam manual. Sebab di mana-mana sahaja saya boleh pam tanpa perlu power elektrik. Ke mana-mana sesuai dibawa dan sangat sesuai untuk saya. Proses mengepam sangat mudah. Dalam masa 20 minit saya boleh dapat 8oz-10oz susu.


My favorite breast pump. Pam jenis ini lah yang saya guna selama 6 tahun tanpa henti, dari anak pertama hingga anak ketiga. Saya beli pada harga RM220 sahaja. Alah membeli, menang memakai.

 
9. PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG 

Ibu menyusu wajib mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. 

Tapi kebanyakan ibu sekarang, terutamanya ibu bekerjaya dan selalu sibuk tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang mengikut kumpulan makanan yang betul dan berkhasiat. Apa lagi selalu makan fast food atau yang simple food sekadar hilangkan lapar.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Sebab tu para ibu menyusu disarankan mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi dan melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. 

Ibu menyusu sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. Begitu juga air sejuk. Seelok-eloknya minum air suam sahaja. Kalau nak minum air sejuk sekali sekala tak pe. Tapi jangan setiap hari.

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air. Jika badan ibu sendiri tidak cukup air, macam mana nak menghasilkan susu, betul tak?

Seperti yang sedia maklum susu ibu yang terhasil bergantung kepada apa yang yang ibu makan. Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik, dengan itu, badan ibu juga dapat menghasilkan susu dengan baik dan berkualiti. 

Sebenarnya ada beberapa signal yang menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi dan  para ibu sendiri boleh tahu dan rasa. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ibu itu kekurangan nutrisi, sila rujuk entry di sini Signal Bila Ibu Kurang Nutrisi.


NASIHAT SAYA

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada semua ibu-ibu menyusu di luar sana, pastikan anda sentiasa belajar tentang ilmu penyusuan untuk pastikan anda mampu dan berjaya menyusukan anak-anak sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun. 

Memang ramai ibu yang terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Perlulah diingat bahawa milkbooster atau suplemen bukanlah magic yang terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja).

Perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda. Tapi at the end of the day, semuanya bergantung atas usaha anda sendiri, dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri. Pastikan anda bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. 
 
Pada siapa yang belum pernah baca pengalaman saya menyusu ketiga-tiga anak saya, jemput baca di sini:

Untuk maklumat lanjut mengenai set penyusuan yang mana yang sesuai untuk anda, sila klik di sini:

Paling penting, senjata kita sebagai orang Islam, adalah DOA. Sentiasa berdoa setiap hari mohon Allah permudahkan proses penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Doa ni tak kisah nak buat ayat macam mana. Tapi kalau takde idea, boleh try doa macam ni.

 
Jumlah penghasilan susu setiap ibu tidak sama. Ada yang banyak melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Tapi ada juga yang takde lah melimpah, tapi memang cukup untuk keperluan anak tu sehingga berjaya lengkapkan penyusuan 2 tahun setengah.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 1

$
0
0
Assalamualaikum, 

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan akhirat. 

Ramai yang sedia maklum, kami telahpun selamat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Perjalanan umrah kami mengambil masa selama 11 hari 10 malam bermula 15 Dis 2014 hingga 25 Dis 2014. Kami mengambil pakej umrah dengan Agensi Pengembaraan Asari Murni. 

Alhamdulillah. Kami adik beradik semua dapat bersama-sama di dalam pengembaraan kali ini. Saya dan suami Daddy Shahab, adik saya Maria dan suaminya Firdaus, dan juga abang saya yang sulung Abang Turie.

Cuma kakak saya yang kedua, Kak Ngah belum berkesempatan untuk join kali ni kerana anak-anaknya yang 9 orang masih kecil. Insyaallah saya doakan kakak saya akan sampai ke sana tak lama lagi. 

Bersama-sama dalam group umrah kami juga ialah ahli keluarga empayar MFMS, Nadia Najib dan suaminya Mus Daniel, Suhana Kawi dan suaminya Azlan, dan juga Kak Sopiah dan suami serta anak-anak dan juga Kak Husnidar, juga bersama suami, anak-anak, ibu bapa dan juga ibu bapa mertua.

Insyaallah sedikit sebanyak saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang saya dan suami menunaikan Umrah dan Ziarah untuk kali pertama. 


HARI PERTAMA (15 DISEMBER 2014) 

Plan asal flight pada jam 5 petang. Tapi delay hingga jam 6.30 petang waktu Malaysia. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 12 jam. Berhenti sebentar di Dhaka untuk isi minyak, dan kemudian sambung semula perjalanan ke Jeddah.

Bersama mak mertua yang sangat rajin hantar kami ke KLIA.

Kami naik flight United Airways. Mula-mula ingatkan US punya airlines, rupa-rupanya United Airways of Bangladesh.  Hehehe....

Tempat duduk untuk ibu mengandung

Terdapat panduan solat dan juga monitor keadaan, suhu terkini serta lokasi flight.

Sedikit tazkirah disampaikan oleh Mutawwif semasa dalam perjalanan. Memandangkan perbezaan waktu, Mutawwif sentiasa alert waktu solat dan akan mengarahkan kami untuk bersiap sedia setiap kali waktu solat. Apabila sampai di Miqat, pengumuman dilakukan untuk memberitahu kepada kami sudah sampai masa untuk kami berniat ihram.


Ini pemandangan udara di Jeddah. Salah satu favourite saya adalah melihat pemandangan udara pada waktu malam. Subhanallah, sangat cantik. Dulu cita-cita nak jadi astranout, tapi tak kesampaian.


HARI KEDUA (16 DISEMBER 2014)

Kami sampai di airport Jeddah lebih kurang jam 6.30 pagi waktu Malaysia.
Tak lepaskan peluang bergambar. Muka excited je walaupun 12 jam dalam flight dan ada yang tak boleh tidur sepanjang perjalanan.

Kami menaiki bas untuk ke Mekah dan ianya mengambil masa selama 1 jam perjalanan.
Kami menginap di Hotel Al-Deafah Oasis. Hotelnya sangat selesa dan senibinanya pun agak unik, cantik dan menarik.


Saya orang GIS, so saya memang akan tengok map. Saya bukak google earth sebab saya nak tau jarak hotel ke Masjidil Haram. Yang biru tu adalah kedudukan hotel kami. Agak jauh juga jaraknya, lebih dari 1km.
 
Sampai je hotel, bawak masuk barang ke bilik, ambil wuduk dan kami terus bergerak untuk menunaikan umrah yang pertama. Syukur sangat sebab cuaca sungguh nyaman. Mereka kata, sekarang musim sejuk, tapi sejuknya lebih kurang sejuk Cameron Highland je. Ok, la.
Sambil dalam perjalanan, sambil dapat explanation dari mutawwif tak bertauliah kami, Firdaus

Secara jujurnya, sepanjang perjalanan nak sampai ke sini, hati saya berdebar-debar. Tak tahu macam mana nk explain. Dijemput sebagai tetamu Allah buat pertama kali dalam hidup adalah perkara yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Banyak dugaan sebelum saya sampai ke sini sebenarnya. Diuji dengan kesihatan anak-anak yang tidak menentu, tugas dan tanggungjawab di office, dan macam-macam lagi isu. Ada sahabat-sahabat yang flight mereka delay dan ada juga yang visa mereka tak diluluskan di saat akhir.

Saya terfikir.. “Aku macam tu kevisa aku ni, lulus ke tak?

Tapi bila fikir-fikir semula, kita ni manusia hanya merancang, segala-galanya Allah yang tentukan. Kita dah rancang dan usahakan apa yang sepatutnya kita buat, selebihnya kita berdoa dan tawakal.

Kalau dah ditakdirkan Allah kata pergi. Takkan ke mana. Kita akan tetap sampai jua. Ada orang yang dah kat KLIA pun belum tentu dapat pergi. Kalau Allah  kata  belum tiba masanya, maka adalah halangannya. Begitulah, sebalik.

Kita berdoa dan harap yg terbaik dari Allah. Sabar itu pahala. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sentiasa berdoa. Jangan pernah berhenti berharap. Dan kurangkan ketakutan dengan mendengar cerita-cerita buruk dari orang lain.

Rupa-rupanya isu visa last minit tak lulus adalah perkara biasa,  memang dah biasa berlaku. So kami dinasihatkan supaya fikir yang baik-baik sahaja.

 
Pertama kali nampak kaabah kat depan mata, tak sedar air mata saya menitis, bersyukur kerana Allah memilih untuk terima kedatangan saya di sini.


TAWAF 

Sampai je terus mulakan tawaf. Masa kami tawaf tu tak ramai sangat orang. Alhamdulillah. Tapi semasa tawaf pusingan kedua, tiba-tiba adik saya ternampak sehelai anak rambut terkeluar. 

Maka terpaksa ganti 1 pusingan lagi. Dah masukkan semula anak rambut, tapi masa pusingan keempat pulak, terkeluar lagi anak rambut, aduhai. Makanya, untuk elak was-was, saya buat lagi tiga pusingan extra.

Selesai tawaf, kami minum air zam-zam dan dapat berdoa di depan Multazam.

Multazam ialah satu ruang dengan keluasan sepanjang kira-kira 2 meter yang terletak di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. Multazam adalah salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Sesiapa yang berdoa di sini, insyaallah doanya akan diangkat, diterima dan dimakbul Allah.

SAIE 

Selepas tu kami berSaie. Saie ialah tanda melahirkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kurniaanNya dan juga sebagai mengenangkan pengorbanan Hajar (Isteri Nabi Ibrahim AS) yang mencari air dipadang pasir untuk puteranya Nabi Ismail AS yang sedang kehausan. 

Dan peristiwa ini, diwajibkan dalam ibadat umrah atau haji dengan berjalan berulang-alik dari Bukit Sofa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Bagi lelaki digalakkan untuk berlari-lari anak di antara lampu hijau. 


Ni gambar selepas kami selesai umrah, rasa.seronok sangat.

Alhamdulillah dapat tunai umrah.bersama suami. Lepas ni kita tunai haji pula.

Ni hotel Hilton, betul-betul mengadap masjidil haram. Daddy sedang LUA yang kami akan stay di hotel ni bila kami pergi haji atau umrah lagi nanti.

Selesai umrah, dalam perjalanan balik ke hotel. Mak mertua Maria belanja kami.makan ais krim
 
Pemandangan Masjidil Haram di waktu malam. Dalam 1 hari, 3 kali kami berulang alik hotel-masjid

Walaupun orang terlalu ramai, tapi sanggup menyelit jugak, supaya dapat solat di depan kaabah

 
Percaya atau tidak, harini sahaja kami.melangkah sejauh ini. Sebab jarak hotel agak jauh lebih kurang 1.4km. Dan sebab nakkan solat berjemaah di Masjidil Haram, dalam 1 hari 3 kali kami berulang-alik.

Sebab tu lah mereka yang ada budget extra prefer untuk duduk di hotel yang berdekatan supaya tak penat sangat nak berjalan. Bayangkan keadaan haji pula nanti macam mana. Sebab tu lah salah 1 impian saya adalah untuk tunaikan haji di waktu.muda di saat kekuatan fizikal masih kuat. 

Sebab rata-rata tengok mak cik, pakcik yang datang buat umrah pertama kali di sini, ramai yang dah tak larat nak berjalan jauh. Musim haji nanti macam mana pula ye. Mungkin disebabkan kekangan kewangan yang tidak mengizinkan mereka untuk menunaikan umrah dan haji masa muda.

Percaya atau tidak, kena percaya. Kaki betis pinggang kami semua sakit. Tipu kalau kata tak sakit. Berjalan sejauh ni perlukan tenaga. Sebab tu kena ambil suplemen yang boleh bantu untuk tambah tenaga.

Suplemen wajib untuk boost our energy. 
 Vivix dan Ostematrix sangat-sangat membantu.

Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel. So bila kita consume setiap malam atau pagi, tenaga baru akan dihasilkan. Kita akan mula rasa energy yang cukup luar biasa setiap hari. Lebih cergas untuk buat umrah dan aktiviti lain.

Ostematrix pula betul-betul bantu avoid kaki daripada cramp sebab banyak berjalan. Semalam masa Saie, salah seorang daripada makcik yang join group kami terpaksa berhenti rehat lama sebab kaki cramp. Bila di tanya makan kalsium ke tak, dah tentulah jawapannya TAK.

Persediaan mental dan fizikal pun kena ada. Kena bersedia dari awal yang kita akan berjalan jauh, kita akan perlukan tenaga yang cukup dan kesihatan yang baik supaya kita dapat fokus tunaikan ibadah dengan sempurna. Insyaallah.

Ikuti kisah pengembaraan seterusnya di entry berikut:

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2


*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2

$
0
0
Assalamualaikum,

Sambungan kisah pengembaraan kami di tanah suci. Bagi mereka yang belum baca Part 1, jemput baca di sini.

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 1


HARI KETIGA (17 DISEMBER 2014)

Kami  dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Nameerah dan Khair, Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah di Mina (tempat melontar jemaah Haji) dan singgah di Ji'ranah untuk berniat umrah.


Antara pemandangan sekitar kota Mekah

JABAL TSUR

Jabal Tsur merupakan bukit yang terletak sekitar 3 km dari Kota Mekah. Jabal Tsur memiliki tiga puncak yang bersambung. Di salah satu puncak Jabal Tsur itulah terdapat Gua Tsur. Di gua itulah Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar berlindung dan bersembunyi selama tiga hari tiga malam dari dikejar kaum kafir Qurays ketika hendak berhijrah ke Madinah. 
Jabal Tsur
Allah SWT menyelamatkan Nabi-Nya dengan memerintahkan labah-labah untuk membuat sarang di pintu gua tersebut dan juga burung merpati yang sedang bertelur. Dengan ini orang kafir akan nampak seolah-olah gua tersebut tidak mungkin dimasuki orang. 

Akhirnya, kaum Kafir Quraisy yang memburu Nabi pulang dengan tangan hampa, dan Nabi beserta Abu Bakar melanjutkan perjalanan hijrahnya ke Madinah. 



JABAL RAHMAH

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di sini lah tempat pertemuan pertama di antara Adam dan Hawa.Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter.


Untuk sampai ke tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit pendakian. 

Dikatakan juga, tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta peneman hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam.

Kami mengambil peluang di sini mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup keluarga kami dan juga semua sahabat yang masih single agar bertemu jodoh secepat mungkin dan mendapat jodoh yang soleh dan solehah. Terutamanya untuk abang sulung saya kat sebelah tu. Hehehe....


PADANG ARAFAH, MUZDALIFAH DAN MINA

Kami  bergerak menuju ke kawasan di mana kita akan mengerjakan haji. Bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah aqabah di Mina.

Khemah penginapan di Mina. Tersangat-sangat banyak. Bila saya tengok ni, saya boleh bayang betapa ramainya manusia semasa musim haji.


PROJEK KERETAPI LAJU

Sepanjang perjalanan kami nampak stesen-stesen keretapi yang telahpun siap dibangunkan. Projek keretapi berkelajuan tinggi Al Haramain Arab Saudi yang dinamakan sebagai HHR atau Haramian Highspeed Railway.  

Laluan keretapi ini yang sepanjang 450 kilometer ini menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah di mana tujuan pembinaannya adalah bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.


Salah satu stesen iaitu Stesen Muzdalifah. Perkhidmatan keretapi ni hanya digunakan pada musim haji


Dengan kemudahan keretapi laju ni, perjalanan dari Jeddah ke Mekah hanya akan mengambil masa kurang dari setengah jam manakala perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya akan mengambil masa dua jam berbanding 6 jam sebelum ni dengan menaiki bas.  Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini  (2014).


Para jemaah haji dan umrah akan lebih selesa dan mudah untuk bergerak ke destinasi-destinasi utama kelak. Dengan adanya kemudahan seumpama ini akan memberi kemudahan kepada umat Islam dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat.


MIQAT DI MASJID JI'RANAH

Seterusnya kami berhenti di Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram. Ji'ranah adalah salah satu tempat miqat makani orang -orang Makkah. Ia berada di kawasan yang di kelilingi jajaran bukit-bukit berbatu yang tandus. 

Ji'ranah  merupakan  perkampungan arab badwi dan disinilah letaknya masjid ji'ranah yang sangat terkenal dikalangan jamaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

Masjid Ji'ranah. Kami bersolat sunat dhuha, solat sunat Ihram dan berniat di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.
Sambil tengok pemandangan sambil layan kacang campur. 1 kilo 20 Riyal. Beli di luar Masjid Ji'ranah tadi.
Macam kat London. Ada sesetengah tempat yang penuh dengan burung merpati.
Maa'la atau kubur bagi jenazah yag meninggal di Tanah Haram. Di sini juga terletaknya makam Saidatina Khadijah.


Selesai umrah, kami ambil kesempatan untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sekitar Masjidil Haram. Sangat kagum dengan projek-projek mega yang sedang dibangunkan.

Ramai juga sahabat yang pernah ke sini sebelum ini agak terkilan sebab Kaabah semakin sukar untuk dilihat sebab terhalang oleh pembangunan baru. Tapi pada saya sebenarnya kerajaan Arab terpaksa melakukan pembangunan macam ni. 

Dengan peningkatan jemaah haji dari seluruh dunia pada setiap tahun memaksa mereka untuk expand keseluruhan kawasan Masjidil Haram. Kawasan tawaf yang sediada dah tak mampu untuk menampung jumlah jemaah haji. Makanya kawasan tawaf terpaksa dibina secara bertingkat. 

Tengok gaya diorang ni dah macam kontraktor tengah diskas future project.
Selesai umrah kami jalan-jalan cari makan di Zam Zam Tower Mall. On the way balik ke hotel terserempak dengan sahabat lama masa sekolah dulu, Rafidatul Shima. Berbelas tahun tak jumpa di Malaysia, jejak kasih kat sini pula.


Nantikan kisah pengembaraan kami selanjutnya di entry akan datang.




MULTIVITAMIN SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK SUDAH KEMBALI!!!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah.
Familiar tak dengan botol ni? Siapa yang dah kenal Shaklee lebih dari 3 tahun, saya tahu anda pasti kenal. Tapi siapa yang baru-baru join dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ni, confirm tak kenal kan?

Multivitamin Shaklee yang yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak


VITA-LEA FOR CHILDREN

Nak tahu tak? Sejak saya join Shaklee bulan April 2013, saya belum pernah nampak lagi Vitalea For Children ni. Sebab masa saya join, Vitalea For Children dah dihentikan jualannya buat sementara waktu kerana Shaklee improvise multivitamin ni. 

So bila Shaklee improvise sesuatu produk, proses kelulusan dan halal semua terpaksa dilakukan sekali lagi sama seperti produk baru. Sebab tu bila tanya orang Shaklee sendiri, mereka tak pasti bila akan ada semula. Dan bulan ni, akhirnya, setelah hampir 2 tahun menanti, akhirnya Vitalea For Children kembali with Improved Formula!!!!


Salah satu tanda kalau anak anda sering demam, selsema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong keperluan antibodi tubuh seperti kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Apalagi environment kita sekarang boleh kata anak-anak kerap makan fast food. Gaya hidup ibu bapa sekarang yang masing-masing bekerja, kesuntukan masa kadang-kadang memaksa kita untuk beri anak fast food.

Tapi ada masa juga, bila di rumah ok lah kita dapat masak sendiri untuk anak-anak. Tapi nanti bila anak sekolah, kantin sekolah sendiri jual nugget atau hot dog. Even kadang-kadang kita tak tahu sangat apa yang anak-anak kita beli di sekolah.

Sebab tu sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa ambil berat tentang apa yang anak-anak kita makan setiap hari. Dengan adanya multivitamin ini, kita ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana suplemen multivitamin Shaklee membantu melengkapkan (bukan menggantikan) kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.



KELEBIHAN VITA-LEA FOR CHILDREN SHAKLEE

Jom kita tengok apa yang terkandung di dalam VITA-LEA For Children

 

PERBEZAAN DENGAN PRODUK LAIN DI PASARAN

Vita-Lea for Children Shaklee memang berbeza dari produk-produk lain di pasaran. Sangat sesuai bagi pada anak-anak saya, terutamanya Qhalish. Sebab anak-anak autism memang sangat-sangat digalakkan untuk consume makanan yang GLUTEN FREE. 

Yang paling penting 100% semulajadi. Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan. Rasa semulajadi anggur yang sedap, anak-anak kita pasti suka. Yang ni memang untuk dikunyah, tapi jangan risau, sebab rasa manis tu semulajadi, so takkan promote kaviti.


Bukan tu je. Ade promo pulak tu. Siapa BELI 3 DAPAT FREE 1. So siapa yang BELI 6, DAPAT FREE 2!!! PROMOSI BERAKHIR PADA 31 JANUARY 2015.


Siapa yang rasa nak try, boleh hubungi saya. Bayangkan kalau anak-anak kerap sakit, kita pun terpaksa selalu ambil cuti, kerja pun tak tenang. Pelaburan kesihatan untuk anak-anak kita. Bila anak-anak sihat, ibu bapa pun ceria kan. JOM BORONG!!!

Tapi kalau anak-anak anda jenis yang tak reti kunyah atau tak suka makan gula-gula (ade ke budak yang tak suka makan gula-gula? Hehehe....), jangan risau. Boleh gantikan Vita-Lea for children dengan Meal Shakes Shaklee yang juga suplemen multivitamin, tetapi dalam bentuk bancuhan.

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
satu tanda anak anda sering demam, selesema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong kerpeluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Salah satu tanda anak anda sering demam, selesema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong kerpeluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Viewing all 229 articles
Browse latest View live