Quantcast
Channel: Mommy Shahab
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

BAHAYA BERSANGKA BURUK TERHADAP ANAK-ANAK

$
0
0
Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan segala kehidupan di dunia dan di akhirat.

Harini nak share kisah anak-anak. Ramai yang tahu, saya ada 3 orang anak. Hero-hero belaka. ketiga-tiga mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza. Nak cerita satu persatu perangai masing-masing, panjang pulak. So saya ringkaskan sedikit.


Anak Sulung

Anak sulung saya Syed Dzikrie Shahab, seorang yang kuat menangis. Maksud kuat nangis, bukan menangis kuat-kuat. Tapi hatinya lembut dan sangat mudah tersentuh. Orang kata hati kecik. Kalau salah sedikit, memang sangat cepat menitiskan air mata. Sampai kerap kali keluar dari mulut saya, "orang laki tak boleh menangis!"

Kadang-kadang buat saya stress sebab sikit-sikit menangis. Selalu kena buli dengan adik yang bongsu. Sampai saya selalu pesan "Dzikrie tak boleh macam ni. Dzikrie kena kuat. Tak boleh buat orang lain buli Dzikrie. Kalau Dzikrie menangis, lagi orang suka buat, so jangan menangis".

Anak Kedua

Syed Qhalish Shahab anak yang kedua. Qhalish adalah anak istimewa, telah didiagnosed mengalami mild autism. So far perkembangannya semakin positif, cuma dari segi percakapan, perkembangannya agak perlahan. Qhalish ni terlebih cool pulak.


Anak Ketiga

Syed Raees Shahab anak yang ketiga. Memang sesuai dengan namanya yang bermaksud KETUA. Dalam semua perkara, mesti dia yang dulu. Semua orang mesti ikut cakap dia. Abang-abang agak takut dengan Raees, apa lagi kalau tengah marah. 

Raees tak boleh disergah. Kalau nak tegur, kena cara yang lemah lembut. Kalau kita berkasar, Raees akan 2 kali lebih kasar. Cepat marah, tapi kalau kena gaya pujuk, cepat juga sejuknya. Atuk Raees selalu pesan pada saya supaya tengok-tengokkan Raees, sebab Raees suka pukul abang-abangnya.


PERKONGSIAN DAN PERINGATAN

Dalam menangani sikap dan perlakuan anak-anak yang berbeza-beza, kadang-kadang memang buat saya stress. Apalagi dalam keadaan saya yang selalu sibuk setiap hari. Bila anak-anak mula bising, bergaduh berebut mainan, marah-marah, menangis, menjerit, tipu kalau saya katakan, saya sentiasa tenang.

Sehinggalah 1 hari, saya terbaca tentang satu perkongsian yang cukup indah dari Ustaz Ebit Liew, perkongsian yang sangat berkait rapat tentang permasalahan hati setiap ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.

Kata Ustaz Ebit Liew....

# Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..


# Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..


# Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..


# Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit…


# Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..


# Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..


# Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.


# Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..


# Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..


# Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.


# Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak…


# Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..


# Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam…


SANGKAAN ADALAH SATU DOA

Ustaz Ebit Liew menceritakan satu kisah tentang seorang makcik yang mengadu tentang anaknya.  Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

"Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil"

"Anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat"

"Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.."

"Puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat…Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik…."

"InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?"

"Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan"

Selepas beberapa minggu, makcik tadi ceritakan anaknya bertambah baik. Alhamdulillah. Makcik tadi kata;

"Betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah…sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak…"


PENGAJARAN

Selepas saya baca perkongsian ini, saya mula untuk sentiasa bersangka baik terhadap semua perkara. Allah kan beri mengikut sangkaan hambaNya. Jadi, kita kena selalu sangka yang baik-baik terhadap anak-anak kita.

Jika terlintas di hati tentang sangkaan yang buruk-buruk, cepat-cepat hentikan. Tukar sangkaan dan doa kita terhadap anak-anak. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihati dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Saat kita mengubah sangkaan, anak akan turut berubah mengikut sangkaan kita. Sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak. Subhanallah.


Saya bersyukur yang Dzikrie seorang yang mudah tersentuh hatinya, sebab saya yakin, Dzikrie adalah seorang anak yang bakal mencapai segala impiannya atas doa yang selalu dipanjatkan, yang rajin bangun solat malam untuk mengadu dan berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya.

Percayalah tak ramai orang mampu untuk berdoa meminta dari Allah sehingga sanggup menitiskan air mata. Tak ramai. Termasuklah diri saya sendiri. Semoga Dzikrie menjadi seorang yang sentiasa berasa rendah diri di hadapan Allah, tetapi dipandang tinggi di mata manusia. 

Saya bersyukur kerana Qhalish adalah penghuni syurga. Anak yang telah ditetapkan untuk menjadi pengiring saya ke syurga. Anak yang sangat baik budi pekertinya yang selalu menjadi penyejuk hati.  

Saya bersyukur kerana Raees bakal menjadi pejuang Islam. Seorang pemimpin, pembela dan pelindung. Anak yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun pahit.

Anak yang mempunyai iman, prinsip dan pendirian yang tetap dan teguh dan  tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik. Anak yang petah bercakap dan sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.

Syukur...Syukur...Syukur...

Dan kita sebagai anak pula, jadilah anak yang membuat ibu bapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

"Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat. Ya Allah terimalah kami semua. Amin...."

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.



INGATKAN SUPLEMEN JE, TEH PERANGSANG TENAGA PUN ADE?

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Ramai rupanya yang tak tahu, Shaklee pun ada air teh. Nama penuhnya CINCH ENERGY TEA MIX. Antara produk Shaklee yang saya tak pernah try lagi. Ada kawan-kawan yang memang consume cinch tea ni push saya try. Ramai gak yang tanya, Shaklee pun ada teh ke? Untuk apa tea ni? Apsal nama dia energy tea?

Lepas tu rata-rata yang try, bila saya tanya best ke. Semua akan jawab seriously bertenaga. Yang boleh stay up tengok bola masa piala dunia aritu, yang boleh stay up 10 malam terakhir bulan ramadhan aritu, yang boleh maintain energy seharian walaupun on diet. Haaa...maknanya apa? Betullah kan teh ni boleh merangsang tenaga luar biasa?

Info ni saya ambil dari website Shaklee

Kalau anda tengok kat image atas ni, CINCH ENERGY TEA MIX termasuk dalam kategori penjagaan berat badan. Pendek kata, termasuk dalam salah satu item Set Kurus Shaklee. Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee?

Sebab ia boleh memberi rasa kenyang, dalam masa yang sama membekalkan tenaga kepada mereka yang on diet, yang nak kurus dan sihat.  Walaupun diet, makan dalam kuantiti yang sedikit, tapi tenaga macam orang makan banyak.


KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA MIX

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
11) Mengandungi Polifenol yang membantu mencegah kanser
12) Sebagai penggalak TENAGA semulajadi
13) Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
14) Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan tubuh.
15) TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan




PERBEZAAN CINCH ENERGY TEA MIX

Memang berbeza dengan teh lain, sebab ada banyak ekstrak di dalamnya. Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX:

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
* merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil CINCH ENERGY TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.


CARA PENYEDIAAN CINCH ENERGY TEA MIX

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.
1. Campurkan 1 stick CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee ke dalam 6-8oz air panas atau sejuk (mengikut citarasa anda). Kacau hingga sebati dan minum.

2. Bagi yang tak berapa suka rasa plain Cinch Tea, boleh campurkan sesudu teh madu ke dalam Cinch Tea, untuk sedikit kemanisan dan mendapat tambahan khasiat madu.

3. Bagi yang suka rasa masam, mahupun penggemar Teh-O Ais Limau, boleh campurkan sesudu teh madu dan perahan lemon. Tambahkan beberapa ketul ais. FUH! Misti terangkat! 
 
Senang dibawa ke mana-mana. Bawak 1 sachet letak dalam handbag, pastu bancuh. Credit image to IbuVitaminShop

Amacam? Macam menarik je kan. Ni yang rasa macam nak kena try nih!!!!

So sape yang rasa nak turunkan berat badan, yang tak berapa suka shake yang jenis susu tu, tapi lebih suka minum teh, anda patut cuba.Tak pernah jumpa lagi teh yang buat kita rasa kenyang, yang boleh bakar lemak, yang boost tenaga ke tahap maksimum. 

Nanti saya share testimoni dari customer dan sahabat-sahabat yang dah rasa. Kejap lagi saya nk order barang, CINCH ENERGY TEA MIX salah satu item yang wajib saya beli. MESTI CUBA!

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

DULU DRIVER SEKARANG JUTAWAN

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam dapat cerita dari seorang sahabat. Cerita pengajaran tentang seorang JUTAWAN yang kaya raya tetapi TIDAK pernah MENGAMBIL BERAT tentang  KESIHATAN. Ceritanya pendek je. Begini ceritanya.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang businessman dari China yang kaya raya. Beliau kerap kali outstation, meninggalkan anak-anak dan isteri, semata-mata untuk mencari duit. MONEY IS HIS PRIORITY. Beliau tak pernah jumpa doktor untuk cek tahap kesihatan beliau. Beliau rasa beliau sentiasa sihat. 

Tidak pernah menjaga pemakanan dan tidak pernah kisah tentang kesihatan beliau. Disebabkan beliau kaya raya dan sangat jarang ada bersama keluarga kerana urusan bisnes, beliau telah hire seorang driver untuk menjaga dan menghantar isteri dan anak-anak beliau untuk ke mana-mana sahaja yang mereka pergi.

Pada suatu hari, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mati di tempat kejadian.  Keputusan post mortem menunjukkan beliau mati kerana SERANGAN JANTUNG.


PEMBUNUH SENYAP

Kalau anda masih belum tahu, penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis adalah mereka yang berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung.


Cuba anda tengok, punca asal sebenar pembunuh senyap ni adalah kerana KOLESTEROL TINGGI!!!

Sebab tu ujian saringan sangat penting bagi mengenalpasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

Tiada simptom tidak bermakna tiada penyakit, jadi dinasihatkan penghidap diabetes dan darah tinggi menjalankan screening (saringan).

Tapi masih ada yang tidak mahu mengambil ubat doktor walaupun telah didiagnose. Jangan culas makan ubat. Untuk alternatif lain, boleh ikhtiar dengan cara RAWATAN SECARA SEMULAJADI. Antaranya adalah VIVIX.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang MANFAAT VIVIX



 
Laburkan sedikit dari wang yang anda ada. Kesilapan anda juga kerana tidak menjaga pemakanan dan kesihatan dari awal sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit yang membawa maut ini. 

Semua berpunca dari pemakanan. LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. Kerana seperti mana yang kita semua tahu, rawatan penyakit kardiovaskular sangat mahal dan apabila dikesan mengidapinya, pesakit perlu menjalani rawatan segera.

Jika tidak, PELUANG untuk mendapat STROKE juga adalah SANGAT TINGGI. Anda kena ingat, once you kena stroke, it will be the most challenging part, not only in your life, but also to your familiy member. 


MORAL OF THE STORY

Berbalik kepada cerita driver tadi. Anda tau tak. Akhirnya, kesemua harta beliau jatuh ke tangan siapa?

Jawapannya.........jatuh ke tangan driver tadi. Sebabnya, driver tadi berkahwin dengan isteri businessman tadi. Untung betul jadi driver. Xyah susah-susah membina empayar kekayaan.Tak pasal-pasal jadi jutawan segera.

Maka, SIAPA YANG BEKERJA UNTUK SIAPA SEBENARNYA NI? Fikir-fikirkan.....Cari duit, cari duit juga. Tapi kesihatan jangan diabaikan. Sebab tu lah, DAO selalu kata, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR. Jom amalkan kehidupan yang lebih sihat. Pastikan badan anda cukup nutrisi ye!


Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

EBOOK PERCUMA!!! NOW EVERYONE CAN KURUS!!!

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Harini nak announce sesuatu yang sangat menarik. Satu lagi projek khas komuniti hasil usaha Empayar Maria Firdaus telah dilancarkan. Projek ini dinamakan NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 


APA ITU NECK?

Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah satu projek tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Empayar MariaFirdaus untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menyelesaikan masalah obesiti mereka dengan pendekatan yang mudah dan praktikal.  

Semua FORMULA dikongsikan di dalam BUKU NECK dan ia adalah kisah benar yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis dalam menurunkan berat badan dengan cara yang MUDAH dan cukup PRAKTIKAL

Bagi mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk, Anda WAJIB dapatkan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang terdapat di dalam buku ini. 

Teknik ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari.



10,000 buah buku mini fizikal NECK sold out


Saiz buku mini fizikal NECK kecil sedikit daripada buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Sangat mudah dibawa ke mana-mana.


EBOOK MINI NECK

Bagi mereka yang tak sempat nak grab, jangan risau. Walaupun buku mini fizikal NECK dah takde, anda masih boleh mendapatkannya dalam format digital.

==================================
Ada 2 cara untuk anda dapatkan Ebook ini.
 

1. BELI PADA HARGA RM10.
Anda boleh bank in RM10 ke akaun:-
 
Maybank 1621 4294 8146 
CIMB 7004 566 123 
Kam Haryatie Abdul Mutalib
comecoze79@gmail.com 
p/s Wang tersebut akan disalurkan ke Tabung Maria Firdaus Prihatin untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.


ATAU 

2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE di atas atau di bawah entry ini.
 
(Ia AMANAH untuk anda yer) 

================================== 

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).
Sila download ebook ini di :





Salam Kurus Dan Sihat, 
"Now Everyone Can Kurus" 
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus" 

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.

PEMUZIK OKU MENANG ANUGERAH JUARA LAGU

$
0
0
Assalamualaikum semua,
Ramai yang tahu Anugerah Juara Lagu ke-29 baru sahaja tamat minggu lepas. Secara jujurnya, saya seorang yang meminati muzik. Saya suka menyanyi (tapi suara tak sedap, nyanyi dalam toilet boleh la), saya boleh main keyboard dan piano tanpa membaca note muzik. 

Tapi saya bukan jenis yang duduk mengadap tv semata-mata nak tengok juara lagu, nak dengar lagu atau tengok cerita (kecuali tengok wayang, itupun ada jugak buat kerja lain, tido...hahaha). Jangan kata juara lagu, cerita lain pun saya dah jarang berkesempatan nak tengok. Tapi saya suka dengar muzik sambil buat kerja.

Maklumlah hidup 'huru-hara' macam ni lah. Banyak perkara yang kena susun dan dibuat ikut priority dan agenda tengok tv tak pernah ada dalam list. Jadi malam juara lagu aritu, saya memang tak tengok. Sambil menguruskan segala urusan keluarga dan anak-anak sambil dengar-dengar je.

Keesokkan harinya, macam-macam cerita saya dengar di office memuji tentang kehebatan juara lagu malam sebelumnya. Apa yang hebat sangat saya pun tak tahu. Bila saya balik ke rumah, malam tu, baru husband saya tunjuk sesuatu.


INI KISAHNYA

Rupa-rupanya kumpulan muzik OKU telah memenangi AnugerahPersembahan Terbaik pada malam tersebut. Tapi macam mana ada pemuzik OKU pulak?Mana datang diorang ni? Ni kan juara lagu, bukan pertandingan vokal bukan sekadar rupa.

Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kelainan upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media sosial.

Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur.

Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton dengan membawakan lagu ciptaan beliau. Tahniah Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan kepada golongan ini. Mereka telah berjaya membuktikannya.

Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dikhabarkan penyanyi asal Aweera, telah keluar dari kumpulan Mojo atas beberapa sebab. Dan keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers. 

Power!!! Suara dia memang power. Nama beliau Azmi Saat. Memang menjadi kejutan yang dilakukan oleh Edry KRU apabila membawa kumpulan Caliph Buskers ke atas pentas AJL29 untuk menyanyikan lagu Romancinta bersama Mojo.
 
Tahniah...Tahniah...Tahniah  buat semua yang terlibat. Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. sekurang-kurangnya mereka tau kelebihan yang mereka ada, dan mereka gunakan bakat yang ada untuk mencari rezeki. 

Bukan sekadar menadah tangan semata-mata. Mereka betul-betul memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan ramai orang. Sape yang belum tengok lagi persembahan mereka malam tu, jom kita tengok.....





IBU MENYUSU: SIGNAL BILA KURANG NUTRISI

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Anda tahu tak? Kehilangan nutrisi di dalam badan adalah salah satu risiko yang terpaksa ditanggung oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Dan memastikan badan ibu cukup nutrisi adalah cabaran yang perlu ditempuh sepanjang proses kehamilan dan penyusuan. 

Akibat kekurangan nutrisi, ibu berisiko untuk menghadapi masalah seperti morning sickness, darah tinggi, diabetes, water retention, sakit pinggang, cramp, sakit gigi, heart burn, sembelit dan anemia.

Agak-agaklah, mampu ke kita nak dapatkan nutrisi lengkap dan nutrisi tambahan daripada makanan yang kita makan semata-mata? Jawapannya memang tak laaaa......


Amacam? Boleh ke makan 18 cawan bayam sehari semata-mata nak dapatkan cukup folic acid?

Ni pulak cara nak dapatkan keperluan kalsium dalam sehari. Amacam? Boleh telan ke?

Nampak tak, keperluan ibu menyusu semuanya EXTRA.
 
Bayi memang akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu. Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. 

Maka, jika ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Ibu menyusu memerlukan tambahan 450 kalori dan tambahan 25g protein dalam sehari.

Ini lah sebab utama, kenapa saya selalu tekankan kepada ibu-ibu yang mengandung dan menyusu supaya mengambil nutrisi lengkap. Bagi ibu yang menyusu, bukan sahaja untuk banyakkan susu badan untuk anak kita, tapi untuk kesihatan diri kita sendiri. Top up nutrisi dengan suplemen adalah satu langkah BIJAK.



KEPERLUAN NUTRISI IBU MENYUSU

Set bersalin dan menyusu antara set yang paling banyak mendapat respon. Saya dah jadi macam tempat rujukan untuk mereka yang selalu ada masalah susu badan tak cukup. Berdasarkan sedikit pengalaman dalam menyusukan 3 orang anak dengan susu badan tanpa topup susu formula. 

Walaupun saya masih bekerja dan ada masa saya juga ke luar daerah, tapi saya berjaya menyusu anak-anak dengan susu badan sepenuhnya. Secara jujurnya, masa mula-mula saya consume set bersalin dan menyusu ni, selepas saya bersalin anak ketiga. 

Saya rasa saya sangat-sangat perlukan suplemen untuk tampung keperluan nutrisi badan saya sebab pada ketika itu, saya menyusu anak yang ketiga sepenuhnya, saya bekerja, anak-anak yang 2 orang lagi tengah lasak, dan semua anak-anak saya jejaka idaman malaya.


ALFALFA DAN ESP JE MEMANG TAK CUKUP

Dalam ramai-ramai yang bertanya tentang set menyusu ni, ada yang follow apa yang saya makan, ada juga yang nak budget. Alasan tak mau ambil full set sebab budget, atau sebab malas nak makan banyak-banyak.

"Kak, saya rasa saya nak ambil Alfalfa dan ESP je lah. Cukuplah tu. Janji susu badan banyak. Lagipun banyak sangat saya nak kena makan. Saya ni susah nak makan pil-pil ni"

Dan kebanyakan daripada mereka yang ambil 2 item ni je, selepas tempoh 1 bulan lebih, mereka akan contact saya balik, dan mengadu  persoalan yang semuanya lebih kurang sama.

"Kak, saya rasa badan letih-letih la kak. sakit pinggang, lepas menyusu rasa susahnya nak bangun. Bila bangun pagi kadang-kadang kaki cramp. Apa lagi yang saya perlu ambil"

End up, semuanya TERPAKSA ambil full set untuk topup semula nutrisi. Dan alhamdulillah, lepas tu semuanya kembali normal, badan semakin cergas, letih-letih dan sakit badan dah takde dan susu badan lebih meriah dari sebelum tu.

Ada lagi sebab-sebab lain kenapa saya galakkan sangat ibu-ibu menyusu consume nutrisi lengkap. Antaranya adalah sebab untuk loose weight. Mungkin ramai yang tak tahu, badan kita akan tetap menghasilkan susu walaupun banyak nutrien telah hilang.

Lemak-lemak yang terhasil sepanjang proses kehamilan, akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan susu.Tapi, bila sampai satu tahap kesemua lemak yang terhasil telah digunakan sepenuhnya, secara perlahan-lahan, anda akan mula rasa sakit-sakit badan, rasa penat dan sakit pinggang. 

Saya ada share di sini, bagaimana untuk kurus dengan cepat selepas bersalin. Ni semua berdasarkan pengalaman saya sendiri.

TIPS KURUS CEPAT LEPAS BERSALIN


Itu adalah satu signal yang menandakan badan anda mengalami kekurangan nutrisi. Anda perlu topup nutrisi dengan mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk memberi anda tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.


PASTIKAN AMBIL NUTRISI LENGKAP

Jangan abaikan kesihatan kita. Kalau kita sayangkan anak-anak dan keluarga kita, kita kene sayangkan diri kita sendiri dulu. Barulah kita mampu untuk menjaga mereka dengan baik. Jagalah pemakanan kita semua wahai ibu-ibu. 

Ini complete set yang saya selalu sarankan. Insyallah dengan izin Allah ibu-ibu akan rasa lebih sihat dan bertenaga dan akan menghasilkan susu badan yang lebih berkualiti dan berkhasiat untuk si manja.

Seiringan dengan umur yang makin bertambah. Cintailah diri kita kerana ingin melihat bagaimana anak2 kita membesar, bersekolah, ke menara gading, bekerja, berkahwin dan bekeluarga seperti pusingan hidup kita kini. Supaya kita lebih kuat dan sihat untuk mendidik anak di zaman yang sangat mencabar kini.

Kita semua menghadapi masalah yang sama. Sibuk bekerja, makan tak tentu, makan fast food selalu, tak cukup seimbang, sayur pun belum tentu yang kita makan tu tidak beracun. Buatlah pilihan bijak wahai ibu. Zaman sekarang suplemen dah jadi satu keperluan untuk kita semua. Sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan jangka masa panjang.






 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

AKAN TETAPI, hakikatnya setiap supplement mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dan fungsi supplement-supplement ini juga unik yang mana kekurangannya tidak dapat dipenuhi oleh ESP atau alfalfa mahupun kedua-duanya semata-mata. Saya mengambil contoh sebuah kerusi. Jika mommies semua duduk di atas kerusi dengan menggunakan hanya 2 kaki, agak-agak stabil tak kerusi tu? Jika dibandingkan mommies duduk di atas kerusi yang mempunyai keempat-empat kakinya terletak di atas lantai serta berdiri teguh untuk menampung berat badan anda. Mana yang lebih stabil dan tidak akan jatuh? Dah tentulah kerusi yang berkaki empat. Samalah juga konsepnya dengan set penyusuan. Orang yang menitikberatkan KUANTITI semata-mata lazimya akan mencari produk untuk membantu meningkatkan penghasilan susu sahaja. Namun mereka mungkin tidak sedar akan pentingnya untuk melihat penyusuan itu dari aspek yang lebih holistik dan menyeluruh i.e. kepentingan KUALITI susu yang dihasilkan. Jika anda abaikan keperluan supplement-supplement cadangan lain seperti mana yang terkandung di dalam set penyusuan Shaklee, bukan tak boleh ... boleh tapi anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi badan anda sepenuhnya. Dan hasilnya pula, sudah pasti kualiti susu yang anda mampu hasilkan tidak sehebat sekiranya anda mengambil set penyusuan yang lengkap dengan sekurang-kurangnya 3 vitamin asas penting iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Bagi saya yang menginginkan HANYA YANG TERBAIK untuk anak-anak saya, sudah pasti saya akan memilih untuk mengambil set yang lengkap dan tidak bergantung harap pada ESP mahupun alfalfa sahaja. Jika budget tidak mengizinkan, itu lain cerita. Jom kita teliti fungsi setiap supplement yang terkandung di dalam set penyusuan: # Vitalea Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vitalea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 24 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas, bertenaga selain bersemangat untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak. # B Complex Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru, vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. Bila tenang, susu ibu mudah untuk dihasilkan dengan lancar. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty. # Vitamin C Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah. Secara tak langsung, apabila si ibu sihat, maka proses penyusuan dapat berjalan dengan lancar. # Ostematrix Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. ********************************************************************** Ternyata begitu ketara perbezaan antara keenam-enam supplement ini. Tepuk dada tanya selera. PILIHAN kini terletak di TANGAN ANDA. Maka buatlah keputusan dengan bijak dan berusahalah untuk memberikan yang terbaik anda mampu lakukan demi menjaga amanah Allah ini. Jika anda fikir anda mahu mencuba Set Penyusuan Shaklee bagi meningkatkan mutu dan nutrisi susu ibu anda buat si manja, add saya di FB - Marina Nasir.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

TIPS KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS BERSALIN

$
0
0

Assalamualaikum semua, 

Nak tahu tak? Kalau anda seorang ibu menyusu, anda akan sentiasa mengalami satu situasi kerap lapar. Sepanjang proses penyusuan, nafsu makan kita akan meluap-luap. Terutamanya setiap kali selepas menyusu. 

Ni pengalaman saya sendiri, sepanjang proses penyusuan ketiga-tiga anak saya, saya makan 6 kali sehari. Dan saya kerap makan di waktu malam, sebelum tidur. Sebabnya perut lapar sangat.

Ermm....Ngeri tak dengar? Ramai yang takut dengan situasi ni. Boleh kata 24 jam asik lapar aje. Tapi percaya tak, badan saya tak naik malah semakin slim. Makan banyak, tapi tetap kurus. 


PEMBAKARAN LEMAK SEMASA MENYUSU

Kalau anda nak tahu, proses penghasilan susu sebenarnya memerlukan tenaga. Penyusuan akan menyebabkan ibu membakar 500 kalori tenaga setiap kali menyusu. Sebab tu lah kita akan kerap rasa lapar.



Kalau sehari kita menyusu anak kita 5 kali, berapa jumlah kalori terbakar. Haaa....yang ni senang je nak kira. Anda boleh kira dengan cara mengepam susu. Kalau minum direct memang susah sebab kita sendiri tak tahu berapa banyak jumlah susu yang anak kita minum.


1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda. Kalau anda pam 30 oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan seterusnya.

1 oz = 20 kcal  

Semakin banyak susu  terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan. Jika anda pam susu sebanyak 25 oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari. Sebab tu lah anda akan rasa lapar giler setiap kali selepas menyusu.

Setiap 1 sesi mengepam, biasanya saya dapat antara 9-12 oz. Saya akan pam sehari 3 kali. Saya guna pam manual je, senang nak bawa ke mana-mana. Pam ni saya guna dari anak pertama sampai anak ketiga. Berbaloi-baloi.

Bayangkan semasa dalam pantang, kita mesti menyusukan anak kita 8-12 kali sehari. Pengalaman saya sebelum ni, berat sebelum pregnant, 48kg. 

Masa pregnant naik 17kg. Lepas bersalin dan dalam pantang berat saya turun 8kg. Dan semakin turun secara perlahan-lahan. Dalam bulan ke-3 dan 4 saya berjaya dapat semula berat 48kg. 

Best tak? Tak yah susah-susah nak p marathon gym semua bagai. Enjoy moment menyusu anak sambil baring atas katil tengok tv, sambil bakar kalori, lagi best kan?

Sebab tu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tapi ada juga yang tak berjaya atas sebab hormon, pemakanan dan stress.

Kajian menunjukkan ibu yang menyusu perlu mengambil extra 500 kalori setiap hari dari orang biasa.  Biasanya, orang biasa perlukan 2000 kalori sehari. So ibu menyusu mesti extra 500 kalori sehari. So best kan?  

Tapi! Bagi ibu-ibu yang makan seperti biasa, yang makan tak cukup kalori yang disarankan untuk ibu menyusu, badan anda akan lebih cepat turun. Sangat cepat! Sebab apa? 

Sebab bila badan kita tak cukup kalori untuk menghasilkan susu, lemak-lemak yang terhasil sepanjang proses kehamilan, akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan susu.



Saya perasan, bahagian yang paling cepat slim adalah bahagian yang paling banyak lemak. Perut, peha dan pinggul. Semua seluar dan baju sebelum pregnant, semua saya boleh pakai semula, seawal bulan ke-3 selepas bersalin. - Ini hanyalah gambar hiasan
  
Inilah rupa saya semasa mengandung. Makan-makan dengan office mate saya, Ikha. Makin nak sampai hari bersalin, badan semakin dipam pam. Makan pun makin selera. Memang belasah makan apa saja sebab dalam pantang nanti ada sesetengah makanan yang kene dipantang. Average berat saya naik sebanyak 17kg.

OK. Ini gambar saya masa anak pertama, Dzikrie berumur 5 bulan. Kurus tak saya. Hehehe....

Gambar kiri selepas saya baru habis pantang bersalin anak kedua, Qhalish. Masa ni saya dah turun 8kg. Gambar kanan masa Qhalish umur 4 bulan.


Ni gambar masa anak ketiga saya, Raees berumur 6 bulan.


Ni masa saya bertugas di Langkawi. Masa ni Raees sudah pun berumur 2 tahun lebih. Tapi Raees masih lagi menyusu. Mungkin ada ilusi optik di situ, saya dan Affni nampak kecik sebab orang lain jauh lebih besar. Hehehe...tapi memang betul saya masa ni sama kurus dengan Affni.
 
Sebab tu lah, bagi saya, tempoh penyusuan adalah momen terbaik untuk makan apa saja. Badan saya maintain sepanjang saya menyusukan anak-anak saya. Tapi saya cerita ni bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Bukan campur ye. 

Kalau dah campur susu, semua yang saya cerita tadi dah tak boleh digunapakai. Jangan pulak ibu-ibu yang dah campur susu formula pada anak p makan extra 500 kalori sehari. Silap haribulan makin bam bam la jawabnya.


FOKUS BANYAKKAN SUSU BADAN

Rasa-rasa ibu semua faham tak apa yang saya nak sampaikan ni. Saya nak beri tahu kepada semua ibu, bahawa berilah susu badan kepada anak-anak kita. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut;

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Terlalu banyak kebaikan yang akan diterima oleh kedua-dua ibu dan anak sepanjang proses penyusuan. Siapa yang belum pernah baca tentang kisah susu ibu di dalam Al-Quran, boleh baca lebih lanjut di sini. 


Jadi, ibu yang selepas bersalin, kalau nak cepat slim, susukanlah anak-anak dengan susu badan. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk tidak mengamalkan sebarang diet untuk turunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan yang pertama selepas bersalin. 

Diet yang tidak seimbang akan menjejaskan penghasilan susu badan dan menyebabkan anda kehilangan tenaga dan menjadi kerap letih. 

Dua bulan pertama selepas bersalin, mesti FOKUS kepasa proses PENYEMBUHAN dan MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN. Bukan menurunkan berat badan. Seperti yang saya terangkan tadi, proses penyusuan itu sendiri akan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Percayalah, ibu menyusu TERPAKSA KURUS!

Macam mana cara nak banyakkan susu badan, senang aje. Sila lah consume Set Menyusu Shaklee. Kalau nak try makan makanan-makanan yang lain pun boleh jugak. Cuma larat tak larat je la nak sediakan semua tu. Ikut pengalaman saya dari anak pertama, set menyusu dah ada semua sekali. ON THE GO!

Saya sendiri mendapat nutrisi lengkap dengan set menyusu. Kalau nak lagi jimat, sebelum bersalin, prepare siap-siap Set Bersalin & Menyusu. Yang lagi best sebenarnya Set Slimming juga terdapat dalam Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Best giler lah!


Salah satu testimoni sahabat kami yang mengamalkan Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Sebijik pengalaman saya.

Tapi, ibu-ibu kene beringat. Selama 2 tahun lebih kita menyusu, kita boleh makan apa sahaja kan. Bila cerai susu, cara pemakanan kita kena control semula. Kita dah kira kategori orang biasa. Dah takde kalori-kalori tambahan yang diperlukan lagi dah. 

Saya sendiri sedang mengalami situasi ini sekarang. Berat saya dah lebih 5 kg. Sekarang dalam proses untuk penurunan berat badan semula. Dah terpaksa join program Now Everyone Can Kurus.Insyaallah, sebelum raya nanti akan dapat semula berat badan yang dikehendaki.


SET LENGKAP MAHAL?

Statement mahal tu dah biasa sangat kami terima. Sebab saya juga pernah anggap perkara yang sama pertama kali saya dapat tahu tentang set lengkap ni. 

Tapi, lepas saya kira dan buat perbandingan dengan kos susu formula dan juga kos untuk menurunkan berat badan, sebenarnya Set Bersalin &  Menyusu Shaklee tersangat murah.

Saya tak prefer untuk makan jamu sebab jamu akan menyebabkan susu kering dan sangat tidak sesuai untuk ibu-ibu menyusu. Mungkin akan beri kesan sampingan juga kepada bayi. Sebab tu saya pilih Shaklee. Suplemen yang dihasilkan 100% dari bahan-bahan semulajadi.

So, lepas ni, mesti semua bersungguh-sungguh nak fully breastfeed anak-anak kan? Rugi tau siapa yang tak berusaha memeriahkan susu badan. Siapa yang nak tau lebih detail, boleh contact saya. 

Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Reunion Sahabat Selamanya

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru-baru ni, saya dan beberapa orang sahabat lama mengadakan reunion bertempat di Qashrina Homestay, Tanjung Kling, Melaka. Actually tak ramai pun, cuma 8 orang je. Homestay ni sangat cantik. Saya suka dengan design dan interior yang simple. Sangat selesa dan harga berpatutan.


http://qashrinahomestay.com/
Click on image to go to Qashrina Homestay official website. Thanks Lynn sebab suggest tempat ni.

Tapi, dalam ramai-ramai kawan sekolah dulu, kenapa yang 8 orang ni jugak yang buat reunion. kenapa kitorg ni agak rapat, walaupun dah 18 tahun kami tak berjumpa (first time jumpa balik 3 tahun lepas).

Sebenarnya antara kami banyak kenangan dan kerja 'giler' yang kami selalu buat sama-sama. Kami mula rapat sebab kami semua satu kelas masa form 3 dulu. 

Ni lah geng yang selalu merayap lepas sekolah. Tapi kami bukan merayap keluar shopping complex atau tak tentu hala. Kami merayap at zero cost ok! Pergi mana-mana jalan kaki, dan kalau nak makan, mesti masak sendiri.

Kami banyak habiskan masa bersama semasa zaman sekolah dulu. Dengan diorang ni lah saya belajar bawak motor. Belajar survived, belajar erti semua boleh! 

Kalau dulu penyegan tak tentu pasal, bila dengan diorang ni, mula belajar berani untuk berhadapan dengan orang dan adapt dengan sebarang situasi.

Ok lah. Jom kita tengok aktiviti apa yang kami buat masa reunion tempoh hari.

Sukaneka untuk anak-anak.
Mak-mak je yang over tau.
Tak sangka pulak si Fitra terer buat belon macam tu. Macam expert aje.
Semua anak-anak menang ke kalah ke, semua dapat hadiah. Semua seronok.
Dah abih sukaneka, kita main ombak pulak. Kat Tanjung Kling ni air tak berapa nak best untuk mandi. So, kami cuma main-main ombak gitu-gitu aje.
Waktu malamnya, kami buat BBQ pulak. Masa masak sama-sama ni, teringat zaman kami memasak guna unggun api masa sekolah dulu.
Antara menu makanan pada malam tu.
Tu dia, ketua chef kita. Encik Jasrul, husband kepada Naha. Mushroom soup dia memang meletops!!!! Sape nak resepi mushroom soup tu, boleh klik kat sini Homemade Creamy Mushroom Soup.
Sambil mak memasak, anak-anak pun main dengan kawan-kawan. Mak saya pun join sekali. Sebab mak saya kenal diorang ni semua. Maklumlah, semua ni dulu selalu datang lepak kat rumah.
Selesai makan-makan, kami bertukar-tukar hadiah.
Dari kiri: Fie, saya, Linda, Naha, Syikin, Noraini, Ida, Lynn.
Since malam tu ada lagi makanan yang tak sempat dibakar, so kami buat BBQ sekali lagi pagi tu untuk breakfast.
Kucing ni western betul. Abih french fries tu dimakannya. Sambil-sambil encik2 suami breakfast sambil sembang-sembang, anak-anak pun sama-sama sibuk bermain.
Ha ni part paling best. Kami bawak pisang, tapi pisang tu takde orang nak makan. So pagi tu kami buat lempeng pisang. Daun pisang tu kami mintak kat tuan rumah sebelah home stay. Dapat 2 pelepah, kita balut pisang yang dah dilenyek tadi. Rasa aroma daun pisang tadi memang menusuk ke dalam lempeng tadi. Sedap wo!
Sebelum balik kami ramai-ramai bergambar dengan baju raya.
Posing lagi.

Sebelum balik KL, sempat kami singgah makan durian dulu tepi-tepi jalan. Tengok gaya Lynn makan tu, aku tau Lynn tu mesti hantu durian tu. Hihihihihi....jangan marah Lynn.
Ini lah gambar kenangan kelas kami masa form 3. Kelas 3A2, SMART. Semua muka masih kanak-kanak ribena. Bersama cikgu kelas kesayangan, Cikgu Jasnani. Kat mana lah cikgu ni sekarang.

Insyaallah kalau ada rezeki kelapangan masa, kita akan buat gathering lagi. Saya titipkan doa buat semua sahabat-sahabat saya.





HOMEMADE CREAMY MUSHROOM SOUP

$
0
0
Assalamualaikum,

Kali ni nak share homemade resepi Creamy Mushroom Soup yang saya dapat dari Encik Jasrul, suami kepada sahabat saya Naha. Mula-mula rasa mushroom soup yang beliau buat, memang saya tak le berhenti hirup. Sampai kembung perut. Hihihi....

So apalagi, mintak resepi la buat sendiri kat rumah. So harini weekend, ada masa nak p beli barang nak kecoh-kecoh kat dapur kan. Alhamdulillah, memang menjadik. Anak-anak makan sampai bertambah-tambah. Anak yang sulung si Dzikrie la paling suka. Tekak western le katakan.

Ok, jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat homemade creamy mushroom soup.
Kredit untuk Encik Jasrul!  


Bahan-bahannya:

1. Fresh white/brown button mushroom - 10 kaki
2. Bawang Holland - 1 biji
3. Bawang putih - 6 ulas
4. Serbuk lada hitam (kasar) - 1 sudu
5. Tepung gandum - 2 1/2 sudu
6. Susu full cream - 500 ml
7. Butter - 1 buku
8. Stok ayam atau kiub ayam - 3 @ 4 ketul
9. Daun Parsley (hiris halus)


Antara bahan-bahan yang diperlukan

Kalau anda perasan, dalam bahan di atas ada dinyatakan 10 kaki cendawan. Memang kaki tau. Maksudnya, kaki cendawan tu jangan dibuang. Ambil sebahagian untuk dijadikan pati.
 
Saya guna cendawan yang macam ni. Beli kat Giant. Kaki cendawan tu panjang-panjang. So yang kaki tu dihiris sekali untuk buat pati.


Cara-cara membuatnya:
 

A - Cara buat pati

1. Hiris cendawan dan kaki nya sekali
2. Hiris bawang holland (kasar-kasar)
3. Hiris bawang putih
4. Panaskan kualidengan 1/4 butter
5. Tumis bahan 1, 2 dan 3 sampai layu
6. masukkan 1 sudu lada hitam kasar dan gaul rata
7. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Setelah sejuk, blender dan kisar halus dengan 2 cawan susu
9. Pati dah siap



B - Cara buat sup

1. Panaskan periuk dengan 1/2 butter
2. Masukkan cendawan lebihan ke dalam periuk (potong dadu atau ikut citarasa)
3. Gaul sehingga cendawan layu
4. Masukkan lada hitam kasar (ikut suka), gaul rata
5. Masukkan 2 1/2 sudu tepung gandum dan gaul rata (guna api perlahan).
6. Tambahkan susu dan gaul sampai tepung tak berketul
7. Masukkan pati yang yang telah diblender
8. Masukkan kiub ayam atau stok ayam
9. Renih sampai mendidih, kacau selalu supaya tak berketul
10. Setelah mendidih, masukkan daun parsley dan gaul.
11. Tutup api, siap!!!


Tadaaaaaa......dah siap!!!! Boleh hidang dengan garlic bread.


Selamat mencuba!


SELFIE DENGAN BENDA UMUR 100 TAHUN!!!

$
0
0
Assalamualaikum semua,

2-3 hari ni kan, semua dok pakat selfie dengan bende umur 100 tahun. Tapi sebelum tu nak cite sket dengan benda yang umur 100 tahun ni. Apa ke bende nya ni. 

Nak tau tak, saya mula kenal Shaklee masa bersalin anak ketiga. Saya terpaksa elak untuk ambil sebarang jamu sebab ada history anak first kena prolonged jaundice akibat pengambilan jamu. Masa tu ambil produk Set Bersalin jenama terkenal juga. 

Cuma sebab anak pertama, so tak tahu nak compare mana-mana, grab aje. Anak kedua tak ambil sebarang produk, letih nya Allah je yang tahu. So bila mengandung anak ketiga, saya research apa yang patut ibu-ibu lepas bersalin ambil dari segi pemakanan sebab saya takkan ambil jamu lagi.

Saya mintak nasihat gynae juga. So rata-rata advise saya ambil SUPLEMEN. Tapi brand apa, diorang just advise cari brand from NATURAL SOURCE. So bila google, saya jumpa SHAKLEE. Tapi masa tu saya still compare dengan produk lain. Dari segi harga, Shaklee jauh lebih murah. Apa lagi, saya terus order.

Amazingly, saya cukup-cukup bertenaga semasa dalam pantang compared to previous. Yang paling best, luka cepat sembuh, susu badan meriah sangat-sangat sampaikan anak ketiga dapat fully breastfeed sampai umur 3 tahun, badan bertenaga dan energetic lain macam. 

Start daripada tu saya konsisten makan. Pernah juga skip beberapa bulan. Tapi end up, saya akan carik balik SHAKLEE. Jenama yang dah berusia lebih 100tahun dan shaklee effectnya menakjubkan dari hari ke hari.

Lepas hampir 3 tahun consume, barulah saya join sebagai ahli keluarga SHAKLEE. Paling tak sangka, dengan sambil-sambil sharing benefit, berjaya jana income 5 angka setiap bulan. Betul-betul SHAKLEE EFFECT.

Kajian menunjukkan pengguna produk Shaklee akan setia menggunakan jenama produk tersebut selama lebih kurang 17tahun. Kalau tengok otai-otai makcik pakcik yang saya jumpa, rata-rata memang tak nafikan keberkesanan produk.

Ramai juga yang dah lama tak jumpa, bila datang rumah saya nampak botol Shaklee, semua start makan semula. Kata mereka dah susah nak jumpa sekarang. Sebenarnya bukan takde, tapi sebab sekarang semua orang buat online, sebab tu offline dah jarang jumpa.

Oklah, jom kita tengok gambar-gambar pengguna tegar. Percaya atau tidak, rata-rata saya tengok semakin sihat, cantik dan gorjes ok! Semua dengan izin Allah. Kalau produk bagus dan kena dengan tubuh badan, insyaallah memang berkesan.





















Kakak saya sekeluarga, semuanya pengguna tegar juga. Anak-anak beliau dengan suplemen favorite masing-masing.


Family saya pun sama. Selfie dengan favorite supplements masing-masing.

Last but not least. Selfie saya takkan takde kot....ehhh...mesti lah ada........

Me with my favorite supplements. Terpaksa bongkar rahsia juga akhirnya.

Kami semua dah rasa kesannya. Anda semua bila lagi?Kalau satu-satu produk tu boleh bertahan sampai 100 tahun, maknanya apa? Tak yah cite lelebih lah kan. Biar gambar berbicara. The effect will tell your body directly.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?Hubungi saya untuk:-  FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SERVICE AIRCOND! CHEAP, FAST, GOOD!

$
0
0
Assalamualaikum. Saya doakan anda sentiasa dilimpahi rahmat serta kasih sayang Allah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. In shaa Allah.

Sejak dua menjak ini, cuaca di negara kita nampaknya tak menentu. Nak-nak bila waktu tak hujan. Panas dia ya Allah, panas betul la. Time ni ramai yang akan cari kipas besar, tak pun all the time pasang aircond.

Saya pun sama, sebab bila panas je, aircond kt rumah tu boleh kata sepanjang masa. Nak jadikan cerita, aircond kat bilik kami ni dah lama tak service. Dah tak sejuk, jadi macam kipas biasa je.

Dah lama sebenarnya saya mencari orang service aircond ni. Tapi disebabkan saya selalu kerja outstation, jadi benda ni tertangguh. Maklumlah, nak bagi orang asing masuk ke rumah kita ni, kena fikir banyak kali.

Tapi bila tengok, makin lama makin tak kuat angin aircond ni, saya cakap dengan Allah, "Ya Allah, kau temukan aku dengan orang yang boleh bantu aku selesaikan masalah aircond aku ni, kalau boleh nak yang bagus tapi murah :), dan orangnya ikhlas dan bersungguh-sungguh bila buat kerja".

Alhamdulillah. Kebetulan masa lunch, saya scroll Facebook ternampak satu posting mengenai hamba Allah ni yang boleh service aircond dengan harga berpatutan. Nama dia Idzhar. Boleh contact Idzhar through WatsApp.


Antara perbualan saya dengan Idzhar


Operasi membuka Aircond. Bukan mudah rupanya.


Macam ni rupanya bila dah buka kesemuanya. Saya ada tanya dia, aircond apa yang bagus sekarang ni. Dia kata Panasonic, Daikin (dulunya York) dan Acson. Ni berdasarkan pandangan dia untuk aircond yang tahan lasak tau. Semua orang ada pandangan masing-masing tau.


Sebelum cuci, inlet gas aircond kene tutup dulu. Ada sesetengah orang tak tutup ni, end up banyak gas aircond keluar. Bila banyak gas aircond keluar, mereka akan charge lebih bila masukkan gas aircond nanti. Tip yang beguna dari Idzhar.



Alat untuk masukkan gas Aircond nanti


Operasi mencuci aircond. Idzhar yang pakai topi bersama sahabatnya.


Operasi memasukkan gas aircond pula.


Lepas tu cuci compressor aircond pula. Kerja remeh semua ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk kerja 2 orang. Bergantung pada tahap condition aircond yang hendak dicuci. 


Rupanya, setiap 3 tahun aircond kena buat full service dan perlu buat minor service setiap 1 tahun untuk pastikan aircond dapat berfungsi dengan baik. Dan jangan tak tahu, aircond yang sentiasa dalam keadaan yang baik dapat menjimatkan bil elektrik.



Kalau aircond dah tak sejuk tu, cepat-cepat lah betulkan. Sebabnya aircond tersebut terpaksa bekerja keras dan menyebabkan tenaga elektrik digunakan dengan banyak. Bill elektik pun melambung nanti.



Bagi saya, service repair aircond demand agak tinggi. Aircond ni dah jadi satu keperluan. Boleh kata setiap rumah, mesti ada aircond. Sudah nak jumpa rumah yang takde aircond dalam area KL ni. Dan aircond bila selalu guna, kene rajin service. 



Perkhidmatan yang mereka berikan ni betul-betul membantu orang lain yang inginkan perkhidmatan service aircond yang baik dan berpatutan. Semoga sahabat baru saya ini semakin berjaya dalam apa yang mereka jalankan.


Jika anda perlukan perkhidmatan:

1) Full service aircond
2) Minor Service aircond
3) Buat wiring kat rumah

Anda boleh menghubungi sahabat saya ni, Idzhar di nombor telefon 018-241 1946. Kalau nak diskaun, sebutla nama saya yang recommend. In shaa Allah, dia bagi good service dengan harga yang terbaik.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

Wassalam

*Jika anda rasa entri ini entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


1st Experience White Water Rafting

$
0
0
Assalamualaikum,

This is my first experience join white water rafting organized by Sapura Community. For the past 6 years with Sapura, this is my first time join outdoor acitivity. Sebelum ni tak pernah dapat nak join sebab pregnant, bersalin dan menyusu. Ada anak yang masih menyusu agak sukar untuk saya bebas join aktiviti lasak.

So since sekarang anak-anak dah besar-besar sikit, nekad jugak lah saya join. Bila lagi nak pergi program macam ni. Lagipun sekarang stress level tinggi jugak ni. So kene buat something untuk release. 

Plan A location supposed to be at Kuala Kubu Baru. But since air tak cukup, we have to move to the Plan B location at Ulu Slim, Slim River Perak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang aktiviti setengah hari ni. Enjoy!!!


Bas bergerak pada jam 8 pagi dan sampai di Ulu Slim pada jam 10 pagi.
Kami kene pilih sendiri helmet dan jacket mengikut saiz yang sesuai.

Kali ni geng mak-mak nak enjoy.
Taklimat dan demo diberikan. Ini penting terutamanya bagi mereka yangfirst time join.
Bacaan doa sebelum aktiviti bermula mudah-mudahan Allah merahmati dan melindungi kami dari sebarang perkara tidak diingini.
Kita ambil gambar dulu dengan bos besar.
Kami bertolak ke hulu sungai dengan menaiki 4WD.
Perjalanan mengambil masa 40 minit. Dah rasa macam PATI pulak.


Sebelum masuk boat, kita bergambar dengan team NCO. Bak kata KA, orang-orang NCO tak boleh naik satu boat. Kalau jadi apa-apa, habis NCO tak siap.
Mula-mula air masih tenang.
Amek feel dulu. Boleh main-main air.
Ok, dah sampai area arus deras.

Dah sampai Jeram Kotak. Ni part paling thrill sepanjang 7km.
Ruang yang agak sempit dengan bongkah batu besar di kiri dan kanan.
Perghh!!! Kami berjaya! Boat tak terbalik.

Yeay! Kami berjaya melepasi Jeram Kotak dengan jayanya.
Kalau silap teknik, boat boleh tersangkut macam ni.
Kalau silap teknik jugak, boat boleh langgar batu besar tu.
Kalau silap teknik jugak, boat boleh terbalik.
Kalau silap teknik jugak boleh menyebabkan rafter jatuh dari boat dan terhimpit ke batu.
Bila dah jatuh dari boat, hanyut lah jawabnya.
Ni gambar dari jarak jauh sikit. Ikutkan waktu ni pun air sungai kurang sebab kurang hujan.
Lepas dari Jeram Kotak tadi, air agak tenang.
Sampai di checkpoint yang pertama. Rehat sekejap, minum air dan makan coklat.
Setengah jam kemudian kami sambung rafting semula. Half way lagi ni.

Ni entah kenapa bot ni terbalik cenggini. Rasanya air tenang je. Hihhihii...
Last sekali sebelum naik, kami amek peluang mandi sungai. Heaven betul rasa dapat mandi sungai.
Alhamdulillah. Perut lapar betul, semua makan tak ingat dunia.
Ni petai fresh baru petik. Buat ulam masa makan tengahari. Dan dijual dengan harga yang cukup murah. 10 tangkai RM5.


Alhamdulillah dapat juga peluang untuk join water rafting. Secara jujurnya, saya memang sangat-sangat suka dengan aktiviti outdoor macam ni. Lagi challenge aktiviti tu, lagi saya suka. Kalau lepas ni ada lagi aktiviti macam ni, kalau ada rezeki, saya akan join lagi.

Untuk mereka yang berminat nak join water rafting, pastikan anda bawa item di bawah:
  • Sandal bertali atau laced up shoes untuk dipakai semasa rafting
  • Baju yang sesuai, tshirt dan seluar panjang
  • Tuala, sabun & shampoo
  • Sunscreen lotion/bug spray
  • Personal medication
  • Straps jika anda pakai spect
  • Goggles jika anda pakai contact lenses
  • Baju persalinan
  • Beg plastik untuk simpan baju basah 
  • Air minuman

Note:
  • Kuala Lumpur ke Tanjung Malim – 1 jam
  • Tangung Malim ke Ulu Slim – 40 min
  • Ulu Slim to Put-in Point – 40 min by 4WD / transport disediakan
  • Safety briefing akan diberikan sebelum aktiviti bermula
  • Rafting mengambil masa antara 2-2.5 jam
  • Rafting sejauh 7km sepanjang sungai
  • 2 river guides to a raft
  • 4-6 rafters untuk setiap boat

TIPS HILANGKAN GEGATA DENGAN MUDAH

$
0
0
Assalamualaikum,

Minggu lepas, anak saya yang kedua, Qhalish, tiba-tiba je badannya gatal-gatal. Mula naik gatal pada jam 4 petang. Tapi start pukul 10 malam, tiba-tiba naik bengkak kecik-kecik. Saya tengok macam gegata. Bila tunjuk kat mak, mak kata sah, kena gegata ni.

Kesian sangat kat Qhalish. Tak henti menggaru. Tak tahu nak buat apa, saya terus bawa ke klinik time tu jugak. Sampai di klinik, doktor macam biasa bagi ubat makan untuk tahan gatal dan Calamine Lotion.

Bila saya tanya doktor, tak boleh inject ke. Doktor tu kata, "Saya tak suka inject anak kecil, kalau you boleh pujuk dia makan ubat better". Masalahnya, Qhalish sangat susah makan ubat. Bila nak bagi makan ubat, macam nak berperang. 

Seksanya Allah je yang tahu. Dia bukan kecik lagi yang kita boleh pegang kaki tangan bagai. Tenaga dia pun dah makin kuat. Doktor tu macam termenung kejap sebab tak tau nk buat macam mana kalau tak mau makan ubat.

Sambil tengok si Qhalish tergaru-garu, doktor tu tetiba tanya.

"Haiyoh! Macam mana ye. Kesiannya ni gatal tau. Habis kalau dia demam selsema you bagi makan apa?"

"Saya bagi homepati. Kalau homepati dia minum, ok je."

"Then kalau macam tu, u bagi dia homepati lah. If yang tu ok untuk dia"

"Oklah"

Sebab dah lewat malam, tak sempat lah nak p ambil homepati. So untuk sementara, malam tu, saya terpaksa mintak tolong mak, bibik dan husband pegang Qhalish supaya makan ubat jugak. At least bila dia tidur takdela menggaru. 

Sebelum saya share tips dan petua, nak cerita sikit gegata tu apa.


APA ITU GEGATA?
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria. Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Oooo....baru ku tahu gegata tu adalah alahan. Seriously selama ni ingatkan gegata tu sejenis serangga macan semut. Jenuh dok fikir mana datang lah gegata ni.

So, Qhalish ni tak tahu lah sebab apa. Mungkin salah satu daripada punca di atas. Yang pasti, saya kene cari solution untuk hilangkan gegata ni dengan cepat sebab tak tahan tengok da menggaru.

Esoknya, saya post kat FB mintak pendapat kawan-kawan FB kalau-kalau mereka ada petua atau tips untuk hilangkan gegata. Alhamdulillah ramai yang beri respon. Saya compile antara tips dan petua yang mereka share.


1. BASIC-H SHAKLEE

Mandikan anak dengan sabun Basic H Shaklee. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Basic H, sila klik link di bawah:
1001 Kegunaan Basic H Shaklee



2. NUTRIFERON DAN PERFORMANCE DRINK

Performance Drink ni pun sesuai untuk semua peringkat. Jemput baca SINI.


3. CALAMINE LOTION


4. CUKA DAN GARAM



5. AIR GARAM

Mandikan anak dengan air garam. Sekadar gambar hiasan. Cantik pulak ku tengok gambar garam kaler pink ni.


6. KRIM ECONAZINE


7. BAWANG KECIL




8. AIR SIREH

 




9. TEPUNG UBI DAN BEDAK



9. JUMPA DOKTOR

Last option, anda boleh berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Biasanya doktor akan bagi ubat tahan gatal (biasanya ubat selsema) dan lotion sapu. Kalau orang dewasa, biasanya doktor akan beri injection.

 




Solution untuk Qhalish 

Untuk Qhalish, saya tak boleh nak bagi sebarang ubat makan atau sebarang suplemen atau apa sahaja yang ada rasa. Memang dia takkan makan punya. Akhirnya, ini solution yang paling sesuai untuk Qhalish.

Untuk anak-anak yang sama condition macam Qhalish, yang tak boleh telan sebarang ubat atau apa sahaja yang ada rasa, boleh cuba solution yang saya bagi pada Qhalish.

1. Calamine Lotion
Sapu di semua bahagian yang bengkak dan gatal.

2. Mandi dan berendam dengan air garam
Setiap kali mandi, Qhalish akan berendam dengan air garam. Tak kisah garam kasar atau garam bukit atau garam yang ada aura tu. Kasi kaw-kaw masin. Sambil dia berendam tu saya sapukan ke seluruh badan dan kepala.

3. Homepati tahan gatal
Memandangkan Qhalish serasi dengan homepati, saya usahakan jugak untuk dapatkan homepati sebagai salah satu usaha elakkan gatal.



Alhamdulillah, selepas 3 hari, semua gatal dan bengkak kian surut. Dan tidak berulang lagi. Kepada semua pembaca, anda boleh cuba sebarang tips dan petua yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat saya di atas mengikut kesesuaian masing-masing.

 *Jika anda rasa entri ini entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Thanks for reading!
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6183Islam
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/618Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

CHEEZY BUTTERMILK GIANT PRAWN

$
0
0
Bahan-bahannya:
  1. 1/2 kg udang galah (6 ekor)
  2. Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  3. Bawang besar holland 1 biji (potong dadu) 
  4. Cili hijau, cili benggala (hijau, merah, kuning), cili api ~ ni semua optional kalau suka pedas dan nak nampak menarik warna warni masakan 
  5. Daun kari 3 batang
  6. 1/2 sudu kecik serbuk kari 
  7. 2 cawan susu rendah lemak
  8.  1 ketul kiub ayam 
  9. Tepung jagung 
  10. 1/4 butter(250gm butter dibahagi 4)
  11. Cheddar cheese (ikut rasa)

Cara masak: 

1. Gaulkan udang dengan garam secukup rasa dan tabur tepung jagung salut rata.

2. Goreng udang sampai masak dan ketepikan dulu. Tak perlu lama-lama sebab udang cepat masak.


3. Panaskan butter. Tumis bawang holland, bawang putih & daun kari smpi kekuningan.

4. Masuk  serbuk kari dan tambah air sedikit.
 

5. Dah menggelegak masukkan susu cair

6. Masukkan kiub ayam dan cheddar cheese. Kacau hingga sebati dan sampai menggelegak dan macam berbuih.

7. Kemudian masukkan udang yang dah digoreng tadi.

Tadaaaa....dah siap!!! Tapi gambar tak berapa nak cantik lah.

Disebabkan anak saya yang sulung tak berapa suka makan udang, so saya gantikan udang dengan ayam. Jadilah Cheezy Buttermilk Chicken.

Nak dijadikan cerita, masa masak ni takde lauk lain. Tu yang buat kuah banyak-banyak tu. Sebab tau anak-anak mesti suka punya. Biasanya orang buat kuah sikit-sikit je. Jom tengok gambar-gambar yang saya ambil dari internet. Nampak lagi menyelerakan.



Kami makan dengan nasi putih macam ni. memang sedap.

Food presentation memang penting. Food fotografi pon sama. Kualiti gambar yang diambil, angle dan skill tu akan buatkan makanan nampak sangat best dan boleh buat orang terliur. Hehehe...

Selamat mencuba!

 

GARLIC BUTTER CHEEZY GIANT PRAWN GRILL

$
0
0
Bahan-bahannya:
  1. (1/2kg @ 5 ekor udang besar saiz lebih besar dari tapak tangan)
  2. 50g @ 5sb butter bergaram sejuk (cold salted butter), potong dadu lebih kurang sebesar 1cm*
  3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk.
  4. Cheddar cheese - Parut
  5. 1sb mozzarella cheese
  6. Serbuk lada hitam secukup rasa, bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka
  7. Daun parsely
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan butter, bawang putih, cheddar cheese, dan mozzarella cheese dalam bekas kecil. Gaul rata dan mash guna garfu. Ketepikan.
2. Bersihkan udang. Guna pisau untuk kelar atau buat satu slit memanjang pada isi udang, dari atas kepala hingga ke ekornya. Buat untuk semua.

3. Ambil adunan butter, kepal-kepalkan sikit dengan tangan dan sumbatkan ke dalam udang yang dikelar tadi. Taburkan serbuk lada hitam diatasnya. Lakukan untuk semua udang.
4. Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit butter. Letakkan udang dan masak hingga kulitnya kemerahan dan kegaringan. Nak tabur lagi serbuk lada hitam kat kulitnya pun boleh.
5. Cheese akan meleleh keluar dari udang bersama butter nanti, tu guna non-stick untuk tak terlalu melekat.


5. Angkat dan susun udang dalam pinggan. Tabur hirisan daun parsely/kuncai/bawang. Sos butter cheese dalam pan boleh dituang atas udang. Sedia diratah.

 
 
Memandangkan pakai camera phone je, so gambar mungkin kurang menarik. Saya share antara gambar yang lebih menarik yang saya ambil dari internet.



Selamat mencuba!



TAKDE IDEA NAK MASAK GIANT PRAWN?

$
0
0
Assalamualaikum,

Minggu lepas encik suami outstation ke Kota Kinabalu, Sabah seminggu. Sebelum tu saya dah pesan, balik nanti beli la lobster ke, ketam ke, ikan ke. Sana kan murah-murah. Tak yah beli gelang-gelang pandora bagai, semua tu tak pakai nanti. Membazir je. 

Alhamdulillah encik suami beli betul ketam besar, udang besar dan sotong. Tapi bila dah balik tu, blur pulak nak masak apa. Saya ni tak de la pandai sangat masak. Nak nak masak yang besar-besar macam tu. Nak siang nya pun berjam-jam. Hehehe...

Chef Raees sedang menunggu arahan mami nak masak apa.

Saya post di facebook mintak idea rakan-rakan nak masak apa. Macam-macam idea yang diorang bagi. Prawn butter, goreng tepung, masak lemak cili api, sweet and sour, rendang, masak kari. 

At last, ini lah yang saya decide. Ikutkan kami tak biasa makan udang besar-besar macam ni. So kene masak masakan yang ikut selera satu rumah. Anak-anak tu yang penting. Untuk mengelakkan frust masak tak makan, so kenala ikut tekak diorang. 


Udang tu saya masak 2 jenis. 5 ekor yang saiz paling besar digrill, 6 ekor lagi digoreng dan masak berkuah.

Chef Hafiz in da house!

Untuk yang tak makan udang, saya improvise. Guna kuah yang sama tapi gantikan dengan ayam. Sedap jugak tau!
Raees sorang je makan 3 ekor. Malam tu mintak lagi. Next time soh daddy beli 5kg. Ble makan puas-puas.

Di bawah ni saya share resepi cara nak masak. Anda boleh cuba lah. Klik kat link di bawah tu ye.





Selamat Mencuba!

 

TIPS TO BE A CHAMPION IN YOUR FIRST KARTING!

$
0
0
Assalamualaikum,

Anda pernah main GO-KART? Saya tak pernah. Antara sebabnya, takde seorang pun daripada kawan-kawan saya yang minat Go-Kart. Sebenarnya pernah terdetik di hati nak try. Tapi sebab takde sape pon yang main, so niat tu terkubur begitu sahaja dan tak tau nak main kat mana pun.

Masa saya join Sapura, saya selalu nampak email dari Sapura Community pasal Go-Kart Challenge ni. Tapi masa ada aktiviti yang lepas saya tak berani nak join sebab ingatkan untuk orang-orang yang dah expert. Nama pun challenge, maknanya competition.

Saya ni hape pon tak tau pasal Go-Kart. Tiba-tiba nak masuk. Tak berani lah. Dah tu tak de pulak saya ni nak p menanya kat urusetia boleh ke orang yang macam saya ni join. So, macam biasa, niat saya tu pun terkubur begitu sahaja.

Memandangkan anak-anak dah besar sikit, saya rasa saya boleh aktif semula outdoor activities. Kasi lah can kat mami ni nak aktif semula. Semua aktiviti anjuran Sapura Community, saya akan join. Previous activity water rafting pun saya dah join.

Anda boleh baca pengalaman pertama saya join White Water Rafting anjuran Sapura Community di sini. 1st EXPERIENCE WHITE WATER RAFTING.


Dapat je email pasal program ni, terus ku lock date siap-siap.Cepat-cepat mintak approval 'orang rumah'. Alhamdulillah dapat green light.

Nak dijadikan cerita, saya hampir terlupa ada program ni. Sebabnya sibuk sangat dengan projek syarikat yang tengah dalam fasa FAT. Nasib baik lah adik ku sorang si Zawanah tolong remind. Yuswirda pun nak join jugak. Diorang kata kalau saya pergi diorang nk tumpang.

Sebab saya sibuk di site office, saya mintak tolong diorang registerkan. By the time we all register tu memang ngam-ngam penuh. Perghhhh!!! Sebbaik....kalau tidak sedih dalam hati je la tak dapat join.



ZERO KNOWLEDGE, ZERO EXPERIENCE

Malam sebelum hari kejadian, sebelum tidur, saya tiba-tiba terfikir. Aku ni betul ke nak join esok ni. Dah la tak pernah main go-kart sebelum ni. Tiba-tiba masuk competition. Terfikir jugak, kot la on the way drive ke Sepang tu boleh test. Hahaha...Iskh!

Oleh kerana masih waras, ku lupakan hasrat itu. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba ye. Tak de faedah pun nak cilok-cilok kat atas jalanraya. So, apa saya buat. Saya cari info sikit pasal go-kart ni. 

Disebabkan saya zero knowledge and zero experience, saya cuba cari short cut. So, saya perlu cari Tips & Tricks. Ni memang best practise saya untuk belajar something yang saya tak tahu dalam tempoh yang singkat. Saya google "GO-KART FOR BEGINNERS". 

So this is my first reference, siap cari kat www.wikihow.com okeh! Anda boleh klik link di bawah kalau ini kali pertama anda join go kart.


Sempat juga saya cari kat youtube video orang-orang main go-kart. Nak tengok macam mana gaya orang main go-kart ni sebenarnya. Dah dapat feel sikit, ok lah. Insyaallah esok cuba je lah. Kalau tak menang pun takpe, ni kan first time. 


SEMANGAT BERLUMBA DATANG

Esok paginya, selepas solat Subuh, tiba-tiba saya rasa semangat nak menang. Entah macam mana, dalam doa, saya cakap dengan Allah, saya nak menang. Macam tiba-tiba je. Terus saya ambil handphone dan saya google "HOW TO WIN AT THE GO CART". 

Amazingly, saya jumpa satu link kat http://howto.menshealth.com. Saya memang selalu explore website ni sebab banyak tips kat situ. Tips dan cara nak siang ikan keli pun ada tau! Hahaha....

Ok. Saya share dengan anda tips yang sangat-sangat berguna untuk orang yang tak pernah sekali pun main go kart, tapi kuat berangan nak menang. Ahaks!


Tips yang cukup ringkas tapi padat. Actually saya tak boleh nk feel lagi tips ni sebab saya takde experience langsung. Tapi urusetia ada inform setiap peserta akan diberikan masa 5 minit untuk test drive. So saya pasak siap-siap tips yang ada ni, masa test nanti saya akan apply.


THE DAY

Kami antara orang yang paling awal sampai. Ikutkan ETA 56 minutes. Tapi kami sampai dalam 40 minit macam tu. Nasib baik sekali lagi ada Zawanah tolong bagi instruction jalan. Handphone saya dengan handphone Yus, signal asik lost aje. Kalau si Wana ni takde ni, mau sesat barat kitorang ni.
Ni ha semua ahli Kelab Wanita SST. Zawanah, Intan, Suzie, Kak Non, Nazema, Iffah, Sasha, Kak Yan, Lyana dan Nurul.
Taklimat diberikan kepada semua peserta sebelum pertandingan bermula.
Minah-minah rempit SST yang ayu-ayu belaka. Tapi bila masuk litar, habis segala ayu hilang entah ke mana.


Jumlah peserta seramai 100 orang. 80 lelaki dan 20 je perempuan. Dibahagikan kepada 5 kumpulan. Semua peserta diberi masa 5 minit / 10 lap untuk test drive. Dikira juga sebagai saringan untuk ke Final. 

Disebabkan lelaki ada 4 group, so the 5 fastest from each group akan masuk Final. Yang perempuan pulak, sebab memang ada 1 team je, so semua layak ke Final. Hehehe...penat je ku drive laju-laju. 


Peringkat saringan perempuan. Macam biasa, saya selalu ada masalah nak dapat helmet yang sesuai. Besar pun besar lah.

OK. I'm ready. Berdebar rasa. Dah la kaki tak sampai nak tekan minyak to the limit. Helmet pun besar dan longgar. Camne nih! Takpe. That's what we call a challenge.

SST Women Karter's. Dah start nampak keganasan di riak wajah memasing. Hahaha....

Peringkat saringan lelaki. Ada 4 group semuanya in total 80 orang.


Peringkat saringan dapat nombor 3. Erm...not bad. Boleh try pecut lagi ni masa Final.


Hadiah untuk tempat pertama hingga tempat ke-5 bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. The Fastest Lap untuk setiap kategori lelaki dan perempuan dan Best Dress.


Ready for Final

Ada jugak orang capture gambar saya. Hehehe....

Seriously, bila bawak ni saya rasa macam best giler lah dapat cilok sana sini, pecut 1 by 1. Atas jalanraya takle nak buat macam ni kan. So this is the right place at the right time to do all that. 

Tak ingat apa dah masa ni, memang fokus nak menang aje. Dengan kaki tak berapa nak sampai tekan minyak, saya paksa kan jugak rendahkan badan seminimum mungkin untuk make sure kaki boleh push to the limit.

Nak jadi cerita, masa taklimat diberikan sebelum pertandingan bermula tadi, ada diberitahu, end of the race, the champion will received the checkered flag. So bila sampai garisan penamat, boleh slow down dan buat 1 lap lagi as a victory lap. Masa tu boleh lah lambai-lambai tangan kat penyokong atau penonton tanda kemenangan.

Yang kelakarnya saya tak tau yang saya champion. Sebab di garisan penamat tu ada karter lain depan saya. Saya ingat kot dia yang menang. So saya dengan poyonya drive selaju-lajunya untuk lap terakhir tu. Rupa-rupanya that is my victory lap. Muahaha....

Yeay dah sampai! Tapi rasa macam tak cukup lap aje. Hahaha...tak puas le maknanya tu.



CHAMPION & FASTEST LAP

Seriouly unsangkarable boleh champion. Dapat fastest lap lagi. Boleh pergi jauh ni. Hahaha...umur dah nak masuk 40 baru sibuk nak go-kart. Errmmm....kene fikir banyak kali ni. Maybe boleh bawak anak-anak pulak.


Final result Female. Eh cukup 10 lap. Kalau masuk victory lap tu kira 11 lap lah. Ok lah tu.
Trophy disampaikan oleh Pengerusi Sapura Community Puan Sri Yazreen Yahya. Wife kepada Tan Sri Shahril Shamsuddin.

The winners (Female Category). Pemenang tempat ke-2 (Iffah), tempat ke-3 (Suzie), tempat ke-4 (Wana) dan tempat ke-5 (Farhanna).

Tahniah korang! SST memang power!

The winners (Male Category). Congratulations!

With our CEO, Datuk Mohd Zarif.


Barisan peserta, penonton, penyokong dan urusetia.

Tak susah pun main go-kart ni. Setakat tekan minyak dan break. Tapi untuk dapatkan masa yang terbaik dalam setiap lap atau nak jadi champion, yang paling penting kena ada semangat dan berani untuk berlumba, tau skill, tips dan tricks yang tertentu.

Kena faham track dulu sebelum berlumba. Bila dah faham baru boleh nak agak bila masa nak potong, bila masa nak pecut, bila masa perlu slow, bila masa nak guna break. Boleh refer semula tips yang saya bagi kat atas tadi.

Bagi yang berminat dengan sukan lumba kereta, go-kart adalah platform terbaik untuk berlatih atau sebagai permulaan memupuk minat. It also called the first stepping stone on the way to full size car racing. Juara dunia F1 Sebastian Vettel, Jenson Button, Lewis Hamilton dan ramai lagi, semuanya bermula dengan go-kart.

So for those yang suka sangat drive laju-laju kat jalanraya, yang suka cilok sana sini, baiklah korang p lepaskan gian main go-kart ni. Ada juga faedahnya. Kalau masuk competition, dapat hadiah dapat trophy, dapat duit. Cilok kat jalanraya mengundang bahaya diri sendiri dan orang lain.

Disebabkan go-kart ni mempunyai centre of gravity yang sangat rendah (sangat rendah dan sangat dekat dengan ground), so kalau terover laju pun, setakat berpusing je, takkan terbalik punya. Takde la bahaya sangat.

Apa pun, saya sangat enjoy dengan aktiviti kali ni. Syukur sebab Allah bagi saya peluang mencuba go-kart ni. Maklumlah kalau saja-saja nak main, boleh tahan jugak kos bayarannya. Insyaallah kalau masih ada rezeki saya di Sapura lagi, tahun depan nak cuba nasib lagi lah. Mana lah tau boleh menang lagi. Hihihii...

FREE 5 STAR TRIP TO ITALY - PART 1

$
0
0

Assalamualaikum,


Syukur, syukur, syukur. Itu yang mampu saya ucapkan atas nikmat rezeki yang Allah beri untuk trip 5 bintang ke Italy 100% percuma daripada Shaklee.


Tak pernah sangka akan bercuti ke luar negara ditaja sepenuhnya. Saya bukan tak biasa travel. Cuma sebab dapat percuma dengan kos RM20 ribu setiap seorang, tak pernah terjangka dek akal. Hanya perlu bawa duit untuk shopping sahaja.







Sebelum ni selalu juga travel. Tapi travel dengan kos sendiri, banyak benda yang kita kena jimat especially dari segi meal & accomodation. Biasanya akan bawa bekal dari Malaysia.

Maggie, serunding dan instant food Brahim tu memang makanan wajib. Takkan makan kat tempat atau restoran yang mahal-mahal. Hotel pun setakat 3 bintang pun dah cukup.

Tapi percutian ke Italy yang Shaklee bagi semuanya bertaraf 5 bintang. Layanan juga 5 bintang. Hotel tempat kami menginap dan restoran tempat kami menjamu selera juga bertaraf 5 bintang. Memang best!

Thanks Shaklee atas appreciation travel yang diberikan kepada semua business leader yang telah berhempas pulas dalam cycle yang lepas. Ok, jom kita layan gambar-gambar menarik sepanjang 9 hari perjalanan kami ke Italy.


Latar Belakang Italy

Italy atau dikenali juga sebagai Italia, terletak di bahagian selatan Benua Eropah. Negara ini berbentuk semenanjung seolah-olah seperti sepatu boot dengan dua pulau besar, Sisilia dan Sardinia. Negara ini bersempadan dengan Prancis, Swiss, Austria dan Slovenia. Italia adalah salah satu negara tertua di Eropah.

  Untuk percutian kali ni, Shaklee bawa kami ke 4 buah bandar utama iaitu Milan, Florence, Pisa dan Rome


Percutian kali ni saya pergi bersama-sama dengan adik saya, Master Maria dan Suami, Firdaus, mak mertua Maria dan juga mak saya. Maria dapat 4 tiket dan saya pula atas tiket saya sendiri.


Nak jadi cerita, sebulan sebelum ke Italy, mak jatuh tangga dan menyebabkan kaki kanannya terseliuh. So ikutkan masa ni kaki mak masih belum sembuh sepenuhnya. Mak boleh berjalan, tapi tak boleh berjalan dalam jarak yang jauh. 

Since dari awal Shaklee dah remind yang travel kali ni memang akan banyak berjalan, so kami bawak jugak wheelchair sendiri. Kalau jalan jauh mak akan naik wheelchair. Tapi kalau jalan yang dekat-dekat mak boleh berjalan sendiri.


Transit di Dubai International Airport

Kami berlepas dari Malaysia pada jam 7.10 malam. Perjalanan mengambli masa 6 jam lebih. Transit selama 4 jam di Dubai Airport. Masa kami sampai, wheelchair dah ready untuk mak. 


Staff airport terus bawa mak kami ke Special Lounge for disable passenger. Since mereka hanya benarkan seorang je yang follow, so Firdaus yang teman. Saya dengan Maria jalan kaki.


Disebabkan kami transit 4 jam lebih, Emirates beri kami meal voucher. Kami cuma perlu pergi ke restoran-restoran yang disenaraikan dalam meal voucher tersebut untuk dapat makanan secara percuma. Masa ni waktu Malaysia jam 5 pagi. Rasa macam sahur pulak.
 

Lepas solat, jalan-jalan dan makan, kami terus tunggu di Gate berlepas sambil duduk sembang-sembang. Sempat juga bincang hal bisnes dengan master-master.


OK! Ready to depart. Jom kita fly to Milan.


Perjalanan dari Dubai ke Milan mengambil masa selama 6 jam. Saya rasa dari Malaysia sampai ke Milan, saya berjaya menghabiskan 5 movies. Tidur sekejap, bangun makan, pastu tengok movie lagi, lepas tu tidur, terjaga sambung balik. 

Pergh! pening kepala dibuatnya. Dari cerita kartun, sampai cerita korea, semua saya tengok. Maklumlah kalau hari biasa nak dapat duduk tengok tv pun susah. Kali ni ada peluang memang saya pulun tengok.


Alhamdulillah selamat sampai di Malpensa Airport - Milan. Bengkak mata sebab tak berapa dapat nak tidur sangat. Waktu di Italy lewat 7 jam dari Malaysia. Bermakna kami patah balik 7 jam ke belakang.


Kami sampai je, mereka dah aware yang flight ni ada penumpang yang perlukan wheelchair. So memang diorang dah ready depan pintu



Dari airport kami menaiki bas yang disediakan khas untuk Shaklee Leaders. Total bas adalah sebanyak 6 buah. Semua bas kat sini ada wifi. Soalan pertama bila naik bas, "ada wifi tak".



Welcome Breakfast


Dari airport, kami terus dibawa ke Villa Toretta Grand Hotel untuk sarapan pagi.


Restaurant entrance.


Kehadiran kami disambut oleh President Shaklee Malaysia. Yang best, setiap orang disarungkan champion medal.
Di sini kami cuma breakfast je. Bukan hotel tempat kami menginap.


Italian Breakfast


Cuaca masa ni 6 degrees. Sejuk.
Lepas breakfast, kami terus memulakan lawatan ke SForza Castle Milan.
.

SForza Castle Milan

Dikenali juga sebagai Castello Sforzesco Milano oleh rakyat tempatan. Merupakan sebuah istana yang terletak dia tengah-tengah kota Milan. Castello Sforzesco salah satu benteng terbesar di Eropa pada abad 16 hingga 17. 

Ia sempat dijadikan rumah tinggal keluarga bangsawan Milan sebelum akhirnya dibuka untuk umum sebagai objek warisan dengan beberapa muzium di dalamnya.





Castello Sforzesco Milano


Di pintu masuk castle


Salah satu daripada 4 main entrance


Menahan kesejukan. Pipi mulut mula rasa kebas.




Nampak tak asap? Dalam gambar memang tak nampak, tapi bila bercakap berasap-asap.






Berlatar belakang kan apartment yang berdepan dengan SForza Castle.


Kami teruskan perjalan ke destinasi seterusnya melalui shopping street.


Antara street performers yang ada sepanjang shopping street ni. Sebenarnya Italy adalah antara negara yang menghadapi masalah krisi ekonomi yang agak teruk. Terlalu ramai yang tiada pekerjaan. Mana yang baik tu akan jadi street performers. Mana yang malas tu akan jadi professional pick pocket.


Jalan-jalan kat Italy ni rasa macam jalan-jalan kat UK, Paris. Environment, scenery nya lebih kurang je.


Seronok jalan ramai-ramai macam ni. Belakang tu onyang Shaklee saya, Presidential Master Nur Laila.


Masa kecik-kecik dulu ingatkan BATA ni buatan Malaysia. Sekali masa p Europe dulu jumpa BATA macam poyo je kagum sebab ingatkan produk Malaysia sampai ke luar. Rupa-rupanya Czechoslovakia punya produk.




Gothic Duomo

Kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Gothic Duomo. Maksud Duomo ada gereja besar.



Milan Cathedral atau yang sering disebut oleh masyarakat setempat dengan nama Duomo di Milano ini merupakan katedral gothic kedua terbesar di dunia.






Mengambil masa 2000 tahun untuk dibina dan struktur binaannya daripada marmar.


Gothic Duomo ini memiliki panjang hingga 157 meter dan mampu menampung sekitar 40.000 orang di dalamnya.


Lunch di Restaurant Riad Yacout

Dah penat berjalan, kami singgah di sebuah restoran Lebanon. Dari luar nampak biasa je. Sekali masuk wow! Cantik sangat interior dia. Kami lunch dan solat jamak di sini. 



Kami dihidangkan dengan menu ala nasi arab dan beberapa desert. Desert dalam gambar tu tak tahu apa nama, tapi memang sedap giler. Sampai tapau bawak balik. Makan tak boleh berhenti.


Galleria Vittorio Emanuele

Selesai lunch, kami dibawa ke pusat membeli-belah terkemuka di Milan, iaitu Galleria Vittorio Emanuele.



Mula-mula ingatkan bangunan ni muzium. Rupa-rupanya shopping complex! Rekabentuknya yang neo klasik ini adalah salah satu pusat perbelanjaan tertua di dunia.


Mempunyai 4 tingkat di tengah kota Milan, galleria yang di dalamnya berbentuk gang-gang arcadedinamakan sempena nama raja pertama Kerajaan Italia, Vittorio Emanuele II.


Kat sinilah tempat kita boleh dapat barang-barang branded terkemuka seperti Gucci, Versace, Fratelli Rossetti, Prada dan Cartier.



Ha tu terkejut beruk tengok harga handbag dan kasut. Ternganga dibuatnya. Pada saya macam tak berbaloi aje beli barang mahal sebab brand. Sayang duit woooo....


Selain daripada butik-butik, kat sini juga terdapat berbagai jenis bar dan restoran yang menyajikan menu-menu khas Italia.


Hotel Melia Milano

Dah penat jalan, kami check-in hotel pula. Kami stay di sini 1 malam sahaja. Sebab esoknya kami akan travel ke Florence pula.
 

Melia Milano adalah salah sebuah hotel 5 bintang di Milan. Sangat selesa.

Malam tu kami dinner di hotel yang sama. Italian buffet.


Italian pasta sangat sedap. Desert pun semua sedap-sedap.



Alhamdulillah. Selesai travel kami di Milano. Nantikan entry Part 2 ke Florence pula.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:-
  FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


FREE 5 STAR TRIP TO ITALY - PART 2

$
0
0
Assalamualaikum,


Kita sambung perjalanan kami di Italy untuk hari yang ke-3. Siapa yang belum pernah baca entry part 1, jemput baca di sini.




Keesokan harinya, kami check-out dan semua beg kami dikumpulkan untuk dibawa menaiki kontena ke Florence. Kami hanya bawa diri je.



Sebelum kami bertolak, kami breakfast di hotel dahulu

Healthy breakfast. Sangat bagus untuk peserta NECK. Hehehe....

Roti, desert memang makanan wajib orang Italy. Patutlah orang Italy slim-slim. Seminggu kat sini memang tak pernah jumpa orang gemuk.

Sebelum bergerak, kita ambil gambar dulu sebagai kenangan.


Ni antara item wajib yang sentiasa ada dalam beg saya. Kat sini cuaca tersangatlah sejuk. Kulit saya mula kering dan merekah terutamanya bahagian muka. Sapur je Herbal Blend ni, alhamdulillah kulit maintain moisture. 


Kami menuju ke Milano Train Station dengan menaiki bas.

Peta. Mesti kena ada. Masa tour Europe dulu memang guna peta hardcopy macam ni. Tapi sekarang saya tak guna printed map ni. Saya guna Google Map sebab boleh tau current location dan boleh track perjalanan kita.




Milan Central Train Station atau dalam bahasa Itali dipanggil Milano Centrale.



Bangunannya sangat cantik. Antara train station yang tercantik di Eropah.



Sape terer, ce teka apa maksud SOTTOPASSAGGIO? Jawapan nanti saya bagi di akhir rancangan ini...hehehe...



Inilah bullet train yang kami naik. Kelajuan bullet train ini boleh cecah hingga 360km/hr.

Shaklee bagi kami naik business class lagi. Anggaran tambang business class dalam 50 Euro seorang untuk satu hala. Kalau convert duit Malaysia masa ni lebih kurang RM250.



Sangat selesa. Seating pon di arrange baik punya untuk kami yang travel 1 keluarga.



Babai Milano. See u again.



Kalau naik train, saya suka tengok scenery. Sangat enjoy. Sebab biasanya railway akan melalui kawasan pedalaman dengan pemandangan yang sangat cantik.



Setiap orang akan diberi whisper dan earphone.


 Whisper ni adalah wireless audio guide system yang akan kami guna sepanjang tour nanti. Tourist guide akan bercerita tentang setiap tempat yang kami lawati. 

Dengan whisper ni kami lebih flexible untuk ke mana-mana dalam radius 60m dari tourist guide. Kalau tiba-tiba kami tak dengar suara dia, maknanya kami dah jauh, so kena cepat-cepat sket jalan untuk make sure kami tak lost dari group.





Sebab naik business class, even perjalanan hanya 1 jam setengah, still ada refreshment.


Alhamdulillah selamat sampai di Florence. Kat Florence ni ada 3 station. Kami turun ni Florence Santa Maria Novella Train Station. Atau dikenali juga sebagai Firenze SMN.



Dari train station kami naik bas dan brehenti di tepi sungai. Nanti masa nak balik pun bas akan pick up kami di sini.


Bersih je sungai ni walaupun tengah bandar. Sungai ni dinamakan ArnoRiver. Ia mengalir ke arah barat merentasi tengah-tengah kota Firenze.


Sampai-sampai je kami terus dibawa ke sebuah masjid untuk solat Jamak.

Kat sini banyak lorong. Dan kebanyakannya laluan kami adalah lorong-lorong kecil macam ni. Walaupun macam lorong Haji Taib aje rupanya, tapi kedai-kedai yang kami jumpa kebanyakannya menjual barang-barang yang berjenama.


Tak perasan pun ada masjid. Sebab lokasi nya antara deretan kedai antara lorong. Kami solat Jamak di sini. Sebabnya waktu Zohor masuk jam 12 tenghari. Jam 2.30 dah masuk waktu Asar.



Selesai solat, kami terus berjalan ke Restoran seterusnya untuk lunch.



Kami lunch di Ristorante Pizzeria il Rubaconte


Perut dah kenyang, kami sambung tour ke Duomo atau dikenali juga sebagai Catheral of Santa Maria del Fiore.



 Sepanjang lorong ni ada mini cafe yang jual makanan ringan macam ais krim, pancake, coffee. Yang bestnya tengok Nutella botol besar kat belakang tu. Kat Malaysia tak jumpa ok. Berat tu je 1kg. Kalau nak bawak balik berat tu...not recommended.


Piazza della Signoria
 
Sekeliling area ni pun ada butik-butik terkenal. Tapi kami tak masuk pun.


Kami teruskan perjalanan melalui sebuah Istana lama yang dipanggil Ufizzi.
.

Kat sepanjang lorong istana Ufizzi ni ada banyak orang bangla jual macam-macam souvenir. Yang ni alphabet diukir dari kayu dan boleh customized.



Maria Firdaus pun beli jugak.



Dihujung lorong, kami nampak Arno River. Dibelakang tu adalah salah sebuah dari 7 jambatan koridor yang menghubungkan Istana Ufizzi dengan Palazzo Pitti di sepanjang Sungai Arno. Jambatan ni dinamakan Ponte Vecchio yang bermaksud Jambatan Tua.

Ponte Vecchio merupakan jambatan tertua di Florence. Jambatan ini adalah satu-satunya jambatan yang tidak dibom oleh tentera Jerman ketika mereka mundur melalui kota Florence pada Perang Dunia II. Menurut legenda, ini adalah atas arahan Hitler.   



Dengan suasana yang rileks, dan sejuk, berjalan-jalan sepanjang sungai ini sangat romantik. Tambah lagi bila ada street performers yang main gitar kapuk sambil menyanyi lagu-lagu cinta.



Kami teruskan lagi perjalanan menuju Leather Market.




Lukisan ni dilukis betul-betul di atas batu jalan. Bukan atas kanvas ye. Yang menariknya, sebelum balik, mereka akan padam lukisan ni dan akan lukis semula keesokan harinya. Ni salah satu cara orang Italy mencari rezeki.




Seterusnya kami bergerak ke Mercato Nuovo.


Dipanggil juga Leather Market. Kat sini rata-rata boleh dapat original leather. Siapa yang suka leather, memang heaven. Dari segi design, mostly plain aje.


I have spotted one baby blue leather handbag. Same color with my tudung. But end up tak beli pun. Betullah orang kata, lebih baik menyesal beli, daripada menyesal tak beli....uhuk!


Kat sini banyak juga souvenir dijual. Kalau nak beli, jangan convert duit RM. Kalau convert, semua tak beli.


Bersama tourist guide kami, Alexis yang baik hati dan rajin melayan karenah kami yang macam-macam ni.

Selesai shopping kami teruskan perjalanan ke restoran seterusnya untuk dinner. Dari luar sama macam building biasa. Lokasinya bersebelahan je dengan restoran kami lunch tadi.


Sekali masuk dalam.....wow! Speechless. Macam istana. Ni baru betul luar setinggan dalam kondo. Nama tempat ni dinamakan Palazzo Borghese dan memang betul, ia adalah salah satu istana lama yang dijadikan tempat majlis-majlis keraian seperti gala dinner and wedding ceremonies.
 
Fuh lega dapat duduk....eh sape yang lega ni. Hihhihhi....

Roti Italy yang sentiasa ready atas meja. Tapi roti dia keras. Sape yang takde gigi memang susah la nak makan...hihihi....

Menu kat sini macam pelik sikit. Ala-ala bubur asyura pon ada, macam bubur lambuk pun ada. Ada yang macam tak kena dengan tekak kita orang melayu pun ye. Tapi desert dia sedappppp......
 




Mencabar betul dinner malam ni. Sebab mata dah mengantuk. Harini memang banyak betul berjalan.

Selesai dinner, barulah kami check-in hotel. Dari pagi tadi sampai dari Milan, kami terus berjalan kan. Ni confirm tidur nyenyak ni. Yang bestnya, Alexis bagitau kami, jumlah langkah kami harini sebanyak 18700 steps. Wow!


Bilik hotel yang sangat selesa. Semua beg luggage kami dah ready di dalam bilik masing-masing. Memang efisien lah diorang ni buat kerja. All in a good condition. Alhamdulillah dapat rehat malam ni dengan tenang.


Tengok atas katil ada surprise from Shaklee lagi.


Owh ye, sebelum terlupa nak bagi jawapan teka-teki. Dah dapat maksud SOTTOPASSAGGIO tadi? Ok. Maksudnya adalah......Pedestrian. :)



Alhamdulillah. Selesai travel kami di Florence untuk hari yang ketiga. Nantikan entry Part 3 pula. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati di Florence.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 



Hubungi saya untuk:-

  FREE CONSULTATION 

BEST PRICE and

 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SUMBER KANDUNGAN SEBENAR DI DALAM SETIAP PRODUK SHAKLEE TERBONGKAR!!!

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Sejak saya dapat Certified Product Trainer certificate awal tahun 2015, makin banyak soalan mencabar yang saya dapat dari customer dan juga anak-anak Shaklee saya sendiri.
 
Dan yang bertanya tu pulak, bukan calang-calang orang. Orang yang memang ada ilmu yang tinggi dalam bidang biologi. Belum dapat soalan dari doktor lagi. Berpeluh jugak nak menjawab.

Betullah orang kata, lagi tinggi ilmu yang kita ada, lagi tinggi cabaran orang-orang yang kita jumpa. Tapi, nasib baik lah Shaklee memang dah ready dan complete dengan segala reports dan journal yang diiktiraf di peringkat dunia. 

So takde masalah kita nk refer. Semua solid dengan bukti kukuh dah memang ready dipublish sebelum ni. Antara soalan yang selalu saya dapat adalah dari mana datangnya sumber-sumber utama kandungan dalam semua produk Shaklee.

Betul ke 100% dari sumber semulajadi? Calcium carbonate tu sumbernya dari mana? Betul ke dari tulang? Kalau tulang, tulang apa? Macam mana nk tau sumber tu betul-betul natural dan dari sumber apa.

Sebab banyak scientific terms yang orang biasa tak faham. So kali ni saya nak share 1 journal yang dipublish tentang filosofi dan prinsip yang dipegang kuat oleh pihak Shaklee tentang isi kandungan dan sumber di dalam setiap produk mereka.


"When we select ingredients for our products, we hold to two important principles"

"First of all, our ingredients MUST BE AS NATURAL AS POSSIBLE."

"Secondly, those ingredients must reflect the most recent scientific and technological advances."

http://healthquestnewsletteronline.com/Ingredient_Glossary_2_08.pdf

Sila klik image di bawah untuk mendapatkan semua info lanjut tentang sumber setiap kandungan di dalam semua produk Shaklee. Semoga bermanfaat....
 

Persoalan tentang sumber calcium carbonate daripada tulang tu tak betul sama sekali ye. Dalam kes ni calcium carbonate diambil dari limestone (garam mineral). Takde kaitan langsung tulang haiwan ke apa ke. Ngeri pulak ku dengar.

Memang betul tulang ada mengandungi calcium carbonate. Tapi tidak digunakan sebagai sumber bahan dalam suplemen. Even saya baca maklumat kebanyakan suplemen brand lain pun takde yang guna sumber daripada tulang. 

So lepas ni kalau anda dapat soalan daripada customer apa itu Buckthorn Bark Powder, Citrus Bioflavonoids, Sodium Citrate, bolehlah refer ke link kat atas tu ye. For sure WAJIB BACA. Jangan main serkap jarang lagi ye. Nak ambil suplemen pun kena ada ilmu. Kalau ada sebarang persoalan boleh refer kepada saya.

Dan inilah salah satu sebab saya dan keluarga konsisten sebagai pengguna tegar Shaklee. Kami percaya keberkesanan dan keselamatan semua produk Shaklee. Untuk mengetahui lebih lanjut sebab lain kenapa keluarga saya memilih Shaklee, anda boleh jemput baca di sini.

KENAPA KELUARGA SAYA PILIH SHAKLEE 

Kepada anda yang telah memilih Shaklee sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik, saya ucapkan TAHNIAH! 

Tapi bagi anda yang belum pernah cuba, berilah peluang kepada diri anda sendiri untuk mencuba. Jadikan ia sebagai salah satu ikhtiar. Saya doakan anda semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan. 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 


Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Viewing all 229 articles
Browse latest View live